Tentu ada kerap sendawa dan badan apabila ditekan akan mengluarkan angin tanpa henti dan sering membuatkan bahagian dada rasa panas.
Selain mendapatkan nasihat doktor, apa kata cuba petua ni. Boleh bantu hilangkan angin dalam badan.
PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN GUNA 3 BARANG DAPUR JE
Seminggu dua ni kan badan Dila banyak angin. Nak berurut tak sempat balik keje pun dah lewat kan. Alhamdulillah syukur Dila dah jumpa petua MUDAH buang angin guna bahan di dapur je. Senang kan boleh terus buat. Bahan-bahan: Serai 3 batang Halia 2 inchi Susu tepung 3 gelas air
Cara buatnya:
1. Ketuk serai ,halia kemudian panaskan periuk masakkan 3 gelas air sekali. Rebus sampai jadi segelas untuk diminum.
2. Masukkan susu tepung apa jenama pun boleh Dila guna EVERYDAY. Hehe sedap rasanya.
Ads
3. Kacau dan biar mendidih sekejap tutup api. Minum suam-suaam waktu pagi perut kosong tau. 4. Boleh amalkan seminggu 2x kali. Insyaallah angin akan berlumba-lumba keluar. Bole #syerkan untuk orang yang banyak angin. Mujarab tau petua Dila ni. Terailah. Semoga bermanfaat.
Tidak dinafikan ada sahaja antara kita yang masih mengambil mudah persoalan pengurusan harta dan sekali gus hingga tidak melakukan persiapan yang sepatutnya.
Contoh paling mudah adalah dalam meletakkan penama untuk akaun yang melibatkan duit seperti di KWSP, Tabung Haji dan ASB.
Apa pentingnya penama ini?
Bahkan ada juga yang tidak mahu meletakkan penama disebabkan ada rasa kebimbangan wang yang terkumpul akan dibolot semua olehnya.
Benarkah begitu?
Menjawab kekeliruan ini, apa kata anda baca perkongsian yang ditulis oleh Jauhariatul Amira ini.
Husband tanya tadi pergi Pejabat Pusaka buat apa. Apa kes?? hahaha mesti la kes memeningkan kepala kalau tahap upah lawyer ni. Kalau kes pusaka biasa-biasa, orang buat sendiri je
Then balik dari Pejabat Pusaka ada orang tanya pasal penama KWSP, Tabung Haji & ASB.
PERLU KE LETAK PENAMA KWSP, TABUNG HAJI & ASB?
Baik, meh sis share la serba sikit. Sementara korang hidup ni, sila la pergi letak penama utk akaun-akaun melibatkan duit korang
Ada orang takut nak letak penama sebab takut penama tu bolot sorang harta tu. Ada orang taknak letak penama sebab bagi dia lepas dia mati pandai-pandai la waris uruskan.
Baiklah tuan puan, letak penama akan memudahkan waris anda. Kalau tak letak penama kang pergi 3 4 kali pun takleh pape waima penyata je pun, apatah lagi duit. Kalau letak penama, penama hanya perlu tunjuk ic & sijil mati je terus boleh buat keluar duitnya. Kan mudah tu? Hangpa nak pilih yang mudah ke yang susah?
Tak tahu la nak letak siapa sebagai penama. Meh saya list kan serba sedikit ciri-ciri seorang penama untuk memudahkan anda tapis siapakah yang wajar jadi penama :-
1) Waris. Boleh google kalkulator faraid kalau konfius siapa yang dikategorikan sebagai waris. Kalau saya mati, waris saya adalah suami, Falah (my son) and my parents
-kenapa kita letak waris sebagai penama? Sebab waris tu ada kepentingan terhadap harta yang simati tinggalkan, so dia akan cepat-cepat la cuba setelkan. Kalau letak bukan waris, dia takde rasa urgency pun untuk setelkan nanti dah bertahun-tahun pun masih belum mohon pembahagian pusaka. Kalau lewat-lewatkan pembahagian pusaka ni macam-macam masalah yang akan timbul. Dengar la cakap sis ni haha
2) seseorang yang senang bergerak untuk uruskan hal ini.
