Bagi sesetengah orang mungkin berasa jijik atau tak lalu nak makan apabila melihatkan kaki ayam. Tetapi sebenarnya kaki ayam memiliki banyak kelebihan untuk tubuh kita. Tak percaya? Jom baca ni.
Sebenarnya, kaki ayam sangat bagus untuk dimakan kerana mempunyai pelbagai zat dan khasiat untuk manusia. Ada beberapa khasiat yang ibu-ibu kena tahu mengenai zat makan kaki ayam ini.
1)Manfaat kologen
Menurut kajian, kaki ayam memiliki kologen yang sangat tinggi. Antara manfaat kologen yang terdapat dalam kaki ayam adalah:
-kologen membentuk kulit yang anjal, menjadikan kulit sihat, ganti sel-sel kulit mati dengan ganti sel-sel kulit baru dengan cepat
-kologen serap kalsium dan protein yang membuatkan tubuh jadi sihat.
Ads
-kologen meningkatkan metabolism sekaligus bantu menurunkan berat badan
-kologen yang membuatkan tulang kuat dan tak rapuh
2)Kurangkan risiko tulang rapuh
-kaki ayam kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini untuk kukuhkan struktur tulang dan cegah kerapuhan tulang apabila dah tua.
3)Sembuhkan cedera
Ads
Kaki ayam mengandungi nutrisi seperti protein dan kalsium. Kajian mengatakan nutrisi tersebut bantu menyembuhkan kecederaan. Sebagai contoh, jika mengalami kecederaan tulang belakang, boleh cepat sembuh sekiranya makan kaki ayam ni
4) Memperbaiki saluran pencernaan
Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam baik untuk sistem pencernaan. Usus akan jadi lagi lembut yang membuatkan sistem pencernaan jadi lebih baik. Korang jadikan tulang ayam ni sebagai makanan berkuah atau sup okay. Sebab? Nutrisi seperti kologen, protein, kondroitin dan glucosamine akan larut dalam sup ketika dimasak.
5) Kesihatan kuku terjaga
Ads
Kaki ayam yang dah dimasak akan menghasilkan asid amino, kologen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat dan terjaga.
6)Menyihatkan gusi
Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam akan menyihatkan gusi dan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.
Sumber: catsfm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesetengah keluarga dalam masyarakat kita, ada yang sayang anak lelaki melebihi anak perempuan. Sebab tu mereka tak perlu buat kerja rumah kerana itu kononnya tugas kaum wanita. Tipikal budaya sejak dahulu lagi.
Bahkan, ada ibu bapa yang sudah menerapkan di rumah kerja-kerja rumah hanya anak perempuan yang buat. Hakikatnya cara yang dipraktikkan itu salah.
Bak kata pepatah, nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nak ajar anak kena bermula sejak mereka kecil lagi. Sebab itu, tidak kira jantina anak, mereka patut diajar berdikari dan tahu akan tanggungjawab mereka.
Bahkan, Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki dalam perkongsiannya mengatakan, jangan manjakan anak-anak lelaki kita di rumah dan wajib ajar mereka dengan pengurusan rumah tangga supaya senang untuk dia menguruskan rumah tangganya kelak.
Malah cara ini dapat mengajar anak lelaki lebih bertanggungjawab pada keluarganya. Saudara Taufiq Razif berkongsi pandangan tentang aspek yang perlu ibu bapa ajar pada anak lelaki.
Jangan manjakan anak lelaki
Ada sebabnya kita tak boleh manjakan anak lelaki. Mereka ini lah nanti bakal menjadi ketua keluarga.
Ada 7 sebab kenapa tak bolehmanjakan anak lelaki secara melampau walaupun kita sayang pada anak kita
Kena ajar anak lelaki berdikari kerana tak selamanya kita ada di sisi.
Jangan manjakan anak lelaki melampau. Didik mereka bahawa ibu bapa bukan orang suruhan.
