Dua hari ini kita dapat lihat di sosial media kawasan Pantai Timur telah dinaiki air di beberapa kawasan dan arus agak deras memasuki kawasan kediaman sesetengah penduduk.
Bila berlakunya banjir ini, sekali lagi sukarelawan, Abang Viva menjadi bualan ramai yang biasanya kelibat jejaka ini dilihat sewaktu banjir-banjir besar melanda Malaysia. Sehinggakan, ada yang memberi tohmahan sehingga menuduhnya sudah tidak kelihatan di kawasan banjir sejak terkenal.
Namun, persoalan ini sudah terjawab apabila Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar sendiri telah mengadakan siaran langsung di media sosial miliknya dan sempat seseorang individu menangkap layar dari siaran langsung tersebut.
Menurut pemuda berusia 30 tahun itu, dia cumalah seorang sukarelawan dan bukanlah berkhidmat dalam mana-mana jabatan. Dia turut mendedahkan bahawa modal untuk ke sesuatu kawasan itu mencecah ribuan ringgit dan dia menanggungnya secara peribadi.
“Banjir je saya sampai, banjir je saya sampai. Tapi masalahnya, modal kitaorang pakai sendiri. Hari itu pergi Terengganu, Kelantan semua pun saya seorang habiskan RM1000 tau untuk minyak dan tol je. Korang rasa? Kalau saya ni ada elaun tak apa, masalahnya kena fikir juga. Saya dah kahwin ada anak bini nak kena bagi makan.” katanya.
IKLAN
@chaiyoe9 Luahan hati abang viva,dah takde modal katanya nk tolong selamatkan mangsa banjir,pakai duit sendiri je,.rehat la abang viva,setiap daerah dah ada agensi keselamatan,kalau nk tolong pum tolong kawasan berdekatan,tak perlu modal yg besar,.#luahanhati#abgvivaviral♬ bunyi asal – Chai
Perkongsian yang dibuat akaun @chaiyoe9 itu telah mendapat perhatian ramai dan banyak komen dari netizen yang memahami apa yang ditanggung oleh Abang Viva.
Namun jika dilihat di Facebook pemuda kelahiran Melaka itu, jelas dilihat gerak kerjanya bersama pertubuhan yang dibangunkan apabila berada di Terengganu menjalankan misi banjir ketika ini namun tidak begitu menguar-uarkan kepada orang ramai.
IKLAN
Malah dalam perkongsiannya itu, dia juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sumbangan dan turut memohon maaf andai ada lokasi banjir yang tidak dapat dibantu kerana kekangan waktu serta perjalanan memadangkan beberapa jalan sudah ditutup.
Ayah merupakan seorang wira dalam hidup kita, walau apa keadaan sekali pun seorang ayah secara semulajadinya akan melindungi dan menjaga anak-anaknya agar sentiasa di dalam keadaan selamat.
Hatta ketika sedang bercuti bersama keluarga, akan dilaksanakan tugasnya memastikan anak-anak sentiasa selamat dengan caranya yang tersendiri.
Baru-baru ini seperti sedia maklum, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bersama dua orang anaknya telah bercuti di bumi Aukland. Banyak juga video percutian mereka di sana dikongsikan di media sosial untuk tontonan peminatnya.
Dalam banyak-banyak video tersebut rata-ratanya cukup mengujakan dan salah satu video yang menarik perhatian pengikutnya adalah saat mereka sekeluarga bermain di Rainbow’s End Themepark.
Di sana Hairul dan Yusuf dilihat menaiki bot secara bersendirian. Namun berlaku satu peristiwa di mana bot yang dinaiki oleh Yusuf tidak berhenti bergerak membuatkan Yusuf memusing di tempat yang sama. Sedangkan semua bot yang lain sudah berada di tempatnya.
Melihat keadaan Yusuf, lantas Hairul segera menjadi penyelamat anaknya dengan segera memandu bot yang dinaikinya ke arah Yusuf dengan skil seorang superhero. Misi menyelamatkan anak selesai, dapat dilihat Hairul tersenyum menyelesaikan tugas tersebut.
Misi menyelamatkan anak selesai, dapat dilihat Hairul tersenyum menyelesaikan tugas tersebut.
Jadi betullah orang kata, ayah ini sifatnya memang seorang penyelamat, ayah adalah superhero buat anak!
Perkongsian video ini telahpun mendapat jumlah tontonan yang tinggi sejak dimuatnaik. Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi dari peminat diterimanya:
Setiap pasangan ingin mengecap kebahagiaan dalam alam rumah tangga. Kasih sayang dan ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah swt.
Sudah pastinya kita inginkan sebuah keluarga kebahagiaan dan aman tenteram menjadi impian suami isteri.
Biarpun hidup sederhana, rumah tidak besar dan serba serbi seadanya, namun jika kita rasa itulah kebahagiaan, sudah pastinya itulah yang kunci kerukunan sebuah keluarga.
