Pernah tak terjadi,  baru sahaja ke tandas membuang air kecil, kemudian tidak sampai lima minit terasa ingin lagi ke tandas. Dan bila kencing, sikit-sikit sahaja keluarnya dan  kadang-kadang hingga membawa rasa sakit.

Sebenarnya bila ini yang berlaku, itu bermaksud anda kini sedang mengalami masalah kencing tidak lawas.

Jika hal ini berterusan, tentu mengganggu tugas harian kita dek kerana terlalu kerap ke tandas. Apatah lagi masalah ini akan turut dirasai pada waktu malam di mana sekali gus menyebabkan masalah tidur anda akan terganggu dan badan mula akan berasa lesu dan tidak bermaya.

TANDA-TANDA MENGALAMI KENCING TIDAK LAWAS

  1. Asyik rasa nak kencing
  2. Perasan rasa tidak puas selepas membuang air kecil
  3. Air kencing meleleh walaupun ketika itu pesakit tidak membuag air kencing.
  4. Rasa sakit ketika membuag air kencing.
  5. Arus air kencing yang tidak kuat.
  6. Terpaksa meneran untuk memulakan pengeluaran air kencing.

Oleh itu, usah ‘seksa’ tubuh badan anda dan sebaiknya carilah rawatan segera. Apa kata dalam banyak-banyak kaedah rawatan dicuba dulu petua ini, mana tahu serasi.

LOBAK PUTIH

Menurut perkongsian Amatshah Talib di akaun fbnya, lobak putih dikatakan boleh merawat masalah kencing tidak lawas jika diamalkan. Cara penyediaan rawatan ini juga cukup mudah,  ambil sebatang lobak putih, kemudian diparut hingga menjadi segelas air. Jika tiada parut, boleh juga menggunakan blinder.

Kencing Tak Lawas, Hilangkannya Dengan 6 Petua Semulajadi Ni!

Parutan lobak putih tersebut di minum sebelum tidur setiap 3 hari berturut-turut. Diingatkan juga untuk membaca selawat. Kemudian  jarakkan seminggu sekali hingga sebulan sekali untuk kekal sihat.

Ekstra Info :

IKLAN

Yang tak tahan baunya, tutup hidung terus minum.

Lobak ni parut mentah, makan mentah, jangan kupas kulit.

SELAIN amalkan cara yang disarankan oleh rakan fb kita ini, anda juga boleh mencuba dengan bberapa petua yang lainnya yang juga diakui boleh membantu untuk melancarkan proses pembuangan air kencing. Antaranya adalah seperti :-

DAUN SIRIH 

Kencing Tak Lawas, Hilangkannya Dengan 6 Petua Semulajadi Ni!

Ambil beberapa helai daun sirih kemudian direbus. Amalkan minum air rebusan tersebut dua kali sehari.

IKLAN

BARLI

Rendam segenggam barli kemudian rebus hingga empuk. Jadikan amalan minum air rebusan bali setiap hari. Ini akan dapat membantu meredakan masalah pembuangan air kecil dan dalam masa yang sama menyejukkan badan.

NANAS

Kencing Tak Lawas, Hilangkannya Dengan 6 Petua Semulajadi Ni!

Ambil nanas yang belum masak dan kupas kulitnya. Kemudian dikisar bersama air. Minum air jus tersebut dua kali sehari sehingga anda tiada lagi berhadapan dengan masalah kencing tidak lawas.

 

IKLAN

AIR MASAK

Ini adalah ubat yang terbaik untuk atasi masalah kencing tidak lawas ini. Oleh itu, pastikan minum air dengan banyak.

 

DURIAN BELANDA

Kencing Tak Lawas, Hilangkannya Dengan 6 Petua Semulajadi Ni!

Cari durian belanda yang belum masak, dan kemudian ambil isinya dan didihkan bersama air. Setelah itu biarkan suam dan jika perlu tambahkan sedikit gula untuk memberi rasa sebelum diminum. Amalkan sehingga hilang masalah kencing tak lawas itu.

Namun sekiranya rasa sakit setiap kali ingin membuang air kecil, dan masalah kencing tidak lawas turus dialami adalah lebih baik disarankan agar bertemu dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti tentang masalah tersebut.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI