Kalau sebelum ini jangkitan COVID-19 kebanyakannya dalam kalangan orang dewasa. Tetapi baru-baru ini lebih terdedah pada kanak-kanak. Hal ini sangat membimbangkan orang ramai.
Disebabkan kegusaran itu, laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan beberapa info yang boleh ibu ayah ambil perhatian mengenai komplikasi serius COVID-19 terhadap anak-anak.
Salah satunya Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C).
Multi System Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) merupakan salah satu komplikasi serius yang boleh berlaku akibat jangkitan COVID-19 di kalangan kanak-kanak di mana terjadinya keradangan pelbagai organ dalaman terutamanya jantung, paru-paru, dan otak.
Walaupun ia jarang berlaku, namun MIS-C ini boleh membawa bahaya dan maut.
Dikongsikan simptom MIS-C yang dikaitkan dengan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak beberapa minggu selepas dijangkiti.
1) Gejala umum
-Demam melebihi 4 hari
-Kelemahan fizikal yang tidak normal atau kekurangan tenaga (Asthenia)
Tambahan, Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 untuk anak-anak yang berumur 5 hingga 11 tahun dengan segera.
Ads
Vaksin Pfizer untuk kanak-kanak menggunakan formulasi yang selamat dan dos yang bersesuaian untuk kanak-kanak di lingkungan umur ini.
Start je maghrib, mula lah ekzema jadi makin gatal. Orang GERD pulak mula stres dan fikir macam-macam bila mula gelap.
Badan, emosi, mental semua jadi makin sensitif.
Kemuncaknya ialah tengah malam. Penderita ekzema mula menggaru sampai berdarah. Orang GERD mula sesak nafas risau dan fikir bukan-bukan.
Banyak teori adalah mengenai syaitan dan jin waktu maghrib ni.. Jadi saya nak share teori saintifik pula.
Dalam badan kita, ada hormon natural steroid iaitu KORTISOL.
# Kortisol merupakan antiradang yang kuat.
# Kortisol juga merupakan hormon yang meningkat bila stres. Kortisol menyebabkan kita berjaga, berwaspada dan fokus. Sebab tu bila stres, susah tidur.
# Krim steroid yang sapu untuk ekzema dihasilkan sintetik mengikut hormon ini lah.
# Hormon kortisol ini mula menurun pada waktu maghrib diganti oleh hormon “tidur” iaitu MELATONIN.
# Bila hormon kortisol rendah, radang dan sensitif jadi makin kuat.
# Kita jadi susah tidur. Jadi kita pun berjaga dan kortisol naik dan ganggu fitrah badan.
# Tak tidur malam sebabkan badan stres, yang akan naikkan lagi kortisol badan.
Hormon kortisol yang tinggi siang dan malam akan mengakibatkan badan merendahkan kortisol asal badan.
Badan jadi makin radang, makin sensitif.
Badan kita..kulit jadi makin stres dan sensitif.
Mental juga jadi makin fikir macam-macam.
Emosi juga jadi tak stabil.
Solusi paling berkesan dan kekal lama ialah kembali kepada fitrah.
Guna lah suplemen melatonin ke, magnesium, b3, b6 REdox, antihistamin apa-apa sekalipun.. Ia hanya membantu semata-mata.
Tidur awal akan tingkatkan hormon tidur (melatonin), rendahkan paras hormon jaga (kortisol). Ini lah yang fitrah dan jadikan kita sihat insha Allah.
Nak pulih betul-betul kena ubah lifestyle kita.
Memang lah waktu malam ni time kita lepas balik kerja..
Time bersama keluarga..
Time nak ajak keluar makan sedap..
Time nak bersenam atau pi gym..
Time movie dan wayang best..
Tapi jika nak sihat, nak pulih dari penyakit, nak cegah penyakit, kita kena stabilkan hormon stres kita.
Tidur awal. Tidur berkualiti.
Radang terkawal, badan sihat kan jadi bukti.
Pemulihan sejati.
Kredit: Hafiz Sulaiman,
Pejuang Kesihatan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Telinga merupakan salah satu panca indera manusia yang berfungsi untuk mendengar. Kerana itu, kesihatan telinga sangat penting untuk dijaga. Tapi tak ramai yang prihatin tentang penjagaan telinga. Malah ada juga yang membersihkan telinga dengan cara yang salah di rumah.