Begitu juga dengan perkongsian seorang wanita ini menerusi facebooknya, Sharla Rose yang melahirkan rasa syukur mempunyai suami yang membahagiannya walaupun hidup sederhana. Moga ia jadi manfaat bersama bahawa erti sebuah perkahwinan dan kebahagiaan till jannah bukan harta benda semata tetapi keikhlasan terhadap pasangan seadanya.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Hujan-hujan ni touching pula bila kenangkan.. sy dan suami dh berlahwin 11 tahun..suami sy bukan la kerja bagus, kaya raya.. kami hidup sederhana cukup makan pakai.. alhamdulillah..cukup segalanya walau sederhana dgn sy yg hanya suri rumah dan anak 6 org..
sungguhpun mcm tu, dia selit2 juga belikn sy emas wlpn murah,kecil, tp dia tetap belikn..sy tak pernah meminta..tp dia kata tu aset utk sy, rezeki sy.. sy pun xbiasa pakai emas sblm ni..dia minta sy doakan dia agar rezeki dia bertambah lg lepas ni..andai ada lg rezeki lebih, dia akan beli lg utk sy.. wlpn hidup tak kaya mcm org lain, tp alhamdulillah dia sentiasa berikan yg terbaik utk sy dan ank2..
Sungguh terjentik hati melihat pemergian sorg suami sahabat sy sewaktu dalam mencari nafkah istri dan ank2. kadang kala rasa diri ni lupa nak mensyukuri nikmat yg Allah berikan..kadang kala terlupa nak menghargai org2 yg kita syg..
Selalu membayangkan.. rutin setiap pagi menunggu suami di muka pintu untuk pergi kerja,bersalaman dgnnya,mencium tangannya dan dia mengucup dahi kita..melambai ke arahnya sehingga hilang dari pandangan..lalu mendoakan keselamatannya sewaktu mencari nafkah utk kita sekeluarga.. Kadangkala terbayang..termangu seketika di muka pintu.. bagaimana tba2 itulah kali terakhir kita melaksanakan rutin kita bersamanya setiap hari? bagaimana andai tba2 dia pergi tinggalkan kita tanpa pesan? bagaimana andai apa yg biasa kita lakukan bersamanya setiap hari berakhir di ctu? bagaimana dia tba2 hilang dari mata kita selamanya? bagaimana kita nak memulakan 1 kehidupan baru tanpanya? bagaimana kita nak menjalani hidup tanpa sorg suami dan ayah kpd ank2 kita? bagaimana kita nak menghadapi rs sepi tanpa panggilan telefon darinya setiap hari? bagaimana kita nak menjawab persoalan ank2 kecil kita..’mana ayah’? dan…. bagaimana kita nak menutup mata setiap malam tanpa dia yg sentiasa menemani kita tidur setiap hari??? dan tiada lagi bahu untuk kita bersandar..
sungguh..kadangkala..saat kita marah dia..kita lupa kebaikan dia.. saat kita cemburukan dia..kita lupa bagaimana dia menyayangi kita.. saat kita merajuk dgn dia..kita lupa bagaimana dia selalu memujuk kita saat kita lelah dgn dia..kita lupa bagaimana dia lelah menafkahi kita dan ank2.. saat kita lupa melayani dia..kita lupa bagaimana dia selalu melayani kita..
Kerana kita isteri yg sarat dengan emosi.. ketika marah,kita lupa syurga kita.. ketika marah,kita lupa org yg selalu ada dgn kita.. ketika marah,kita lupa org yg sentiasa menyayangi kita.. ketika marah,kita lupa org yg sentiasa menghargai kita.. kita lupa semua tentang dia….
Dia suami kita.. orang asing yg dtg dalam hidup kita.. orang asing yg sanggup susah demi kita.. orang asing yg sanggup ambil alih tgjwb Ayah kita.. orang asing yg sanggup jaga kita sampai akhir usia kita..
Sungguh aku lupa untuk bersyukur dengan anugerah yg Allah dh berikan.. buat rakan2 yg telah melalui saat2 kehilangan suami atau isteri tercinta, kehilangan teman sejati.. didoakan semoga tabah dalam menjalani kehidupan tanpa org tersyg.. kita semua pasti akan melalui saat2 ini.. cuma kita tak tahu masa,tempat dan bila saatnya.. itu semua rahsia Allah cuma kita mampu berdoa memohon agar kita masih diberikan waktu untuk bersama pasangan kita andai tiba saatnya,kita harus merelakan kepergiannya.. yang tinggal hanyalah kenangan kita bersamanya.. Tangan yg kasar,penuh kesan luka,penuh tompokan cat itu la yg keluar mencari rezeki buatku dan anak2 smga segala kerja keras dan titik peluh dalam menafkahi kami dibalas syurga.. trm ksh diatas pengorbananmu selama ini..
