Bila tiap-tiap tahun hamil, memang akan memudaratkan kesihatan wanita yang bergelar isteri itu. Memang ada yang kata, jangan ditolak rezeki yang diberiNya. Rezeki setiap tetap ada. Tetapi fikirkan kesihatan ibu yang hamil. Malah ada yang sanggup mengambil risiko merancang sendiri. Bangga lagi apabila berjaya melakukan cara ni.

Namun ada juga yang tak berjaya. Apa pun jangan buat main hal kehamilan ni kerana ia boleh menjejaskan keselamatan ibu yang hamil terutama yang bersalin secara pembedahan. Apa yang pasti kena juga merancang cara yang betul atas nasih doktor. Ikuti perkongsian Bel Nawhen yang sungguh bermanfaat bersama.

______________________________________________________________________

Kewanitaan Bukan Dinilai Berapa Kali Mampu Hamil. Ini Sebab Kena Hati-Hati Bila Main Rancang Sendiri Aje! 
Gambar hiasan

Tak habis2 dengan ayat ‘Saya merancang sendiri pun berjaya’ awak tu. Awak nak tahu tak, ada sahaja ibu caesarean yang ikut ideology awak tu, hamil balik selepas 6 bulan melahirkan secara pembedahan sebab merancang sendiri yang didewa-dewakan semua tu.

IKLAN

Sudahnya, perlu pembedahan lagi.
Perdarahan pula tu sebab rahim memang belum sembuh sepenuhnya.
Rahim hampir pecah jadinya.

Tolong.
Simpan cadangan rancang sendiri tu untuk diri sendiri. Tak payah bawa ke sosial media dan memudaratkan orang lain yang mengikutnya. Kot awak nak tolong susukan anak dia masa dia admit boleh juga.

Kami doktor, nurse ni bukan dengki sangat dengan awak yang subur ni. Tapi kami risau sebab risiko itu sentiasa ada.

IKLAN

Merancang kehamilan bukannya kita ni nak menolak rezeki, tetapi kita nak memastikan setiap amanah yang diberi boleh dijaga dengan rapi.

1) Biar dalaman cukup kuat sebelum hamil semula.
2) Biar emosi cukup sihat sebelum menambah lagi.
3) Biar hilang lelah berjaga malam dahulu sebelum kembali kepada rutin itu lagi.
4) Biar anak2 cukup kasih sayang, cukup menyusu dengan ibu sekurang-kurang 2 tahun.
5) Biar fizikal cukup fit untuk terkejar2 dengan anak2 yang dah besar dan yang masih bayi.

Ramai yang beranak kecil dengan umur diantara anak rapat-rapat mengalami tekanan kerana tidak cukup rehat fizikal dan emosi. Suami pula lepas tangan. Jangan begitu. Kesian kat isteri sikit.

IKLAN

Notakaki:
Kewanitaan anda bukan dinilai melalui berapa kali anda mampu hamil.

 

#BelNawhen

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI