Kes buang bayi baru-baru ini mengundang reaksi dari pelakon Abby Abadi. Beliau yang membela dua anak angkat ada memuat naik perkongsian mengenai hal tersebut di laman instagramnya.
Kenapa tak cari Sy????? Cari Sy kalau taknak Baby Sahabat. Sy usaha beri kehidupan yg terbaik utk Baby ni dgn mencarikan ibu bapa yg sudi nk menjaga dia.. kenapa buang mcm ni? ?
. Please adik kakak, makcik.. kalau taknak baby, termengandung atau sebagainya, carilah Abby Abadi. Sy usahakan duit belanja utk perbaiki keadaan juga.. Pleaseee!!!
Itu antara luahan Abby menerusi kapsyennya semalam. Menurut Pelakon Gerak Khas ini, dia sentiasa bersedia memikul tanggungjawab sebagai penjaga bayi yang tidak dimahukan selain membantu mencari keluarga angkat untuk mereka.
Ads
Abby dan suami, Muhammad Faizal sebelum ini mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang kehadirannya disifatkan sebagai rezeki daripada Allah.
Abby menerusi perkahiwnan pertama mempunyai tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.
suly.roslan Allahuakbar! Kenapa lah dia buang mcm tu. Ya Allah, moga Allah mudahkan urusan beliau…. moga dilindungi oleh Nya
cikpuanzulaihamustaffa Alhamdulillah..si ibu ada hati ada kasih sayang lagi…jikalau ibu yang senasib ibu macam baby dalam gambar mungkin dia tak da hp sahabat yang rapat tolong sampaikan ? ye .
audela_me_beauty comellnya anak syurga ni… semoga dilindungi Allah dn mendpt keluarga yg baik2
shah_ashraf Sis @abby_abadi112 kalau ada baby boy beri pada saya ya. Saya nak! Moga usaha dipermudahkan Allah swt
veilcantik Moga Allah murahkan rezeki kak abbh lagi. Teruskan usaha ni kaka abby.
Azura Karim kongsi majlis bertunang anak lelaki, “Ramai kata rupa bakal menantu iras Azura.” Azura Abdul Karim, meskipun tidak lagi bergelar pengacara dan pembaca berita namun bakat Azura tetap dikagumi ramai. Apatah lagi peminat masih boleh mengenal suara penyampai otai ini yang unik dan tersendiri.
Baru-baru ini Azura sempat berkongsi foto majlis pertunangan anak lelaki sulungnya, Syadhamier yang berlangsung 4 Mei lalu. Wajah keibuan jelas terpancar pada wajahnya saat majlis berlangsung.
Hantaran Azura tentang pertunangan anaknya itu dibanjiri dengan ucapan tahniha daripada warga maya. Ramai yang mengatakan bakal menantu seiras wajahnya.
Bekas pengacara Majalah Tiga dan Wanita Hari Ini, kini sedang meniti usia 50 tahun. Azura aktif mengusahakan bisnes miliknya iaitu Deco Patch by Azura Karim. Antara produk yang dihasilkan termasuklah beg, kole dan tiffin.
Pernah mencipta sejarah dalam dunia penyiaran Malaysia apabila muncul sebagai penyampai berita pertama berhijab penuh di kaca televisyen, perkembangan Azura sering diikuti oleh para peminatnya.
Untuk info, Azura memiliki lima orang cahaya mata hasil perkahwinannya dengan juru terbang.
Kitaran haid perlu diambil kira sebagai salah satu petanda penting bagi kesihatan seseorang seperti mana tekanan darah, denyutan nadi dan suhu badan. Ia boleh menerangkan banyak perkara mengenai kesihatan semasa seseorang wanita
Selain ia boleh menunjukkan jika seseorang wanita itu mengandung atau tidak, kitaran haid seseorang wanita juga boleh memberikan gambaran utama mengenai kesihatan hormon di dalam badan. Ia akan memastikan semua sistem di dalam badan, dari sistem otak hinggalah ke sistem pembiakan, berjalan dengan lanc
ar.
Walaupun apa yang normal dalam kitaran haid bagi seseorang wanita mungkin tidak normal bagi wanita-wanita lain, terdapat beberapa perubahan yang anda perlu berikan perhatian, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan warna darah anda.
