Ultraman adalah watak fiksyen yangdicipta oleh Eiji Tsuburaya yang disukai ramai. Ia merupakan antara adiwira terhebat dan popular dalam sejarah Jepun.
Malah tidak mustahil kostum watak ini sering mendapat perhatian dalam apa jua majlis. Terbaru tular video yang memaparkan kemunculan seorang lelaki memakai kostum Ultraman dan berkain pelikat khusyuk. Kelihatan dia sedang membaca doa ketika hadir di majlis berkenaan.
Kasih ibu seluas lautan tanpa bersyarat, begitulah yang sering diperkatakan. Bahkan dengan kasih sayang ibu, semua keinginan dan keperluan seisi rumah diurus sebaik-baiknya.
Pun begitu, dalam meniti usia yang semakin meningkat dari hari ke hari, umumnya hati seorang ibu dikatakan begitu sensitif dan sebagai anak perlulah menyantuni ibu ayah dengan sebaik-baiknya.
Hal ini turut menarik minat Ustaz Khairul Anuar Basri untuk memberikan peringatan buat kita semua melalui perkongsian di fbnya. Semoga bermanfaat.
Jagalah hati ibumu. Kerana di situ terletak segala keajaiban. Bila hati ibu gembira, segala nikmat dunia akan kita rasa. Nikmat akhirat tak usah nak cerita la. Itu dah tentu lebih hebat dan tiada taranya.
Bila hati ibu sedih sebab kita, hidup kita pasti akan jadi susah. Buat apa pun serba tak kena. Kita akan hilang banyak perkara, sama ada yang kita nampak atau pun tak nampak.
Tapi ibu ni memang manusia istimewa.
Walau macamana sedih pun dia dengan kita, dia tak akan sesekali buang kita dari doanya. Bahkan dia akan tetap akui kita anaknya, walau seluruh dunia mungkin membenci kita.
Di depan kita mungkin dia akan ignore kita. Tapi di belakang kita dia angkat tangannya kepada Allah. Dia akan sebut bahawa dia redha dan maafkan kita. Dia halalkan segala makan minum kita. Dia nak hidup kita bahagia dunia dan akhirat.
Kalau kita bernasib baik, ibu kita akan layan kita macam biasa. Dia tak akan tunjuk yang dia terasa hati dengan kita. Tapi dalam hatinya hanya Allah saja yang tahu.
Jangan sombong dengan ibu kita. Jangan celupar mulut kita dengan ibu kita. Tak ada kita tanpa ibu. Tak ada manusia sehebat ibu. Kita nak dibandingkan dengan ibu, kita ni sangat hina. Tak payah sembang bagus la. Kita memang hina, ibu sangat mulia.
Walaupun kita kadang-kadang kita rasa tak suka dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita rasa tak setuju dengan ibu kita. Walaupun kadang-kadang kita terasa hati dengan ibu kita. Telan sajalah. Anggap saja itu ujian dan godaan syaitan untuk jauhkan kita dari rahmat seorang ibu.
Sejak dari hari pertama ibu jadi isteri ayah kita, sejak dari hari itulah ibu akan berkorban untuk kita. Kendong kita ke hulu ke hilir selama 9 bulan. Ibu tak akan mengeluh dan buang kita. Waktu bersalin, sakitnya ibu rasa. Darah banyak yang keluar. Urat banyak yang putus. Ibu tak akan merungut dan benci kita.
Semua tu bagai tak ada sebaik saja dengar bunyi tangisan kita. Segala sakit, susah dan penat hilang dalam sekelip mata.
Masa kita kecil, ibu jaga kita lebih dari jaga nyawa dia sendiri. Malam tak tidur kalau kita tak tidur. Siang ambil cuti kalau kita sakit. Selagi kita tak kenyang, ibu tak akan makan. Selagi kita tak tidur, ibu tak akan habis urusannya di dapur.
Sampai kita tua, ibu tetap pandang kita macam anaknya yang masih kecil. Dijaganya kita. Dimasaknya untuk kita. Dinasihatnya kita. Dibebelnya kita. Hebatnya seorang ibu.
Jangan sampai terhenti doa ibu untuk kita. Susah hidup kita nanti. Sebab itu kita kena selalu gembirakan hati ibu. Usaha untuk penuhi permintaannya. Dengar dan ikut cakap ibu.
Kena selalu minta ibu doakan kita. Doa ibu mustajab. Tidak ada hijab antara ibu dengan Allah SWT.
Beruntunglah orang yang masih ada ibu. Jagalah hati ibu baik-baik. Berhati-hati bila bercakap. Mulut jangan celupar. Pilih perkataan bila kita bercakap. Jangan ikut perasaan. Nada suara mesti rendah. Jangan angkat suara dengan ibu. Jangan sampai perasaannya terguris. Semakin ibu tua, semakin sensitif hatinya.
Kena selalu beringat. Apa layanan kita terhadap ibu kita, begitulah nanti layanan anak kita terhadap kita.
Bagi yang ibunya telah tiada, jangan lupa untuk terus doakan ibu setiap masa. Walau telah hilang 1 sumber doa dan kekuatan, jangan pula kebaktian kita terhenti bersama nyawa ibu. Teruskan berdoa semoga Allah ampunkan segala dosa ibu.
Selamat pagi semua.
Ingatlah ibu kita. Akan ada 1 masa kita rasa sangat susah, tak ada siapa pun yang akan sanggup tolong kita dunia akhirat lebih dari ibu kita.
Ya Allah, ampunkan dosa ibuku. Rahmatilah hidupnya dunia dan akhirat. Masukkan dia ke dalam syurgaMu tanpa hisab!
Sakit pinggang atau lenguh pinggang boleh menyebabkan rasa tidak selesa serta mengganggu aktiviti harian seseorang. Apabila pinggang rasa sakit, kita akan rasa seolah-olah seluruh tubuh yang sakit.
Akibat mengalami masalah lenguh pinggang ada yang tidak dapat tunduk rukuk dengan sempurna setelah terasa tenang di bahagian pinggang, punggung, pelipat lutut dan betis. Ada juga mudah terasa kebas bahagian kaki terutama ketika duduk bersila dalam tempoh yang lama.
Terdapat pelbagai punca lenguh pinggang antaranya duduk dalam tempoh yang lama seperti pemandu teksi dan kerja pejabat dan angkat barang yang terlampu berat berulang kali.
Selain perubatan moden, apa kata ikuti petua orang kampung dulu-dulu sebagaimana yang dikongsi oleh puan Norain Naim di facebooknya.
Beliau berkongsi petua untuk menghilangkan lenguh-lenguh pinggang dengan menggunakan batu tungku dan daun durian belanda.
seterusnya ikuti perkongsian beliau .
PETUA HILANGKAN SAKIT DAN LENGUH2 PINGGANG
Sakit dan lenguh pinggang ni bukan masalah rare pun bagi masyarakat kite, kadang2 anak muda pun dah mengalami masalah ni. Duduk terlalu lama dekat ofis tu pun boleh buat pinggang lenguh.
Ain nak kongsikan dekat sini cara2 mujarab nak atasi masalah lenguh2 pinggang Mudah sangat hanya guna 2 bahan sahaja. Inilah petua yang boleh korang cuba. Orang kalau sebut sahaja daun durian belanda tentu dalam fikiran korang hanya untuk merawat penyakit barah saje tapi sebenarnya ia baik untuk mereka yang bermasalah Sakit pinggang.
30 helai daun Duria belanda Batu tungku ( batu sungai )
cara cara
Batu tungku
Daun durian belanda
1. Susunkan daun daun durian belanda letak diatas kain lama yang dah tak digunakan. 2. Bakar batu tungku , bile dah panas letak di atas kain yang telah dialaskan dengan daun durian belanda tadi. 3. Tungku di tempat yang sakit tu, memang akan rasa lega sangat bile kite tuam tuamkan dekat pinggang. Buatlah 2x sehari inshaaAllah urat yang sakit tu akan pulih selepas terkena wap panas dari daun durian belanda. Cuma petua ni orang mengandung dilarang buat ye. Ain izinkan korang kongsi. Doakan kesejahteraan mak ain , Zakeha Md Yussop dieri kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Mudah mudahan . Aamiin
Rezeki tak pernah salah alamat. Penyampai radio Hot FM, Johan meluahkan rasa sebak selepas berpeluang menunaikan ibadah haji bersama isterinya tahun ini.
Johan dan isteri, Ozlynn Waty yang telah selamat tiba di Tanah Suci itu terpilih mewakili 11 daripada pengamal media yang dijemput oleh Kementerian Media Arab Saudi bagi mengerjakan rukun Islam kelima, musim haji tahun 1445H.
Menerusi perkongsian video dari Utusan Online, akui Johan dia dan isteri pada mulanya terkejut dan merasakan seakan satu scam apabila mendapat tawaran tersebut.
“Saya sebenarnya tak peduli la. Berita gembira tu, buat saya menangis gembira. Saya tak peduli walaupun dia scam.
“Katakanlah benda tu scam, berita tu sahaja dah buatkan saya menangis gembira,” ujarnya.
Tambah Ozlynn lagi, kedua mereka kemudiannya menangis kegembiraan dengan rezeki tak disangka-sangka itu.
“Mama, I tak tahu apa kebaikan yang I buat sampaikan Allah bagi I peluang ni. Kita pun macam tak percaya juga. Lepastu sama-sama menangis. Ohh rezeki ni rezeki,” katanya.
Ajar doa amalan pada anak
Tambahnya lagi, sebagai seorang hambanya, dia sendiri seperti tidak menyangka tetap dijemput oleh Allah ke rumahNya biarpun tidak terlepas dari melakukan dosa.
Pun begitu kata Johan, apa yang dia dan anak-anak sering lakukan malah menjadi amalannya dan anak-anak adalah dengan mengamalkan doa-doa tertentu.
Dia juga sempat berkongsi doa yang diamalkan sekeluarga dan percaya bahawa doa berkenaan telah dimakbulkan oleh Allah S.W.T sehingga dia berpeluang menunaikan rukun Islam kelima tahun ini.
“Sebab kita banyak buat dosa. Allah tetap pilih kita untuk datang. Mahal lah benda tu. Sebab dalam doa kita, kita selalu doakan dan kita ajar anak-anak satu doa yang mungkin kita boleh share;
“Berikanlah kami rezeki yang tidak disangka-sangka setiap hari dan khabar gembira setiap hari”
“So untuk saya, ini adalah khabar gembira untuk saya dan rezeki yang tidak disangka-sangka, inilah dia,” ujarnya.
Semoga perjalanan mengerjakan haji buat Johan dan Ozlynn dipermudahkan.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...