Apabila bergelar isteri, ramai wanita mula rasa tertekan terutama apabila hal menguruskan rumahtangga.
Dulu sebelum ada anak-anak, rumah bersih dan kemas. Sebaliknya bila ada anak. Bukan kata anak itu beban tapi lumrah rumah pasti berselerak.
Sehingga ada wanita alami tekanan perasaan dalam diam. Memendam rasa. Itu salah satu sebab kenapa ramai wanita suka membebel.
Menarik perkongsian wanita ini, Siti Suryani Yaakop yang memberi kata-kata semangat agar para wanita tidak tertekan hal rumahtangga.
Katanya jangan terlalu memaksa diri sehingga semua aura negatif ada dalam diri. Sebaliknya ambil sikap chill je, bertenang.
Paling deep, katanya, wanita kena sayang diri dulu.
Ads
Ikuti perkongsiannya.
Kena terus terang
Ads
“Tinggalkanlah. Takda siapa yang datang nak cek benda tu”. Biasa-biasa sebelum keluar ke mana-mana, aku akan kemas rumah dulu. Menyapu, lipat baju, kemas peti ais, sental jamban. Buatlah segala benda supaya balik nanti aku senang. Tapi kali ni, tak. Aku tinggal. Ikut kata suami. Akhir-akhir ni aku rasa mental aku tak berapa nak sihat. Aku bagitau suami. Banyak benda dalam otak. Macam ligat sangat mesin otak aku berpusing tanpa henti. Banyak sangat benda nak fikir. Aku malas nak munafik-munafik kata aku okay. Aku terus terang je. Senang. Sebab kalau aku tak okay, pasti satu rumah nanti tak okay. Aku rasa ramai ibu dan mak rasa bersalah sangat kalau dia tak okay. Dia rasa dia mesti kena sentiasa sihat, stabil, waras, elok, sopan, gembira, riang ria dan segala macam benda positif je kena ada. Sampai kadang-kadang dia simpan semua energi negatif dalam diri yang akhirnya menelan diri dia sendiri secara perlahan-lahan. Dia keliru. Tak tahu nak buat apa. Paling kuat pun dia menangis sesorang diam-diam bawah pancur. Padahal takda apa pun. Hal kecik je. Yang biasanya dia memang tak kisah langsung. Jika begitu, sedarlah. Dah lebih limit.
Bawa bertenang, chill ok!
Ads
Makanya dengan itu, hentikan semua kelam kabut mengejar dateline kerja rumah. Pejamkan sekejap mata melihat baju yang bertimbun. Lantakkan segala karut marut hal di pejabat. Pekakkan telinga bila kau dengar Tipah Cili mengata kau di belakang. Biarkan semut berlalu pergi membawa lari serpihan biskut meri yang anak kau makan tadi. Ambiklah segelas milo panas. Letak depan TV. Bawa bersama biskut mayat. Cicah 3-4 keping. Slurppp milo panas tu perlahan-lahan. Kerja rumah boleh tunggu. Anak-anak elok ada depan mata mu. Segala masalah dunia ni akan berlalu. Kau tu…kau kena sayang diri kau dulu. Dan ingatlah satu perkara tanpa malu dan ragu. Menjadi tak okay adalah okay buatmu. Kita manusia. Bukan batu.
Kenapa perlu tengking anak? Kadang ada perangai anak yang buat kita geram dan menyirap
– dia pukul adik dia
– dia kacau kakak dia
– dia tumpahkan air tanpa sebab
– dia koyakkan buku tanpa sebab
– dia main barang mekap
– dia berguling dan melalak
Mak mana yang tak geram dan marah kan?
Kadang rasa nak bebel
Kadang rasa nak rotan
Kadang rasa nak cubit
Kadang rasa nak tengking
Kadang rasa nak jerkah
Tapi kita semua kena tahu bahawa otak anak kita masih dalam fasa pertumbuhan dan perkembangan
Mereka bukan macam kita yang dewasa ni. Kita yang dewasa ni :-
– Self control kita dah matang
– kawalan emosi kita dah matang
Ya, kerana Prefrontal Cortex kita, tempat otak proses dan buat keputusan dah betul betul matang
Sedangkan otak anak kita? Ianya masih dalam fasa berkembang
– mereka sedang belajar kawal emosi
– mereka sedang belajar buat keputusan
– mereka sedang belajar bezakan baik buruk
– mereka sedang belajar mendengar arahan dan bebelan
Bersabarlah wahai ibu
Anak buat hal ni tak lama. Sampai masanya semua ini akan berlalu juga. Tapi percayalah cakap saya. Ketika semua ini dah berlalu, perangai kecil mereka lah paling ibu semua akan paling rindu.
Kerana di saat inilah, mereka paling perlukanmu.
Kredit: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tentunya ramai antara kita sudah terasa begitu lama tidak dapat balik ke kampung dan rindu untuk bertemu ibu dan ayah. Ada yang hampir setahun tidak bersua muka, dan kerinduan ini begitu berat untuk ditanggung dan ianya tidak dapat dinafikan. Kita semua merasakannya semenjak tidak dibenarkan rentas negeri bagi mengelak penularan Covid-19.
Rindu Masakan Mak
Menerusi perkongsian video di media sosial yang dikongsikan Bumohsurprise di akaun Tiktoknya, di mana seorang isteri berkongsi rasa kerinduan suaminya dengan masakan ibu di kampung.
Apa yang lebih sayu, bila si isteri usahakan memasak mengikut resipi yang diberikan oleh ibu mertuanya sebagai menu berbuka dan saat hidangan dinikmati oleh suami, secara tidak langsung air mata suami bercucuran disebabkan merasakan menu yang dimasak oleh isteri sama macam ibunya masak di kampung.
Tidak dapat menahan pilu, suami tersebut terus mengalirkan air mata kerana terlalu rindu dengan ibunya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata ramai turut berasa sedih kerana turut sama tidak dapat pulang ke kampung bertemu ibu ayah setelah sekian lama. Malah tidak kurang juga berkongsi pengalaman mereka sendiri yang juga rindukan masakan daripada air tangan ibu.
Pengalaman menggosok baju hingga ada yang melekat atau lebih teruk lagi baju yang digosok berlubang dek kerana terkena seterika yang panas mungkin ramai antara kita mengalaminya.
Bila ini yang terjadi, tentunya bukan sahaja baju yang digosok rosak malah seterika juga akan menjadi tidak selesa digunakan. Ini kerana bahagian bawahnya telah berwarna kecoklatan seakan berkarat dan menggosok tidak lagi selicin sebelumnya.
Lebih menyedihkan lagi jika seterika itu hendak digunakan untuk menggosok baju berwarna putih, pasti akan meninggalkan kesan dan seterusnya menampakkan baju menjadi comot dan kotor.
Untuk itu, segeralah buat petua ini untuk memudahkan menanggalkan kesan kotoran di bahagian seterika. Caranya cukup ringkas, hanya dengan menggunakan 1 bahan sahaja.
Apa itu?
Gunakann GARAM dan ini caranya.
Panaskan iron dan kemudian taburkan garam di atas sekeping kertas.
Kemudian lakukan seperti menggosok baju beberapa kali di atas taburan garam tersebut.
Kemudian biarkan sejuk iron barulah dilap dengan kain lembab.
Hasilnya iron kembali bersih dan licin.
Tidak dengan itu, ada satu lagi petua boleh digunakan, dan kali ini dengan menggunakan 3 bahan utama yang mudah di dapati di dapur rumah anda.
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Cuka makan
2. Soda bikarbonat
3. Span sental kuali
Cara-caranya :
Satukan cuka dan soda bikarbonat di dalam bekas.
Kemudian ambil span hijau dan celupkan ke dalam ramuan tadi sebelum digosokkan pada bahagian seterika.
Lakukan sehingga seterika kembali bersih.
Ekstra Info :
Setelah seterika bersih pasti lebih mudah digunakan untuk menggosok baju, dan jika nak lagi cepat menggosok alaskan dulu iron board dengan aluminium foil. Kesannya dengan sekali gosok, kedutan terus hilang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.