– kalau boleh lantik penama yang pandai bawak kereta, yang mudah ambil cuti. Sebab nanti penama ni yang perlu pergi kwsp atau bank terlibat untuk uruskan nak ambil duit dalam akaun tu. Proses ni memerlukan pengorbanan masa ye. Kalau jenis nak cuti je kena maki dengan bos, jangan la lantik dia, kesian dia nanti sebab harta pusaka awak, dia yang stress atau dibuang kerja
3) yang ada kesedaran bahawasanya penama ni hanyalah pentadbir dan bertanggungjawab untuk agihkan wang simpanan si mati kepada semua waris. Penama tak bererti boleh bolot harta tu masuk tembolok dia sorang ye. Mentang-mentang letak nama dia, dia kata dia punya pulak amboi amboi. Part ni kena kasi clear ye. Kita sendiri lepas letak nama waris tu sebagai penama, kena la educate dia ataupun pesan kat dia, aku letak nama hang sebagai penama ni nak mudahkan urusan lepas aku mati nanti. Lepas aku mati nanti, hang p kwsp, kalau dapat duit kwsp aku tu, nanti bahagi-bahagi la dengan semua waris lain na, bukan untuk hang sorang ja tau. Btw, boleh je letak penama kwsp orang lain, penama untuk akaun bank orang lain. Ikut suka hangpa la
Kalau boleh kita ni mudahkanlah urusan waris selepas kematian kita. Letak semua dokumen elok-elok, letak penama. Janganlah disusahkan waris tu, dibiarkan terkapai-kapai dalam kegelapan. Kalau boleh letak dalam satu fail benda-benda yang disenaraikan di bawah untuk memudahkan waris :-
1) salinan ic dan surat beranak waris
2) geran tanah, geran rumah, cukai pintu dan cukai tanah
3) geran kereta, geran motor
4) salinan buku bank atau penyata bank ( details yang waris perlu tahu adalah nama bank, no akaun bank) – senaraikan semua akaun yang ada termasuk kwsp, TH, ASB, public mutual etc
Benda boleh senang, buat apa nak susahkan ye dak. Ini cuma serba sedikit yang aku tau la. Kalau ada salah silap tang mana-mana tu feel free utk betulkan. Sama-sama kita belajar na
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Kata orang jauh perjalanan luas pengetahuan. Jadi elok sangatlah kita bawa anak-anak pergi melancong agar mereka lebih berfikiran terbuka dan dalam masa yang sama dapat melihat sendiri perbezaan bahasa, budaya dan cuaca di negara orang.
Pun begitu, dalam kita mencari pengalaman baharu di luar negara, ada satu perkara perlu diberi perhatian sebelum melancong. Selain memastikan kelengkapan lainnya cukup, ubat-ubatan juga perlu dibawa sekali. Maklumlah, perubahan cuaca sering membuatkan kita sekeluarga boleh jatuh sakit.
Andai tiada ubat-ubatan dibawa, bimbang sukar pula untuk mendapatkan bekalan ubat di sana. Ialah, kata orang lain padang lain belalangnya. Jadi apa kata kita ikuti perkongsian daripada fb Khairul Hakimin Muhammad. Jom semak.
Apabila kalian travel ke luar negara, pastikan pergi klinik atau farmasi untuk beli ubat-ubat ini. Lain negara lain prosesnya. Ada yang tak jual ubat di klinik, hanya dapat konsultansi, kemudian diberi preskripsi baru beli di farmasi, dan harganya agak mahal.
Termasuk kalau menunaikan umrah, inilah ubat-ubat yang saya sering bawa.
Ianya memudahkan kalian dan paling kurang kalian ada kit mudah untuk sentiasa sihat dalam perjalanan.
Tengok cuaca tempat tersebut, dan suasananya. Ia semua beri kesan kepada kesihatan kita.
Sekiranya memang dah ada sakit macam kencing manis, jantung dan sebagainya, yang itu memang wajib bawa dan ikut kata doktor untuk jaga diri di tempat orang ya.
Tengok gambar ya kawan-kawan.
Panadol. Biasanya saya beli 1 papan atau lebih. Mana tahu ada kawan lain memerlukan.
Charcoal. Yang ini sekiranya kena cirit-birit, ia akan bantu legakan dan percepatkan najis supaya tak lagi cair.
