Lama pasangan ini menantikan zuriat, namun rezeki masih belum menyebelahi apabila dia sekali lagi mengalami keguguran kali kedua pada Selasa lalu.
Menerusi perkongsian di InstaStory, Nabila Huda meluahkan rasa hiba selepas anak yang selama ini dinantikan sekali lagi tidak dapat diselamatkan.
Dedah Nabila, dia mengalami pendarahan sebelum disahkan keguguran. “Saya rasa kalian perlu tahu apa yang berlaku pada saya sejak dua hari lepas. Saya keguguran lagi buat kali kedua. Masa pertama kali tahu saya bleeding, saya sangat down. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.
Ads
“Sejujurnya, saya nak sangat ada anak. Terlalu nak sangat. Keinginan untuk ada anak tu nak sangat.
“Apabila doktor sahkan saya hamil, saya sangat teruja tapi pada masa sama paranoid. Saya risau tiba-tiba ‘dia’ tiada atau ‘dia’ jatuh atau ‘dia’ tak ada kat dalam tu (rahim),” katanya sambil menitiskan air mata. Nabila walau bagaimana pun mengakui dirinya stabil dan akur dengan ujian tersebut.
Ads
“Tapi saya percaya, tak ada rezeki lagi. Saya cuma kasihan pada suami saya. Lama dia tunggu. Kenapa susah sangat? Bila kita nak sangat, teringin sangat….
“Jangan bimbang, saya ada di rumah. Semalam seharian fikir… Sakit rasanya…,” ujarnya lagi dengan nada sebak. Nabila yang mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan sejak Disember 2015 pernah keguguran pada April tahun lalu.
Ads
Menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang berusia 10 tahun.
Tanaman dan pokok-pokok yang kita tanam jika hidup subur pasti buat kita rasa senang hati. Berbaloi berpeluh dan patutlah orang kata berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya.
Menuai hasil tanaman sendiri seperti cili, tomato, sawi, terung, bendi dan sebagainya di halaman rumah mahupun pada mini kebun pasti memberikan kepuasan yang tidak ternilai.
Selain menjimatkan belanja dapur, hasil tanaman ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Namun ada kalanya tuaian tanaman tersebut kurang memberikan hasil yang memberangsangkan. Jom ikut petua yang diberikan oleh Sepang Farmville untuk menghasilkan baja organik yang baik sebagai penggalak pokok.
Kita suka kan kalau pokok kita subur dan cantik gebu gebas kan? Hari ni mari kita belajar buat baja organik PSB(photo synthetic bacteria).
Baja ni sgt baik utk pokok. Bahan2 pun mudah ja. Antara faedah PSB ialah untuk kesuburan tanah dan pokok, penggalak bunga. Guna seminggu sekali pada tanaman.
Malah, baja ini juga boleh juga digunakan untuk merawat air dalam kolam/aquarium. Caranya sama dengan merawat tanaan. Hanya tuang masuk dalam kolam atau aquarium.
Resipi:
3 biji telur(hancurkan skali dgn kulit telur)
2 sudu ajinomoto
1 sudu belacan
3 sudu sos ikan
5 liter air tanpa klorin
(boleh tadah air paip dan simpan semalaman sblm guna/air mineral/air telaga/air sungai/air terjun dari 7 gunung)
Mengekalkan kebahagiaan rumah tangga tidak semudah yang disangka sekiranya pasangan tidak mengetahui asas kepada kebahagiaan.
Untuk itu, setiap pasangan haruslah sentiasa memastikan hubungan yang mesra, penuh kasih sayang dan saling melengkapi amat penting untuk rumah tangga kekal bahagia.
Selain itu, ada satu rahsia yang boleh meningkatkan serta mengeratkan hubungan suami isteri iaitu secara ‘pillow talk’.
Ia sebenarnya cara yang mudah iaitu berbual-bual santai sebelum tidur. Sebagaimana perkongsian wanita ini.
Bual santai sebelum tidur
Pillow Talk time.. siapa yg belum pernah buat atau biasakan,boleh la cuba ya.. ok, apa itu pillow talk? pillow talk ni bahasa mudah dia ialah perbualan bersama pasangan di tempat tidur.. nama pun pillow kan mesti la atas katil.. tak kisah kita nak bualkan apa shj topik seharian kita bersama pasangan.. suami keluar bekerja seharian pasti ada kisah atau masalah yg dia hadapi sepanjang hari.. dan isteri samada yg bekerja atau surirumah juga pasti ada kisahnya.. Ya.. cerita kan apa shj.. apapun topik.. apapun masalah..waktu ni la kita nak luahkan segalanya.. cuba kita ingat balik, bila kali terakhir kita baring bersama pasangan dan berbincang soal apa shj.. baik tentang hidup kita, masalah yang mengganggu kita, atau bahkan hubungan kita dan pasangan. Rasanya sangat melegakan untuk mendengarkan satu sama lain, kan?
