Almy Nadia dan Fizz Fairuz bakal timang anak ke lima, dijangka lahir awal Oktober. Pasangan pelakon, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia bakal dikurniakan anak kelima. Bayi itu dijangka dilahirkan awal Oktober ini.
Almy Nadia Dan Fizz Fairuz Bakal Timang Anak Ke Lima, Dijangka Lahir Awal Oktober
Sebelum ini, Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9; Nur Afrina Aurora, 8; Nur Afrina Ayra, 6; Nur Afrina Aisyah, 3. Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Almy berkata, dia dan Fizz bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah itu selepas pulang menunaikan umrah hujung Disember lalu.
“Alhamdulillah, saya dapat tahu hamil kira-kira dua bulan selepas kami kembali dari umrah.
“Saya juga alami alahan yang teruk ketika awal kehamilan hingga terpaksa keluar masuk hospital kerana tak boleh makan dan minum sebelum ini.
“Sebenarnya, kami tak rancang untuk dapat anak kelima pun kerana saya sedang diet dan mahu menguruskan badan.
“Namun, kami terima dan bersyukur dengan rezeki dari Allah ini kerana Fizz memang mahukan anak yang ramai serta keluarga besar,” katanya.
Mengenai jantina pula, Almy yang kini hamil lapan bulan berkata, dia tidak mahu berharap untuk memperoleh anak lelaki dan hanya menyerahkan kepada ketentuan Allah.
Ads
“Saya tidak buat pemeriksaan jantina bayi kerana tak nak berharap untuk dapat anak lelaki kerana takut kecewa nanti.
“Saya reda dan akan terima apa saja rezeki yang Allah nak bagi kerana yang penting bayi yang dilahirkan nanti dalam keadaan sihat, cukup sifat dan sempurna,” katanya.
Ditanya kenapa merahsiakan kehamilan, Amy berkata, ramai yang tidak tahu dia mengandung kerana berat badannya juga turun dari 120 kilogram (kg) kepada 95 kg kerana diet diamalkan.
“Ahli keluarga kedua belah pihak pun hanya dapat tahu bila usia kandungan nak masuk empat bulan.
Ads
“Bukan sahaja Fizz, semua anak-anak juga gembira kerana mereka nak dapat adik dan anggota baru dalam keluarga,” katanya.
Balik kampung kadang benda yang tak best bila tidur, nyamuk datang buat rombongan datang ‘beraya’. Kalau gigit kita ok lagi, anak-anak yang kena kan dah tak comel sana sini merah. Belum lagi bila gatal kerja nak merap je suruh garu.
Nak pasang ubat nyamuk, kadang lupa beli lah, bau tak sedap lah, ada banyak asap lah! Haaa tak payah nak pening-pening kepala, ikut je cara individu ni kongsi di laman Tiktoknya. Confirm menjadi! Jom tengok bagaimana caranya…
HILANGKAN NYAMUK GUNA 1 BAHAN SAHAJA
Tidak pernah terjangka serbuk sabun yang kita gunakan untuk mencuci pakaian boleh bertindak menghalau nyamuk!
“Hanya 1 bahan ni, nyamuk hilang. Share kepada kawan-kawan yang rumah banyak nyamuk.
Cara penyediaan mudah sahaja dan tidak mengambil masa begitu lama.
Bahan-bahan:
Satu sudu serbuk sabun
Air
Dalam bekas kosong, masukkan satu sudu kecil serbuk sabun.
Tuangkan air dan kacau hingga sebati.
Letak bekas berisi air sabun ke sekeliling rumah atau di tempat yang mempunyai banyak nyamuk.
Sebelum setiap pasangan mahu mencorakkan pasangan, adalah amat penting untuk mencorakkan diri mereka dahulu. Tidak ramai manusia yang suka dirinya diubah ataupun dibetulkan sekalipun mereka perlu diperbetulkan.
Sebab itu, suami sebagai ketua rumah tangga harus mempamerkan akhlak yang indah pada pasangan masing-masing. Bak kata orang setiap pasangan suami isteri merupakan cerminan diri mereka.
Itu hakikatnya. Namun apa yang boleh kita buat untuk mengubah karakter pasangan kita yang kurang baik ialah kita dahulu perlu mengubah diri kita.