Ini ubat loya / muntah. Kadang-kadang kita mabuk semasa perjalanan dan kerap nak muntah. Jadi ini membantu.
Ini pula oral rehydration. Kalau dah duk muntah dan cirit birit, kita akan kekurangan air dalam badan. Ini akan membantu. Bawa dalam 4-5 sachet okey.
Ubat alahan / selsema. Penting woih.
Ini pula lomotil, ubat cirit birit.
Dan terakhir sekali, bawa juga hansaplast. Mana tahu ada luka kecil dan sebagainya, bolehlah terus tampal.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesungguhnya dalam menjalani kehidupan ini kita mahukan hidup yang bahagia dan tenang bersama keluarga tercinta.
Oleh itu, bagaimana cara mendapatkannya?
Melalui perkongsian daripada akaun fb Bahagian Dakwah, Jakim ini ada menyenaraikan 20 kunci mendapatkan hidup yang tenang. Jom hadam satu persatu tip tersebut.
20 TIP TENANG
Solat Dan Doa
1. Solat di awal waktu dan langsung tidak meninggalkan solat lima waktu. Orang yang jaga solat, InsyaAllah Tuhan akan menjadikan jiwa kita lebih tenang dan damai.
2. Perbanyakkan doa dan mohon kepada Tuhan supaya diberi ketenangan jiwa. Doa yang sungguh-sungguh, bukan sekdar doa di media sosial atau sekadar menadah tangan sahaja.
Kawal emosi
3. Tidur awal atau tidur yang mencukupi serta mempunyai waktu rehat yang sempurna.
4. Jangan menangguhkan kerja. Kalau kerja yang terlalu banyak, buat sedikit demi sedikit sehingga siap. Susun perjalanan seharian supaya lancar dan sempurna.
5. Banyakkan senyum dan ketawa. Atau bangkitkan perasaan yang boleh membuatkan kita tersenyum seperti tengok video lawak di Youtube, baca majalah humor, imbau kenangan manis dan sebagainya.
6. Sentiasa “move on” dan lupakan kenangan pahit yang bakal membarakab semula emosi negatif sendiri.
7. Sentiasa menjadi insaf pemaaf yang sentiasa memaafkan orang lain. Biarlah orang buat jahat kepada kita, sentiasalah menjadi insan pemaaf yang tidak berdendam.
8. Jangan sesekali mencari masalah atau berbalah dengan orang lain termasuklah rakan di media sosial, ibu bapa, adik-beradik, jiran, rakan pejabat dan lain-lain. Jaga percakapan dan penulisan.
9. Kalau ada duit lebih, pergilah bercuti dalam atau luar negeri. Lagi baik kalau pergi melakukan ibadat umrah di tanah suci.
10. Sayangi binatang peliharaan, bayi, kanak-kanak dan orang tua. Sentiasa hormat kepada orang lain dan merendah diri.
11. Banyakkan bersedekah dan melibatkan diri dengan aktiviti sosial setempat.
12. Sentiasa bersyukur dengan apa yang telah kita miliki. Bukan dengan perkara yang belum kita miliki.
13. Sentiasa mencintai kerjaya atau apa yang kita buat.
14. Jangan paksa diri buat perkara yang kita tidak mampu buat. Kalau terpaksa juga buat, buatlah dengan rela dan ikhlas.
15. Sedar bahawa dunia ini adalah persinggahan. Bahawa akhirat adalah tempat yang kekal abadi.
16. Jangan berhutang. Atau kalau terpaksa berhutang juga, pastikan hutang itu tidak membelenggu hidup kita.
17. Berbelanja mengikut kemampuan. Bukan ikut kemahuan. Biar hidup sederhana. Asal jiwa tenang dan bahagia.
18. Perbanyakkan amal ibadat dan jauhi maksiat. Contohnya solat rawatib, solat Dhuha, solat Tahajud, baca Quran. Dalam masa yang sama jauhi perkara maksiat yang menjadikan jiwa kita gelisah.
19. Hadiri majlis ilmu. Belajar, belajar dan belajar.
20. Banyakkan riadah dan bersukan.
Sumber : Bahagian Dakwah, Jakim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...