Penting untuk kita menjaga kesihatan termasuk kesegaran bahan masakan dan makanan.
Oleh itu, apabila membeli barang atau makanan kita biasanya akan alert tarikh luput pada barang tersebut.
Namun tahukah anda bahawa ada dua jenis tarikh luput yang kena tahu iaitu guna sebelum dan baik sebelum.
Ikuti perkongsian ini.
Ads
TARIKH LUPUT: GUNA SEBELUM vs BAIK SEBELUM
Perasankah anda akan label tarikh luput pada produk makanan dan minuman yang mencatat “Baik Sebelum” (Best before) “Guna Sebelum” (Use by)?
Label tarikh luput digunapakai untuk produk-produk yang mudah rosak seperti makanan dan minuman, ubatan, kosmetik, bahan letupan, tayar, bateri dan macam-macam lagi. Namun di sini, kita akan focus kepada makanan dan minuman sahaja.
Sebenarnya ada perbezaan pada kedua jenis label tarikh luput ini. Kita tidak seharusnya mengambil ringan akan hal ini kerana ada sebabnya makanan ini dilabel sebegitu. Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
Guna Sebelum” (Use by)
Tarikh yang tertera sebagai “Guna Sebelum” ialah akhir sesuatu produk itu SELAMAT untuk dimakan. Kebiasannya ianya digunakan pada produk makanan yang cepat rosak dan tidak perlu simpan lama seperti daging, susu, kek, roti, telur dan sebagainya. Bagi produk makanan yang dilabel sebegini haruslah diBUANG serta merta selepas tarikh yang dinyatakan.
Ads
Baik Sebelum (Best Before)
Tarikh untuk label “Baik Sebelum” menunjukkan sifat atau KUALITI produk tertentu sehingga tarikh yang dinyatakan. Selepas pada tarikh yang dinyatakan pada bungkusan itu, produk itu sudah TIDAK boleh dijual kerana berkurangnya kualiti seperti kehilangan kesegaran, tekstur, aroma, rasa dan nutrisi asalnya.
Tetapi ini tidak bermaksud makanan itu tidak lagi selamat untuk dimakan. Kita sebagai pengguna boleh menilai sesuatu produk makanan itu rosak atau tidak dengan melihat pada perubahan rupa (berkulat, berlendir, keladak, pembentukan lapisan cecair…) warna (berubah dari yang asal), bau (tengit disebabkan oksidasi) dan rasa (tengit, masam…) dari yang asal disebabkan oleh berlakunya tindakbalas kimia pada produk berkenaan. Sekiranya terdapat perubahan ini, maka kita seharusnya membuang terus produk ini.
Tips untuk memanjangkan jangka hayat produk:
Simpan di dalam peti ice (freezer atau chiller). Suhu yang rendah melambatkan proses tindakbalas kimia bahan dalaman produk, juga memperlahankan pertumbuhan kulat dan aktiviti bakteria perosak.
Percaya atau tidak, ramai wanita akan melalui detik ini dari semasa ke semasa. Selagi kita tidak memperbetulkan mentaliti dan perspektif, peranan isteri seringkali tidak dihargai sehingga menimbulkan stres.
Jika dipendamkan perasaan ini , ia juga boleh menimbulkan pergaduhan suami isteri dan anak-beranak. Lebih teruk lagi, ada yang berasa tertekan hingga mengalami hypertension atau kemurungan yang serius.
Hakikatnya, amat sukar untuk kita mengubah persepsi orang lain walaupun mereka adalah ahli keluarga sendiri. Tetapi, kita boleh mengubah diri sendiri.
Apabila kita memahami peranan isteri dan situasi ini dengan jelas, mungkin kita akan dapat membuat perubahan yang positif dalam keluarga.
Kerja rumah memang tak akan pernah habis. Walaupun isteri anda rasa dia BOLEH buat, tak semestinya dia PERLU buat semua kerja tersebut.
Solusinya, anda perlu bersabar dan tidak meletakkan ‘expectation’ yang terlalu tinggi kepada isi rumah tersebut.
Biasalah kalau rumah bersepah, ada baju-baju yang bertimbun dan permainan yang di sana sini. Tapi, anda perlu ingat bahawa anak kecil seawal 3 tahun pun dah boleh diminta untuk melakukan tugas mudah seperti memasukkan baju ke dalam bakul dan membuang sampah. Mereka cuma perlu dilatih dan dipantau dengan teknik yang betul.
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
Suami memainkan peranan yang amat penting dalam menjadi contoh kepada anak-anak. Anda juga perlu melakukan sedikit kerja rumah juga walaupun isteri anda merupakan seorang surirumah sepenuh masa.
