Lama tidak melihat susuk tubuh ini muncul di kaca televisyen. Kalau dulu, lakonannya cukup dinantikan sementelah apa jua watak yang diberikan dibawanya dengan cukup baik sekali. Tidak hairanlah apabila dia menjulang anugerah Pelakon Filem Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 menerusi filem Janin.
Namun dunia glamor dan lakonan sudah ditinggalkan sejak enam tahun lepas. Kini, pelakon Eja atau nama penuhnya, Siti Sharizah Saifuddin lebih selesa menumpukan perhatian pada rumahtangga lebih-lebih lagi anaknya.
“Kalau diikutkan ini tahun ke 6 kak Eja meninggalkan dunia seni. Tumpu kepada keluarga, buat masa sekarang, rasa rindu nak kembali berlakon itu belum ada. Kak Eja sekarang gembira menjadi ibu rumahtangga sepenuh masa. Di rumah Kak Eja pun sudah tiada pembantu. Jadi Kak Eja yang menguruskan semua. SUPERMOM!
‘Membesarkan anak dengan tangan sendiri dan di depan mata, memberi kepuasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata – kata. Kerana Nur Eishal, kerana anak, Kak Eja rela jadi ibu rumahtangga sepenuh masa. Berkorban demi satu – satunya anugerah dari Allah ini. Moga Allah permudahkan semuanya,” ungkap isteri kesayangan Silahuddin Jamaluddin ini lagi.
Jujur mengakui masanya dihabiskan dengan mengaji namun kerana pandemik Covid-19, Kelas terpaksa ditangguh dan pengajian di Masjid tiada. Justeru, masanya banyak untuk melayari sosial media di instagram.
“Kak Eja memang duduk di rumah sahaja tetapi mengikuti perkembangan terkini. Jadi semua pun sakan dengan media sosial ni, Kak Eja pun join juga la. Tahu juga apa yang berlaku dengan pantas.
‘Waktu PKP pada kak Eja tiada masalah kerana sudah biasa di rumah. Cuma sedih tidak boleh meneruskan pengajian dan pergi majlis ilmu. Pergi masjid.
“Satu perkara besar yang Kak Eja belajar masa bermula nya PKP dan seterusnya dekat satu tahun setengah ni ialah MEMASAK. Macam – macam cuba. Layan YouTube. Lebih banyak masa di dapur. Kak Eja suka mengemas dari memasak sebenarnya.
“Semua perkara buat sendiri sekarang. Memasak, mencuci, mengemas, membasuh,menyidai, mengosok, mengemop, siram pokok. Semuanya. Tiada satu pun yang tertinggal. Itu semua exercise dan terapi. Penat tapi puas hati. Kumpul pahala katanya. Mudah – mudahan,’ ujarnya lagi.
Ditanya mengenai pembabitan anak tunggalnya Eishal dalam satu program televisyen sebelum ini, jelas Eja itu adalah satu program menagji untuk TV Al – Khadeem, khas untuk bulan Ramadhan.
“Al Furqan yang memilih Nur Eishal untuk kategori bawah 12 tahun bagi menyertai program khas Ramadhan untuk TV Al Khadeem. Itu merupakan program pertama dan juga sebuah program amal.
“Buat masa sekarang kami belum terfikir pun Eishal untuk ke arah itu (bidang seni). Biar lah belajar dulu, habiskan yang utama dulu.
“Kemudian baru lihat, di mana rezeki Eishal dalam pekerjaan. Moga Allah beri yang terbaik. Dunia dan Akhirat,” ulas Eja lagi sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster