Setelah tertangguh akibat penularan wabak pandemik Covid-19, akhirnya terjawab segala teka teki apabila Nadhir Nasar dinobatkan menjadi juara bagi program pencarian Hero Remaja 2020 yang telah dilangsungkan pada Khamis.
Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Bin Ahmad Nasar mengenepikan saingan sengit empat finalis akhir lain, sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi dan selempang.
Sementara itu, kedudukan di tempat kedua dan ketiga pula disandang oleh finalis akhir Umar dan Meerqeen, , masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000 dan RM5,000
beserta trofi dan selempang.
Manakala Jabir dan Haziq yang berada di tempat keempat dan kelima juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Ads
Penilaian Finale Hero Remaja 2020 adalah berdasarkan 70 peratus markah juri, dan 30 peratus hasil dari komitmen peserta sepanjang terlibat dalam program tersebut.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria dan Astro Ria HD, Emarina Mohd Kamal berkata pemilihan juara dilihat dari cabaran yang dilalui oleh 12 finalis Hero remaja yang kebanyakan cabaran itu diungguli oleh Nadhir.
Ads
‘Apa yang Nadhir dah persembahkan masa final dan episod sebelumnya menjadi penentu untuk Nadhir menjadi juara untuk musim ini,’ katanya ketika sidang media.
Tambah Ema, mereka dalam mempunyai perancangan untuk menentukan hala tuju finalis Hero Remaja dalam industri tetapi masih proses dan perlu dibincangkan lagi mengikut kesesuaian para finalis.
Untuk malam kemuncak Hero Remaja 2020, para peserta akhir ditugaskan untuk melakukan sebuah video pesanan khidmat masyarakat (PSA) dan juga menjawab soalan yang diberikan oleh juri.
Kesemua finalis telah diadili barisan juri yang terdiri daripada Datuk Hans Issac dan Scha Alyahya selaku juri tetap serta Yusry Abdul Halim selaku juri jemputan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Paling biasa kita lihat tayar kereta lama akan digunakan untuk membuat pasu tanaman. Namun bila kreatif, macam-macam benda boleh dihasilkan. Contohnya daripada tayar juga kita boleh hasilkan menjadi kerusi atau juga dipanggil sebagai ottoman yang nampak bergaya diletakkan di kediaman kita.
Apatah lagi dengan ruang kediaman yang terhad, pilihan ottoman merupakan sangat ideal untuk ruang tamu atau ruang menonton tv. Menariknya juga, ottoman atau kerusi ini boleh digunakan pelbagai fungsi selain untuk duduk, juga sebagai meja kopi atau tempat merehatkan kaki.
Jadi untuk itu, apa kata anda lakukan DIY untuk menghasilkan ottoman dengan menggunakan tayar lama sepertimana yang dikongsikan oleh Puan Julina Mazura Nordin.
Alatan yang diperlukan :
1 tayar lama
4 kaki kerusi -boleh beli di sini
25 tali jut (3 meter setiap satu) -boleh beli di sini
Papan playwood- boleh beli di sini
Glue Gun – boleh beli di sini
Langkah 1 : Potong papan playwood mengikut ukuran lubang tayar untuk menutup bahagian tersebut untuk dijadikan sebagai bahagian atas dan bawah kerusi. Kemudian lekat dengan gam. Setelah itu, skrew salah satu bahagian dengan 4 kaki kerusi. Lakukan dengan cermat agar setabil.
Langkah 2 : Kemudian ambil tali jut dan bentukkan secara melingkar bermula dari bahagian tengah papan playwood. Gamkan kemas.
Langkah 3 : Teruskan langkah tadi hingga menutupi keseluruhan tayar. Lakukan hingga selesai dan pastikan digam kemas.
Seterusnya, siaplah kerusi yang dihasilkan daripada tayar terpakai dan bolehlah digunakan dengan selesa.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Aida Khalida cantik semula jadi, usia lewat 60an pun masih nampak anggun. Aida Khalida dikenali dengan bakat lakonannya yang memukau dan karisma yang memikat. Di sebalik kemasyhurannya, Aida Khaleda dikenali sebagai seorang yang rendah diri dan bersahaja.
Siapa sangka, dalam usia lewat 60an namanya tetap utuh di persada seni. Cukup sinonim menjayakan watak ibu, pemilik nama sebenar, Khalidah Adibah Ahmad ini kini meniti usia 67 tahun. Cukup berdisiplin dalam karier, jelitawan ini bukan hanya ibu kepada dua anak malah sudah pun bergelar nenek.
Jadual harian Aida tidak hanya diisi dengan tugas di set penggambaran. Jika tiada shooting, aktres ini mengisi masa dengan membaca Al-Quran atau menghadiri majlis ilmu.
Apa yang pasti, penghijrahan Aida ke arah kebaikan sekitar tahun 2008 banyak mengubah gaya hidupnya hari ini.
Dalam usia 67 tahun, keanggunan Aida tetap terserlah dan cantik dalam kelas tersendiri. Paling penting tanpa botox atau pembedahan muka.
Meski jelas kelihatan kedutan halus di raut wajah, pesona dan aura Aida tidak pernah luntur. Berkongsi amalan kecantikan, Aida menerusi sebuah portal mendedahkan dia menitikberatkan soal pemakanan.
“Saya kurangkan makan. Kadang-kadang berselera cuma saya pastikan makan dalam portion yang kecil lebih kurang satu senduk nasi saja dan akan makan ulang-ulang (bila lapar).
“Saya juga banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Malah setiap kali lepas makan, saya amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider dicampur dengan segelas air.”
Seiring pertambahan usia, Aida turut melakukan rutin senaman seperti sit up dan push up dalam tiga kali seminggu. Selain brisk walk demi menjaga kecergasan tubuh badan.
