Rumah yang kemas dan teratur membuatkan penghuninya berasa tenang dan selesa.  Apabila suasana dalam rumah kemas, sudah tentu kita mendapat ketenangan fikiran dan kebahagiaan jiwa.

Bagaimanapun sejauh manakah kita mampu menjadikan tempat tinggal kita itu bersih dan kemas. Bukan calang-calang dapat memastikan rumah kemas tambahan pula dengan anak yang ramai dan masih kecil. Lebih hebat, tanpa bibik atau pembantu rumah.

Kemas Rumah Ada Caranya

Nak tahu caranya, seorang doktor berkongsi cara yang praktikal untuk mengemas rumah dengan mudah.

Kemas Rumah Ada Caranya, Doktor Ini Kongsi Cara Praktikal Agar Selalu Nampak Teratur

Ikuti perkongsian Dr Azirawati binti Ismail, Pakar Perubatan kecemasan HRPZ II, Kota Bharu, Kelantan.

Rumah sentiasa kemas dan tenang bagi ibu yang bekerja walau tanpa bibik

Setiap wanita terutama yang bekerjaya semestinya sentiasa mahukan yang terbaik utk keluarga. Perasaan serba salah itu pasti singgah kerana 1/3 masa sudah dihabiskan di tempat kerja malah ada yang lebih dari tempoh itu.

Apabila pulang ke rumah, kerja rumah pula yang ‘menanti’. Keperluan anak-anak dan suami juga perlu dipenuhi pada masa yang sama. Tak kan lah hendak memesan makanan dalam talian senantiasa kan? Semestinya air tangan ibu juga yang didambakan.Begitu juga si suami mengharapkan dapat memakan hasil tangan isteri sebolehnya, terutama bagi suami yang tidak tahu memasak. Sementelah lagi musim pkp ini tidak mudah mencari kedai makan yang kena dengan selera.

Tidak semua orang mampu mempunyai ‘bibik’. Jika mampu pun tidak semua bernasib baik mendapat bibik seperti yang diharapkan. Jadi di bawah adalah petua yang boleh digunakan untuk memastikan rumah kita dalam keadaan selesa sentiasa di samping ‘perut’ ahli keluarga kenyang dan ibu juga tidak stres.

Doktor Ini Kongsi Cara Praktikal Agar Selalu Nampak Teratur

1) BELAJAR MINIMALIS BARANGAN RUMAH

– belajar menyimpan HANYA barang-barang yang diperlukan SHJ termasuk perabot.

– tidak perlu sayang untuk melepaskan barang-barang yang tidak digunakan/diperlukan

– mana-mana barang yang boleh dilepaskan boleh disedekahkan atau dijual dengan harga yang sepatutnya

– kalau kita perasan sebenarnya kita banyak menyimpan ‘sampah’ di dalam rumah yang menyebabkan rumah nampak penuh dan sarat

– kajian menunjukkan jika barangan tersebut kita tidak guna selama 6 bulan sebenarnya kita tidak memerlukan barang tersebut dan bolehlah kita lepaskan kepada mereka yang memerlukan

Kemas Rumah Ada Caranya, Doktor Ini Kongsi Cara Praktikal Agar Selalu Nampak Teratur

2) WUJUDKAN SATU STOR

– stor ni pun suatu yang amat penting supaya jika kita sayang untuk buang atau lepaskan barang-barang kita boleh simpan di dalam stor sementara kita berfikir ke mana kita nak lepaskan barang ini utk selama-lamanya.
– jika kita letakkan di tepi-tepi sudut pun sebenarnya ia amat mengganggu penglihatan dan lama kelamaan membuatkan tempat tersebut berhabuk.

3) ELAKKAN MEMBUAT KERJA YANG SAMA SETIAP HARI

– Jika kita perasan kenapa kita asyik buat kerja yang sama setiap hari, kemas sudah rumah tetapi esok kena kemas lagi.

– ini berkait rapat dengan perkara no 1 tadi. Kerana kita menyimpan ‘sampah’. ‘Sampah’ itu bersepah dan kita kemas lagi dan lagi dan lagi.

– cuba kita buang ‘sampah’ ini dan kita dapati kita tidak perlu lagi mengemas ‘sampah’ ini lagi.

– contoh: di atas meja banyak hiasan-hiasan yang tidak perlu dan berhabuk. Hari ni kita buang habuk itu dan esok berhabuk lagi dan kita buang lagi..kalau kita minimise kan hiasan dan habuk akan berkurang. Jadi kita tidak perlu buat kerja yang sama setiap hari.

4) SEDIAKAN RUANG KHUSUS UNTUK ANAK ‘MENGEMAS’

-bagi yang ada anak kecil seperti saya juga, amat sukar untuk kita melihat rumah kita seperti istana setiap hari dan setiap saat. Agak mustahil juga kita hendak melarang mereka dari ‘mengemas’ sebab itu memang ‘nature’ mereka sebagai budak dan cara mereka menonjolkan kreativiti.

