Apabila bergelar suami isteri pastinya susah senang diharungi bersama. Pembagai cabaran yang mendatang.
Namun saling melengkapi antara satu sama lain menjadi penguat harungi kesusahan bersama.
Ikuti perkongsian ini
Ini kisah semasa puan siti mengandungkan anak pertama kami.
Masa tu, kami tinggal di Kedah. Saya pula tidak ada pekerjaan tetap. Hanya malam menjual burger yang orang beli tak lebih dari empat biji. Isteri pula menjual nasi ayam di gerai berhampiran bilik sewa kami.
Hari minggu pula, saya akan berjalan dan edarkan pamplet yang saya tulis pakai tangan, dan fotostat bagi banyak,
Iklan sewaan pa system, jualan alat muzik nasyid, mengajar nasyid. Dan saya letak di rumah-rumah, kereta atau masjid.
Kandungan isteri semakin besar. Sudah masuk 7 bulan. Isteri setiap hari tanya,
“Nanti anak ni nak lahir di mana?”
“Nanti saya nak pantang macamana?”
“Baju dan kelengkapan bayi? Kita belum beli”
Dan setiap pagi, saya bangun dengan rasa betapa sakitnya kepala memikirkan hal ini. Sakit!
CABARAN
Satu pagi, saya dan isteri bergaduh besar. Masa tu saya tak mampu kawal diri dan mengamuk. Saya biarkan dia menangis. Saya keluar dan lari. Saya lari sampai penat yang amat sangat.
Betapa pahit dan perit rasanya hidup tanpa apa-apa. Tanpa duit. Tanpa kerja. Tanpa arah. Tanpa makna.
Saya duduk di bahu jalan. Orang tegur saya buat tak tahu saja. Saya dah letih!
Rasa menyesal kahwin muda.
Ads
Rasa menyesal ambil keputusan untuk hidup berdua.
Rasa menyesal, macam nak kembali bujang semula.
Rasa yang entah apa-apa itu datang menyesakkan jiwa!
Saya pegang handphone, nak telefon mak dan ayah. Saya dah down teruk. Saya kesian dengan isteri. Dia mesti penat dan letih menghadap sikap saya ni.
REZEKI DATANG DIDUGA
Tiba-tiba ada satu panggilan masuk.
“Assalamulaikum”
“Waalaikumusalam. Ya saya?”
“Encik Abu?”
“Ya saya. Ada apa ya?”
“Oh. Saya Amran. Nak tanya. Saya sedang cari pa system untuk program. Boleh Encik Abu sediakan?”
Ads
“InsyaAllah boleh. Boleh tahu details program?”
“Boleh. Kita jumpa di lokasi yang akan saya bagi?”
“Baik, boleh”
Saya terima alamat, terus naik bas ke tempat program.
Sampai sahaja, terus berjumpa Encik Amran dan kami ke sebuah lapangan besar. Tempat program yang akan di adakan”
“Saya sebenarnya mencari pa system untuk program ni. Saya terpijak kertas ni. Tu yang nampak ada sewaan ni. Jadi, saya rasa Encik Abu lah tempat rujukan saya macamana pa system yang sesuai. Saya pertama kali buat ni.”
Dan, akhirnya setelah berbincang, setuju harga, saya deal dengan suplier juga, Encik Amran terus setuju dan ajak saya ke bank.
“Saya nak bayar separuh dahulu. Baki, insyaAllah setelah siap semua barang di pasang boleh?”
Terkejut saya.
“Bayar terus ke Encik Amran?”
“Ya. Saya yakin Encik Abu boleh handle. Jom kita ke bank!”
Ads
Sewaan untuk semua kelengkapan, hampir RM10,000. Amat besar masa tu. Sangat besar.
Di tangan saya ada tunai RM5,000. Saya terus ke tempat suplier untuk serahkan duit ni.
