Penyanyi, Usop menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk memiliki kereta idamannya jenis Mercedes AMG tercapai.
Perkongsian tersebut dimuatnaik pelantun lagu Sejarah Cintaku itu menerusi laman Instagramnya.
“Alhamdulilah dapat juga pakai. Dulu dok tengok ja orang naik. Syukur Allah bagi merasa nikmat dunia.
Dalam perkongsian tersebut juga, Usop turut merakamkan ucapan perhargaannya buat kedua ibu bapanya dan isteri kerana sentiasa menyokong perjalanan kerjayanya selama ini.
“Walaupun tak semahal mana aku tetap bersyukur. Terima kasih baba, mama dan isteri saya sebab selalu mendoakan saya love u all so much,” tulisnya lagi.
Ads
Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, mula dikenali ramai setelah menenangi tempat kedua bagi program realiti nyanyian, Mentor Milenia 2017.
Sebelum bergelar selebriti, anak kelahiran Kedah ini pernah menyara kehidupan dengan bekerja di kedai makan, selain berkhidmat sebagai tukang servis penghawa dingin.
Dia mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati yang juma merupakan model, Nur Fatihah Md Hashim pada tanggal 4 February lalu.
Pada Mac lalu, Usop mengumumkan isteri itu kini sedang hamil anak pertama.
Ads
Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Rata-rata mengucapkan tahniah dan mengharapkan Usop sentiasa bersyukur dan tidak mudah alpa.
sally__namapenaku Tahniah,bersyukur atas nikmat Allah beri rezeki.Banyak banyaklah berdoa n bersyukur ,jangan lupa pada yg satu kerna dialah pemberi rezeki🤲
rahhimo369 InshaaAllah sentiasa sedar diri, sentiasa bersyukur, buat je yg terbaik tanpa berputus asa pasti akn berjaya serta berhasil… 😍
noor_ein Alhamdulillah…tahniah usop…moga terus berjaya dlm kerjaya
aimanaqilaffan Rezeki milik Allah..Yg penting syukur ..usaha..dan tak alpa PadaNYA..
Wanita Kelantan beli barang kemas bayar guna duit syiling. Walaupun harga emas kini menghampiri RM500 untuk setiap gram, minat orang ramai terhadap barangan kemas tetap tidak berkurang, khususnya menjelang sambutan Aidilfitri. Malah, membeli emas seakan sudah menjadi satu kebiasaan tahunan bagi sesetengah masyarakat.
Pegawai Sumber Manusia MZ Gold Sdn Bhd, Nur Akmal Ahmad Tajuddin, memaklumkan bahawa sebahagian pelanggan sanggup membuat bayaran menggunakan wang syiling demi memiliki barangan kemas idaman mereka.
Walaupun harga emas semasa hampir mencecah RM500 bagi satu gram, namun rakyat Kelantan tidak pernah mengeluh malah menjadi tradisi membeli emas setiap kali menjelang Aidilfitri.
Menurutnya, sepanjang bulan Ramadan ini, sebanyak lima pelanggan datang ke premis mereka dengan membawa duit syiling untuk membeli emas sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
“Salah seorang pelanggan kami dari Gua Musang sanggup datang ke sini dengan membawa tabung simpanan yang dikumpul selama 17 tahun. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 30-an pula berjaya mengumpul lebih RM3,000 dalam bentuk syiling dan membeli seutas gelang tangan dengan wang tersebut,” katanya ketika ditemui media.
Harga emas semasa yang melambung naik tidak menyekat keinginan peminat barangan kemas sehingga ada dalam kalangan mereka sanggup membayarnya menggunakan wang syiling untuk memastikan dapat digayakan semasa Aidilfitri nanti.
Nur Akmal mengakui bahawa pada mulanya, pihak kedai agak keberatan kerana proses mengira duit syiling mengambil masa yang lama dan memerlukan tenaga kerja tambahan.
“Namun, melihat keterujaan dan kepuasan pelanggan apabila dapat memiliki barangan kemas untuk dipakai semasa Hari Raya membuatkan kami rasa berbaloi dan sanggup menerima bayaran dalam bentuk syiling,” tambahnya.
Kalau Leher Baju T Mengembang, Pakar Dobi Tunjuk Cara Jadi Kembali Normal
Pernah tak ada baju yang dibasuh banyak kali bahagian lehernya mengembang. Paling sedih, baju baru beli dah rosak bahagian lehernya.
Nak buang sayang, baju masih lagi kelihatan baru. Cuma bahagian leher sahaja yang bermasalah.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Menarik dengan perkongsian daripada pakar dobi ini menunjukkan cara yang betul untuk memastikan leher baju yang kembang kembali normal.
Difahamkan cara ini biasa dilakukan oleh pengusaha kedai dobi untuk memastikan leher baju sempurna dan tidak rosak.
Menerusi perkongsia itu, Nexcy berkata, leher baju T mengembang bukan disebabkan kekerapan memakai baju ini tapi juga ada kaitan dengan cara kita mengeringkannya.
Contohnya menggantung baju T yang lembap menggunakan hanger menyebabkan bahagian bawah baju menarik bahagian atas baju T menyebabkan ia meregang terutama di bahagian leher.
Nak tahu tip untuk membuatkan leher baju T kembali normal adalah seperti berikut.
Bahan:
1.Seterika
2.Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk
3.Meja atau permukaan rata untuk meletakkan baju T.
1. Langkah 1
Lipat bahagian leher seperti bentuk kipas dan rendam bahagian tersebut dalam mangkuk berisi kiub ais.
2. Langkah 2
Perah air sambil pastikan bahagian leher dalam bentuk lipatan kipas.
3. Langkah 3
Kemudian letakkan baju T di atas permukaan rata. Ratakan bahagian leher dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).
