Khairul Aming ‘upgrade’ masak-masak di New Zealand, ubah angin lepas puas ‘bersiaran’ di dapur. Khairul Aming dikenali sebagai pempengaruh muda yang sudah sinonim dengan video ‘masak-masak’ yang kreatif dan resepi yang lazat dan mudah disediakan.
Khairul Aming ‘Upgrade’ Masak-masak Di New Zealand
Selepas bertahun-tahun menyediakan sajian masakan di dapur, pemuda ini mengorak langkah dengan ‘menaik taraf’ konten miliknya. Selepas tujuh tahun berkarya dan menghasilkan kandungan ‘masak-masak’ di ruang dapurnya, kini Khairul Aming membawa pengikutnya menjelajah ke luar negara pula.
Difahamkan, rancangan yang mempunyai sembilan episod itu dirakam di New Zealand. Pempengaruh itu akan menerokai pemandangan cantik di negara tersebut terbabit sambil memasak menu makanan yang pelbagai.
Ads
Ubah Angin Lepas Puas ‘Bersiaran’ Di Dapur
Dalam hantaran yang dikongsikan di laman Instagram dan juga TikTok, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzaman begitu teruja mengumumkan berita gembira itu buat para peminatnya.
Selepas 7 tahun buat video masak kat dapur, tiba masa untuk upgrade my content. Memperkenalkan my new cooking series di mana kita rakam 9 episode memasak sambil explore New Zealand 🇳🇿
Impian untuk pursue my passion sambil travel dunia akhirnya tercapai. Welcome to the first episode.- tulisnya diruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut nyata membuatkan para peminat serta pengikutnya di media sosial begitu gembira. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada peminat dan pengikutnya melihat keindahan New Zealand yang cukup memukau sekaligus mempelajari menu baru dari pempengaruh itu.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, video ‘Episod 1’ yang telahpun mencecah hampir 50 ribu jumlah tontonan membuatkan warga maya teruja menantikan perkongsian video lainnya.
Komen-komen penuh dengan pujian dan kegembiraan, menunjukkan ramai yang tidak sabar menantikan episod memasak sambil menjelajah keindahan New Zealand bersama Khairul Aming.
Aktiviti gotong royong biasanya sering dianjurkan di kawasan perumahan, tempat kerja, rumah ibadah dan sebagainya dengan tujuan untuk membersihkan kawasan tersebut. Tidak kurang juga kita anak beranak akan membersihkan kawasan halaman rumah bila hujung minggu dengan kutip sampah, bersihkan longkang dan sebagainya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Itu biasa kita lihat dan buat, namun apa yang mencuri tumpuan wargamaya bilamana viral di aplikasi tiktok apabila video yang dikongsikan melalui akaun @mdroslin yang merakam aksi seorang ‘Minah Saleh’ bersama dua orang anaknya mengutip sampah di satu kawasan yang dipercayai di Singapura.
Perbuatan ibu dan anak-anaknya itu meraih pelbagai reaksi netizen tempatan kerana mereka dilihatkan sedikit pun tidak kekok atau geli untuk mengutip sampah. Ini sekali gus menampakkan mereka tiga beranak seakan telah biasa melakukan perkara sedemikian untuk menjaga kebersihan di kawasan umum.
The real ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’
Bukan itu sahaja, didikan yang ditunjukkan oleh ibu itu turut mendapat pujian kerana berjaya mengajar anak-anaknya melakukan perkara baik yang jarang dilakukan oleh orang lain.
Komen warganet rl1787 merakam rasa terima kasih dengan usaha anak beranak ini, “Thx for helping Singapore to keep clean. Your kids are so blessed with such great parenting. They surely grow up to be a great man. Well done 😘”
Manakala Saiful Sumoslam pula menulis, “Org kita ni nak suruh clear table sendiri je ade yg dah kecoh. Padahal dekat rumah dah memang kene clear sendiri 😂
Alex Chin juga turut meluahkan rasa bangga dan hormat kepada keluarga ini, tulisnya “Omg…… I’m totally respect this mom! Paiseh Sia…. SG people also don’t do this stunt”
Home Harmony | Edison, turut meninggalkan komen, “These kids will grow up to be great!!
“we all have to learn from young(keep clean and protect the environment)is a very good family educational,” tulis warganet yang lain pula memuji.
Siapa sahaja yang tidak mahu mengubah hidup menjadi lebih baik daripada pelbagai aspek? Namun untuk berubah bukanlah mudah, meskipun semuanya terletak pada diri kita sendiri.
Menyentuh tentang perubahan diri, mungkin ada antara kita tercari-cari formula yang boleh dipraktikan dalam merialisasikan impian untuk menjadi orang yang lebih baik bukan sahaja di dunia malah setiap kebaikan tersebut akan membawa diri kita ke syurga firdausi.