“Abu, kita bagi komisyen 30% sebab you carikan pelanggan sama kita. Ini duit you. Terima kasih”
Dan, untuk pertama kali saya memegang tunai yang banyak. Syukur ya Allah. Amat syukur. Saya terus bergegas ke rumah. Dalam perjalanan, isteri sms.
“Abang, maafkan saya. Saya nak kita teruskan hidup. InsyaAllah, kita sama-sama kuat menguatkan. Maafkan saya. Saya banyak dosa”
Saya terus berlari dengan rezeki yang Allah bagi.
SUSAH BANYAK PENGAJARAN
Kalian,
Kesusahan banyak mengajar erti kehidupan.
Kesusahan mendekatkan kita dengan Tuhan.
Kesusahan membuatkan hati selalu berkata-kata dan menghidup jiwa yang selalu lemah dan kegelisahan.
Kesusahan juga mengajar suami isteri selalu menguatkan.
Sudah berbelas tahun, erti hidup susah kekal menjadi kenangan.
Kenangan yang mengajar selalu bersyukur, walau masih dalam ujian.
Terima kasih Tuhan.
Kredit: Abu Hurairah Asifa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ulang tahun perkahwinan menjadi momen yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri. Ia menjadi satu hari penting yang harus diingat dan diraih.
Imbau dan rasai momen manis pastinya kembalikan kasih sayang yang menyatukan pasangan selama hidup bersama.
Perkongsian Raja Permaisuri Agong Tengku Puteri Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar menerusi Instagram airtangan_tuakuazizah yang menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 35 mengundang perhatian ramai warganet. Pasangan romantik ini sentiasa kelihatan mesra dimana jua ibarat di hari pertama melangkah ke alam perkahwinan.
Hari ini 35 tahun yang lalu, menyatunya dua hati antara Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Ahmad Shah dengan Tengku Puteri Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar. Majlis Istiadat Akad Nikah Pengantin Diraja telah berlangsung di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru, diikuti Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Istana Besar, Johor Bahru pada 19 Julai. Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pula menyusul pada 26 Julai.
Perkenalan baginda berdua bermula sejak mereka masing-masing berusia 13 dan 12 tahun daripada pertemuan di acara polo yang sering diadakan oleh keluarga Diraja Pahang dengan Johor, membawa sehingga ke peterana. Perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang itu menjadikan Tengku Azizah sebagai Tengku Puan Pahang.
Pada Julai 2019, Al-Sultan Abdullah dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-16.
Sepanjang usia sebagai suami isteri, pasangan Diraja ini dikurniakan sembilan orang cahaya mata; empat putera dan lima puteri.
Siapa sangka, personaliti yang penuh dengan senyuman terukir di bibir ini sebenarnya menyembunyikan sebuah kisah sedih di saat kehilangan satu-satunya anak lelaki buat selama-lamanya.
Berkongsi detik-detik pemergian anak bongsunya, Mohd Hilman itu bersama Majalah Keluarga, Pakar Mata dan juga Pencetus Inspirasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad turut akui bahawa mereka sekeluarga tidak melihat foto, ziarah kubur selepas 13 tahun kehilangan anak bongsunya itu bagi mengurangkan rasa sedih.
“Dia berlaku pada tahun 6 haribulan 8 tahun 2000. Masa tu ingatkan mak beli macam-macam souvernier. Tak tahu itu tahun paling sedih bagi kami sekeluarga, dia berlaku pada hari ahad petang. Kitorang 3 orang, saya Aniah dan adiknya Hilman.
“Hari tersebut rasa sangat gloomy tau, lepastu kita tak tau dan kita keluar beli apa-apa saja, beli coklat. Lepastu saya tolak troli dengan adik dulu, dia pegang saya ikut je belakang dia.
“Tapi bila nak sampai kat kereta tu dan nak buka bonet kereta tu tiba-tiba dia jatuh pengsan. Saya pun terus cpr tetapi dia habis. Masatu saya rasa dah tak ada. Orang dah start panggil-panggil doktor. Tak apa saya doktor.
