Bercerita tentang penyediaan hidangan, umumnya di bulan puasa ini semangat memasak menu yang istimewa untuk keluarga lain macam dirasakan. Boleh dikatakan terlebih teruja berbanding hari-hari biasa.
Jadi apa kata kali ini kita mencuba rasa menu yang cukup istimewa ini, Kerabu Kerang Ala Thai. Resipi ini telah dikongsikan oleh puan Muslinda Kamal . Nyata, menu ini cukup menggoda selera. Bagai terasa tidak sabar pula dicuba untuk dijadikan menu istimewa ketika berbuka di bulan Ramadan ini.
“Sedap rupanya kerabu kerang ala-ala Thai ni..nak buat pun mudah…sesuailah untuk tekak yang baru pulih dari demam-demam ni…ada rasa masam-masam manis…kena pula kerang yang comei kecik-kecik molek ni.”
Bahan-bahan:
Kerang rebus dan kopek.
4 ulas bawang putih(tumbuk bawang putih dengan cili padi)
10 biji cili padi (kurangkan kalau tak nak pedas)
Asam jawa
Tomato
Limau nipis perah dan letak sekali kulit
Sos ikan
Garam
Gula
Perasa
Daun ketumbar
Ads
Cara Penyediaan :
Semua bahan-bahan di atas campur dan gaul-gaulkan dengan kerang yang direbus tadi.
Ads
Selain itu memetik info daripada Hello Sehat ada mengatakan kandungan nutrisi yang terdapat pada 85gm kerang adalah seperti berikut :
Ads
Protein: 11 gram atau 22 persen dari angka kecukupan gizi (AKG) harian
Lemak: 1 gram atau 1 persen dari AKG
Asam lemak omega-3: 168 miligram
Zat besi: 12 miligram atau 66 persen dari AKG
Vitamin A: 10 mikrogram atau 9 persen dari AKG
Vitamin B12: 42 mikrogram atau 700 persen dari AKG
Vitamin C: 11,1 miligram atau 18 persen dari AKG
Kalsium: 78,2 miligram atau 7 persen dari AKG
Kalium: 533,8 miligram atau 15 persen dari AKG
Mangan: 0,4 miligram atau 21 persen dari AKG
Selenium: 20,7 mikrogram atau 30 persen dari AKG
Karbohidrat: 2 gram atau 1 persen dari AKG
Kalori: 63 kkal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pernah tak anda mengalami masalah tiba-tiba suami jatuh sakit dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan. Demikian yang terjadi pada Jiha Shuib apabila suaminya tiba-tiba collapse akibat serangan strok.
Tidak pernah menyangka perkara begitu boleh memberi impak yang cukup besar padanya kerana selama ini tidak mengambil kisah bab simpanan waktu kecemasan, jauh sekali untuk bertanyakan kepada suami number pin ATM nya.
Disebabkan pengalaman tersebut, Jiha ingin berkongsi dengan wanita lain di luar sana tentang info penting yang sepatutnya seseorang isteri ambil peduli supaya tidak gelabah apabila berlaku kecemasan.
Berikut 7 Perkara Penting Yang Isteri Kena Ambil Tahu Dari Suami:
Degil Untuk Berhenti Merokok
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa.
Ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu. Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu.
Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Tidak Tahu Nombor Pin ATM
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana. Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa.
Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu.
Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah. Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
7 Perkara Isteri Kena Ambil Tahu:
Disini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu.
Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Skill Malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya. Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk.
Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.
Berdoa ada adab dan tatacara yang molek kita amalkan. Berdoa merupakan senjata orang Mukmin. Apabila kita memahami bahawa doa merupakan cara kita berkomunikasi dengan Allah, maka sudah semestinya kita berdoa bagi memohon segala kebaikan di dunia dan akhirat.
Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Doa adalah senjata orang Mukmin.” (HR At-Tirmidzi).
Doa merupakan rayuan dan pengharapan kita kepada Allah SWT. Seperti mana bila kita berbicara dengan kedua ibu bapa, saudara mara atau sesiapa sahaja, soal adab tentunya menjadi keutamaan.
Maka begitu jugalah ketika berdoa kepada Allah. Ada adab dan tatacara yang kita perlu amalkan agar doa-doa kita diterima Allah SWT.
1. Angkat tangan ke paras dada.
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan.
3.“Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita.
4. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruh hijaiah di dalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
5. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar/bersandar.
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah ar-razaq dan disusuli juga dengan berselawat kepada Nabi SAW.
7. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yang dapat difahami kerana Allah Maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNYA.
8. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sejak dari usia kecil kerana In sha Allah ia akan dapat membentuk peribadi yang baik dalam kehidupan.
Moga perkongsian ini dapat membantu meningkatkan amal ibadah kita agar menjadi lebih baik.
Memastikan pemanduan kereta kita adalah selamat, aspek kualiti tayar kereta perlu diberi tumpuan. Ini penting lebih-lebih lagi ketika musim hujan, jalan raya sangat licin dan untuk mengelakkan berlakunya kegagalan mengawal kenderaan kesan daripada tayar botak atau haus, perlu dilakukan pemeriksaan tayar yang lebih kerap.
Untuk itu, ketahui cara mudah untuk memeriksa bunga tayar sebelum memulakan perjalanan. Tidak kiralah lelaki atau perempuan, info ini sangat berguna kerana ianya cukup mudah sebagaimana video yang dikongsikan oleh @abangcomot dengan hanya menggunakan duit syiling.
Menurutnya, dengan hanya menggunakan duit syiling 10 sen sahaja anda sudah dapat mengetahui sama ada tayar kereta masih di dalam keadaan baik atau sudah botak.
Oleh itu, jom kita ketahui teknik yang dikongsikan olehnya.
Menerusi video ini menunjukkan cara untuk melihat sama ada bunga tayar sudah haus atau botak dengan meletakkan syiling 10 sen dicelah antara dua jalur bunga tayar.
Caranya, jika tidak dapat dilihat perkataan Malaysia, itu bermakna bunga tayar dalam keadaan yang bagus dan boleh digunakan.