Rumahtangga yang normal pasti ada turun dan naiknya. Ada pahit, manis, masam dan masin. Cuma yang membezakan suatu rumahtangga adalah saling menghargai. Justeru, barulah bahagia rumahtangga.
Namun ada beberapa perkara yang menyebabkan sesebuah perhubungan atau perkahwinan hadapi masalah. Salah satunya adalah daripada diri suami itu. Apakah suami itu cukup sempurna jika inginkan isteri sentiasa sanjunginya.
Ikuti perkongsian oleh Firdaus Shakirin supaya perkahwinan itu sentiasa bahagia.
Ads
Apa yang seorang suami mahukan dari seorang isteri? Sebagai suami, tanya diri kita sendiri tentang apa yg kita mahukan dari seorang isteri…
Kita nak dia jadi isteri yang macam mana…
Kita nak dia menghormati kita? Then kita tanya pada diri sendiri, apa yg kita dah buat utk dihormati? Adakah kita melayani dia dgn baik? Adakah kita memahami dirinya? Adakah kita prihatin terhadap perasaannya? Adakah kita dah memenuhi hak2 seorang isteri yg sepatutnya dia dapat dari seorang suami?
Ads
Kita nak dia masak sedap2? Adakah kita dah menyediakan keperluan2 yg mencukupi utk dia masak sedap2? Adakah kita dah menyediakan peralatan2 utk dia memasak? Adakah kita dah bagi duit utk dia beli bahan2 mentah utk dia memasak?
Kita nak dia taat pd diri kita? Then, adakah kita dah taat kepada Allah? Adakah kita tak mengabaikan atau meninggalkan solat? Adakah kita dah “menghidupkan” suasana rumahtangga kita dgn agama?
Ads
Kita nak dia bahagia? Adakah kita selalu menggembirakan diri dia? Adakah kita selalu menyakiti hati dia?Ada x perbuatan2 atau tutur kata kita yg dpt membuatkan dia terasa, dia terluka atau dia kecewa?
Byk persoalan yg bermain difikiran…apa yg seorang suami mahukan dari seorang isteri…bila kita fikir dalam2, baru kita akan dapat jawapan…apa yg kita mahu itu sebenarnya adalah apa yg kita perlu buat dahulu, kemudian baru kita akan dapat apa yg kita mahu…
So ask ourselves, apa yg kita “DAH” buat sebagai seorang suami pada hari ini?
The answer to your question is within you…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa figura dakwah yang dikenali ramai.
Tutur kata yang lembut tatkala menyampaikan usrah dan ceramah mudah menjentik hati.
Baru-baru ini, anak ketiga beliau, Nur Ne’ma al Solehah melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan.
Telah berlangsung pernikahan anakanda yang kami cintai, Nur Ne’ma Al Solehah dan Afif Nu’man Bin Azamirudin di Musolla Madinatul Huffaz dengan diiringi doa restu ibu bapa, datuk nenek dan seluruh keluarga,” kongsinya.
Dalam pada itu, isteri kepada Ustaz Dr Azahar Yaakub itu turut menitipkan kesyukuran dan mendoakan agar ikatan yang terjalin berkekalan serta diberkati.
Sementelah kedua-dua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan merupakan rakan baik sebelum ini.
“Dua Keluarga yang sejak dari dahulu bersahabat baik kini menjadi besan dengan bersatunya pasangan mempelai ini.
“Doa kami, mudah-mudahan pernikahan ini penuh keberkatan, barakah untuk seluruhnya.
“Barakah dengan apa yang akan dikurniakan oleh ALLAH untuk pasangan ini dan bermanfaat perkahwinan ini untuk ummah, aamiin.
“Alhamdulillah terima kasih pada sanak saudara dan rakan taulan yang mendoakan. Doakan pasangan mempelai mendapat segala kebaikan di dunia dan akhirat,” titipnya.
Warganet turut menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan agar kebahagiaan Nur Ne’ma al Solehah dan pasangan kekal berpanjangan.
Ustazah Norhafizah yang juga Tokoh Pendakwah Wilayah Persekutuan (Majlis Sambutan Maal Hijrah Wilayah Persekutuan) 2015 mendirikan rumah tangga dengan Ustaz Dr Azahar Yaakub dan dikurniakan tujuh cahaya mata.
Pada usia mencecah 43 tahun, beliau menjadi inspirasi ramai selepas menerima doktor falsafah (PhD) dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia dengan tesisnya bertajuk ‘Pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara’.
Terdahulu, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan juga dari universiti yang sama.
Ustazah Norhafizah bertugas sebagai pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur sebelum bersara pada Mei 2022.
Kini, beliau dan suami merupakan pengerusi dan penasihat kepada Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz yang terletak di Gombak.
Sumber: Instagram Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita.
Ada 4 langkah semuanya;
1) Buka akaun Tabung Haji.
2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB
3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung.
4)
a)Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.
b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).
c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil.
d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.
e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.
Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda.
Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya.
Nota cara menabung secara ringkas:
1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?
2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).
Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.
BAGAIMANA MAHU BUAT RAYUAN PERGI HAJI?
Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Isi kandungan surat rayuan:
Nama penuh
Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad
Tujuan rayuan
Tandatangan
Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut. Dan ini Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1437H.
Rogayah binti Mokhtar
Lot 1234, Jalan Sinar
Kampung Harapan
84000 Muar
Johor
18 Disember 2015
Kepada,
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Tuan/Puan,
RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1437H/2016M
NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR
KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678
Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2016 Masihi.
Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.
Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.
Sekian, terima kasih.
Yang Mengharap,
(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)
No K/P: 450101-01-0400
sumber : Muhammad Yaakub Yusra
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mahkamah Sesyen di sini, memerintahkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali membela diri berhubung dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Keputusan itu dibacakan Hakim Izralizam Sanusi selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu.
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan untuk Siti Bainun membela diri pada 5,6,7,8 dan 9 Disember depan.
Terdahulu, Siti Bainun hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, jam 9.15 pagi, dengan memakai baju kurung berwarna hitam dan tudung merah jambu.
Pada 28 Oktober lalu, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan kes itu yang bermula 30 Mac lalu.
Selain Bella, saksi lain termasuk bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood, pakar psikiatri Dr Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik Dr Salmi Mohamed Shukur.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.
Peguam-peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Asiah Abd Jalil dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun.
Hadir sama, Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam, Mohd Radzi Yatiman yang dilantik oleh Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.
Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.