Mengapa? Suami akan menjadi contoh paling dekat dengan anak-anak. Bagaimana kita mahu mengarah anak-anak untuk melakukan kerja rumah sekiranya mereka boleh menjawab – “Alah, Papa tu relaks saja. Bukannya buat apa-apa. Aiman pun nak rehat macam Papa lah.”
Anak-anak adalah sang peniru yang hebat. Kalau tidak dapat menolong banyak benda pun tak mengapa, tapi setidak-tidaknya suami perlu tahu menguruskan diri sendiri – bukankah ini tanggungjawab individu?
Seorang ibu bukan saja rasa seperti orang gaji apabila terpaksa menggalas kerja rumah seorang diri, tetapi juga apabila dilayan dengan buruk oleh anak-anak atau sesiapa saja di dalam rumah tersebut.
Tugas mendidik anak bukanlah mudah dan ia tak sewajarnya digalas oleh isteri seorang. Cakap saja tentang gejala sosial zaman moden ini, macam-macam yang terbayang di kepala. Sesibuk manapun, mereka amat memerlukan masa berkualiti bersama anda.
Melayan bayi menyusu badan seharian pun boleh memenatkan dan mengambil banyak masa isteri. Apatah lagi apabila anak sudah mula pandai berjalan, ke taska, dan sekolah. Mereka perlu dididik untuk berkomunikasi dengan baik, solat, mengaji, dan banyak lagi. Tugas ini amat berat, jadi janganlah melepaskan semua bahagiannya kepada isteri atau guru semata-mata.
Memang ‘sakit mata’ apabila tengok barang-barang bersepah dan berterabur. Tapi, anda perlu mencari punca mengapa barangan tersebut tidak teratur. Adakah kerana sikap individu ataupun ruang dalam rumah yang tidak dirancang dengan baik?
Salah satu cara praktikal adalah dengan mewujudkan ‘pride of place’ di mana mereka mempunyai ruang mereka sendiri. Ia tidak semestinya sebuah bilik sendiri, tetapi mungkin tempat tidur, ruang belajar, dan almari yang mudah dicapai atau dikendalikan. Dengan cara ini, mereka akan rasa lebih bertanggungjawab apabila diarahkan untuk mengemasnya.
Sedari kecil, andalah yang merancang semua perkara untuk mereka dan menyediakan segala keperluan mereka. Perlahan-lahan, mereka perlu juga diajar untuk berdikari dan menguruskan tugas yang mudah. Kita patut ambil iktibar daripada kisah ‘Anakku Sazali’ lakonan Allahyarham lagenda P.Ramlee.
Dalam kebanyakan kes, ibu bapa sendiri tidak menyedari bahawa mereka telah memanjakan anak mereka. Permainan bersepah, tak pandai urus diri, dan berat tulang pula apabila diminta untuk menolong kerja rumah.
Dalam jangka masa panjang, ia akan memberi manfaat besar bukan saja kepada anda tetapi juga kepada anak tersebut.
Keluarga anda perlu melihat anda berada di meja makan. Tabiat membawa makanan masuk ke bilik, melayan ‘handphone’ sambil makan, mengeluh melihat makanan, dan menjadi ‘picky eater’ mungkin saja bermula apabila anda mengabaikan masa makan yang berkualiti bersama keluarga.
Perasan tak, mungkin anda memberi persepsi yang ‘negatif’ terhadap masa makan. Anda selalu makan sisa makanan yang dah sejuk, makan sambil berdiri di dapur, dan kadang-kadang langsung tidak makan bersama mereka kerana terlalu sibuk melakukan kerja lain?
Bukanlah peranan isteri 100% memastikan semua orang dalam rumah gembira dan mendapat layanan ‘first class’. Sebaliknya, tugas ini turut dikongsi dengan suami yang bertindak sebagai pemimpin rumah tangga.
Yang penting, anda berdua perlu berfungsi sebagai satu unit yang saling menjaga maruah dan integriti masing-masing. Dengan jalinan kasih sayang dan persefahaman, anda akan rasa bahagia walaupun penat.
Kuncinya, seorang isteri perlu menghargai diri anda terlebih dahulu jika anda mahu orang lain menghargai anda. Dari situ, akan lahirlah kepuasan daripada melakukan semua tugas dan peranan isteri dan juga ibu.
Si suami pula perlu menjadi ketua dan bersedia untuk berkongsi tugasan agar rumah tangga menjadi lebih efisyen. Semoga dengan memperbetulkan mentaliti ini, anda akan dapat merasakan perubahan yang lebih positif dan berasa kurang terbeban dengan semua kerja rumah.
Ekoran virus bahaya Covid-19 yang menyerang seluruh penduduk dunia termasuk Malaysia, ia telah memberi kesan kepada ekonomi dunia pelbagai sektor. Situasi ini sudah pastinya menjejaskan perbelanjaan isi rumah ekoran ada segelintir pekerja tidak dibayar gaji. Keadaan menjadi parah apabila sejak Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) diadakan pada 18 Mac 2020 yang lalu. Setelah hampir seminggu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, Kerajaan Malaysia akhirnya mengumumkan beberapa inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia.
