
Aturan AllahĀ tak siapa mampu menduga. kematian itu rahsia danĀ ketentuanĀ taqdirnya di sisiĀ Allah. Dialah yang menetapkan dan maha mengetahuinya.Ā Di mana jua kamu berada,Ā mautĀ akan mendapatkan kamu (bila sampaiĀ ajal).
Semalam, dalam keceriaan dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pastinya ada yang gembira dengan keputusan cemerlang yang diperolehi. Namun, tiada siapa yang menduga, setiap aturan yang telah ditentukan.
Seorang pelajar menemuai ajal setelah mengambil keputusan SPM semalam sungguh meruntun jiwa. Malah arwah merupakan salah seorang penerima Anugerah Cemerlang SPM 2018 Sekolah Menengah Sains Kubang PasuĀ denganĀ memperoleh keputusan 6A dalam SPM.
Melalui perkongsianĀ Aji YusopĀ Ā menjelaskan arwah merupakan penerima anugerah pelajar cemerlang.
Muhamad Hakimie Ifwat Sabaruddin, 18, Penerima Anugerah Cemerlang SPM 2018 Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya petang tadi selepas ambil result”

Dalam pada itu, menurut laporan harian metro, dalam kejadian 6.30 petang haria ini, mangsa yang menunggang motosikal bersama rakannya, Amzar Amran, 18, dikatakan terjatuh selepas terlanggar motosikal ditunggang warga emas dari arah sama berhampiran susur keluar Bandar Darulaman, Jitra.
āKami berempat sempat menghabiskan masa makan dan main game (permainan komputer) di Aman Central, Alor Setar hampir setengah hari selepas mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi tadi.
āTetapi apabila pulang, tak sangka hanya kami bertiga yang selamat manakala rakan baik, Muhamad Hakimie Ifwat Sabaruddin, 18, meninggal dunia dalam kemalangan di depan mata kami,ā kata Qumail Saini Suhaimi, 18.
Menurut Qumail, ketika itu dia menunggang motosikal bersama seorang lagi rakan, Aqil Amzar Masāad, 18, di bahagian depan manakala mangsa yang menunggang motosikal lain berada di belakang.
āKetika itu, saya cuba mengelak motosikal ditunggang pak cik itu dan mungkin arwah tak perasan serta tak sempat mengelak menyebabkan berlaku kemalangan.
āKetika itu saya nampak Muhammad Hakimie terpelanting dan tidak sedarkan diri manakala Amzar yang membonceng motosikalnya pula menjerit meminta tolong kerana kaki kirinya dipercayai patah,ā katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Jitra, malam ini.
Amzar dimasukkan ke Hospital Jitra kerana parah parah dan masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
Qumail berkata, mereka hanya mampu melihat keadaan mayat rakan mereka kerana tidak berani mendekatinya sebelum pasukan paramedik dari hospital mengesahkan dia sudah meninggal dunia.
Katanya, hubungan mereka berempat sangat rapat sejak di tingkatan satu dan mereka tinggal di asrama Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu.
āArwah Muhamad Hakimie memperoleh keputusan 6A dalam SPM manakala saya pula mendapat 4A dan Aqil Amzar serta Amzar pula masing-masing memperoleh keputusan 9A dalam SPM diumumkan pagi tadi.
āArwah sangat baik dan berhasrat untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi dan meminati bidang fotografi,ā katanya.
Jenazah Muhammad Hakimie dibawa ke hospital untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Sukamari, Pendang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber:Ā www.hmetro.com.myĀ danĀ Aji Yusop