“Pergi ke Az-zahra ada seorang pakcik tolong dan telefon ayah dan lepastu saya bawa kereta ke HUKM. Aniah belakang dan adik baring masa tu saya kata..” katanya kepada Majalah Keluarga.
Ketika situasi itu, anak sulung Prof Muhaya, Noor Aniah mengakui itu kali pertama dia melihat ibunya menangis dan tidak pernah menyangka perkara sebegitu boleh terjadi pada mereka
“This is the last moment kita dengan adik sebagai satu keluarga dalam kereta pada masatu. Mak kata Allah pinjamkan ahli syurga selama 11 tahun setengah, masatu kitorang macam terima dah. Sampai HUKM tu buat juga cpr.
“Saya ingat masa doktor bagitahu mak adik dah takde. Waktu tu first time saya tengok mak nangis, saya tak pernah imagine akan jadi seperti ini.” kata Aniah.
Pelakon dan pengarah, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur selapas impiannya untuk membawa isteri dan anak-anak ke tanah suci, Mekah akhirnya menjadi kenyataan.
Memetik laporan Media Hiburan, Farid menyimpan hasrat tersebut sewaktu menunaikan umrah secara bersendirian pada 2017.
“Alhamdulillah, ia pengalaman yang sangat indah sebagai seorang suami dan bapa apabila dapat membawa keluarga menunaikan umrah. Itu memang harapan dan impian saya satu ketika dahulu.
“Saya pernah pergi bersendirian pada 2017 dan harapan saya mahu membawa keluarga pula satu hari nanti. Impian tersebut kini sudah tercapai.
“Mekah dan Madinah adalah tempat yang terbaik di dunia. Saya mahu kongsikan pengalaman sebelum ini bersama anak-anak dan isteri. Saya rasa seperti salah satu doa saya dimakbulkan,” katanya.
Farid berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Syaitan yang berlangsung pada Khamis di Pavillion, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon, Diana Danielle ini turut mengakui telah melalui banyak momen-momen menyentuh perasaan ketika berada di sana.
“Momen tersebut mesti ada. Apabila kita berada di sana, segalanya menjadi rahsia-rahsia Allah dengan kita. Kegembiraan berada di sana itu terserlah.
“Terlalu banyak doa-doa yang tersimpan di dalam hati untuk saya terjemahkan di hadapan Kaabah.
Saya juga nampak keseronokkan Diana ketika beribadah di tanah suci.
“Manakala anak-anak saya pula, walaupun mereka masih lagi mumaiyiz, tetapi tetap melakukan segala ibadah di usia yang masih kecil.
“Saya harap perkongsian ini akan membuatkan para bapa lebih bersemangat untuk turut sama membawa keluarga menunaikan umrah,” ujarnya lagi.
Jelas Farid lagi, dia juga gembira saat melihat keterujaan anak-anaknya ketika berada di Kota Mekah.
“Bila pertama kali bawa Muhammad masuk ke perkarangan Kaabah, dia sangat teruja walau nampak dari jauh. la membuatkan saya rasa saya perlu membawa dia ke Kaabah dengan lebih dekat.
“Dengan kudrat yang ada, saya berjaya mengangkat Muhammad untuk menyentuh kain dan dinding Kaabah. Itulah momen yang menggembirakan saya.
Memang banyak tempat lain yang lebih seronok tapi tidak akan sama rasanya seperti Mekah dan Madinah.
“Bila saya dapat memberikan penerangan dan anak-anak menghargainya, minda mereka makin terbuka untuk lebih mendalami Islam. Momen ini sangat menyentuh hati saya,’ akhirinya.
Terdahulu, Farid dan keluarganya baru sahaja tiba di tanah air pada Khamis setelah berangkat ke Mekah dua minggu yang lalu.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.