Kemalangan Selepas Pulang ‘On call’, Sebak Tengok InstaStory Arwah.
Sesungguhnya rezeki, jodoh, ajal dan maut adalah rahsia Allah. Begitu juga dengan kematian.
Jangan dikira-kira kematian, jika sampai masanya ia akan tiba tepat waktunya tanpa ditunda mahupun dipercepat.
Seorang pembantu perubatan maut selepas kereta dipandunya, kenderaan jenis Audi RS3 terbabit kemalangan dengan sebuah lori membawa muatan sawit di Jalan Selendang, Felda Selendang di sini pada Sabtu.
Dalam kemalangan kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Nur Natrah Daharuddin, 26, beralamat dari Ladang Selendang 4, di sini yang parah pada bahagian kepala dan kaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Semoga rohnya ditempatkan di syurga Allah bersama orang-orang yang beriman.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
“Takziah Buat Keluarga , Nur Natrah salah seorang team kesihatan sebagai pembantu pegawai perubatan di Hospital Rompin Yang baru pulang dari tempat kerja jam 630 pagi telah bertembung dengan lori membawa muatan sawit .
“Semoga pemergian arwah di cucuri rahmat , Alfatihah dan takziah untuk keluarga dan team kesihatan hospital rompin
JADUAL KERJA TAK TENTU
Ads
“Kemalangan selepas pulang dari oncall ni bukan first time. Tapi nak buat macam mana kerja sebagai perawat kesihatan ni .”
“Memang macam ni lah jadual kerja kami. Sebab orang kalau sakit tak kira masa .. nak tak nak memang kena sentiasa standby 24 jam .
Cara pendekatan mendidik dan menguruskan anak zaman dulu berbeza dengan anak zaman sekarang. Persekitaran dulu dan sekaranga memang berbeza. Dulu, orang kata jaga anak 10 pun senang berbanding jaga anak tiga sekarang.
Setiap kita punya pendapat berbeza dalam menguruskan anak-anak. Begitulah yang diluahkan oleh wanita ini. Beliau menjelaskan bahawa zaman dulu, mudah untuk mengasuh anak-anak yang ramai berbanding sekarang dengan persekitaran yang tidak selamat.
Situasi ini yang menyebabkan ada segelintir wanita jiwa koyak akibat tertekan menguruskan anak-anak. Tetapi itulah realitinya.
Ikuti perkongsian ini.
TRUE INDEED!. Tu pasal mental mak-mak sekarang koyak… KENAPA MAK DULU BOLEH JAGA 10 ANAK, MAK SEKARANG ANAK BARU DUA DAH KECOH? Tu kena faham dulu sebelum keluarkan statement yang bukan-bukan. Saya paling anti kalau kenyataan ini. ‘Eleh, makcik dulu anak ramai boleh je jaga, ko baru tiga dah macam tak cukup tangan?’ Hmmmm..dalam sedar tak sedar, zaman dulu dan zaman sekarang sangat berbeza.
ZAMAN DULU Zaman saya kecil-kecil dulu. Sekitar umur 5 – 6 tahun camtu, say sangat bebas ke sana sini. Naik basikal, masuk kebun getah cari buah getah nak main congkak. Kadang round satu kampung dengan jiran-jiran dan adik-beradik. Keluar selepas asar, sebelum Maghrib balik. Keluar main dengan anak jiran lelaki, main kejar-kejar.Seronok! Balik rumah dengan penat. Selepas makan dah tertidur sendirinya. Mak? Buat kerja rumah di rumah. Ayah? Pergi dan balik kerja dengan senang hati. Kenapa mak boleh jaga sepuluh anak?
Sebab anak-anak tak buat sepah dalam rumah. Anak-anak tak bergaduh dalam rumah. Anak keluar main dengan jiran kampung sebelah? Mak tak pernah risau. Mak tak pernah susah-susah dan resah.Sebab dia tau, penat main, anak-nak confirm balik makan. Anak perempuan dia main kejar-kejar dengan anak lelaki jiran? Mak tak pernah risau. Sebab anak perempuan dan anak jiran memang main kejar-kejar semata-mata. Dulu kedai runcit banyak dekat kawasan rumah. Pasar basah pun dekat. Mak bagi RM20 pastu bagi list barang, anak perempuan dia kayuh basikal pergi pasar, tunjuk list, orang kedai bagi barang. Harga pun harga betul, kadang siap bagi free lada kering la, bawang merah lebihla. Mak senang ada pembantu. Tak payah mak susah-susah nak pergi pasar. Zaman sekolah pun best. Pagi ayah hantar, balik pandai balik sendiri naik bas henti-henti. Kadang ada duit lebih, ambil prebet sapu. Kadang siap tertidur dalam kereta,tapi pakcik perebet kejut je, adik..sampai rumah dahni! Hidup tenang. Senang. Sedar-sedar 10 orang anak mak dah besar. Tapi itu zaman mak dulu. Zaman mak sekarang dah lain.
ZAMAN SEKARANG
Anak nak keluar main sendiri depan rumah risau sangat. Kereta banyak, motor banyak. Anak pulak baru belajar kayuh basikal, kadang jatuh kadang terlajak. Mak sibuk nak masak lagi, maka terpaksa suruh anak main dalam rumah. Nak biar main kat luar, risau! Maka, bila dalam rumah, mak stress. Anak sepahkan mainan, main elok-elok 5 minit pastu berebut dengan adik. Belum campur lagi bab anak kata dah bosan dengan mainan. Mak nak anak bergaul dengan anak jiran. Tapi mak sekarang risau. Anak mak perempuan, anak jiran lelaki.