Perkongsian pelakon Mustapha Kamal menerusi laman facebooknya ini boleh menjadi pedoman buat kita semua dalam melayari rumah tangga.
Isteri adalah cerminan suami .
Cantik suamimu , cantiklah kamu . Elok suamimu , eloklah kamu . Beriman suamimu maka berimanlah kamu . Ahli syurga suamimu maka kamu jua ahli syurga . Begitu jua sebaliknya
Wahai sang suami , jika kamu merasa isterimu sangat leceh , menyusahkan , keras kepala atau sebagainya . Maka , itulah diri kamu sendiri sebenarnya . Kamu yang telah mengajar , membentuk dan menyebabkan dia menjadi seperti itu .
” Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah , tapi lelaki yang mengahwini wanita biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah ” .
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Mungkin inilah perumpamaan atau peribahasa yang tepat untuk menggambarkan usaha yang dilakukan oleh seorang suami ini dalam membina kabinet dapur di rumahnya.
Walau pun tidak mempunyai kemahiran dalam pertukangan kayu, namun mampu menghasilkan kebinet yang kemas hasil kerja tangannya. Apa yang lebih mengujakan, semua material yang diperlukan untuk membuat kabinet tersebut dibeli secara dalam talian dan kosnya pula hanya lebih kurang RM900 sahaja. Cukup berbaloi usaha yang dilakukan.
Jadi buat anda yang ingin membuat kabinet dapur sendiri, bolehlah jadikan perkongsian daripada Dauz Zeze sebagai sumber inspirasi.
Ini perkongsiannya.
Alhamdulillah siap jugak kabinet dapur pkp 3.0 hehe. Semuanya buat sendiri dari design sampailah pada pemasangan. Dari sekecil-kecil barang macam skru sampai la papan melamine board ni pun semua beli dekat shopee.
Bagi je ukuran dan kuantiti papan yang kita nak pakai. Zaman online ni semua main oder je. Nak kata senang sangat buat kabinet ni pun tak jugak tapi yang penting kena rajin dan banyak bersabar.
Tambah-tambah rumah yang ada anak kecik memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi sebab semua kerja-kerja buat dekat ruang tamu. Semua belajar dari youtube dan google je.
Ni pun first time main kayu, last buat projek kayu masa form 1 buat tempat sangkut kunci. Tapi alhamdulillah la ada jugak rupa kabinet dapur ni. Kos untuk buat kabinet ni total lebih kurang RM900++ la jugak.
Kos tu untuk buat 2 kabinet. Kabinet panjang size 210cm x 80cm dan satu lagi 80cm x 40cm nak letak atas peti ais. Kalau panggil orang kabinet tak pasti harga market sekarang tapi bagi yang mana ada kewangan lebih tak nak pening kepala upah je orang. yang mana nak try buat sendiri di setiap gambar ada simple tutorial & link shopee untuk beli barang.
Langkah demi langkah
Mula-mula kena ada design. Buat design ikut panjang dan tinggi kabinet mengikut kesesuaian dapur sendiri.
Lepastu kena kira ukuran papan dan barang-barang nak pakai. Kena ingat tebal papan melamine ni 15mm. so kena ambil kira ukuran tu dalam design takut oversize pulak. Kalau silap size boleh potong sendiri tapi nanti jadi tak cantik la sebab bila potong dah tak ada la laminated putih balut papan tu. Tapi kalau lepastu nak wrapping dengan wallpaper tak ada masalah.
Ni contoh papan melamine siap laminate putih di semua sudut.
Papan dah smpai boleh la try susun-susun dulu macam main lego. Tengok ngam tak ukuran papan yang kita oder tu. Bagi yang nak pakai kabinet putih plane tanpa ada frame dekat pintu boleh terus skru body dan pasang handle kabinet. Mudah dan jimat masa tak perlu banyak kerja.
Masa beli melamine board ni dekat shopee harga postage ok lagi kira berbaloi la jugak sebab barang sampai depan rumah. Tapi baru-baru ni shopee dah ubah rules shipping fee semua ,shopee yang tentukan courier dan fix price postage so memang beza gila harga postage lepastu. Seller tu sendiri cekap sebalum ni shopee dah banyak rugi dekat postage kalau barang besar. So rasa better yang mana tau kedai jual melamine board dekat area rumah pergi beli terus dekat kedai je. Kos beli 26 unit papan melamine board untuk projek ni RM644 tak termasuk harga postage.
