Mesti anda bukan pertama kali dengar mak-mak yang mengandung akan ada fasa datang satu tabiat pelik yang mereka akan hadapi. Tak payah pandang jauh, mungkin diri sendiri yang mengalami perkara tersebut! Kalau mengidam benda biasa tak mengapa, yang susah nak cari tu sabar je la cik abang nak realisasikan permintaan itu.
Misalnya seperti yang tular baru-baru ini, ada seorang ibu mengandung berkongsi tabiat peliknya yang gemar memakan beras di dalam satu video yang dimuat naik di Tiktok miliknya.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sheeyunus, rakaman menunjukkan seorang individu sedang mengambil beberapa butir beras lalu membasuhnya.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila sesudah membasuh beras tersebut, indicidu tersebut terus memakan beras yang dibasuh tadi tanpa memasaknya terlebih dahulu!
Rupanya… Bukan wanita ini sahaja yang bersikap demikian! Meninjau di ruangan komen, rata-rata berkongsi pernah melalui detik itu juga. Malah ada yang bukan mengandung juga berkongsi dirinya sememangnya gemar memakan beras begitu sahaja. Tidak ketinggalan orang lain turut berkongsi tabiat pelik yang mereka alami sejak berbadan dua juga.
Baru-baru ini dikhabarkan penyanyi ‘legend’, Datuk Jamal Abdillah yang menimang cahaya mata keenamnya semalam sekitar jam 2 petang di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Memetik laporan mStar, isteri kepada penyanyi ini, Datin Zai Izzati Khiruddin telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.94 kilogram secara pembedahan.
Anak keenamnya ini juga dikatakan lahir awal daripada tarikh yang seperti dijangkakannya. Datuk Jamal turut sempat memanjatkan kesyukuran atas kelahiran barunya ini.
“Alhamdulillah isteri telah selamat melahirkan cahaya mata kami yang baharu. Memanglah gembira dan teruja dapat baby baru,” katanya.
Selain teruja mendapat ahli baru, nama Rahil Laura Salsabila yang diberikan kepada bayi yang baru lahir itu juga cukup istimewa kerana membawa maksud air mata syurga.
Tambahnya lagi, sambutan Aidilfitri kali ini pastinya akan lebih meriah kerana bertambahnya ahli keluarga.
“Anak yang sebelum ini masih berusia setahun. Sekarang dah tambah seorang lagi. Memang seronok nak sambut raya kali ini,” katanya lagi.
Untuk rekod, Datuk Jamal dan Datin Zai berkahwin pada 1 April 2017 dan dikurniakan 3 orang lagi anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani atau Zack, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun. Manakala dua orang lagi, Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani adalah anak hasil daripada perkahwinan sebelum itu.
Sumber: mStar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang Wanita lahirkan bayi seberat 5 kilogram iaitu sama berat dengan saiz sebiji bola boling.
Memetik berita dalam Mirror, wanita yang dikenali sebagai Helen Sellers, 34, berkata beliau sudah diberi amaran tentang fizikal bayi yang agak besar semasa hamil dahulu tetapi tetap terkejut apabila sudah melahirkannya.
Bahkan di kalangan keluarganya juga turut bertaruh untuk meneka berat bayi dalam kandungannya dan salah seorang sepupunya meneka berat bayi Helen lebih kurang 5 kilogram. Namun bagi Helen tekaan tersebut agak ‘nakal’.
Bagaimanapun bila bayi yang diberi nama Celia dilahirkan, doktor dan jururawat terkejut semasa menimbang bayi tersebut yang mencecah berat 5 kilogram lebih.
Helen yang berasal dari Leeds, Yorkshire bersama suaminya, Carl turut mempunyai seorang lagi anak bernama Roman yang juga mempunyai berat badan berlebihan iaitu 4 kilogram semasa dilahirkan.
Katanya, Carl mempunyai ketinggian 6 kaki 7 inci, tetapi dia bukanlah seorang bayi besar, jadi kami tidak pasti kenapa Celia boleh mempunyai berat berlebihan.
Semasa hamil, saya dimaklumkan bahawa bayi ini berkemungkinan besar tetapi tidak sebesar Roman.
“Saya tidak menyangka Celia seberat itu dan tekaan sepupu saya ternyata betul ketika kami bermain tekaan berat badan bayi dalam perut saya,” katanya, lapor Mirror.
Oleh kerana berat yang berlebihan, Celia terpaksa memakai pakaian untuk bayi berusia tiga ke enam bulan sebaik dilahirkan kerana tiada pakaian yang sesuai untuk bayi yang mempunyai berat sepertinya.
Menurut Helen dia telah membeli beberapa pakaian dan barangan bayi dari usia kosong hingga tiga bulan dan kini Celia sudah memakai pakaian bayi berusia 3 hingga 6 bulan.
Helen turut mendedahkan bahawa bidan hospital memberikan reaksi lucu terhadap saiz Celia semasa lahir.
“Bidan ketawa sedikit dan mengatakan dia betul-betul besar. Celia menjadi topik perbualan di wad, dan mereka semua mahu datang melihatnya kerana saiznya sangat besar.”
Untuk melahirkan Celia, Helen terpaksa menjalani pembedahan dan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkannya. Sejujurnya, dia mahu melahirkan bayi secara normal, tetap berasa lega tidak melakukannya kerana tak pasti bayinya boleh keluar atau tidak katanya seperti dilaporkan Mirror.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kehidupan ini penuh cabaran sebelum menumpuh kejayaan yang diidamkan. Selain doa, keberkatan hidup juga mempengaruhi sesuatu pencapaian itu.
Begitu juga jika berbuat baik dengan ibu bapa, rajin bersedekah dan mengembirakan ahli keluarga tanpa berkira. Ini adalah antara penyebabkan rezeki itu melimpah ruah. Apa yang dibuat, pasti menjadi.
Begitulah yang dikongsi oleh wanita ini menerusi facebooknya, Siti Suryani Yaakop mengenai sikap adik iparnya yang bersikap tidak berkira dalam semua hal walaupun menghadapi dugaan dalam mengejar impainnya. Namun dia tidak pernah culas untuk berbakti kepada ahli keluarga.
Kisah ini bukan untuk mendabik dada, namun secara tersirat ia mendidik naluri bahawa memuliakan ahli keluarga itulah menjadikan segala urusan menjadi lebih mudah dan diberkati.
Ikuti perkongsian ini. Moga muhasabah diri.
Adik ipar saya. Dengan laki dia. Laki dia adik lelaki saya lah. Masa PKP ni dia struggle teruk sebab bisnes tadika dia tak boleh jalan. Mana nak bayar pengasuh. Mana nak bayar sewa. Mana nak bayar bil semua. Tapi tak pernah satu hari saya dengar dia merungut susah.
Dia mulakan langkah cari duit nak cover segala benda tu dengan buat live jual beg. Beg tangan. MasyaAllah. Banyak orang order. Saya ingat dulu kalau pergi rumah dia, nak tidur kena duduk. Penuh beg dalam rumah.
Oleh sebab banyak sangat post di JNT, dapat la jadi customer VIP. Dapat beg, plastik, resit, mesin. Dah asyik muka dia je post kat JNT tu, rezeki lain pulak datang.
Owner JNT tu ajak dia share. Bila nampak benda tu jadi, sekarang dia nak bukak dah JNT sendiri.
Saya belajar satu benda dari dia. Berani. Dan tak tunggu. Nak buat, buat je. Tapi sungguh. Apa yang dia buat sentiasa menjadi.
Nak kata pergi kursus motivasi jerit-jerit ‘Saya berjaya!’, Saya cemerlang!’. Takda. Nak kata pergi kursus kesedaran nangis-nangis dan tepuk bahu orang sebelah yang entah siapa kita pun tak kenal. Takda.
Nak kata pergi bayar 3-4 ribu panggil coach latih dia berniaga. Takda. Nak kata berkawan dengan circle-circle bisnes belaka. Takda. Kawan dia adik saya tu je lah ke mana-mana. Hari minggu tak saya ke sana, dia ke sini. Begitu je.
Tak Berkira rahsia rezeki melimpah ruah.
Tapi tiga benda saya lihat pada dia.
Pertama. Dia taat pada adik saya. Tak pernah tinggi suara. Tak pernah kata apa. Tak pernah minta apa. A adik saya kata, A lah kata dia. Sibuk buka JNT ni sorang-sorang sebab adik saya kena operasi, pun takda membebel apa.
Kedua. Dia sangat taat pada mak ayah. Mak ayah dia. Dan mak ayah saya. Mak saya sekarang tinggal di rumah dia. Mak nak makan apa. Sedia. Mak order apa. Ada. Tak banyak gaduh. Diam tak bunyi apa.
Ketiga. Dia suka belanja adik beradik. Belanja anak sedara. Kalau datang takda lauk udang, tak sah.”Ni Maya suka ni”, dia ingat. Sikit tak kedekut. Hari jadi siapa pun semua dia akan sibuk nak rai.
Saya kira begitulah hidup ni. Kadang bukan benda teknikal sangat yang buat kita berjaya. Buat ni jadi ni. Buat tu jadi tu. Tapi benda paling penting dalam hidup ialah…keberkatan. Suami. Mak ayah. Adik beradik.
Buat baik dan menyenangkan hati orang terutama kaum keluarga sendiri, sungguh Tuhan janji. DIA akan balas kembali. Lepas tu jangan merungut. Jangan salahkan apa-apa. Dan sesiapa. Jalan terus. Dia mengajar saya jadi kuat. Dan ikhlas.
Esok JNT dia dah nak launch. Saya doakan JNT dia boleh buka banyak cawangan. Dan diberikan dia seterusnya kejayaan. Dunia akhirat.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.