Budak dulu-dulu naif. Tapi budak sekarang advance. Budak dulu-dulu kalau main kawin-kawin, setakat sanding duduk sebelah-sebelah je. Budak sekarang main kawin-kawin kadang memang ‘kawin’ terus. Tak ada akad nikah je. Akhirnya, mak tak dapat masuk dapur, mak nak pantau kat luar anak-anak ni bergaul macam mana.
Mak nak suruh anak pergi kedai zaman sekarang mak risau. Sahkan nak pergi kedai, anak main depan rumah pun bahaya. Orang jahat merata-rata. Sekali lagi, mak terpaksa suruh anak main dalam rumah. Sekali sekala bawa ke taman, tapi itula, jeling mata tak pernah lepas. Risau.Risau. Risau. Makanya, mak jugaklah usung anak-anak pergi kedai, walaupun sekadar nak beli bawang merah 5 ulas.
Mak nak anak balik sekolah sendiri?Lagilah risau. Naik bas ada risiko, naik teksi ada risiko, kayuh basikal sendiri ada risiko. Mak risau. Maka, demi anak, mak jugaklah gagahkan diri ambil dan hantar anak sekolah. Loceng belum bunyi mak dah tercegat depan pagar sekolah, takut anak balik ikut orang ntah sape-sape.
Dengan rutin macam tu, bila mak nak ada masa di rumah? Anak kena pantau 24 jam depan mata. Paling mudah, anak-anak semua dalam rumah! Mak dulu takde mainan dalam rumah, sebab anak main luar rumah. Rumah mak dulu bersih, clear,sebab mak tak payah fikir bab anak sepahkan.Mak tak risau anak kat luar. Mak tak risau anak hilang. Mak sekarang? Anak dalam rumah pun orang intai lagi!
Sedar atau tidak, kuasa doa bagi seorang isteri besar kesannya terhadap kesejahteraan suaminya. Bukan sahaja untuk memperolehi kejayaan di dunia malah daripada doa seorang isteri yang solehah akan menjadi asbab membawa suaminya hingga ke pintu syurga.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin betapa doa seorang isteri itu sangat mustajab. Ikuti perkongsiannya.
Besar kesan doa seorang isteri dalam kehidupan seorang suami…Asbab doanya, rezeki suami dimurahkan…asbab doanya, urusan suami dipermudahkan…asbab doanya, suami diberikan kesihatan yang baik…asbab doanya, suami dilindungi dari segala bentuk kejahatan dan kemudaratan…asbab doanya, suami dipelihara oleh Allah s.w.t…
Doa seorang isteri itu sangat mustajab…
Jika rumahtangga diuji, berdoalah…jika suami tidak seperti yang diimpi, berdoalah…jika suami berpaling hati, berdoalah…jika isteri dizalimi, berdoalah…jika hak-hak isteri tidak dipenuhi, berdoalah…
Allah akan mendengar doamu itu wahai isteri…jangan pernah putus asa untuk berdoa…
Ini pula perkongsian daripada Ustaz Farid Rashidi dan bolehlah dijadikan panduan untuk kita. Ikuti perkongsiannya.
“Macammana nak lembutkan hati suami, dia baran dan selalu bersikap kasar sangat. Kadang-kadang tangan naik sekali. Saya sedih betul.” Luah si isteri.
Ini yang selalu berlaku. Pernah juga saya dapat soalan begini. Termenung panjang nak menjawab. Rasa bercampur baur.
“Ada tak doa untuk lembutkan hati keluarga sendiri? Doa yang bagi terbuka hati untuk berubah ke arah kebaikan. Kadang sedih sangat ahli keluarga sendiri tak solat, tak puasa…”
Soalan begini pun selalu ditanya. Saya faham situasi yang dialami, sememangnya suami atau isteri akan tertekan dan susah hati bila pasangannya begitu.
Walaupun hensem, harta berjuta sekalipun kalau perangai buruk, panas baran, kaki pukul apalagi derhaka pada Allah SWT dan gemarkan maksiat, mestilah si isteri akan gusar hati bukan?
Begitu juga kalau anak-anak degil dan keras hati, sudah tentu ibu bapa akan runsing.
Sebenarnya banyak doa yang sangat baik diamalkan. Khususnya yang diambil dari ayat al-Quran. Al-Quran itukan Kalamullah, di dalamnya terkandung penawar.
“Taa’ Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.”
[Surah Taha: 1-5]
Bacalah dan niatkan agar Allah SWT lembutkan si dia. Semoga Allah SWT memakbulkan doa yang baik-baik itu. Insya-Allah, biiznillah.
Bantu share untuk manfaat semua ya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Satu kewajipan! Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel yang berkongsi momen bahagia mereka kerana dapat berkongsi rezeki dengan orang lain.
Menerusi Instagram, kedua mereka memuat naik video ketika pembayaran zakat perniagaan. Bukan biasa-biasa tetapi satu nilai yang cukup besar iaitu lebih RM1 juta.
Difahamkan Aeril dan Wawa membayar RM1.15 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), hasil perniagaan yag mereka jalankan pada tahun ini.
“Dalam rezeki kita, Insya-Allah ada rezeki orang lain juga.
“Semoga ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Seseorang tidak akan jatuh miskin sekiranya bersedekah di jalan Allah,” tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian pasangan selebriti ini turut mendapat pujian ramai. Bukan dikatakan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mampu menjadi inspirasi kepada anak muda lain untuk turut sama menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.