Selalu kita tengok di social media, dalam akhbar kehidupan selebriti, terdetik di hati rasa seronok jika berada di tempat mereka. Mana tidaknya, terkenal, banyak duit, diminati ramai dan macam-macam lagi lah!

Tetapi… Mereka pun sama seperti insan lain. Ada kisah perjalanan dalam hidup mereka yang kita tidak tahu sebelum ini jatuh bangun yang mereka hadapi. Misalnya bagi pelakon dan usahawan berjaya Wawa Zainal, yang juga mempunyai kisah perjalanan hidupnya yang membuatkan dia kuat untuk berusaha mengubah nasib hidup diri dan keluarga.

Meskipun sentiasa tersenyum pada umum, siapa menyangka dia juga mempunyai kisah perjalanan yang sukar dan perkongsian daripada dirinya ini bagaimanapun viral menjadi tumpuan ramai.

Seperti yang diceritakan dalam satu rakaman yang dimuat naik oleh peminatnya di Tiktok, Wawa Zainal berkata dirinya bukan datang daripada keluarga yang senang dan mempunyai 23 orang adik beradik malah pernah berkongsi sebiji telur dengan adik beradiknya dan dalam pada masa sama, ujarnya dia juga ingin mengubah nasib diri dan keluarga.

IKLAN

“Telur Sebiji Pun Kadang 2,3 orang kongsi..” – Ada 23 Adik Beradik, Wawa Zainal Buka Cerita Undang Sebak

” Saya bukan daripa golongan keluarga yang berada, bukan pula dari golongan yang sederhana, tapi keluarga saya ni sangat susah.

” Saya adik beradik 23 orang. Ye ramai orang tak tahu, dan hidup saya memang sangat susah, kalau dapat makan lauk ayam tu dah memang sangat special bagi kitorang

IKLAN

” Telur sebiji pun kadang-kadang 2 3 orang kongsi & saya pernah berada di tempat korang terdesak untuk nak ubah hidup. Meronta-ronta nak keluar dari kesusahan.” kongsinya dalam rakaman tersebut.

Disebabkan itu, tambahnya dia cuba untuk hantar gambar pada produksi selepas SPM untuk ubah hidup.

IKLAN
@ril_glamrs #wawamoisturizer #cleanserwawa #wawazainal #fypdongggggggg #women #aerilzafrel #fypシ゚viral #fypage #fypシ #fyppp #fyp ♬ original sound – ril_glamrs

Meninjau di ruangan komen, ramai memuji kesungguhan Wawa yang telah berjaya kini sehingga mampu membantu nasib keluarganya. Malah, sifat rendah diri dan tidak lupa diri menjadi bualan ramai.

“Telur Sebiji Pun Kadang 2,3 orang kongsi..” – Ada 23 Adik Beradik, Wawa Zainal Buka Cerita Undang Sebak “Telur Sebiji Pun Kadang 2,3 orang kongsi..” – Ada 23 Adik Beradik, Wawa Zainal Buka Cerita Undang Sebak

Sumber : ril_glamrs

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI