Tidak dinafikan ramai ibu bapa meluahkan kebimbangan dengan kenyataan yang dilsiarkan menerusi facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Lantaran Kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun boleh mengambil dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNtech/Comirnaty bermula Februari ini.
Hati mana yang tidak resah apabila lihat dengan suasana pandemik yang dilihat tiada penghujungnya, begitu juga kesan vaksin ke atas anak-anak.
Apa yang pasti, pihak kerajaan inginkan yang terbaik buat rakyatnya agar sentiasa selamat.
Semoga kita menjaga keluarga daripada wabak ini dengan sebaiknya.
Ikuti penjelasan KKM mengenai vaksin untuk kanak-kanak umur 5 hingga 12 tahun ini.
Kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 bagi kanak-kanak 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari ini.
Setakat ini hanya dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Corminaty yang telah diluluskan untuk kanak-kanak kategori umur ini. Ia telah dibuktikan selamat dan berkesan.
Sejauh mana keselamaran dan keberkesanan vaksin covid-19 kepada kanak-kanak?
Kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun boleh mengambil dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNtech/Comirnaty.
1.Kanak-kanak akan menerima kuantiti dos yang lebih rendah, iaitu 1/3 daripada dos yang diberikan kepada individu berumur 12 tahun ke atas.
2.Ujian klinikal” menunjukkan pengurangan 90% kemungkinan mendapat jangkitan bergejala dikalangan kanak-kanak yang telah divaksin.
3.Kesan sampingan yang biasa secara amnya, adalah ringan dan sederhana. Kesan buruk daripada vaksin COVID-19 jarang berlaku.
4. Pemberian vaksin kepada kanak-kanak akan mengurangkan kemungkinan mereka untuk mendapat penyakit serius atau mengalami komplikasi jangka panjang akibat jangkitan covVID-19
Mengandung? Sesetengah daripada kita takut untuk kembali mengandung lagi gara-gara alahan dan pelbagai masalah atau simptom lain yang kembali bakal menyerang.
Bagi wanita yang mengandung anak sulung mungkin tidak biasa dan terkejut dengan kesemua masalah ini. Jangan terlalu risau, kesemua ini adalah perkara biasa dan bakal dilalui oleh semua ibu mengandung. Apa yang anda perlu lakukan adalah menikmati waktu-waktu indah selama 9 bulan ini.
Sembelit
Sehingga 50% wanita hamil menghadapi masalah ini. Sembelit berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya akibat pengaruh hormon kehamilan yang melambatkan perjalanan usus, mungkin disebabkan kurang pengambilan air dan makanan berserat tinggi, pil zat besi dan juga tekanan rahim ke atas usus besar.
Untuk mengatasi masalah ini, wanita hamil harus meminum air sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas sehari serta mengambil makanan berserat tinggi seperti bijirin, sayuran dan buah-buahan.
Buasir
Masalah buasir juga kerap berlaku apabila wanita hamil mengalami sembelit. Meneran semasa sembelit, batuk berpanjangan, hamil (saiz rahim yang membesar) memberikan tekanan ke atas bahagian rektum (usus besar) serta saluran vena padanya. Ini menyebabkan pengembangan vena tersebut dan disebut buasir.
Kadangkala ia boleh terjulur keluar seperti daging lebih ataupun berdarah (kebiasaannya darah sejurus selepas membuang najis, berwarna merah cerah dan tidak sakit). Sakit boleh timbul jika buasir mengalami gangguan bekalan darah.
Elakkan sembelit dengan mengambil minuman atau makanan yang bersesuaian. Elakkan juga mengenakan tekanan ke dalam abdomen. Jangan ambil ubat sembarangan sebaliknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil ubat-ubatan. Bagi sesetengah kes, buasir dijangka hilang selepas kelahiran tersebut.
Pedih Hulu Hati
Hormon kehamilan menyebabkan lebih banyak asid gaster (asid di dalam perut) terhasil. Pada masa yang sama, hormon kehamilan juga menyebabkan perut lambat kosong. Tambahan pula, tekanan rahim ke atas perut juga boleh menjadikan keadaan semakin nyata.
Kesemua ini menyebabkan asid gaster naik memasuki saluran esofagus di bahagian atasnya dan menyebabkan rasa pedih hulu hati.
