Jangan buat main ye, buat mereka yang suka mencangkung atas tandas duduk. Jika tandas pecah boleh mengakibatkan urat keting terhiris oleh ceramik tandas. Bayangkan ketika itu, anda perlu perlu segera melalui pembedahan menyambung balik urat yang putus itu. Ngeri membayangkan situasi itu. Begitu situasi yang dipaparkan oleh Pakar Ortopedik, Mahyuddin Mohamed mengenai hal ini. Baca dan hadam info ni ye.
Saya baru sahaja buat pembedahan bagi sambung balik urat keting (tendon Achilles) yang putus.
Sepanjang kerjaya saya, ada 2 sebab utama urat keting putus:
1. Main badminton tanpa warm-up yang cukup. Terutamanya masa smash.
2. Mencangkung atas jamban duduk. Jamban tak dapat tampung berat badan kita & pecah. Buku lali yang sedang mencangkung terhiris oleh ceramik jamban yang pecah.
Ads
Nasihat saya, 1. Bila nak bersukan, pastikan panaskan badan dan buat regangan dulu.
Ads
2. Kalau melabur di jamban duduk tu, duduk la. Kalau nak mencangkung, sila cari jamban cangkung.
Kalau mencangkung di atas jamban duduk tu memang anda sengaja cari nahas. Kalau anda budak kecik & ringan tu mungkin tak pecah jamban tu, tapi kalau… anda sambunglah ayat ni sendiri.
Ads
Proses penyembuhan selepas urat keting dijahit mengambil masa 6 minggu minimum. Perlu memakai simen & buat fisioterapi untuk dapatkan fungsi terbaik. Itu pun mungkin masih ada kemungkinan sendi agak ketat kerana tisu sembuh secara fibrosis. Tisu fibrous ini tidak sama kualiti dengan tisu asal yang Tuhan cipta.
Jaga diri anda.
Kongsikan ye. Anda boleh ikuti perkongsian nasihat & tips perubatan saya di Channel Telegram saya: https://t.me/NotaDrMahyuddin
#drmahyuddin #achillestendonrupture
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terapi berkuda dikatakan merupakan salah satu terapi terbaik dapat membantu menambah baik kesihatan fizikal, sensori, emosi, sosial dan komunikasi kanak-kanak istimewa.
Malah pakar juga turut bersetuju latihan menunggang kuda dapat membantu membina kekuatan kaki walaupun lumpuh.
Bukan itu saja bahkan terapi ini sudah banyak diamalkan dan terbukti berkesan di seluruh dunia seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat, New Zealand dan Singapura.
Melalui petikan berita Harian Metro, terdapat satu organisasi di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini secara percuma untuk orang kurang upaya (OKU). Organisasi tersebut adalah The Riding for the Disabled Association (RDA) Malaysia yang telah bertapak sejak tahun 1989.
Kemudian, ia mula dijalankan oleh ahli terapi pekerjaan yang berkelayakan dan membabitkan pelbagai aktiviti. Antaranya mengenali kuda dan pembelajaran menunggang haiwan tersebut.
Berikut merupakan 7 kesan positif buat anak berkeperluan khas yang boleh diperoleh daripada terapi berkuda, menurut Ketua Jurulatih Terapi Berkuda RDA Malaysia, Muthusamy Kandasamy.
1. Memperbaiki pemprosesan saraf dan deria dalam otak
Menunggang kuda dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak yang mengalami gangguan pemprosesan deria seperti autisme dan Gangguan Perhatian Defisit Hiperaktif Gangguan (ADHD).
Aktiviti ini terbukti mampu membantu memperbaiki pemprosesan saraf dan deria dalam otak.
2. Perkembangan kognitif dan bahasa
Selain itu, terapi menunggang kuda juga didapati memberi manfaat kepada perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas seperti autisme serta masalah intelek.
3. Meningkatkan beberapa kemahiran sosial
Kesan aktiviti menunggang kuda terhadap sosial turut dikaji dan didapati dapat membantu meningkatkan beberapa aspek kemahiran sosial.
4. Mengasah kemampuan mendengar arahan dan melaksanakannya
Aktiviti regangan tangan dan bahu ketika di atas kuda, merupakan antara aktiviti yang biasa dibuat setiap kali sesi terapi berkuda bagi penunggang OKU.
Ia bertujuan mengasah kemampuan penunggang mendengar arahan dengan baik dan seterusnya dapat melaksanakan arahan yang diberikan.
