Ibu bapa mana yang tak risau kan bila berjauhan dengan anak-anak. Lebih-lebih lagi dengan situasi pandemik covid-19 ini. Demikianlah juga naluri si ayah yang juga pelakon dari seberang, Datuk Aaron Aziz. Dalam satu perkongsiannya di instagram, aktor ini meluahkan rasa sedih apabila anak sulungnya, Danish Anaqi, 16, kini sudah berangkat ke Jepun untuk menyambung pengajian di sana. Menurut Aaron, Danish akan berada di sana selama tiga tahun untuk kursus Pra-IB dan diploma.
“Tabarakallah Ya Allah. Kau lah sebaik-baiknya penjaga untuk anakku @danishanaqiaaron.
“Saya tinggalkan dia di tangan awak, Oh Allah. Lindungi dia dan semua pelajar dari bahaya yang dilihat atau tidak dilihat. “Berat hati ini melihat anak sulungku ke luar negara untuk 3 tahun di Jepun,” tulisnya di Instagram (IG).
Ads
Perkongsian yang dimuat naik seserta sekeping gambar yang menunjukkan Aaron sedang memeluk Danish ketika menghantar anakya dilapangan terbang.
Sejuk perut ibu mengandung…Sari Yanti berkongsi video yang mendapatkan gelagat anak perempuannya Dariya menarik perhatian ramai.
Dalam video tersebut, kelihatan Dariya sedang mengaji. Nampak comel memakai telekung.
Menurut Sari Yanti, anak perempuannya kini sudahpun berusia 3 tahun. Setiap kali memakai telekung, Dariya gemar meletakkan sticker di tepi kepalanya. Sudah seperti sepit rambut dibuat oleh Dariya. Comel je.Dalam video tersebut juga, kelihatan Dariya sedang membaca huruf aliff ba taa sehingga ya dengan cukup lancar. Seketika kemudian, bacaan diteruskan dengan huruf dengan baris atas dan baris bawah pula.Walaupun baru berusia 3 tahun, tetapi Dariya sudah lancar membaca dan mengenal huruf. Rata-rata kagum mendengar bacaan serta memuji cara Sari mendidik anak perempuannya.Throwback video. 2021 dariya 3 years old. Pakai telekung mesti letak sticker kat tepi.. kira macam sepit rambut dia la 😂😅
Demikian tulis Sari Yanti menerusi kapsyen di laman intagramnya.
Siapa yang tak kenal dengan Khairul Amin Kamarulzaman a.k.a Khairulaming ni. Beliau mengaji dalam bidang kejuruteraan mekanikal bergelar content creator fokus kepada masakan.
Mempunyai pengikut yang ramai usahawan sambal Nyet ini punya aura tersendiri apabila jualan sambalnya tahun lepas cecah hingga 7.5 juta!
Dirinya yang tak pernah cipta kontroversi ‘bad marketing is good marketing’ adalah seorang yang merendah diri dalam kehidupannya.
Terbaru ciapannya balasnya telah menarik perhatian netizen apabila seorang pengguna twitter bertanya pendapat pilihan kereta antara Ativa dan Bezza.
Selesa guna Bezza
Menurut khairulaming, Bezza adalah pilihan jenis kenderaan yang telah digunakannya selama dua tahun.
Turut menjelaskan bahawa kenderaan itu mempunyai bonet yang luas, jimat minyak dan ciri-ciri yang lain.
Malah sering digunakan untuk shoting contentnya dan perjalanan jauh seperti ke Kelantan.
Namun dia mengakui belum mencuba ativa lagi.
Dalam pada itu, ciapan yang lain, Khairulaming menyuaran pandanganya mengenai myvi, axia dan bezza setelah ditanya oleh pengguna twitter lain.
Katanya, kenderaan seperti Myvi adalah yang terbaik. Namun harganya agak mahal berbanding dengan Bezza dan axia.
Tetap menjadikan Bezza pilihan hati apabila ia merupakan kenderaan famili lantaran mempunyai ruang yang luas.
Dalam pada itu, ramai netizen memuji cara instafomus itu yang mempunyai pendirian yang tersendiri.
Antara komen netizen adalah memuji sikapnya bahawa kaya tidak semestinya menggunakan kenderaan mewah dan menyukai sikap rendah dirinya.
Malah ada yang memberi komen bahawa kenderaan Bezza bakal trending dan menjadi pilihan ramai.
Sumber: Twitter Khairul Aming
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak ada insan yang sempurna di dunia ini. Kita dilahirkan serba kekurangan. Oleh kerana itu, itulah kita dikurniakan pasangan dalam hidup kita. Suami dan isteri yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Sesungguhnya memiliki pasangan yang baik juga adalah rezeki. Begitu juga dengan pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah yang kini meraih perhatian ramai apabila pasangan ini kekal romantis dan bahagia.
Baru-baru ini Majalah Keluarga berkesempatan menemubual suami Datin Paduka Eina Azman mengenai kehidupan pasangan bahagia ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Apabila diajukan soalan mengenai masakan Datin Eina Azman yang menjadi kegemarannya, suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah spontan memberitahu menu masak lemak ketam. Memuji masakan air tangan isteri tercinta yang sangat sedap.
Bukan sahaja memuji sikap isterinya yang pandai memasak, Datuk Paduka Kaiser turut mendedahkan isterinya seorang yang lembut dan pandai melayannnya dengan baik.
“Saya berkahwin dengannnya kerana dia seorang yang lemah lembut. Jika saya pergi makan buffet, she will take everything for me,” katanya mengakui layanan begitu membuatkan dirinya begitu menyanjungi isterinya,” ujarnya ketika di temui di majlis pelancaran Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®
Nyata, Datin Eina Azman seorang yang suka ‘manja’kan suami untuk memastikan hubungan suami isteri kekal bahagia. Rupanya ini adalah salah satu tip yang bahagia rumah tangga mereka.
“Saya doakan isteri saya kekal bersikap begitu selama-lamanya. Dan memberi layanan (jaga) yang baik buat saya dan anak-anak,” katanya mengakhirnya perbualan petang itu dengan tersenyum mesra.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.