Bagaimanakah mengatasinya?
– Duduk tegak selama sejam selepas makan. Berkemungkinan anda memerlukan ubat-ubatan yang mengandungi antasid. Sekiranya masalah berterusan, dapatkan nasihat doktor.
– Kurangkan minuman sewaktu makan. Seelok-eloknya minuman diambil di antara waktu makan tersebut dan dikurangkan semasa makan.
– Makan dalam kuantiti yang kecil pada setiap kali tetapi kerap (contohnya daripada 3 kali sehari kepada 5-6 kali sehari).
Kekejangan kaki
Kebiasaannya masalah kekejangan kaki berlaku pada trimester kedua dan ketiga kehamilan. Hindari masalah ini dengan mengambil makanan atau pil tambahan kalsium dan mengambil makanan bersumber potassium seperti pisang, buah oren dan sebagainya.
Bengkak Kaki
Kebiasaannya berlaku pada kaki dan semakin nyata pada waktu awal malam setelah sehari berdiri/berjalan dan pada trimester ketiga kehamilan. Ia disebabkan tekanan kandungan yang mengganggu aliran darah daripada bahagian kaki ke dalam jantung.
Elakkan masalah ini dengan berbaring dan mengangkat kaki ke atas (melebihi paras jantung), mengiring sebelah kiri (bagi mengurangkan tekanan kandungan ke atas saluran vena utama).
Dapatkan nasihat doktor terutama jika anda mengalami edema pada keseluruhan badan (muka, tangan dan sebagainya) serta sebelum anda mengambil ubat-ubatan.
Keputihan
Ia lebih kerap dialami wanita hamil akibat perubahan hormon. Berkemungkinan ia adalah jangkitan kulat (candidiasis). Ibu hamil yang mengalami masalah ini perlu mengambil ubat anti kulat selepas mendapat nasihat doktor.
Masalah yang berulang atau berlarutan boleh diperiksa lebih lanjut dan diberikan ubat bersesuaian. Anda juga mungkin mengalami penyakit lain tanpa disedari seperti kencing manis dan sebagainya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebagai ibu ayah tentu kita mengharapkan anak-anak yang kita hantar ke sekolah setiap hari dapat menimba ilmu dengan sebaiknya dan sekali gus dapat ilmu yang dipelajari dapat dimanfaat untuk masa depannya mereka kelak.
Pelbagai persediaan awal kita bantu anak-anak untuk tujuan itu, selain memberikan galakan, menghantar anda ke kelas tusyen, menyediakan ruang belajar yang selesa, ada satu perkara lagi yang boleh anda lakukan untuk membantu anak mudah menerima pelajaran yang dipelajarinya dengan cara yang mudah dan tanpa perlu bajet yang besar.
Ini sebagaimana perkongsian Dr Rizal Abu Bakar, disarankan agar anak-anak yang sedang belajar ini diberikan air minuman pegaga.
Nak tahu lanjut apa manfaat dan cara penyediaan air pegaga tersebut, ini perkongsian penuh daripadanya. Semoga bermanfaat.
Amalan Minum Air Pegaga
Apabila anak pulang ke sekolah mereka letih. Begitu juga otak mereka. Lebih-lebih apabila tiada nutrisi untuk otak diambil mereka.
Petang ada kelas PAFA. Malam pula ada tuisyen. Sampai lembik budak-budak ini.
Soalnya dengan begitu banyak aktiviti gunakan otak sepanjang hari, dapatkah mereka bertahan?
Dapatkah otak mereka mencerap semua maklumat? Atau ia hanya jadi kelas sosial?
Kita pastinya tidak mahu duit yang dilaburkan hanyut begitu sahaja. Keputusan anak masih tidak seberapa. Hasil masih jauh dari yang kita suka.
Cara mudah ialah sediakan secawan air pegaga:
1. Ambil seikat pegaga. Basuh. Bersihkan.
2. Masukkan ke dalam blender.
3. Masukkan air. Ikut kepekatan mana yang kita mahu.
4. Blend.
5. Campurkan dengan madu.
Hidangkan. MUDAH dan CEPAT.
Pegaga tingkat imun sistem. Buka pembuluh darah di dalam OTAK.
Nutrisi mudah masuk. Maklumat segera dihadam. Memori semakin baik.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.