5. Membina keyakinan diri
Aktiviti asas yang selalu diamalkan ketika menunggang kuda dibuat untuk menggalakkan penunggang berinteraksi dengan ‘side walker’. Side walker merupakan alat sokongan ketika menunggang kuda.
Di mana, pada masa yang sama dapat membina keyakinan diri dan memberikan kerjasama.
6. Beri peluang pembelajaran kepada pergerakan berjalan
Bagi anak yang mengalami ketidakupayaan fizikal (OKU fizikal), aktiviti menunggang kuda dapat memberi simulasi pergerakan pelvis dan anggota bawah yang serupa dengan aktiviti berjalan.
Ini akan memberi peluang pembelajaran kepada pergerakan berjalan lebih baik untuk anak yang tidak mampu berjalan sendiri.
7. Belajar menyeimbangkan badan
Terdapat aktiviti menunggang kuda dalam bentuk zigzag yang akan dapat membantu penunggang untuk belajar menyeimbangkan badan.
Daripada segi saintifiknya pula, aktiviti kuda berjalan ketika anak sedang menunggangnya akan dapat merangsang sistem deria vestibular bagi integrasi sensori di otak bagi penunggang itu.
Mabuk teruk ketika awal kehamilan itu lumrah. Ada waktunya keadaan mabuk atau alahan hamil ini membuatkan banyak aktiviti terbatas. Sudahnya ibu hanya berbaring lesu terutama waktu pagi.
Cara mengatasi mabuk teruk Waktu hamil adalah memperbetulkan corak diet anda sepanjang hamil. Namun ini anda perlu tahu terlebih dahulu mengenai mabuk kehamilan.
Mabuk hamil adalah satu fenomena yang sangat biasa berlaku sekitar 70-80% kehamilan. Secara umumnya, ia adalah ringan dan tidak melarat. Majoriti wanita tidak memerlukan bantuan perubatan dan boleh dirawat di rumah.
Punca sebenar wanita mabuk semasa hamil atau mengapa sesetengah wanita mempunyai gejala yang teruk masih tidak diketahui. Banyak kajian yang mengaitkannya dengan perubahan hormon yang berlaku diawal kehamilan. Didapati wanita yang muntah-muntah pada awal kehamilan mempunyai paras estrogen yang lebih tinggi.
Berapa lamakah ia akan berpanjangan?
Rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaannya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam.
Lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya.
Kesan mabuk hamil keatas kandungan
Wanita yang mengalami loya dan muntah-muntah yang ringan diawal kehamilan tidak perlu risau kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kesan buruk kepada diri mereka atau bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jika muntah menjadi lebih teruk dan wanita tersebut tidak mengambil makanan atau minuman seperti biasa, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan di hospital.
Wanita yang mengalami mabuk hamil yang teruk boleh mengalami dehidrasi dan memerlukan rawatan cecair melalui saluran vena di hospital. Jika rawatan tidak diberi, ianya boleh mengakibatkan ketosis (keadaan di mana asid di dalam badan naik tinggi) atau ‘metabolic acidosis’ dan ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau ibu sendiri.
Tip untuk mengurangkan mabuk semasa hamil
Mabuk pagi boleh dikurangkan dengan mengubah diet seperti berikut:
* Kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari. Ini untuk memastikan air dan pemakanan yang mencukupi.
* Makan semasa bangun tidur biasanya membantu, contohnya apabila bangun dari tidur, makan beberapa keping biskut kraker dan rehat 15 minit sebelum bangun dari tempat tidur.
* Terus makan sesuatu makanan apabila mengidamkannya (teringinkannya)
* Elakkan makan makanan berminyak, pedas atau bergoreng
* Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya
* Elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan
* Minum minuman diantara hidangan untuk mengurangkan muntah
* Mengambil halia (teh, halwa dan kapsul) terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil.
* Dapatkan rehat yang secukupnya, udara yang bersih dan sokongan keluarga yang mencukupi.
Anda perlu mendapatkan rawatan jika:
* Anda tidak berupaya untuk makan dan minum melebihi 24 jam
* Jika gejala-gejala di bawah berlaku bersama muntah-muntah anda demam, cirit birit, sakit perut dan sakit kepala.
Oleh kerana gaya hidup yang tidak sihat, antara penyebab, ramai kita termasuk kanak-kanak disahkan menghidapb kencing manis.
Pemakanan yang mengandungi gula yang tinggi adalah antara satu penyebab punca penyakit kencing manis.