– jadi kita sediakan ruang utk mereka tonjolkan kreativiti mereka dan pada masa yang sama kita hanya perlu ‘lapangkan hati’ dan ‘butakan mata’ melihat tempat mereka ‘bekerja’.

– boleh ajar mereka untuk mengemas kembali tempat mereka selepas bermain.

5) AJAR ANAK-ANAK MENGEMAS BILIK, TANDAS & BARANGAN PERIBADI MEREKA

– anak-anak seharusnya dilatih dari kecil untuk menjaga barangan peribadi mereka sendiri termasuk bilik tidur dan bilik mandi. Kerana mereka yang guna sendiri. Jika mereka boleh lihat bilik/tandas kotor ianya melambangkan sikap peribadi mereka.

– mula-mula kita latih dulu mereka untuk membersihkan bilik air dan buang sampah. Lama-kelamaan mereka akan ikut dan buat sendiri.

– latih dari kecil supaya bangun sahaja dari tidur mereka perlu lipat selimut dan waktu hujun minggu arahkan mereka untuk mengemas bilik masing-masing. Lama kelamaan akan menjadi kebiasaan bagi mereka.

Kemas Rumah Ada Caranya, Doktor Ini Kongsi Cara Praktikal Agar Selalu Nampak Teratur

6) JANGAN LARANG ANAK UNTUK MENOLONG KITA

– mendapat anak-anak yang rajin ni adalah suatu nikmat. Tetapi yang menjadi contohnya adalah kita ibu bapa.

-jika anak ingin bantu kita untuk membuat sesuatu kerja rumah, jangan larang mereka, malah perlu galakkan mereka dan betulkan apa yang sepatutnya walaupun masih kecil.

-jika kita melarang, mereka akan merasakan kita merendahkan mereka dan tidak hargai mereka dan menjadikan mereka kecewa untuk membantu lagi. Bila besar nanti susah nak disuruh pula.

– galakkan juga mereka membasuh pinggan dan pakaian sendiri dan juga bahagikan tugasan selepas makan siapa basuh pinggan, tiarap pinggan, kemas meja dll.

7) SIAPKAN KEPERLUAN AHLI KELUARGA DAHULU

-kenali sifat ahli keluarga kita.Jika anak-anak dan suami jenis yang bangun pagi terus mencari nasi, maka sebolehnya kita sediakan dahulu makan minum mereka dan barulah kita buat kerja rumah yang lain.

– jika perlu ajak suami dan anak-anak masuk dapur sekali menolong atau menyiapkan tempat makan dll

– ahli keluarga kenyang, ibu pun happy dan tidak stress.

8) JANGAN BIARKAN KAIN BERTIMBUN

– kain baju yang bertimbun ni sebenarnya satu stress dalam rumahtangga sebab tidak senang mencari kain-kain ‘tersembunyi’ terutama jika nak cepat.

– jadi jika tiada masa melipat kain boleh tetapkan satu keadaan contohnya apabila kain ada 2 bakul jer mesti kena terus lipat. Atau bila nampak baju suami dah hampir separuh dah terpakai mesti kena lipat kain.

– sesetengah orang semasa menyidai kain mereka terus menggunakan hanger bagi kain yang sepatutnya. Dan apabila angkat tidak perlu dilipat.terpulang atas kreativiti.

9) CARI PEMBANTU YANG SESUAI

-pembantu yang saya maksudkan ini adalah yang menolong kita memudahkan urusan kerja rumah.

– cth : alat bantuan memasak, mesin dryer, steam iron, vacuum dll mengikut kesesuaian dan keperluan dalam sesuatu rumahtangga.

– alat bantuan memasak ni amat banyak sekarang dan isteri perlu bijak memilih supaya walaupun canggih jika tidak digunakan pun ia akan melibatkan pembaziran.

-para isteri perlu tahu membezakan antara keperluan dan kehendak dalam konteks ini dan perlu berbincang dengan suami.

10) AJAK AHLI RUMAH BERSAMA-SAMA

-paling penting kerjasama antara ahli rumah. Kerja rumahtangga ni bukan kerja isteri seorang atau suami seorang atau diberikan kepada anak-anak.

– kita nak hidup bahagia dan tenang kena tenang semua ahli rumah. Jadi semua kena bekerjasama untuk mencapai ketenangan dalam rumahtangga.

-contoh jika kita ibu, kita jenis orang yang suka buat kerja rumah dan berada dalam rumah. Jadi suami boleh ambil ‘port’ berkebun dan membersihkan kawasan di luar rumah.

-ajak anak-anak sekali untuk membuat kerja rumah.

Sebenarnya perkara paling penting adalah minimalis barang-barang rumah..Apabila ‘sampah’ dibuang sebenarnya banyak masa yang kita boleh luangkan dengan diri sendiri dan juga boleh luangkan masa dengan membaca dan menimba ilmu.

Sumber: Azira Ismail Kredit foto: Freepik

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI