Dalam usia 47 tahun, penyanyi dan pelakon terkemuka Indonesia, Krisdayanti kini bergelar nenek apabila anaknya, Aurel Hermansyah,23 selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan YouTuber sensasi Indonesia, Atta Halilintar.
Perkongsian berita gembira itu dimuat naik pelantun lagu Menghitung Hari di akaun Instagram miliknya.
Gambar yang menunjukkan wajah comel cucunya yang dipanggil ‘Baby A’ itu nyata meraih perhatian ramai.
‘Baby A’ atau nama penuhnya Ameena Hanna Nur Atta dilahirksn di Rumah Sakit Bunda Jakarta pada 22 Februari dengan berat 3.3kg. turut hadir memberi sokongan adalah ibu tiri Aurel, Ashanty dan bapanya Anang Hermansyah.
Detik berkenaan turut dimuatnaik secara langsung oleh menantunya, Atta di laman YouTube miliknya.
Malah, Krisdayanti mengakui teruja dan tidak sabar untuk memegang status nenek ketika majlis sambutan kelahiran cucunya.
Terdahulu Krisdayanti mempunyai dua anak termasuk Aurel, hasil perkahwinannya dengan penyanyi Anang.
Manakala hasil perkongsian hidup kini bersama suaminya, Raul Limos,mereka dikurniakan dua lagi anak Ariannha Amora Lemos, 10, dan Kellen Alexander Lemos, 9.
Tiada siapa pun yang ingin sakit dan hakikatnya nikmat kesihatan itu cukup besar dan bermakna.
Pun begitu, dalam bab penjagaan kesihatan jangan pula kita sekadar nampak luaran sihat tetapi dalaman sebaliknya.
Contohnya, bila menyentuh tentang penyakit Batu Karang Hempedu yang dikongsikan oleh Dr. Zubaidi ini.
Penyakit ini memerlukan masa yang panjang dan sebelum ke tahap serius, tubuh badan Kita akan menunjukkan beberapa tanda-tanda.
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian dari dr Zubaidi ini
PENYAKIT BATU KARANG HEMPEDU
Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikenali sebagai Cholelithiasis. Pundi hempedu berfungsi untuk menyimpan cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Apabila seseorang itu makan, ia akan menghasilkan satu mekanisma yang akhirnya akan menyebabkan pundi hempedu mengecut dan menolak hempedu yang disimpannya ke dalam usus. Salah satu fungsi cecair hempedu adalah untuk memudahkan pencernaan lemak dalam usus.
Pembesaran pundi hempedu disebabkan saiz batu yang semakin bertambah akan menyebabkan rasa sakit dibahagian perut. Bahkan kehadiran batu dalam pundi hempedu juga meningkatkan risiko untuk berlakunya jangkitan kuman ataupun keradangan pada pundi hempedu tersebut. Keradangan pada pundi hempedu ini dinamakan sebagai Acute Cholecystitis.
Jika batu tersebut tersekat dalam saluran hempedu menuju ke bahagian usus, ia boleh menyebabkan hempedu tidak boleh dikeluarkan ke dalam usus. Ini menyebabkan proses penyingkiran bilirubin pun terganggu. Perkara inilah yang akan menyebabkan mata seseorang itu kelihatan kuning disebabkan bacaan bilirubin yang meningkat dalam badan.
Tanda dan gejala
Kebanyakan batu karang hempedu tidak menyebabkan tidak menunjukkan tanda atau gejala. Ia dikesan semasa pemeriksaan rutin dijalankan.
Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.
Ia berkurang dengan sendirinya tetapi boleh berlaku semula sekali-sekala. Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.
Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.
Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal. Gejala lain termasuklah sakit perut, loya dan muntah. Jangkitan hempedu statik mempunyai gejala lain seperti demam dan disebut sebagai Ascending Cholangitis. Jika tidak dirawat, boleh membawa maut.
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu :
1. Jantina. Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
2. Berat badan. Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
3. Diet. Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.
4. Umur. Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
5. Diabetes. Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.
6. Ubat kolesterol. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.
Rawatan
Rawatan masalah ini bergantung kepada pesakit sama ada mempunyai simptom ataupun tidak. Pesakit yang mempunyai batu dalam hempedu tetapi tidak mempunyai sebarang simptom selalunya tidak akan menjalani pembedahan kecuali atas beberapa sebab.
1. Pembedahan
Jika pesakit sudah mempunyai simptom seperti yang dikatakan di atas pembedahan perlu dilakukan untuk membuang pundi hempedu tersebut. Prosedur ini dikenali sebagai cholecystectomy.
2. Antibiotik
Jika pesakit sedang menghadapi keradangan pundi hempedu (Acute cholecystitis), pesakit akan diberi antibiotik terlebih dahulu untuk menghapuskan kuman dan supaya keradangan tersebut hilang terlebih dahulu. Kemudian barulah pembedahan dilakukan. Jika masalah keradangan tersebut masih berterusan, pembedahan kecemasan akan dilakukan untuk membuang pundi hempedu tersebut.
.
Terdapat beberapa prosedur lain yang boleh dilakukan untuk rawatan pesakit. Tetapi selalunya prosedur tersebut akan dilakukan jika pesakit mengalami masalah yang tidak memungkinkan pembedahan cholecystectomy dilakukan.
Sumber : Dr Zubaidi Hi Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini kecoh juga di media sosial berkenaan pendedahan daripada sebuah keluarga yang mendakwa dilayan buruk ketika menaiki pesawat penerbangan daripada Langkawi ke Kuala Lumpur.
Hal ini terjadi difahamkan disebabkan anak kecilnya tidak berhenti menangis kerana enggan duduk di kerusi berasingan hingga menyebabkan hampir dihalau keluar oleh kapten pesawat tersebut.
Kejadian tersebut turut mendapat perhatian pelakon dan usahawan, Nur Fazura yang mengakui pernah mengalami situasi seakan-akan sama dengan keluarga berkenaan. Ia terjadi sewaktu dia membawa Fatima tapi bernasib baik kerana mendapat layanan baik dari staf kabin.
“Sangat terkesan dengan isu ini. Sangat sakit hati sebab Faz pun pernah mengalami situasi ini dengan Fatima dulu tapi pihak airline tetap berikan infant belt.
“Bukan setakat itu je, siap bagi coklat dan colouring book, walaupun Faz dan suami dah sediakan juga. Kesian baby tu, umur pun lebih kurang Fatima. Maybe dia takut nak duduk kat seat sendiri dalam aircraft, rasa lebih safe duduk kat mommy dia. Kesian sangat!” luah Faz di Instagram story yang nyata memahami perasaan ibu bapa berkenaan.
Dalam pada itu Faz turut mempersoal sama ada benarkah kanak-kanak itu menangis selama 20 minit dan hampir dihalau keluar.
“Betul ke baby tu menangis 20 minit berterusan tanpa belas kasihan dan kerjasama dari airlines sehingga keluarga itu diminta keluar pesawat? Simply unacceptable because most of us have love and compassion.”
Ramai saja kalangan kita yang membeli rumah secondhand. Harganya memang lebih murah berbanding kediaman yang baru.
Namun untuk membersihnnya pasti mencabar! Malah bahagian paling mencabar selalunya bilik air atau tandas. Lantai kotor, dinding berkarat, memang jenuh nak menyental.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bagi yang berdepan masalah begini boleh ikuti tutorial deep cleaning bilik air yang dikongsi oleh Hani Mynis ini.
DEEP CLEANING BILIK AIR
The downside of buying secondhand house, dia datang sekali dengan pakej bilik air yang kalau tengok boleh hilang selera makan seminggu haha. Tapi berita baiknya, dapat lah hani buat tutorial utk uols macam mana untuk buat deep cleaning bilik air ha! Kecuali zip cream cleanser tu, semua bahan pencuci hani beli dari Eco. Semoga bermanfaat.
1.Tuang peluntur tak perlu bancuh
Tuang Clorox atau peluntur dari botol. Tak perlu bancuh dulu dengan air. Hati-hati masa guna Clorox ni takut terpercik kat mata ke. Pakai sarung tangan, face mask, goggles kalau perlu.
Biarkan peluntur tu bertindak balas dengan kotoran sambil kita buat kerja lain. 10 hingga 30 minit. Jika dibiarkan semalam lagi bagus.
2.Bahan untuk bersihkan kotoran
Gunakan magic span dan juga pembersih kotoran jenis ini untuk hilangkan kesan watermark dan soap scum. Sental kotoran dan tengoklah hasilnya
3.Cara bersihkan soap scum
Sebelum tu kita kikis dulu kesan soap scum. Sental dengan magic span dan pencuci Zip. Lepas kikis sental kotoran dengan magic span dan Zip tadi. Gunakan kaedah sama untuk bersihkan soap scum yang ada kat dinding.
Teknik cuci bilik air ni bukan untuk rumah secondhand saja, kalau kat rumah sendiri ada kotoran macam ni pun boleh praktik cara yang sama.
RUJUK GAMBAR
Ada sesetengah kotoran yang degil susah nak hilang memang perlukan bantuan harsh chemicals seperti peluntur dan asid. Oleh itu, guna dengan cermat, baca arahan pada botol, utamakan keselamatan.
Apa yang hani buat dalam tutorial ni bukan deep cleaning yang weekly hani buat tau deep cleaning yang macam ni sesuai untuk monthly atau every 3 months. Weekly cleaning memadai guna pencuci tandas biasa sahaja (bergantung kepada tahap kekotoran)
P/s: semua hardware yang boleh ditukar kitorang tukar. Walaupun beli rumah secondhand nak juga lah fefeling beli rumah baru kan hahah. Yg ditukar: penutup mangkuk tandas (kedai hardware), kepala paip (mr diy), paip besi sekali dgn kepala dia tu (Eco), penapis besi kat sinki (Yang Yang Rm2), shower head (Eco).
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.