Sebagaimana perkongsian oleh saudara Hafiz Sulaiman. Moga ia menjadi peringatan bersama.
Saya dulu suka sangat yoghurt buah. Mungkin sebab rasa creamy tart daripada tenusu dan sebab… Manis buah memang best.
Masa ni tak check label pun berapa banyak gram gula. Kebanyakan yoghurt di pasaran mengandungi 15-40gram gula. Ini bersamaan 3-8sudu gula.
Mengikut American Heart Association, kanak-kanak berumur 2-18 tahun disarankan menghadkan gula tambahan kepada 5 sudu gula (25gram) sahaja setiap hari. Jadi minum yoghurt sebotol, confirm lebih separuh gula harian. Tak termasuk gula dalam masakan lagi tu. Bawah umur 2 tahun sepatutnya 0g, iya..kosong. tak patut beri makanan dengan gula tambahan. .
Tapi dulu, xde orang cerita bab manis ni. Pemikiran saya dulu.. ” yoghurt tentu lah bagus kan. Yoghurt kan ada kuman baik probiotik bagus untuk usus.”
Rupanya, gula tinggi dalam yoghurt tu tak bagus pun untuk perut dan usus. Gula tinggi boleh bunuh sel usus mengikut kajian saintifik. Gula banyak ni juga sebenarnya yang biakkan kuman tak baik..Kuman jahat power seperti superbug juga suka gula tinggi ni. Superbug ni bina lapisan pelindung biofilm untuk protect diri mereka daripada antibiotik.
Gula juga berpotensi sebabkan kulat berkembang biak. Mereka memang suka gula tinggi. Saya ragu-ragu sedikit kuman dalam minuman yoghurt tu mampu bunuh kulat ni. Terutama sekali bila yoghurt datang sekali dengan makanan kulat 😓
Jadi saya sentiasa elakkan beli minuman yogurt berperisa tinggi gula untuk anak-anak. Takut tak jalankan amanah sebagai parent..nanti anak sakit.
1) Imuniti jadi tak stabil. Kerap kena jangkitan kuman. Alahan macam resdung, ekzema menjadi-jadi. Penyakit autoimun pun makin biasa jadi pada kanak-kanak. 2) Anak jadi cranky mengamuk dan hiperaktif sokmo sebab ketagih gula. 3) Obes. Risiko hati berlemak juga. 5) Masalah jantung. Darah tinggi. 6) Masalah keradangan. Bengkak tonsil lah. Bengkak dalam hidung. Bengkak dalam usus. 7) Organ dan saraf rosak. .
Ada banyak je alternatif minuman yogurt manis ni. 1) Beli lah yang kandungan gula kurang 10gram. Kalau ada la. 2) Buat sendiri. Beli Greek atau full cream yoghurt. Campur buah blend dan boleh je tambah madu atau pemanis seperti stevia. 3) Pi kedai arab order je laban sikit gula atau ayran
Kalau anak mengamuk nak minuman yogurt jugak? Saya explain sama dia..takde beza pun gula dalam coke dan minuman yogurt. Bahaya coke pepsi tu sebab gula dan pengawet. Sikit kuman L. Bulgaricus, L. Casei dan L. Thermophilus dengan GULA BERTIMBUN takkan sihatkan badan punya lah.
Syukur lepas lama kena brainwash..anak saya paling suka minum air kosong/mineral je bila pi mana-mana.
. Oh terlupa saya nak share..kami sekeluarga ni jenis keluarga tinggi histamin. Kuat alergi. Ekzema, resdung. GERD. Migrain. Semua ada. 👇 Kuman L. Casei dan L. Bulgaricus dalam yogurt adalah penghasil histamin. Bahan tenusu juga tinggi histamin.
Bahan histamin ni lah penyebab angin dan penyebab alergi jadi teruk. Jadi masa perut tak sihat memang kami elakkan apa-apa makanan naikkan histamin ni.
. Jangan ingat asal ada bahan sihat je dalam sejenis makanan, ia adalah makanan sihat untuk semua orang. Akibat terpedaya gimik marketing ni lah, berpuluh tahun alergik saya makin teruk. Saya doakan generasi anak kita berjaya harungi cabaran makanan zaman moden ni. .
Kalau anak-anak nak jugak, saya pun takleh tolong. Nasihat saya satu je. Kita ibu bapa ada kuasa ke atas anak kita.
Biarkan je mereka memekak. Asal badan mereka tak rosak.