4. Langkah 4
Seterika bahagian neckline menghala ke arah atas baju T
5. Langkah 5
Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering.
Leher baju T sudah kembali ke bentuk asal dan nampak macam baru!
“Anak nakal tu,mesti mak ayah tak ajar anak”. Sikap anak yang susah mendengar kata sememangnya menyebabkan ibu bapa hilang kesabaran, naik darah dan geram.
Ikuti petua daripada perkongsian penceramah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek untuk ibu bapa mendidik dan mentarbiah anak-anak dengan cara betul supaya beroleh anak yang soleh dan solehah.
Di zaman yang serba canggih, cara didikan kepada anak-anak adalah berbeza dengan cara didikan dahulu. Semua ibu ayah sentiasa mendoakan anak mereka membesar sebagai hamba Allah yang taat kepada perintahNya dan mendengar cakap ibu bapa. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Berikut bagaimana mendidik anak-anak nakal supaya mendengar cakap ibu bapa.
1.Doa
Doa kebahagiaan rumahtangga dan mendapat anak-anak yang soleh dan solehah. Doa yang patut kita amalkan daripada Al-Quran iaitu Surah Al- Furqan ayat 74 yang bermaksud “Ya Allah kurniakan kepada kami pasangan hidup dan anak-anak yang menjadi penyejuk mata hati dan didiklah kami menjadi pemimpin kepada orang mukmin
2.Beri jawapan segera
Beri perhatian kepada anak jika anak bertanya kepada anda. Jangan pula sehingga anak bertanya atau panggil nama anda berulang kali. Seeloknya terus berikan jawapan setelah anak bertanya. “Ye sayang, apa dia. Mama dengar ni…” Sesungguhnya anak-anak yang nakal adalah anak yang kurang diberi perhatian daripada ibu bapanya.
3.Teguran berulang kali
Namun jika kesalahan yang dilakukannya, anda harus menyampaikan mesej kepada anak-anak bahawa anda tidak suka sikapnya. Lakukan dengan cara teguran secara tegas. Beritahu kepada anak secara berulang kali ‘ tak suka’, ‘tak suka’. Contohnya, “Jangan tendang kucing, Allah tak suka, Allah tak suka. Manusia pun tak suka. Sakit kucing tu.” Tegur anak kecil dengan menggunakan pendekataan perasaan supaya mudah mereka faham.Buat baik diberi pujian dan sebaliknya akan dimarahi.
4.Pujian dan pelukan
Jika anak-anak melakukan kebaikkan berilah pujian dan pelukkan. Misalnya membantu anda membasuh pinggan. Berilah pujian berulang kali supaya anak berasa seronok atas kebaikkan yang dilakukannya. Juga peluk anak sebelum pergi sekolah atau bangun pagi supaya kasih sayang semakin menebal dalam diri anak-anak.
5.Hukuman
Sememangnya semua ibu bapa sayang kepada anak-anak. Namun ini tidak bermakna anak yang bersalah atau nakal tidak boleh dikenakan hukuman. Namun hukuman seperti pukul bukan sehingga boleh mencedera atau melukakannya.
Adab memberi hukuman antaranya ialah pukul atau rotan di tapak tangan anda secara perlahan dan mesti dalam keadaan serius untuk menunjukkan ketegasan anda terhadap kesalahan yang dilakukannya.
Katakan kepadanya, “Mama tak marah tetapi sebab adik buat salah, adik kena terima hukuman.” Bukan mudah untuk mengubah sikap anak menjadi seorang yang berdisplin dan mendengar cakap jika tidak dilakukan secara tegas.
6.Pujuk cara motivasi
Selepas hukuman, anda harus mengucapkan kata-kata motivasi bahawa ia adalah kesan akibat perbuatannya. “Salah adik kan kacau abang sedang tidur”. Namun pastikan anda tidak menghukum anak tanpa usul periksa untuk mengelak rasa tidak puas hati anak-anak sehingga menjejaskan hubungan kasih sayang antara adik beradik. Juga tidak salah jika anda memujuk anak selepas hukuman. Katakan kepadanya, “Mama minta maaf. Mama bukan nak rotan dan marah. Tapi mama nak nasihat adik, mama nak adik jadi orang baik. Bukan anak yang nakal dan tidak mendengar cakap ibu bapa”.
7.Penghargaan
Apabila anak melakukan kebaikkan, sekali sekali berikan penghargaan buat diri anak. Belikan makanan kegemarannya atau hadiah. “Jika adik nak lori tu, janji dengan mak atau ayah jangan gaduh-gaduh dengan abang lagi.”
8.Muhasabah diri
Anda sebagai ibu bapa harus semak diri sendiri adakah kita berjaya didik anak atau tidak. Adakah kita luangkan masa yang banyak bersama-sama anak. Suami juga perlu didik dan kerjasama dengan isteri supaya anak-anak dibimbing dengan cara yang betul.
9.Pemakanan tidak sihat
Cuba elakan memberi anak-anak minum kopi, gula-gula dan gula-gula getah sehinggga anak menjadi seorang remaja. Gula-gula getah dikatakan mempunyai radikal gula yang boleh memberi kesan negatif kepada sikap anak-anak.
Gula-gula yang dikemam akan merangsang deria otak. Apabila anak-anak kemam gula-gula dalam mulut dia akan merangsang otak untuk membentuk personaliti yang dikenali sebagai sensitif yang melibatkan sikap pendiam, pendendam, memberontak dan pemarah.
Kopi pula yang mengandungi kafein tidak digalakkan kerana ia akan membuatkan anak berjaga malam sehingga sukar bangun awal pagi. Didiklah anak tidur awal supaya anak dapat bangun awal kerana ia adalah ciri-ciri displin bagi seorang anak yang cemerlang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.