Pillow talk mungkin kita dengar mudahkan, tapi kadang sulit untuk kita biasakan.. biasakan pillow talk menjelang waktu tidur, pastikan bukan waktu yg sangat mengantuk ya..sbb nanti kita cakap sorg2 bila kita borak2 santai, sambil berpelukkan.. maka Anda berdua akan terbangun dengan perasaan yang lebih ringan dan disambut dengan senyuman hangat dari pasangan. ini sgt penting utk perbaiki komunikasi kita bersama pasangan kita..
pillow talk ni boleh merapatkan hubungan suami isteri.. saling berkongsi masalah,berkongsi pendapat, pillow talk tak semestinya perbincangan yg serius.. jgn timbulkan isu yg boleh dtgkn pergaduhan atau pertelingkahan.. boleh, tp dengan cara perbincangan.. pillow talk ni.. kita blh bergurau, waktu ni la kita boleh tanya pasangan apa yg dia suka atau tak suka.. time ni la kita blh nk picit jerawat blackhead dia.. time ni la kita blh nk geletek2 dia.. time ni la kita blh nk picit2 hidung dia.. time ni la kita blh nk luahkan badan kita naik, gendut.. maksudnya santai.. borak2 simple sebelum tidur sambil bergurau senda..
Rugi tau kalau kita tak biasakan.. tahu tak kenapa?? dgn cara pillow talk ni la yg membuatkan.. -surirumah yg sarat dgn emosi satu hari tu boleh dikurangkan.. -isteri yg keluar bekerja yg byk masalah diluar tu boleh dikurangkan.. -suami yg dikelilingi masalah ditempat kerja tu boleh dikurangkan.. Ya.. betul.. sebab masa pillow talk ni la kita boleh luahkan everything.. posisi terbaik sewaktu pillow talk ialah “CUDDLE” tahu kan apa itu cuddle? cuddle itu ialah berpelukkan.. yg mana posisi ini yg akan memberi ketenangan bersama pasangan.. waktu ini la kita akan rasa -kita akan lebih menghargai pasangan -kita akan rasa nyaman -kita akan rasa tak nak kehilangan pasangan -kita akan rasa hilang segala beban dibahu dgn masalah seharian -kita akan rs diasayangi dan diberi perhatian..
Jadi mana yg belum biasakan pillow talk ni, cuba buat dan amalkan.. sgt tidak rugi.. yg jauh boleh didekatkan.. yg renggang boleh dirapatkan.. yg benci boleh ditukarkan menjadi syg.. kita manusia yg dahagakan perhatian, tak kira isteri mahu pun suami.. ini la cara dan masa yg terbaik untuk perbaiki hubungan..
SELAMAT MENCUBA.. semoga kita menjadi pasangan suami isteri yg bahagia hingga ke syurga.. Aamiin
Kredit: Sharla Rose
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumah adalah tempat untuk diri kita dan keluarga berteduh dari hujan panas, ia satu keperluan!
Pun begitu, ada segelintir wanita sama ada yang masih bujang atau telah berkahwin merasakan tiada kepentingannya memiliki rumah atas nama sendiri. Memadai ada sebuah rumah yang disediakan oleh suami.
Jadi, memahami apa kepentingan seorang wanita mempunyai rumah sebagai hartanya sendiri, elok kiranya baca dulu perkongsian daripada dr Azizul Azli ini.
MENGAPA WANITA PERLU BELI RUMAH AWAL?
Bila zaman telah berubah dan 48% wanita jelita hari ini telah bekerja.
Ini sebab mengapa wanita perlu ada rumah sendiri.
1. Pendapatan Tambahan Pelaburan.
Rumah boleh disewakan dan jadi pendapatan tambahan lepas kahwin, tak semua orang dapat suami kaya raya. Maka belilah sebuah rumah dan jadikan pendapatan keluarga.
2. Waktu Tak Terduga.
Kita tak tahu suami yang kacak macam Nepal itu sayang kita sampai bila. Jika ditinggalkan pergi, bila mereka terjumpa Gadis Tik Tok setidaknya ada rumah sendiri.
3. Bukan Harta Sepencarian?.
Rumah yang dibeli sebelum kahwin, bukannya harta sepencarian. Jika berpisah ia tetap hak isteri tersebut.
4. Bantu Suami.
Masalah kewangan selepas kahwin biasanya semakin sukar. Jika sesuatu berlaku boleh refinance atau pendapatan sewa bantu suami tercinta dan hidup bahagia selamanya.
Cari dan belilah sebuah rumah kecil agar bahagia dan sempurna sebelum bencana.
Lengkapkan rumah dengan dekorasi menarik dengan beli online di sini. Mudah dan jimat.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.