Jangan manjakan anak lelaki sehingga menjadi ‘spoiled adult’.
Red dates (jujube) atau kurma merah bukan sahaja dijadikan ubat-ubatan oleh kaum Cina, malah kurma merah ini turut digunakan dalam pelbagai jenis masakan harian mereka. Dikatakan kurma merah ini mempunyai kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri dan jika diamalkan akan memberi manfaat pada tubuh badan dan dikatakan rahsia untuk kekal awer muda.
Begitu juga dengan air rebusannya apabila diamalkan oleh ibu-ibu dalam pantang akan mampu memanaskan tubuh serta menambah bekalan susu badan menjadi lebih banyak.
Buah kurma merah ini juga sering dilabelkan sebagai ‘the king of nuts’, kurma merah kering dengan isinya yang lembut dan beraroma manis sering kali ditemui sebagai penambah rasa yang istimewa.
Untuk itu, apa kata kita pelajari satu resipi sup ayam yang dicampur dengan kurma merah ini bersama herba-herba Cina yang lainnya untuk dinikmati bersama keluarga. Bukan sekadar memberi variasi hidangan, malah seisi keluarga dapat khasiat daripada hidangan tersebut.
Resipi yang dikongsikan oleh Deyana Hatazad ini ringkas penyediaannya dan bolehlah dicuba.
Resepi Sup Ayam Organik Herba Cina
Bahan-bahan:
1 paket herba cina (beli kat pasar di kedai jual herba cina)
Antara yang dalam paket tue ada kurma merah, barli cina, longan kering, biji teratai, dried magnolia petals, wai san, gingko, herba kayu 1 lagi tak tahu nama)
Ayam organik 1 mangkuk ( elok guna ayam organik atau ayam kampung )
500ml air
Halia sikit
1 sudu lada hitam
Garam secukup rasa
Cara-cara memasak :
Rebuskan barli cina dan biji teratai sehingga lembu.
2. Masukkan ayam organik, wai san, herba kayu dan dried magnolia petals
3. Masukkan halia, lada hitam dan garam
4. Reneh api kecil dalam 30minit
5. Baru masukkan longan kering, kurma merah dan gingko ( tak perlu lama nanti tak sedap )
6. Renehkan lagi dalam 15 minit
7. Dah siap
Ekstra info :
Ibu mengandung, ibu dalam pantang, orang-orang tua serta kanak yang demam dan selsema bagus diberi sup ini kerana sup ini mempunyai khasiat :-
– Anti radang, anti virus, anti batuk, anti kekejangan dan decongestant yang dipercayai bertindak secara sinergi dalam meredakan penyakit2, demam, selsema dan flu
– Meningkatkan kesihatan rambut dan kuku kerana kandungan gelatin dan pelbagai mineral termasuk zink
Semenjak dua menjak ini ramai juga yang bercadang memiliki emas sama ada sebagai pelaburan, simpanan atau pun untuk dipakai sebagai perhiasan diri. Apatah lagi dikatakan harga emas turun, namun tetap mahal juga harganya.
Jika ada lebihan wang, bolehlah memilikinya pun begitu jangan sampai membeli emas dengan cara berhutang dan membayarnya secara ansuran.
Kenapa dikatakan tidak boleh berhutang untuk membeli emas?
Ini dijelaskan secara detail berkenaan hukumnya dan bersamalah kita fahaminya untuk kebaikan bersama dan tidak terjerumus kepada melakukan perkara-perkara yang haram.
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya adakah dibenarkan untuk membeli emas dengan cara hutang? Maksudnya emas tersebut saya ambil dan pakai dahulu, kemudian baru buat pembayaran.
Gambar hiasan
Ringkasan Jawapan
Jual beli emas secara ansuran adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Asalnya, hukum berjual beli suatu barang adalah diharuskan sama ada hendak membeli secara tunai mahupun hutang.
Namun begitu, apabila suatu urusniaga tersebut melibatkan item ribawi (barang-barang yang terpalit hukum-hakam riba), maka setiap pihak yang terlibat perlu memberikan perhatian khusus agar tidak terjerumus dalam kancah riba.
Item-item ribawi ada disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Ubadah Bin al-Somit R.A bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Emas dijual dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam dengan garam, timbangan dan beratnya mesti sama, dibayar secara serta-merta (bukan bertangguh). Namun, jika jenis dan kategori barangnya berbeza, maka berjual belilah mengikut yang kamu kehendaki dengan syarat mesti dibayar secara serta-merta (on the spot)”.
Hadis Muslim (1587)
Berdasarkan hadis di atas, jual beli item ribawi seperti emas perhiasan mestilah dilakukan secara lani (serta-merta) bukan bertangguh.
Huraiannya, jual beli hendaklah dilakukan secara on the spot dalam satu majlis; sama ada penyerahan dilakukan secara hakiki ataupun secara hukmi (contohnya diberikan resit pembayaran). Tidak boleh bertangguh sehari atau dua hari selepas itu.
(Rujuk: Kompilasi Pandangan Hukum Mesyuarat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, m/s 81)
Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong di bawah kategori Riba al-Nasiah; iaitu riba yang berlaku disebabkan tempoh bayaran bertangguh. Bahkan, lebih dahsyat pengharamannya apabila penangguhan bayaran tersebut disertakan bersama caj tambahan.
(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie, 3/110-111)
Oleh itu, jual beli emas secara ansuran seperti isu di atas adalah diharamkan dan tidak sah kerana mengandungi unsur riba al-nasiah iaitu riba yang terjadi disebabkan menangguhkan pembayaran secara sengaja.
Sebagai alternatif, pembeli dibolehkan untuk membuat pinjaman duit daripada pihak ketiga terlebih dahulu sebelum membeli emas tersebut secara tunai.
Walau bagaimanapun, pembeli perlu mengelakkan diri daripada meminjam duit daripada pihak yang sama yang menjual emas tersebut supaya tidak terjerumus dalam larangan Nabi Muhammad SAW berkenaan “jual beli dan hutang” dalam satu masa yang sama.
Ini bersandarkan kepada hadis Baginda,
أنَّ النبيَّ ﷺ نَهى عن بَيعتينِ في بيعةٍ وعن بَيعٍ وسَلَفٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi SAW melarang dua jual beli dalam satu transaksi serta jual beli dan hutang”.
Musnad Ahmad (10/120)
Sebahagian ulama antaranya Ibn al-Qayyim Rhm. mengulas hadis di atas bahawa ia menjadi tunjang utama dalam mualamat yang melarang umat Islam daripada berbuat helah untuk melakukan riba dalam jual beli. Hal ini walaupun tidak disebutkan secara jelas namun dapat difahami berdasarkan senario yang berlaku bahawa terdapat dua hasrat yang ingin dicapai oleh kedua-dua penjual dan pembeli, iaitu:
1) Penjual emas meminjamkan duit mereka bertujuan agar emasnya dapat terjual. Sedangkan jika pelanggan tersebut tidak mahu membeli emas tersebut, nescaya penjual tidak meminjamkan duitnya.
2) Pembeli pula sekiranya tidak diberi pinjaman wang kepadanya oleh penjual, nescaya dia tidak akan membeli emas tersebut.
(Lihat: Tahzib Sunan Abi Daud, 2/190)
Gambar hiasan
Akhir kata, kami menasihatkan agar para pembeli tidak menambahkan hutang melainkan untuk perkara-perkara yang mendesak sahaja. Adapun sekiranya mempunyai lebihan wang selepas ditolak perbelanjaan utama, maka diharuskan untuk membeli aset dan hart lain seperti emas dengan syarat pembayaran mestilah dilakukan secara tunai.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520