Jadi apa kata kita fahami perkongsian daripada ustazah Asma Harun ini, menurutnya ada 5M yang perlu dilakukan. Apakah 5M yang dimaksudjan olehnya itu?
5M YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK PERBAIKI DIRI
SubhanAllah Allahu Akbar,
Sahabat, sebelum pejamkan mata, pejamkanlah juga segala kesedihan, kedukaan, keperitan, dan semua yang membebankan diri. Tetaplah menjadi seseorang yang berani untuk menghadapi hari esok dengan satu harapan dan perubahan.
Bagi yang sedang dalam proses berubah untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya, teruslah berusaha, kuatkanlah semangat. Sentiasalah perbaiki niat agar perjalanan hijrah tidak tercemar dengan perkara dunia yang sifatnya fana.
Malam ini, suka untuk saya kongsikan rahsia disebalik 5M yang perlu dilakukan untuk perbaiki diri.
1) M – Muhasabah
Dalam tak sedar, terkadang kita pasti melakukan beberapa kesilapan sehingga membuatkan diri tersedar bahawa bukanlah Allah yang menjauh daripada kita akan tetapi kita sendiri sebenarnya yang menjauhkan diri daripada Allah. Sahabat, muhasabahlah, perhatikanlah semula segala amalan-amalan kita, adakah ia cukup untuk dibawa dengan baik di akhirat kelak?
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Hasyr: 18)
2) M – Mujahadah
Sahabat, berusahalah untuk lawan segala hawa nafsu yang membelit diri, jika tidak kita sendiri yang akan memakan diri. Allahu Akbar.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak beriman seseorang kamu sehingga hawanya (kemahuan atau kecenderungannya) mengikut kepada apa yang aku bawa dengan dia.”
(Disebut Oleh Imam An-Nawawi di dalam kitabnya hadis 40 Imam Nawawi bahawa hadis ini sahih)
3) M – Mu’aqabah
Makna Mu’aqabah adalah memberikan hukuman kepada diri sendiri. Apabila kita melakukan sesuatu dosa atau kesalahan maka hendaklah kita segera menghapuskannya dengan melakukan amal kebaikan walaupun terasa susah atau berat. Sebagai contoh, istighfar 100 kali, memberikan sedekah, mendirikan solat dan sebagainya.
Dengan cara ini, insyaAllah kita akan dapat mengajarkan diri kita untuk sentiasa berhati-hati daripada melakukan perkara-perkara yang Allah larang.
4) M – Muraqabah
Makna muraqabah adalah mendekatkan diri. Saat ingin perbaiki diri, usahalah untuk sentiasa merasai bahawa diri sentiasa diawasi oleh Allah SWT sehingga mendatangkan kesedaran untuk sentiasa melakukan perintah dan menjauhi larangan-Nya.
Kecuali yang telah ditakdirkan Allah padamu. Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering (maksudnya takdir telah ditetapkan).”
(HR Tirmizi, hadis sahih)
5) M – Mulazamah
Mulazamah bererti melazimi. Saat seseorang ingin mendekatkan diri kepada Allah, saat itulah perlunya untuk melazimi ilmu-ilmu agama agar dekat kepada-Nya bukan sebarang dekat, tetapi dekat kerana berpengetahuan. Dekat kerana sedar bahawa Allah-lah tuhan yang patut dan layak disembah, ditaati dan diletakkan segala pengharapan yang tinggi. Bukankah untuk memiliki sesuatu itu perlukan ilmu?
Seni merupakan suatu keindahan. Tidak semua antara kita memiliki bakat seni dalam diri. Lantaran itu seni itu adalah suatu gambaran yang unik dan istimewa buat yang melihat hasil bakatnya.
Bakat seni bukan hanya merujuk kepada peghasilan lukisan semata tetapi ia juga dari pelbagai sudut. Ia termasuk meghasilan sebuah potret dengan mengunakan rubik cube.
Tular sebuah video pengguna TikTok , Zabli menghasilkan potret pasangan selebriti kesayangan ramai iaitu Shuib dan arwah isterinya, arwah Siti Sarah Raisuddin. Potret berkenaan mengunakan kira-kira 400 buah rubik cube.
Meninjau video lelaki berkenaan mendapati, kepantasan tangannya menukar warna rubik cube menjadi sama begitu mengkagumkan.
Ramai warganet melahirkan rasa kagum kreativiti yang dimiliki oleh lelaki berkenaan. Siapa sangka, hanya menggunakan rubik cube boleh menghasilkan sebuah potret yang unik. Sungguh inspirasi!
“400 rubik’s cube belum sampai. Tunggu seminggu.”
Merujuk ruangan komen, rata-rata para netizen memberi pujian bakat luar biasa lelaki itu.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.