ku doakan sentiasa agar Allah tautkan hati kita hingga hujung waktu kita bersama.. ku doakan agar Allah panjangkan usia kita untuk kita lewati bersama kehidupan ini.. ku doakan agar Allah memberi ku peluang untuk kita bersama membesarkan ank2 kita.. dan…
post ni bukan tujuan sy nk tunjuk emas sy ke.. suami sy ke.. tidak.. apalah sangat apa yg sy ada kalau nak dibandingkan dgn org lain.. tp tujuan sy cuma nak katakan bahawa kebahagiaan kita bukan terletak pada harta, kekayaan, rupa paras.. tp segalanya terletak pada tgjwb, ksh syg, perhatian, penghargaan sorg suami.. sbgi isteri walau apajua bentuk pemberian drpd suami, rasa bersyukur sgt..
KEBAHAGIAAN itu bukanlah terletak pada banyaknya harta wang ringgit, bukan pada besarnya rumah kediaman, bukan pada hebatnya kenderaan yang dimiliki, bukan pada tingginya jawatan kau perolehi ataupun bukan pada apa jua yang kau idam-idamkan, angan-angankan, harap-harapkan, cita-citakan di dalam dunia yang fana ini..
Tak kisahlah rumah kita itu kecil, belum ada zuriat, kereta pun tak besar… Tapi kalau kita rasa itu dah cukup untuk membahagiakan kita sekeluarga, kita akan rasa amat bahagia.
sy pasti ramai suri2 yg mcm sykan.. marilah kita sama2 doakan suami kita agar dia diberi kesihatan yg baik, dipanjangkan usianya utk menjaga kita hingga akhir hayatnya..
Ya Allah, berikanlah kepadaku suami yang terbaik si sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat. Ya Allah, jadikanlah hambamu ini dicintai oleh suami dengan rahmat-mu wahai Zat Yang Maha Penyayang DiAntara Para Penyayang. Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya, jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah. Jika masih di langit, maka segera turunkanlah untuknya. Jika tertanam di dasar Bumi hanya Engakulah yang mampu mengeluarkannya. Ya Allah, berkahilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan kepada kami sekeluarga di dunia dan di akhirat. Ya Tuhanku, berikanlah suami hamba balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku dan pahala yang sebesar-besarnya atas kasih sayang yang suami hamba limpahkan. Aamiin.. lovely wife
Pernah tak anda lihat pengunjung di kedai makan, atau anda sendiri yang mengemas pinggan yang telah dihidangkan selepas makan?
Walaupun sekadar hanya mengemas meja sahaja, tapi sebenarnya kita dah cipta banyak nilai murni dengan perbuatan sekecil itu! Lagi-lagi bila kita buat di hadapan anak atau kita sendiri mengajak mereka untuk mengemas.
Misalnya seperti yang dkongsikan oleh Superdad ini, Khairul Abdullah. Jom ikuti perkongsiannya!
Tadi kami makan di luar sahaja.
Makan dengan tiga budak kecik tu memang berteraburlah pinggan dan sisa atas dan bawah meja.
Selesai makan macam biasa aku suruh budak-budak tu tolong aku kemas. Alah, budak-budak kan, takat mana sangatlah dia boleh kemas pun. Boleh kutip nasi-nasi yang tumpah atas dan bawah meja tu kira ok dah.
Tiap kali kemas tiap kali tu lah diorang akan tanya kenapa kena kemas. Jawapan aku tetap sama. Ada 2 sebab utama kenapa kena kemas meja lepas makan.
Pertama, sebab kita orang Islam. Kita kena bersih dan kebersihan adalah benda paling utama dalam agama. Kita kena tunjukkan contoh yang baik. Kita juga bukan haiwan yang makan bersepah dan berterabur.
Depa angguk-angguk.
Kedua, sebab kita nak mudahkan kerja abang dan kakak pekerja restoran tu.
Sebab apa? Tanya depa.
Sebab Nabi dah pesan “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang yang lain.”
Kita mungkin tak boleh nak jadi yang paling bermanfaat sebab kita tak banyak duit nak membantu, tak pandai dan tak banyak ilmu nak mengajar. Atau takde kudrat yang kuat untuk membantu.
Tetapi, dengan sekecil-kecil kudrat membantu mengemas meja sudah memadai untuk memberi manfaat kepada manusia yang lain.
Abang dan kakak waiter tu pun dimudahkan kerja dia, orang yang datang kemudian nak duduk pun mudah. Semua orang diberi kemudahan, kita beroleh pahala dan juga diberi kemudahan yang lain nanti.
Kita permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita.
Begitulah.
Anak-anak macam faham jer angguk-angguk.
Esok makan tetap kena pesan lagi benda yang sama. Depa akan tanya soalan yang sama, namun depa akan lebih jelas dan faham. Takpelah, biarlah berulang-ulang seribu kali pun.
Sebagai ayah, aku dah ajar dan tunjukkan contoh, apa yang patut depa buat.