Benar, membaca perkongsian daripada guru ini membuatkan air mata akan tumpah dengan sendirinya. Membayangkan betapa berat dugaan yang ditanggung oleh anak remaja bernama Manaf Aziz, buatkan kita terkasima.
Saat dirinya memerlukan dorongan, sokongan dan doa daripada seorang ibu untuk mempersiapkan diri berjuang sebagai calun peperiksaan SPM 2018, dan waktu itu juga dirinya diuji bila mana ibunya dijemput oleh sang pencipta ke negeri abadi.
Namun dengan rasa tenang, ikhlas dan sifat menerima yang ada di dalam dirinya, menjadikan anak remaja ini cukup luar biasa semangatnya. Mampu bangkit penuh semangat dan akhirnya membuktikan 10A adalah miliknya.
Kisah luar biasa ini dikongsikan oleh Cikgu Nor Zulfarizah Zulkipli, semoga memberi inspirasi buat semua.
Kisah ini ditulis sebagai sumber inspirasi. Sudah berapa banyak airmata tumpah kerananya.
Dia anak yang hebat sering disebut-sebut oleh guru kerana dia seorang bijak dan tingkahlakunya yang sopan. Orangnya sangat merendah diri mungkin jiwa anak kampung masih tebal dalam dirinya.
2018 saya menjadi guru kelasnya- 5 Jasa. 22 orang anak-anak dari pelbagai latarbelakang diamanahkan untuk saya uruskan.
Dia bagi saya seorang yang introvert. Pemalu dan menyendiri. Sering lewat ke kelas saya selepas rehat kerana menunaikan solat dhuha dahulu. Bak kata pengetua- dia seorang yang redha, ikhlas dan menerima.
20 Ramadhan 1439- sewaktu pengumuman namanya disebut, saya ke pejabat. Ada ibu saudaranya sedang mengisi borang untuk membawanya pulang. Saya bertanya kenapa?
Ibunya meninggal selepas sahur pagi tadi. Allahuakbar.. Saya mencarinya mengikut dia dari belakang sebagai tanda sokongan. Airmatanya tumpah apabila ibu saudaranya mengatakan “Abangchik, ibu dah tiada”. Tangannya dikepal. Dia memejamkan mata. Saya juga tidak tahan melihatnya. Itulah harapannya.. itulah ibunya.
Saya dan guru-guru menguruskan rakan-rakan sekelas untuk menziarah ke rumahnya. Apabila sampai adiknya yang kecil berusia 5 tahun mengejar jenazah ibunya yang diusung untuk diuruskan di rumah jiran. Rumahnya kecil sudah beberapa kali di tenggelami banjir.
Dia menjadi ketua membaca surah Yasin di hadapan jenazah ibunya. Dia tidak menangis, yang menangis rakan-rakannya. Kuatnya dia menahan perasaan hiba. Waktu inilah adiknya yang kecil 5 tahun tadi, menangis-nangis di luar rumah. Memanggil-manggil nama ibunya. Kami yang berada di dalam rumah pecah empangan airmata masing-masing. Ketika pulang, saya memikirkan dia lima beradik makan apa berbuka? Makan apa sahur? Menangis lagi ke adiknya?
Selepas ibunya pergi, saya lihat prestasinya tidak konsisten. Ketika temu mesra pelajar 2018 tiada lagi peneman dia. Dia duduk di belakang sahaja tanpa bapanya. Ayahnya tiada kenderaan hanya ada basikal.
Untungnya dia kerana rakan sekelas banyak membantu terutama dari segi material. Saya tahu ada yang selalu membelanjainya makan ketika di kantin dan sewaktu sekali sekala outing di bandar. Saya bangga dengan anak-anak 5 Jasa saya ini.
Hari terakhir sebelum SPM, kami adakan kelas BM. Saya berpesan kepada 102 calon mintalah ibu dan bapa doakan anak semua. Doa yang paling berkat daripada kedua-dua ibu bapa. Selepas kelas, anak-anak ini datang bermaafan dengan saya, cikgu Azira dan cikgu Halimatu. Selepas Afiq Dzulmukhry membuat drama airmata memohon maaf. Minta dihalalkan ilmu. Datang dia berkata ‘ Cikgu, tolong doakan saya sebagai ganti ibu saya. saya tiada ibu untuk doakan saya ni. Saya pandang dia. Sayunya hati melihat anak ini. Aduhai anakanda. InsyaAllah cikgu doakan awak dapat 10A+.
Pada pagi berkumpul untuk peperiksaan SPM kertas yang pertama iaitu Bahasa Melayu kertas satu. Saya lihat dia menangis. Sungguh-sungguh menangis. Saya juga sebak melihat dia. Kami gurunya memberi kata semangat agar dia boleh menjawab dengan baik.
Pada hari ini, dia anakanda 5 Jasaku telah membuktikan anak kampung serba kekurangan boleh berjaya dengan cemerlang. Doa kami para murabbi sentiasa untukmu. Semoga perjalanan kehidupan merubah nasib keluarga dipermudahkan.
Ketika diumumkan namanya di atas pentas, dia meminta untuk ayahnya naik ke atas namun ayahnya tiada di sisi mungkin berada di luar dewan. Kami menitiskan airmata melihat Manaf. Sukarnya dia berhadapan dengan cabaran dan dugaan.
Manaf, cikgu minta maaf. 9A+ 1A. A solid itu Bahasa Melayu. Maafkan cikgu. Cikgu sayang semua anakanda 5 Jasa dan 5 Budi 2018 dan semua 102 calon SPM Shah Pekan 2018.
Tahniah semua. Kenang cikgu dalam doa kalian.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.