Ini kerana menyedari kesulitan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia, kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan Untuk 12 Bulan. Inisiatif ini akan membolehkan ahli KWSP bawah 55 tahun mengeluarkan wang dari akaun 2, maksimum RM500/sebulan untuk 12 bulan. Pengeluaran wang akaun 2 KWSP i- Lestari (RM500 Sebulan) ini bermula hari ini iaitu 1 April 2020.
Tujuan i-Lestari adalah untuk membantu ahli meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik Covid-19 pada ketika ini. Kerajaan akan terus memantau perkembangan situasi ini dan keperluan pengeluaran ini dari semasa ke semasa dan dijangka impak pandemik Covid- 19 akan berakhir selepas tempoh tersebut.
Menerusi perkongsian di FB, Mariatul Syuhada berkongsi cara untuk mendaftar bagi pengeluaran wang akaun 2 KWSP.
Ikuti perkongsianya. Semoga bermanfaat.
Ramai juga yang belum daftar i-akaun KWSP tapi nak apply i-Lestari hari ni. Tak apa, jangan risau. Boleh daftar i-akaun melalui emel saja.
Masuk website KWSP www.kwsp.gov.my then klik “Daftar Sekarang Melalui Emel”. Automatik akan download borang dia.
Senang saja dan email ke iakaundaftar@epf.gov.my dan sertakan dokumen ni:
1. Borang permohonan yang lengkap. 2. Salinan kad pengenalan depan dan belakang. 3. Gambar selfie diri dengan kad pengenalan. 4. Bukti pemilikan nombor fon sendiri. (Contohnya: Bil Telefon/Kontrak Pendaftaran Telefon) 5. Salinan penyata akaun bank.
Takde printer? Macam mana nak isi borang?Jangan risau. Download je apps Adobe Fill & Sign. Boleh isi borang terus melalui apps tersebut. Save file as PDF untuk email ke KWSP
Mudah kan.
Jadi, tak perlulah stress nak call KWSP hari ni. Mesti talian KWSP sibuk sebab ramai orang panik nak tahu macam mana apply i-Lestari. atau pening2 nak cari printer untuk isi borang. Share jika bermanfaat .Tq,
Tular di laman Tiktok seorang wanita yang dikenali sebagai Aisyah Ishak menjaga kedua ibu bapa yang sakit terlantar atau (bedridden).
Menurut Aisyah ayahnya sakit saraf sejak tahun 2021 manakala si ibu pula diserang strok mini pada tahun 2022.
Tidak dapat dinafikan menjaga pesakit yang terlantar bukanlah satu perkara yang mudah.
Ia memerlukan tenaga yang kuat untuk mengangkat mereka tambah lagi jika ingin membersihkan badan atau ke tandas.
Aisyah berkongsi akaun TikTok miliknya cara dia menguruskan kedua ibu bapanya yang terlantar dengan menggunakan ‘hoist crane’.
Menerusi video yang dikongsikan dapat dilihat Aisyah menggunakan alat kawalan tersebut untuk membantunya mengangkat dan mengalihkan ibunya dari atas tilam ke kerusi roda.
Walau bagaimanapun, Aisyah juga memerlukan bantuan daripada abangnya yang turut menjaga kedua ibu bapanya setiap kali ingin memasukkan ibu ke dalam kereta.
Apa yang lebih menarik perhatian, menerusi video lain yang turut dikongsikan olehnya Aisyah menunjukkan dia juga ada membina katil DIY bersaiz queen dengan menambah roda untuk memudahkan dia menguruskan ibunya.
Dia menjelaskan bahawa alat kawalan hoist crane itu turut dibeli di atas talian.
“Hoist crane tu saya beli di Shopee, lepas tu minta tukang rumah pasangkan,” jelasnya yang juga merupakan penuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Melihat di ruangan komen, ramai yang rasa tersentuh melihat kegigihan Aisyah dan abangnya menjaga kedua ibu bapa mereka.
Di ruangan komen terdapat yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah melalui perkara yang sama.
Ada juga yang memuji mereka orang yang hebat kerana tidak semua orang mampu menjaga ibu bapa sama ada dari segi fizikal, kewangan dan masa.
“Aku tengok video TikTok ni mengalir air mata jantan aku..”
“Saya jaga nenek saya sekarang macam ni lah, dia tak ada sakit kronik cuma dia tak ada kaki sebelah je. Setiap kali buat pemeriksaan macam nilah saya angkat sorang….”
“Saya tahu macam mana rasanya jaga orang sakit.. saya pernah rasa jaga adik strok, nak angkat punya payah sebab badan dia tak ada daya”
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.