Setelah sebulan lebih kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya hari ini mengingatkan supaya masyarakat tidak lalai dan meneruskan amalan kebiasaan baharu atau new normal.
Menurut beliau, jangan disebabkan kes-kes COVID-19 semakin berkurangan, masyarakat mula lalai dan tidak lagi memakai pelitup muka di tempat awam. Sama juga dengan penjarakan sosial yang semakin lama dipandang enteng oleh sesetengah pihak sehingga tidak menjarakkan diri mereka sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain.
” Saya selalu berpesan supaya saudara-saudari semua elakkan berjabat tangan. Saya tengok sekarang dah ada yang bukan sahaja berjabat tangan, malah berpeluk ketika berjumpa sahabat-handai dan sanak-saudara.
Ads
Ads
” Ya, itu bagus untuk eratkan persahabatan dan persaudaraan. Tetapi jangan kita lupa. Kita masih berada dalam fasa pemulihan COVID-19. Jadi amalan-amalan ini walaupun baik dari segi pergaulan sosial, namun ianya amat tidak baik dari segi usaha kita untuk melindungi diri sendiri dan orang-orang di sekeliling kita daripada dijangkiti virus COVID-19,” katanya dalam sidang media.
Ads
Tambah beliau, dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP ini, setiap individu, keluarga dan komuniti adalah petugas barisan hadapan atau frontliners. Ahli keluarga dan anggota masyarakat mestilah sentiasa nasihat-menasihati dan ingat mengingati antara satu sama lain.
Dalam pada itu, kerajaan juga sedang menimbang untuk mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam. Perincian mengenainya akan diumumkan apabila peraturan yang berkaitan dimuktamadkan oleh kerajaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak lengkap rasanya masakan kari atau gulai tanpa daun kari. Kan? Selain dua menu itu, ada juga beberapa menu lain yang menggunakan daun tersebut dek aromanya yang harum dan membangkitkan rasa. Jadi, tak rugi sebenarnya nak tanam pokok kari di rumah. Bila nak pakai, petik je!
Tapi… Nak menjaga pokok kari ini ada juga cabarannya. Salah satunya kalau perasan ada terdapat bintik hitam di bahagian daunnya sampaikan kita nak guna pun rasa terganggu dek bintik hitam itu. Haa nak tahu macam mana cara nak rawat masalah itu? Jangan buang masa jom tengok tip di bawah!
POKOK DAUN KARI NAIK BINTIK HITAM, RAWAT GUNA CARA INI!
1. Buang semua daun yang ada bintik hitam ini. Jangan terlalu banyak cantas dahannya kerana ia akan menjangkiti daun lain.
2.Selepas cantas, siram pokok tersebut seperti biasa. Lakukan juga proses untuk suburkan kembali pokok seperti siram dengan air beras, air ikan atau kulit bawang. Boleh juga gunakan baja organik.
3.Selepas lebih kurang dua minggu, tunas baharu akan tumbuh. Elakkan letak pokok di tempat yang redup kerana ia juga salah satu punca pokok mengalami masalah bintik hitam.
4.Selepas sebulan daun pokok akan merimbun, buat semburan untuk elakkan serangga yang boleh dibuat sendiri atau semburan cuka kayu. Ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Siapa yang tak Kenal dengan susuk tubuh bernama Puan Sri Normala Samsuddin. Setiap kali berkongsi gmbar atau video pasti mendapat perhatian ramai.
Terbaru, beliau telah berkongsi satu video yang menunjukkan cara membuat kompos ‘semp0i’. Kompos adalah bahan organik yang telah terurai, dikitar semula sebagai baja dan pinda tanah.
Menariknya baja kompos ini hanya menggunakan sisa lebihan makanan yang telah basi.
Rupa-rupanya, ramai yang tidak tahu bahawa sisa makan juga boleh dijadikan kompos. Hingga kini video oleh Puan Sri Normala telah mendapat lebih 1,300 tanda suka oleh warga maya sejak dimuatnaik ke Instagram.
“Ada yang minta saya share macamana nak buat kompos sempoi hasil dari bahan makanan basi, isi ayam, ikan, daging dan segala yg tak boleh makan, asingkan plastik dan getah.
“Bahan-bahan ~ Baldi lama, lubang kan di bawahnya, gali sedikit dan letak di tanah… tepi pokok. Sekam padi bakar- mengompos makanan selama 2 bulan. Tidak berbau.
“Daun kering ~ bertindak sebagai bahan pembakar dengan cepat. Kalau paling sempoi lagi, nak cepat dan takda baldi… gali lubang 1 kaki tanam makanan basi tersebut di bawah pokok, bukan pangkal pokok.
“Selamat mencuba…. Allah sayang kita kalau kita sayang makanan, rezeki yg rosak. Kita jangan bazir, pulangkan semula ke bumi, InsyaAllah hasilnya membawa berkat.
Masih dalam mood Raya, kalau boleh ingin juga dibeli sebatang dua lemang untuk dimakan bersama rendang yang dimasak.
Jadi pada yang ingin membeli lemang, di sini dikongsikan tip membeli lemang yang enak dan dimasak sempurna.
Tip Mengelak Dari Terkena Masa Beli Lemang
HAIHH lama tak post thread panjang2. Kali ni nak post tips nak membeli lemang. Untuk kawan2 dan rakyo’t marhaen yang lain dari mengelakkan ‘terkena’ masa beli lemang di gerai2 tepi jalan pilihan korang.So ada ilmu sikit2 ni tak salah kita share ramai2 kan?
1. Cari gerai lemang yang banyak kayu2 untuk dibakar. Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah org, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.
2. Jangan pilih lemang yg terlalu besar dan lemang yg terlalu kecil. Ambil yg sedang2, sebab yg besar x semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi. Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yg sedang2. Errr… Paham dak ni?
3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Ini kerana, nak bakar lemang ,orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah org jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik2, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian costumer.
4. Cuba minta diskaun kalau beli banyak. Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila2. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…
5. Jangan dan jangan! Singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang. Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan2 semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan? Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai2 makan. So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.
6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering. Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang ! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak2 santan yang mendidih dahterkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin2 sikit dan berlemak. Dappp uummhhh….
7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana2 pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?
8. Sebelum korang beli lemang,pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.
9. Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli2 sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak2 anda semasa membeli lemang.
Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokey lemang. Sekarang zaman viral, lemang x masak sikit dah viral. Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup. Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli.
*Sekian tips2 dari saya, pengalaman membakar dan menjual lemang 15 tahun.Selamat Hari Raya dan Selamat Ber’PKPB’. Jangan rentas Negeri tauu…
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...