Berikut 6 perkara yang tubuh cuba sampaikan mengenai kesihatan kita melalui warna darah haid.
1. Seakan merah jambu
Badan wanita yang mengeluarkan darah haid seakan warna merah jambu, mungkin mengalami kekurangan hormon estrogen. Lebih-lebih lagi jika ia diiringi dengan warna yang lebih cerah daripada kebiasaannya.
Kajian mendapati senaman yang berlebihan boleh merendahkan tahap hormon estrogen, yang boleh seterusnya boleh memberikan kesan buruk kepada kitaran haid, dan mungkin boleh menyebabkan kitaran haid seseorang itu terhenti. (Ia bukanlah perkara luar biasa jika seseorang atlit wanita itu terhenti proses ovulasinya)
Walaupun ia bukanlah sesuatu perkara yang besar, tahap hormon estrogen yang rendah boleh meningkatkan risiko oeteoporosis, jika dibiarkan tanpa dirawat.
Jadi, jika baru-baru ini anda mula berlatih berlari untuk marathon, atau pertama kali bersenam sepanjang hidup anda, atau meningkatkan intesiti senaman anda dan menyedari warna darah haid anda tiba-tiba berubah menjadi cerah atau kitarahan haid semakin berkurangan, anda perlu berjumpa dengan doktor.
Penyebab-penyebab lain darah haid menjadi merah jambu adalah kerana pemakanan yang tidak sihat, sindrom polisistik ovari (PCOS) atau perimenopaus (umur mendekati menapaus), yang mana apabila ovari seseorang kurang menghasilkan estrogen sebagai persediaan mengalami menopaus. (biasanya berlaku 4 atau 5 tahun sebelum menopaus).
2. Kelihatan seperti berair
Jika ini terjadi, seseorang itu mungkin kekurangan nutrisi. Warna seakan keputihan dan berair pada darah haid boleh menjadi petanda anemia yang teruk (kurang sel darah merah yang sihat), lebih-lebih lagi jika disedari darah haid menjadi lebih halus dan cair, yang mana biasanya ianya adalah pekat, kata Ob-gyn, Alyssa Dweck, M.D, penolong profesor klinikal di Mount Sinai School of Medicine di New York.
Jika dipantau untuk beberapa kali kitaran, dan anda risaukan situatasi ini, pergi berjumpa dengan doktor untuk membuat ujian pengesanan kekurangan nutrisi.
Apa yang menambahkan lagi kekeliruan, kekurangan zat besi juga boleh disebabkan oleh darah haid yang banyak. Kajian 2014 telah memeriksa seramai 236 orang wanita yang mempunyai haid yang banyak, dan didapati 27 peratus daripada mereka kekurangan zat besi, dan 60 peratus yang lain mengalami anemia yang teruk).
Jika darah anda keluar melalui pad atau tampon kurang daripada 30 minit, atau terpaksa bangun malam beberapa kali untuk menukar pad, atau selalu berasa letih, segeralah untuk berjumpa doktor untuk membuat ujian pemeriksaan zat besi.
3. Berwarna coklat gelap
Darah seseorang itu mungkin masih mengandungi lapisan uterus dan darah lama yang baru sahaja dikeluarkan daripada badan. Tapi, jangan panik, ia adalah sesuatu yang normal.
“Dalam kes sebegini, kami tidak pasti mengapa ia terjadi, namun kadang-kadang darah tersebut tinggal lebih lama di dalam badan dan mengalir keluar secara perlahan-lahan,” kata Alyssa Dweck.
“Ia mempunyai masa yang lama untuk dioksidakan, oleh itu ia kelihatan seperti warna coklat atau hampir-hampir hitam. (Pastikan anda berjumpa dengan ob-gyn anda jika anda mengalami situasi ini.
Setiap wanita mengeluarkan lapisan uterus mereka daripada badan dengan kadar yang berbeza, namun, sebahagian besar daripadanya, jika darah yang keluar pada permulaan atau pengakhiran haid berwarna coklat, tiada apa yang perlu dirisaukan.
4. Pekat dan berwarna merah hati beserta darah beku
Seseorang itu mungkin mengalami kekurangan hormon progesteron, dan hormon estrogen yang tinggi. Walaupun sedikit darah beku itu adalah normal, namun darah beku yang bersaiz sebesar syiling 5 sen atau lebih besar menandakan ketidakseimbangan hormon yang serius.
Disarakan supaya kurangkan pengambilan produk tenusu, soya dan gula, dan lihat jika ianya memberikan kesan.
Kemungkinan lain adalah uterine fibroids (ketumbuhan pada dinding uterus). Ia biasanya tidak merbahaya, tetapi boleh menyebabkan kesakitan. Jadi jika anda mengesyaki ianya adalah penyebab darah haid anda menjadi pekat, dipenuhi dengan darah beku, jumpa doktor dan buat pemeriksaan ultrasound.
5. Campuran antara merah dan kelabu
Anda mungkin mempunyai jangkitan, seperti STD atau STI (penyakit yang dijangkiti melalui hubungan kelamin). Darah anda juga akan menjadi tersangat busuk (disebabkan sel atau tisu yang mati akibat dijangkiti penyakit). Anda perlu membuat ujian dengan segera supaya anda mendapatkan rawatan yang betul.
Wanita yang mengalami keguguran juga akan menyedari segumpal tisu yang berwarna kelabu yang kelihatan seperti hati. Jadi jika anda kemungkinan anda sedang mengandung atau mengalami keguguran, segeralah berjumpa dengan doktor.
6. Jika ia berwarna merah terang
Anda mempunyai kitaran haid yang sihat, teratur dan normal. Tetapi perlu ingat, “normal” bagi setiap wanita adalah berbeza, namun, kebiasaannya, darah yang berwarna merah terang seperti warna buah ceri, adalah petanda bahawa semuanya berjalan dengan lancar di dalam badan anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bersedekah itu amalan mulia. Malah ia adalah pemberian secara ikhlas hati kepada orang yang memerlukan.
Malah dengan sedekah juga adalah pembuka rezeki buat pemberi.
Bukan sahaja kepada orang lain, sedekah juga boleh diberi kepada isteri secara ikhlas hati. Ia adalah pemberian ikhlas semua kepada isteri.
Begitulah yang dipraktikkan oleh saudara Taufiq Razif kepada keluarga. Malah katanya ia salah satu cara untuk lebatkan rezeki sesebuah keluarga.
SEDEKAH KEPADA ISTERI LEBAT REZEKI
” Semoga Allah murahkan rezeki abang “
Terharu pulak bila isteri saya cakap macam ni kat saya. Ceritanya macam ni. Tadi lepas solat Jumaat saya cari cari peminta sedekah di sekitar Masjid Al Azim Melaka ni tapi tak jumpa.
Habit saya memang tiap kali lepas solat Jumaat saya kena bagi sedekah. Tak kisah banyak ke sikit tetap kena bagi sedekah. Jenuh cari peminta sedekah kat masjid ni tapi tak jumpa jugak.
” Adui. Macam mana ni. Tak tenang pulak hati ni kalau tak dapat bersedekah lepas solat Jumaat ”
Tiba-tiba Allah campak ilham dalam hati saya. Lebih kurang macam ni :
” Eh. Kamu tahu tak orang yang paling utama terima duit sumbangan kamu adalah isteri dan anak anakmu sendiri ”
Allah. Terus saya berjalan ke kereta yang saya parking depan masjid. Lantas saya hulur duit yang saya niat nak bagi pada orang lain tu pada isteri saya yang tengah tunggu saya dalam kereta.
” Nah duit sayang ”
” Eh kenapa abang? ”
” Abang tak jumpa peminta sedekah tadi. Abang lupa, orang paling utama abang patut bagi sedekah dan sumbangan adalah isteri dan keluarga abang sendiri ”
Terus dia cium duit tu tanda dia sangat menghargai pemberian saya dan dia ucapkan satu perkataan yang buatkan hati saya sangat sebak. ” Semoga Allah murahkan rezeki abang ”
Saya terdiam seketika. Ya Allah. Kalimat inilah kalimat doa yang akan memperlebatkan rezeki saya sekeluarga!
BESAR PAHALA SEDEKAH KEPADA KELUARGA
Patutlah ada satu hadis Nabi riwayat Muslim. Dalam Hadis tu sebut yang sedekah yang paling besar pahalanya adalah sedekah kepada keluarga kita sendiri.
p/s : Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.