Kes Syamsul Haris: Jasad dalam keadaan baik, bedah siasat kedua esok. Proses bedah siasat kedua ke atas jasad pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, akan dijalankan pada esok pagi.
Kes Syamsul Haris: Jasad Dalam Keadaan Baik, Bedah Siasat Kedua Esok
Peguam keluarga, Datuk Naran Singh Ara Singh memaklumkan bahawa kerja penggalian semula kubur dilaksanakan oleh empat penggali bermula jam 8.45 pagi tadi, sebelum jasad berjaya dikeluarkan pada jam 9.22 pagi.
“Jasad dalam keadaan baik dan dibungkus dengan bungkusan khas disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Beberapa prosedur akan dijalankan petang ini, manakala proses bedah siasat akan diadakan jam 9 pagi esok,” katanya ketika ditemui di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu, Semenyih, hari ini.
Menurutnya lagi, pihak keluarga berpuas hati dengan kelancaran proses penggalian semula yang turut disaksikan oleh tiga pakar forensik IPFN HKL serta wakil pakar forensik keluarga, Datuk Seri Dr Bhupinder Singh.
Naran Singh turut menegaskan bahawa terdapat percanggahan kenyataan mengenai kecederaan yang dialami Allahyarham.
“Sebelum ini, ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, ada melihat kecederaan pada mata, hidung berdarah, dada yang luka serta kesan lebam pada anaknya.
Ads
“Bagaimana Menteri Pertahanan (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) boleh maklumkan bahawa tiada kecederaan dialaminya (Syamsul Haris).
“Pastinya seorang ibu akan rasa sedih dan akan meneruskan perjuangn hingga mencapai keadilan,” katanya sambil menjelaskan pihaknya belum dapat mengesahkan tempoh masa yang diperlukan bagi melengkapkan bedah siasat kedua.
Ads
Menjawab spekulasi mengenai perkhidmatannya yang didakwa mahal, beliau menegaskan bahawa kes ini diambil secara percuma.
“Ada banyak khabar angin mengenai khidmat saya yang dikatakan mahal. Harus diingat bahawa saya lakukan ini (perkhidmatan mewakili keluarga Syamsul Haris) adalah secara pro bono (percuma).
“Ia adalah demi keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, bangsa mahupun agama,” katanya.
Ads
Sementara itu, Ummu Haiman turut menyatakan rasa syukur kerana proses pagi tadi berjalan lancar.
“Alhamdulillah proses ini sudah selesai dan saya berpuas hati. Terima kasih atas sokongan orang ramai yang hadir dengan memberikan motivasi, tenaga serta doa.
“Selepas ini, proses bedah siasat akan dilakukan dan kita tunggu sahaja keputusan (bedah siasat kedua) nanti,” katanya.
Hetty Sarlene kongsi gambar terkini bersama suami dan anak, “Comel betul dua beradik tu.” Hetty Sarlene, penyanyi yang cukup sinonim dengan drama bersiri Sembilu suatu ketika dulu, berkongsi gambar bersama suami dan anak-anaknya.
Hetty Sarlene Kongsi Gambar Terkini Bersama Suami & Anak
Kecomelan dua orang anak lelakinya mencuri perhatian warga maya. Untuk info, Hetty baru sahaja menimang cahaya mata keduanya pada 25 Jun yang lalu. Bayi keduanya itu dilahirkan 10 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin. Berita bahagia itu dikongsi sendiri oleh Hetty menerusi laman Instagramnya.
“Comel Betul Dua Beradik Tu”
Anak kedua Hetty diberi nama Hayden Ashton Oakes. Terdahulu Hetty dikurniakan anak pertama, Landon Alexander Oakes yang kini berusia 3 tahun selepas empat tahun berkahwin dengan Dani Aaqil atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Hantaran Hetty mendapat perhatian para peminat dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, hanya sempat empat hari bergelar suami. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.
Pengantin Baharu Maut Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi, Hanya Sempat Empat Hari Bergelar Suami
Mangsa, Wan Hasbullah Wan Abdul Halim, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan serius selepas motosikal jenis Kawasaki Z1000 yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang sedang membelok.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintenden Mohd Zain Mat Dris memaklumkan, insiden berlaku sekitar jam 10.40 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Besut.
“SIASATAN MENDAPATI KERETA BERKENAAN SEDANG MEMBELOK KE SIMPANG KANAN SELEPAS MEMBERI ISYARAT, NAMUN MANGSA YANG MENUNGGANG MOTOSIKAL DARI ARAH BELAKANG DIPERCAYAI CUBA MEMOTONG TETAPI TIDAK SEMPAT KERANA JARAK TERLALU DEKAT.
“Motosikal mangsa melanggar bahagian pintu pemandu kereta berkenaan sebelum mangsa terjatuh. Pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Difahamkan, mangsa baru sahaja mendirikan rumah tangga empat hari lalu.
Tambah Mohd Zain, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan selanjutnya, manakala pemandu Proton Iswara yang terlibat dalam kemalangan itu mengalami luka di bahagian kepala dan sedang menerima rawatan di hospital sama.
Tular video seorang lelaki merangkak untuk mengambil wuduk mengundang pilu wargamaya.
Video yang dimuat naik oleh seorang lelaki menerusi akaun TikTok jarirharun memperlihatkan kesungguhan lelaki orang kurang upaya (OKU) yang juga merupakan peniaga kerepek itu telah mengundang pilu wargamaya.
Video berdurasi 55 saat itu telah mendapat tontontan sehingga 2.7 juta, menurut perakam, lelaki berkenaan merupakan lelaki OKU bernama Saad itu tiba di sebuah surau dalam keadaan cemas, memohon bantuan untuk dipimpin ke tandas kerana kakinya mengalami kekejangan akibat duduk terlalu lama atas motor.
Namun apa yang membuatkan perakam kagum, dengan kekurangan diri tidak menjadi halangan untuk lelaki itu untuk solat awal. Dalam keadaan merangkak, bergegas untuk mengambil wudhu.
Melihat kegigihan lelaki OKU itu memberi keinsafan buat diri perakam dan menganggap ia sebagai teguran dari Allah secara ‘halus’ kepada mereka yang sihat tubuh badan tetapi sengaja melewatkan solat.
Dalam pada itu, perakam juga mengharapkan wargamaya memberikan sokongan kepada perniagaan lelaki OKU berkenaan.
UNDANG PILU NETIZEN
“aku yANG sempurna nie pun kdg2 hujung waktu solatnya…”- Netizen
Dalam pada itu meninjau di ruangan komen rata-rata warga maya meluahkan sebak dan keinsafan. Malah ada juga menitipkan doa buat lelaki itu dipermudahkan urusan.
Sementara itu, dalam video yang berlainan, lelaki OKU, menerusi akaun Tiktoknya , menjelaskan bahawa dia bukan peminta sedekah sebaliknya menjalankan perniagaan menjual kerepek.
Bimbang video tular disalah erti oleh wargamaya, lelaki itu membuat penjelasan menerusi akauanya.
Pada masa yang sama, perakam video berkenaan, menjelaskan bahawa ia bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan membantu menyokong perniagaan lelaki berkenaan.
#PESANAN KELUARGA: Sebuah perkongsian positif vibes untuk kita menghargai dan mensyukuri nikmat. Kesungguhan Saad menjadi inspirasi buat kita semua bahawa biar susah mana pun dan kekurangan diri, ia bukan alasan untuk tidak melakukan solat dan berdikari untuk terus berjuang dalam meneruskan kehidupan.