Persoalan mengenai membersihkan sendiri telinga di rumah dijelaskan oleh Dr ini menerusi facebooknya.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Ramai yang bertanya saya, perlu ke telinga kita ni dibersihkan sendiri di rumah?
Jawapannya tidak perlu.
Anda hanya perlu bersihkan menggunakan lap yang bersih pada bahagian cuping telinga dan luaran sahaja.
Perlukah menggunakan alat seperti cotton bud atau besi pengorek? Sekali lagi, tidak perlu.
Tabiat ini hanya akan mendatangkan risiko kecederaan kepada salur telinga anda dan boleh menyebabkan risiko jangkitan pada telinga serta boleh mengakibatkan ear wax lebih masuk ke dalam. Ia bukan membantu, tetapi menambah terukkan keadaan!
Apa yang perlu dibuat?
Cuci Telinga
Anda hanya perlu dapatkan pemeriksaan telinga bersama doktor.
Kami akan lakukan pemeriksaan dan beritahu bahawa telinga anda perlu dicuci di hospital atau klinik.
Atau boleh dirawat dengan ubat titis sahaja.
Fungsi Ear wax
Ear wax, cerumen atau lilin telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri.
Apa fungsi cerumen ini?
1. Ia akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.
2. Ear wax atau lilin telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.
3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.
Di hospital, kami akan menggunakan beberapa alatan dibantu mikroscop atau otoendoskop untuk melihat dengan jelas struktur di dalam telinga. Risiko kecederaan adalah amat rendah. Lebih selamat.
Kalau ada jalan yang lebih selamat, mengapa memilih untuk membahayakan diri?
Jangan lupa kongsi tulisan ini kepada ahli keluarga anda yang ada tabiat ini. Semoga ramai yang sedar selepas ini.
Dr Ezairy M.Sallih Doktor telinga anda Ramai yang bertanya saya, perlu ke telinga kita ni dikorek dan dibersihkan sendiri di rumah?
Jawapannya tidak perlu.
Anda hanya perlu bersihkan menggunakan lap yang bersih pada bahagian cuping telinga dan luaran sahaja.
Perlukah menggunakan alat seperti cotton bud atau besi pengorek? Sekali lagi, tidak perlu.
Tabiat ini hanya akan mendatangkan risiko kecederaan kepada salur telinga anda dan boleh menyebabkan risiko jangkitan pada telinga serta boleh mengakibatkan ear wax lebih masuk ke dalam. Ia bukan membantu, tetapi menambah terukkan keadaan!
Apa yang perlu dibuat?
Anda hanya perlu dapatkan pemeriksaan telinga bersama doktor. Kami akan lakukan pemeriksaan dan beritahu bahawa telinga anda perlu dicuci di hospital atau klinik, atau boleh dirawat dengan ubat titis sahaja.
Ear wax, cerumen atau lilin telinga yang cuba dibuang itu ada fungsinya sendiri. Apa fungsi cerumen ini?
1. Ia akan membentuk lapisan asid ‘acidic coat’ yang mengandungi lysozyme. Ia penting untuk mencegah jangkitan kuman bakteria dan fungal.
2. Ear wax atau lilin telinga mengandungi juga lapisan lipid ‘lipid-rich cerumen’. Ia bersifat hydrophobic dan mencegah pengumpulan air terlalu banyak daripada meresap ke salur telinga.
3. Cerumen juga berfungsi menghalang segala kotoran dan bendasing dari luar.
Di hospital, kami akan menggunakan beberapa alatan dibantu mikroscop atau otoendoskop untuk melihat dengan jelas struktur di dalam telinga. Risiko kecederaan adalah amat rendah. Lebih selamat.
Kalau ada jalan yang lebih selamat, mengapa memilih untuk membahayakan diri?
Jangan lupa kongsi tulisan ini kepada ahli keluarga anda yang ada tabiat ini. Semoga ramai yang sedar selepas ini.
Kini ramai antara kita ambil peduli mengenai kesihatan diri. Untuk mengelak sebarang serangan penyakit tentunya kita akan melakukan pelbagai aktiviti kesihatan melakukan aktiviti kecergasan dan kawalan pemakanan.
Salah satu cara untuk menurunkan gula dalam darah. Dr ini kongsikan cara pemakanan dan fizikal. Selain mendapatkan nasihat doktor boleh cuba cara ini.
