Ibu mana tak luluh hati bila anak yang dihantar dalam keadaan ceria, kini pulang tak bernyawa. Bayi lelaki berusia enam bulan ditemui meninggal dunia dengan muka dilitupi selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau, Jasin. Kehilangan ini bukan sahaja meruntun jiwa keluarga, tetapi membuka mata kita semua tentang betapa pentingnya keselamatan anak kecil di bawah jagaan.
Memetik laporan Harian Metro, Kejadian 11.30 pagi (9 Disember 2024) disedari pengasuh wanita berusia 27 tahun apabila mendapati bayi berkenaan dalam keadaan terlentang dengan selimut menutupi mukanya.
Bapanya, Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, berkata, dia dihubungi isterinya, Ainol Izzah Raslan, 25, pada 11.40 pagi sambil menangis teresak-esak yang memaklumkan kejadian.
Ads
Katanya, pengasuh wanita terbabit menghubungi isterinya memaklumkan keadaan anak tunggal mereka yang tidak sedarkan diri.
“Ibu saya yang lebih dekat dengan rumah pengasuh tiba beberapa minit kemudian dan melihat bibir anak sudah biru, serentak itu pengasuh mendakwa muka anak saya tertutup dengan selimut ketika dia sedang sibuk melakukan tugas lain di rumah berkenaan.
“Ibu saya kemudian membawa anak ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan doktor memaklumkan anak saya sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Melaka, petang tadi.
Ads
Nazrul Nizam berkata, beliau tidak menyalahkan pengasuh berkenaan kerana sebelum ini wanita itu sudah menjaga anaknya dengan baik sejak empat bulan lalu tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Ads
“Saya kenal pengasuh itu pun melalui media sosial dan dia sendiri pun mengaku ada pengalaman menjaga bayi sebelum ini tapi ternyata Allah lebih menyayangi anak saya,” katanya.
Ketika ini, jenazah bayi berkenaan masih menunggu untuk proses bedah siasat, dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Merlimau, esok.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Bas ekspres terbalik di Kuala Krai, tiga mangsa cedera ringan. Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabit dalam kemalangan apabila terbabas dan terbalik di Kampung Batu Balai, Jalan Kuala Krai–Kota Bharu, awal pagi Jumaat. Kejadian itu menyebabkan tiga orang termasuk pemandu mengalami kecederaan ringan.
Bas Ekspres Terbalik Di Kuala Krai, Tiga Mangsa Cedera Ringan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.30 pagi melalui Sistem MERS 999 sebelum anggota BBP Kuala Krai bersama BBP Sungai Durian digerakkan ke lokasi.
“Bas ekspres jenis Naza Ekspres itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik, terdapat 15 individu dalam bas iaitu 13 penumpang, seorang pemandu dan seorang pembantu pemandu. Tiga mangsa cedera iaitu dua warga emas masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita serta pemandu lelaki berusia 30-an,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Beliau memaklumkan seramai 11 penumpang lain termasuk pembantu pemandu terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan. “Semua penumpang yang terselamat adalah dewasa berusia sekitar 20-an dan 30-an ke atas,” tambahnya.
Menurut Nik Ahmad Afsham, dua mangsa dilaporkan tersepit dalam bas namun berjaya dikeluarkan sebelum dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk menerima rawatan lanjut.
Operasi menyelamat yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mokhtar Che Mah bersama 13 anggota dan tiga jentera itu selesai sepenuhnya pada jam 6.35 pagi. “Siasatan punca sebenar kemalangan masih dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya.
Anak Mua Bellaz cedera, penutup ‘flush toilet’ jatuh tertimpa kaki. Selebriti media sosial dan usahawan kosmetik, Muabellaz, berkongsi detik cemas apabila anaknya, Eica, mengalami kecederaan selepas ditimpa penutup flush toilet yang berat.
Anak MUA Bellaz Cedera, Penutup ‘Flush Toilet’ Jatuh Tertimpa Kaki
Menerusi hantaran di Instagram, Muabellaz menjelaskan kejadian berlaku sejurus selepas beliau menamatkan siaran langsung (live). Bunyi dentuman kuat dari tandas mengejutkan mereka sebelum mendapati penutup flush toilet terjatuh dan menghempap kaki Eica.
“Benda nak jadi sat ja hampaa… doakan kakak Eica cepat sembuh. Elok-elok lepas habis live, terdengar bunyi kuat dalam toilet. Rupa-rupanya tudung flush toilet jenis berat tu tertimpa kaki dia. Allah, anak uii… doakan Eica cepat sembuh,” tulisnya.
Menurutnya lagi, hasil pemeriksaan mendapati tulang kaki anaknya patah di bahagian jari kaki nombor lima.
“Kaki dia anak no. 5 patah… weh scan. Semoga cepat sembuh. Doktor kata nasib tak ada luka dan tidak besar, kalau tidak kena operate,” tambahnya.
Dalam gambar yang dimuat naik, Eica kelihatan duduk di kerusi roda sambil ditemani ahli keluarga. Kejadian itu turut mengundang simpati dan doa daripada para pengikutnya di media sosial yang mendoakan agar Eica segera pulih dan tidak mengalami komplikasi lanjut.
Kes Zara Qairina, lima remaja dibenar ikat jamin RM5,000 nafi guna perkataan mencela. Lima remaja yang dibawa ke Mahkamah Kanak-Kanak di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan menggunakan kata-kata menghina terhadap arwah Zara Qairina Mahathir.
Kes Zara Qairina: Lima Remaja Dibenar Ikat Jamin RM5,000 Nafi Guna Perkataan Mencela
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 akta sama.
Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di mana pendakwaan dilakukan terhadap lima remaja yang dikaitkan dengan kes buli Zara Qairina. FOTO Mohd Adam Arinin
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, kesemua tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin, selain perlu membayar deposit sebanyak RM1,000.
“Tidak ada pengakuan salah, 25 September ini tarikh sebutan semula. Setiap tertuduh dikenakan jaminan RM5,000 dengan RM1,000 deposit dan seorang penjamin,” katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kelima-lima remaja itu didakwa bertindak secara bersama-sama dengan mengeluarkan perkataan mencela terhadap mangsa di sebuah sekolah di Papar antara jam 10 hingga 11 malam pada 15 Julai 2025.
Kenderaan yang membawa lima remaja terbabit dalam kes kematian Zara Qairina meninggalkan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu selepas selesai prosiding di Mahkamah Kanak-Kanak. FOTO Mohd Adam Arinin
Nor Azizah menjelaskan hanya maklumat tersebut boleh didedahkan kepada umum kerana perkara lain yang berkait dengan prosiding dilindungi oleh perintah larangan mahkamah.
Terdahulu, suasana di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu dilihat terkawal dengan pemantauan rapi anggota keselamatan. Sebuah van polis yang membawa kesemua tertuduh meninggalkan kawasan perkarangan mahkamah pada pagi tadi dengan kawalan ketat, sebelum menuju ke lokasi yang tidak dinyatakan.