Baru-baru ini dikhabarkan penyanyi ‘legend’, Datuk Jamal Abdillah yang menimang cahaya mata keenamnya semalam sekitar jam 2 petang di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Memetik laporan mStar, isteri kepada penyanyi ini, Datin Zai Izzati Khiruddin telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.94 kilogram secara pembedahan.
Anak keenamnya ini juga dikatakan lahir awal daripada tarikh yang seperti dijangkakannya. Datuk Jamal turut sempat memanjatkan kesyukuran atas kelahiran barunya ini.
“Alhamdulillah isteri telah selamat melahirkan cahaya mata kami yang baharu. Memanglah gembira dan teruja dapat baby baru,” katanya.
Ads
Selain teruja mendapat ahli baru, nama Rahil Laura Salsabila yang diberikan kepada bayi yang baru lahir itu juga cukup istimewa kerana membawa maksud air mata syurga.
Ads
Tambahnya lagi, sambutan Aidilfitri kali ini pastinya akan lebih meriah kerana bertambahnya ahli keluarga.
Ads
“Anak yang sebelum ini masih berusia setahun. Sekarang dah tambah seorang lagi. Memang seronok nak sambut raya kali ini,” katanya lagi.
Untuk rekod, Datuk Jamal dan Datin Zai berkahwin pada 1 April 2017 dan dikurniakan 3 orang lagi anak iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani atau Zack, dan Iskandar Rayyan Yamani kini berusia setahun. Manakala dua orang lagi, Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani adalah anak hasil daripada perkahwinan sebelum itu.
Sumber: mStar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kemana hala tuju anak muda kita hari ini ? Itu persoalan yang bermain di fikiran saudara Mohd Faisal menerusi penulisannya di laman facebook.
Isu ini timbul berikutan ada di kalangan anak muda yang mendapat gaji tinggi namun masih tetap memilih untuk berhenti kerja.
Itulah yang berlaku di tempat kerja anaknya sendiri. Daripada 50 orang yang masuk kerja sama-sama, namun akhirnya yang kekal tinggal adalah 18 orang, selebihnya memilih untuk meninggalkan pekerjaan tersebut.
Anak sulung saya yang berusia 22 tahun bekerja dengan di bidang customer service dalam sebuah syarikat penerbangan di Pusat Bandar KL.
Beliau mula bekerja hampir setahun yang lepas. Boleh dapat gaji RM 3000.00 lebih sebulan. Ini sudah cukup bagus bagi orang yang berusia sepertinya dan masuk kerja hanya berbekalkan diploma dan kemahiran berbahasa inggeris. Suasana tempat kerja bagus. Kemudahan segalanya lengkap. Lokasi pun bagus kerana senang diakses dengan LRT.
Kumpulan yang masuk kerja bersama2 anak saya dulu 50 orang. Semasa sesi latihan selama dua bulan, 10 orang cabut. Apabila mula bekerja secara rasmi, setiap bulan ada yang cabut dan tinggal lagi 18 orang.
Sekarang syarikat penerbangan mula kembali sibuk. Kerja semakin bertambah. Syarikat mula mewajibkan kerja lebih masa (berbayar). Bayaran kerja lebih masa mereka bukannya RM 5 atau RM 10 satu jam. Berpuluh2 RM per jam. Boleh mencecah RM 250 jika kerja 8 jam sehari.
Mulai bulan Jun, syarikat mewajibkan semua staf OT satu hari seminggu di hari cuti mereka. Semalam 15 orang hantar surat berhenti. Alasan mereka syarikat melanggar kontrak. Janji kerja lima hari seminggu, sekarang kena kerja enam hari seminggu.
Saya beritahu anak, kamu jangan berhenti. Jangan terikut2 kawan. Kalau kamu berhenti saya tidak akan pedulikan kamu lagi dan jangan minta tolong apa2 dengan saya.
Tidak ada istilah langgar kontrak dalam hal ini. Kamu diminta bekerja pada hari cuti dalam keadaan berbayar. Dan bayaran bukan kecil. Gaji kamu akan jadi RM 4500 sebulan. Apa lagi yang kamu nak ?
Saya beritahu kepadanya, kerja perlu konsisten, ikhlas dan istiqomah. Untuk mendapat jawatan dan gaji yang lebih besar dimasa depan, kita perlu kerja kuat dan timba pengalaman dari sekarang. Apatah lagi kamu masih muda dan bujang. Jangan harap pangkat besar atau gaji tinggi akan datang bergolek. Kalau tidak dipecah ruyung mana hendak dapat sagunya ?
Alhamdullilah beliau beritahu saya tidak mahu berhenti dan tidak akan mengikut jejak rakan2 sekerjanya. Alhamdullilah juga, malam tadi beliau dapat emel daripada syarikat memaklumkan tentang kenaikan gajinya bermula bulan Mac 2022.
Kemana hala tuju anak-anak muda kita hari ini ?
Jika ada kerja yang baik, tempat kerja yang selesa, gaji yang bagus, masih lagi tidak puas hati. Apabila tidak ada kerja, kerajaan yang dipersalahkan.
Sebab itu saya tidak berapa bersetuju dengan kehadiran kerja seperti Grab, Food Panda dan penjual2 di lampu isyarat sekarang ini. Kerana ini akan melahirkan masyarakat yang tidak mahu maju ke depan dan budaya malas belajar. Jika sebagai kerjaya sementara, isi masa lapang atau sebagai pendapatan tambahan, tidak ada masalah. Sebagai kerjaya tetap tidak berapa baik untuk jangka panjang bagi diri sendiri dan negara.
Dunia pekerjaaan hari ini, majikan semua tidak betul walaupun bayar gaji mahal dan beri pelbagai kemudahan. Pekerja sentiasa betul, amanah dan jujur.
Pelakon popular Datuk Aaron Aziz berdepan detik cemas apabila isterinya, Datin Diyana Halik memaklumkan terbabit dalam kemalangan jalan raya yang berlaku semalam. Difahamkan, kereta model Alphard warna hitam yang dipandu Diyana itu dilanggar dari belakang oleh kenderaan lain.
Perkara ini dikongsikan sendiri di dalam satu perkongsian di laman Instagramnya. Di ruangan kapsyen, dia berkongsi dia segera meminta isterinya melakukan pemeriksaan di sebuah pusat perubatan meskipun tidak mengalami kecederaan.
“SubhanAllah bangun tido dapat message daripada my darling dia met with an accident. Kereta sondol dari belakang. Terus jantung macam jatuh, anxious.
“Terus suruh dia straight ke Prince Court sebab sakit belakang dia dari leher ke pinggang. Alhamdulilah x-ray ok.
“Tapi Dr suruh monitor dan total rest for 48 hours. Thank u to the nurses of PMC. Selalu terbaik,” tulisnya.
Pada masa sama, Aaron mengakui isterinya jenis aktif melakukan pelbagai aktiviti dan tidak boleh duduk diam sekali gus meminta wanita tersebut untuk berehat seketika.
“Rest k Dar. Bukan ke sana sini, faham. Dia ni kalau tak sakit, memang ligat. Kalau tak kerja ada aje activity dia. So kita tengok dia boleh duduk diam tak,” katanya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.