TIPS TURUNKAN GULA DALAM DARAH
1. Melakukan senaman
.
Melakukan senaman dengan lebih kerap dapat membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kepekatan insulin. Dengan senaman juga, ia dapat membantu otot menggunakan gula dalam darah dengan betul. Antara bentuk senaman yang boleh dilakukan seperti angkat berat, berjalan, berlari, berbasikal, menari, mendaki, berenang dan lain-lain.
.
2. Kawal pengambilan karbohidrat
.
Badan akan memecahkan karbohidrat ke dalam gula (glukosa) dan kemudian insulin memindahkan gula menjadi sel. Apabila anda makan terlalu banyak karbohidrat, tapi mempunyai masalah dengan insulin, ia dapat meningkatkan glukosa dalam darah. Oleh sebab itu, Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan pesakit diabetes supaya mengawal pengambilan karbohidrat.
.
3. Meningkatkan pengambilan serat
.
Serat melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Atas sebab itu, ia mengurangkan kenaikan paras gula dalam darah. Makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. Pengambilan serat harian yang disyorkan sebanyak 25 gram untuk wanita dan 38 gram bagi lelaki.
.
4. Minum banyak air dan kekal hidrasi
.
Minum air yang cukup boleh membantu mengekalkan paras gula dalam darah dan buah pinggang boleh mengalirkan gula yang berlebihan melalui air kencing. Kajian menunjukkan, mereka yang minum banyak air masak mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap diabetes.
5. Kawal pengambilan makanan
Paling penting adalah mengawal pengambilan kalori setiap hari dengan mengambil saiz hidangan yang lebih kecil.
.
6. Pilih makanan yang kurang Glycemic Index
.
Glycemic index ini bertujuan menilai tindak balas gula dalam badan terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat. Makanan yang mengandungi glycemix index yang rendah dapat mengurangkan tahap gula dalam darah mengikut jangka masa panjang. Contohnya: makanan laut, daging, telur,gandum, barli, kacang, ubi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
.
7. Kawal stress dan dapatkan tidur yang mencukupi
Tekanan boleh menjejaskan paras gula. Yoga dan meditasi dapat mengurangkan stress dan membetulkan masalah rembesan insulin terhadap pesakit kencing manis kronik. Selain itu, mendapatkan tidur yang cukup juga penting bagi memastikan kesihatan tetap terkawal dengan sempurna.
Jadi, adalah lebih baik untuk mendapatkan jumlah tidur yang berkualiti setiap malam.
.
8. Pantau tahap gula dalam darah
.
Sentiasa ukur dan pantau tahap glukosa darah. Dari situ, anda boleh mengetahui penyesuaian dalam makanan dan ubat-ubatan.
.
9. Mengamalkan makanan yang kaya magnesium dan kromium
.
Diabetes juga dikaitkan dengan kekurangan mikronutrien seperti kromium, mineral dan magnesium. Dua kajian pesakit kencing manis menunjukkan, kromium mempunyai manfaat bagi mengawal gula dalam darah.
Manakala, kelebihan magnesium pula menunjukkan paras gula rendah. Sebab itu, jika kekurangan magnesium risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes. Makanan kaya magnesium seperti sayuran berdaun gelap, bijirin penuh, ikan, coklat, pisang, alpukat dan kekacang.
.
10. Turunkan berat badan
.
Untuk mencegah diabetes, anda harus menurunkan berat badan supaya masalah itu dapat diatasi pada masa hadapan. Malah ia lebih berfungsi berbanding makan ubat.
.
a) Makanan yang perlu dielakkan pesakit diabetes
• Semua jenis gula, minuman berkarbonat, kordial, sirap, jem, kaya,kuih manis, aiskrim, susu pekat manis, yogurt manis, buah dalam tin, jeli dan lain-lain.
.
b) Makanan yang boleh diambil mengikut sukatan
• Bijirin, nasi, roti, biskut, kuih yang tidak manis, semua jenis pasta dan mi, capati, roti canai, tosai, semua jenis ubi, kekacang, susu dan buah-buahan.
.
c) Makanan yang boleh diambil secara bebas
• Semua jenis sayur-sayuran, lobak merah, lobak putih, labu, teh cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula, rempah ratus dan herba, semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit, tauhu, ikan, telur dan ikan bilis.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di