Tidak dinafikan sudah dua tahun kita dapat pulang ke kampung berjumpa ibu bapa. Pastinya ada yang rindu masakan ibu.
Biarpun dapat berhubung melalui telefon, namun hati tetap merindu pelukan dan air tangan ibu tersayang.
Begitu juga yang dirasai oleh wanita ini. Berkongsi resipi masakan ibu dikampung nasi goreng ringkas serta hirisan isi ikan menjadi hidangan. Namun sebak di hati, ada kata-kata menusuk yang mempersendakan masakannya seakan makanan kucing.
Biarpun ada yang melontar pandangan begitu, jauh disudut hati, beliau bersyukur itu lah hidangan yang dapat melepaskan rindu di kampung.
Dalam pada itu, luahan hatinya telah mendapat perhatian warganet yang berkongsia menu yang sama dimasak ibu. Apa yang pasti, resipi nasi goreng legend ini mengamit kenangan kala kita kecil dahulu.
Seterusnya ikuti perkongsian Salwani Yang Ghazali di facebook miliknya.
Ni bukan masak tak jadi..masaknya jadi.. cuma tak tau la nk pggil nasi goreng ape… kome biase ke buat nasi goreng berintikan isi ikan goreng,cili api dgn bawang..? Pagi ni sy xtau nk buat breakfast ape.. buka tdung saji tgk ade ikn goreng smlm tak habis.. nk buang sayang..sebab elok lagi..
Pastu teringat masa kecik² dlu.. mak dok buat nasi goreng bbuh isi ikn goreng yg smlm buat kmi adik brdik mkn.. tgk nasi ade lagi.. maka jadilah nasi goreng ni. Alhmdulillah.
Maaf la kalau ade sesiapa yang tak suka ( sebab nampak macam nak bagi kucing makan )
Masa² skrg ni berjimat selagi boleh.. janji.. halal bersih dn kenyang.. syukur alhmdulillah..
Selamat pagi kome..
Ada yang perli macam makanan kucing.
Kenapa cakap nak bagi kucing makan,sebab dulu pernah buat status nasi goreng gini. Ada org cakap..macam makanan kucing. Maka saya delete dah status tu di wall saya…( Saya bagitau awal² sebab takut ade yang tertanya² kenap cakap macam tu, Saya minta Maaf ye )
Nasi goreng gini mengingat kan saya pada mak dikampung.. rindu sangat-sangat. 2 tahun tak balik jumpa. Nasib baik la ade hset untuk berhubung.. Alhmdulillah.
Sumber: Salwani Yang Ghazali
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club