Papan yang panjang lebih daripada 1.8m kebanyakan courier dalam shopee tak ambil. Kena cari courier luar. So kalau beli papan online designkan kabinet tak terlalu panjang untuk satu kabinet.
Ni link shopee untuk melamine board yang beli haritu. Klik SINI
Bagi yang nak pintu kabinet ada frame kena la buat kerja lebih sikit. Guna papan mdf batten wall size 2 inci tebal 9mm. Potong mengikut ukuran pintu. Sapu gam kemudian paku. Ada gap antara batten wall tu tutup guna wood filler dan gosok dengan kertas pasir bagi rata. Harga batten wall ni RM2.50 seunit untuk panjang 4ft. link shopee mdf batten wall DI SINI
Ni hasil pintu yang dah siap buat frame dan wrapping. Nak hasil yang kemas dekat setiap bucu sudut dalam frame tu guna dryer untuk panaskan wallpaper tu smbil tekan.
Bila pintu dah siap boleh la tebuk lubang hinge. Bahasa melayu kita panggil engsel pintu. Secara asasnya hinge ni ada 3 jenis. full close, half overlay & insert. Pakai ikut kesesuaian design kabinet kita.
Full close pakai untuk pintu yang berada di tepi atau pada tiang kabinet yang tidak berkongsi. Half overlay pulak pakai pada tiang kabinet yang berkongsi untuk 2 pintu, lazimnya di tengah. Jenis insert pulak pakai untuk design kabinet yang frame pintu dia jenis ke dalam. Tapi kebanyakan kabinet design pintu dia luar frame. Dalam projek ni pakai hinge full close dan half overlay sahaja.
Rasa tengok youtube lagi mudah faham sebab ada video. Harga hinge ni rm1 lebih je satu. Dekat DIY pun ada jual rm2 lebih untuk 2unit. Ni link untuk beli hinge tu. Klik SINI.
Buat kerja dalam rumah tambah-tambah dekat ruang tamu memang kena banyak bersabar. masa proses buat kabinet ni akan jadi tempat main pondok-pondok deme. So banyakkan bersabar ye bapa-bapa sekalian.
Untuk tutup belakang kabinet tu just guna papan playwood je. Yang ni playwood tebal 3mm size 4ft x 8ft dijual pada harga RM28 sekeping. Potong mengikut size kabinet dan wrapping dengan wallpaper sebelum paku. Playwood ni beli dekat hardware area rumah je.
Kemudian pasang handle pada pintu. Macam-macam jenis dan bentuk handle ada jual dekat shopee. Yang macam ni RM6.43 seunit oder dari china. Kualiti ok berat, ada yang lagi murah dari tu tapi ringan la sikit.
Terpulang pada individu nak beli ikut bajet masing-masing. Ni link shopee untuk handle tu. Klik SINI
Last sekali pasang lampu LED dalam kabinet dan juga hydraulic support untuk pintu yang bukak ke atas. Rak pinggan tu ada macam-macam size, 600mm,800mm & 900mm. Haa masa design kabinet ni mula-mula dulu kena amik kira size rak pinggan yang nak pakai tu. Untuk projek ni pakai size 600mm.
Ni link untuk lampu LED. Nak beli dekat kedai letrik pun boleh cuma haritu pkp banyak kedai letrik tutup. Harga RM6.09 seunit untuk panjang 1ft. Klik SINI jika nak beli.
Ni link untuk hydraulic support 80N. Harga rm2.43 seunit .
FYI semua brg di atas ni termasuk hinge beli di kedai yang sama dalam shopee. Boleh scroll tengok item yang dijual di kedai tu memang banyak jual barang-barang aksesori kabinet dapur. Beli sekali dapat harga postage sekali,jimat.
Ini 1st trail saya buat kabinet so tu test dulu nak tengok ngam ke tak pintu untuk buka tutup. Lagi pun saya masih belum nak gantung lagi sebab dapur masih dalam proses renovate.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.