Siapa tak teringin jika dapat perut yang rata macam super model tu. Cukup sempurna dan cantik, gayakanlah apa jua pakaian semuanya sesuai. Lain pula halnya dengan keadaan sesetengah antara kita orang perempuan yang telah mengalami proses mengandung dan melahirkan anak.

Hakikatnya perut terlihat sedikit buncit walaupun ketika itu sudah tidak mengandung lagi. Keadaan ini kadang-kala menimbulkan perasaan malu apatah lagi, bila tiba-tiba diajukan soalan tentang berapa usia kandungan tersebut. Upps, tidak!!!

JADI APA PERLU BUAT, JIKA TIDAK MAHU JADI BEGITU….???

Melalui salah satu perkongsian di facebook, Amiera Rajudin telah berkongsi cara bagaimana dia memiliki tubuh badan langsing. Ada banyak cara dilakukan dan salah satunya adalah melalui amalan minum air detox dan terbukti berkesan dan serasi dengannya. Jadi, apa kata kita fahami cara penyediaan air detox tersebut untuk kita sama-sama amalkan.


My ade amalkan minuman detox juga. Macam2 jenis detox ade, ade juga jenis tea. Tapi my punya detox my buat sendiri lepas trt error try error my dapat buat detox sendiri & sangat berkesan.

IKLAN

Ni my bagitahu bahan2 dan cara buat ye. Jangan kecam my ye sebab detox memang banyak cara na buat. Tapi siapa na hilangkan perut buncit dengan pantas boleh cuba cara ni.Amiera

Bahan bahan detox:

☘️Halia 8 hiris

☘️
Serai 2 batang

☘️
Apple merah 1biji / apple hijau

☘️
Limau nipis 2 biji

☘️
Lemon 1 biji

☘️
Timun setengah biji

IKLAN

Cara membuat air detox:

Nak Perut Rata Ala-ala Model, Perlu Minum 4 Tegok Sehari Air Ni. Mudahnya!

  1. Tumbukkan serai, hiris kesemua bahan-bahan seperti gambar diatas. Uols boleh guna apple hijau juga. Tapi my tukar pada apple merah sebab na kurangkan rasa masam pada air. Basuh kesemua bahan & toskan. Didihkan air selama 3minit, masukkan kesemua bahan2 & biarkan sehingga mendidih. Nak Perut Rata Ala-ala Model, Perlu Minum 4 Tegok Sehari Air Ni. Mudahnya!

2. Kemudian biarkan sejuk dahulu & simpankan dalam botol. Untuk bahan2 yang my berikan diatas uols boleh dapatkan air detox sebanyak 1.5liter. Simpan di peti sejuk. My lebih suka minum dalam keadaan sejuk & boleh di campur dengan ais.

IKLAN

Nak Perut Rata Ala-ala Model, Perlu Minum 4 Tegok Sehari Air Ni. Mudahnya!

Minum sehari 4kali dalam sukatan 1 teguk setiap 1 kali. Amalkan setiap hari. Kesan akan nampak jika uols konsisten selama 1 minggu. Selain mengempiskan perut, air detox ni boleh membuang angin & toksin dalam badan.

sumber : Amiera Rajudin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI