Program Maharaja Lawak Mega 2019 melabuhkan tirainya malam tadi. Sekali gus menyaksikan Kumpulan Puteh diumumkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 berserta trofi.
Puteh berjaya memberikan persembahan mantap pada pusingan pertama bertemakan ‘bebas’ dengan memperolehi ‘5 HA’ daripada Najip Ali.
Kumpulan dianggotai Ali, Mamak dan Man itu turut mendapat ‘5 HA’ daripada Lisa Surihani di pusingan kedua dengan persembahan menghiburkan dengan mesej yang sampai ke hati penonton.
Penonton di Royal Teater Shah Alam turut mengalirkan air mata apabila Ali memberitahu persembahan mereka sepanjang berada di pentas MLM 2019, didedikasikan istimewa buat Allahyarham Sharifah Nur Ainul Mardhiah.
Melakukan kebaikan di dunia ini, hakikatnya cukup luas untuk kita laksanakan.
Bukan hanya berbuat baik sesama ahli keluarga semata-mata, malah dengan haiwan juga jika kita melayan mereka dengan baik, pasti ada ganjaran pahala yang diraih.
Ini kisahnya sebagaimana yang dikongsikan oleh Azman Ali II, berkenaan seorang anak muda berhati mulia. Saban hari memberi makan haiwan-haiwan jalanan. Dan ini perkongsian penuh daripadanya semoga turut memberi inspirasi buat Kita untuk berbuat baik pada haiwan apatah lagi di bulan Ramadan yang berkah ini. Semoga setiap kebaikan yang dilakukan beroleh pahala disisi Allah.
Insan berhati mulia.
Bukan sehari dua tapi dah bertahun-tahun. Kebetulan kawasan aku bertugas jadi aku dapat jumpa adik ann ni setiap hari.
Kerja jaga parking kereta di pekan BM, separuh atau lebih gajinya dihabiskan untuk membeli makanan kepada kucing dan anjing liar di daerah ini. Agak pemalu budak ni setelah beberapa bulan baru aku dapat bersembang dengan dia.
Beri 2 Kali Sehari
Menurutnya setiap hari dia akan memberi makan 2 kali iaitu pagi dan petang di lokasi yang berbeza.
Jadi aku tanya lagi kalau cuti atau pergi melancong macamana?. Saya tak akan pergi mana-mana atau cuti saya sangat sayang dan rindukan mereka. Tambahnya lagi kalau hari hujan kucing-kucing dan anjing ini akan tetap setia menunggunya walaupun basah kuyup.
Itu sebabnya saya tak sampai hati nak tinggalkan mereka.
Allah mulianya hati hang Ann walaupun imej nampak biasa-biasa tapi hati sapa yang tahu.
Siapa yang tinggal area BM pasti akan terserempak dengan budak ni di lorong-lorong kedai atau bawah jambatan.
Lakukan 2 Kerja Untuk Tampung Kos
Manakala tinjauan lanjut mstar berkenaan lekaki yang diceritakan ini, Ann atau nama sebenarnya Anfalazie Anuar berusia 30 tahun mempunyai kecintaan dan rasa ihsan terhadap haiwan sangat luar biasa.
Tambahnya, duit upah menjaga parkir yang diperolehi sebanyak 30 ringgit sehari hakikatnya tidak mencukupi, kerana kos sehari yang digunakan untuk memberi haiwan-haiwan tersebut makanan mencecah RM50 ringgit.
Kerana itu, Ann terpaksa berhutang terlebih dahulu dengan pihak kedai, dan baki wang tersebut akan dibayar setelah dia menerima gaji bulanan sebagai tukang cuci sebanyak RM850 sebulan.
Ketika ditemui media dia menceritakan bahawa dia bukan sahaja bekerja sebagai penjaga parkir, malah dia merupakan pekerja pembersihan sepenuh masa.
Menurutnya, dia melakukan dua kerja kerana mahu menampung kos perbelanjaan, bagi membeli makanan untuk haiwan di jalanan.
Sekeping gambar terbaru yang dimuat naik pasangan selebriti Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif di media social mereka menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, buat pertama kali wajah comel anak kedua mereka, Umayr dikongsikan buat tatapan ramai.
Gambar satu keluarga itu diambil bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha pada Isnin lalu.
“Family,” tulis Harris ringkas di kapsyen.
Manakala Intan pula sempat mengucapkan ucapan hari raya aidil adha buat semua pengikutnya di Instagramnya.
“Happy eid al adha from Harris, Intan, Evie & Umayr,” tulisnya.
Namun apa yang paling menarik perhatian pastinya wajah comel Umayr yang dikongsikan kedua mereka.
Biarpun dilihat sipi-sipi namun pengikut pasangan ini sudah pun memperlihatkan wajah ‘handsome’ Umayr, apa lagi dengan rambutnya yang cukup lebat kehitaman.
Bukan itu sahaja, bahkan wargamanya turut memuji kecantikan asli yang dimiliki Intan, begitu juga anak-anak yang kesemuanya comel belaka.
Terdahulu, Intan dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Evie dan Umayr.
Keluarga kepada seorang ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi,36, yang dibawa lari dari rumahnya di Kampung Semat Jal di sini pada 13 September lalu, berasa terkejut dan seakan masih tidak percaya wanita itu berjaya ditemui dalam keadaan selamat.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Memetik kenyataan Kakak Azi bersama Kosmo yang enggan dikenali berkata, setakat ini, dia dan ahli keluarga lain tidak percaya Azi selamat selagi tidak bertemu mata dengan adiknya itu meskipun polis sudah mengeluarkan kenyataan.
Menurutnya, dia sudah menerima banyak mesej dan panggilan telefon daripada saudara mara dan rakan-rakan yang memaklumkan Azi selamat sejak petang semalam.
“Bagaimanapun, kami tidak percaya kerana banyak sangat berita palsu tersebar sebelum ini. Adakah berita ini sahih?
“Setakat ini, saya masih merahsiakan berita mengenai penemuan Azi daripada ibu dan ayah kerana khuatir mereka tidak dapat tidur malam tadi. Mereka pasti akan tanya Azi berada di mana dan di balai mana sedangkan saya sendiri tidak tahu mengenai perkara itu,” katanya bersama wartawan Kosmo.
Menurutnya, setakat ini, keluarganya masih tidak menerima sebarang maklumat daripada polis mengenai keadaan Azi meskipun ada yang mengatakan adiknya itu sudah berada di Malaysia.
“Jika berita ini sahih, kami tidak sabar untuk bertemu dengannya tapi tolonglah beritahu di mana Azi sekarang ini,”katanya.
Manakala memetik laporan berita Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand dan kini berjaya dibawa pulang ke Malaysia.
Menurutnya, lokasi keberadaaan mangsa di negara itu dapat dikesan melalui kerjasama erat Polis Diraja Malaysia dan Polis Diraja Thailand.
“Mangsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.
“”Seramai tujuh lelaki warga tempatan ditahan di Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961
“Polis turut merampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Acryl Sani berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi bagi menyelesaikan kes penculikan itu.
“Kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan polis Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan berjaya menjejaki serta mengenal pasti lokasi keberadaan mangsa di negara itu,” katanya.
Acryl Sani berkata, pihaknya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada polis Thailand dan kedutaan Malaysia di sana atas kerjasama serta bantuan dalam usaha yang dilaksanakan bagi membantu menyelamatkan mangsa culik.
“PDRM juga menyeru masyarakat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam usaha membanteras kejadian jenayah dan memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara,” katanya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...