Siapa yang mengikuti laman sosial Ozlynn dan Johan, mesti akan familiar dengan cara mereka mendidik anak-anak. Tahun lalu, anak sulung mereka, Ariq berangkat ke luar negara bagi melanjutkan pengajiannya di Dublin, Ireland dalam bidang perubatan.

Sesekali, ibu kepada 6 orang anak ini akan memuat naik tentang anak sulungnya di sana yang sentiasa menghubungi mereka sekeluarga meskipun berjauhan.

Baru-baru ini, Ozlynn berkongsi tangka layar perancangan belanja bulanan kasar yang dibuat dan dilapor oleh Ariq kepadanya sehingga membuatkan dia sebagai seorang ibu tersentuh. Terutamanya satu petikan ayat

Money doesn’t grow on the trees so spend wisely, your parents aren’t rich, you have 5 siblings to take care of!!!

“Dia anak yang ajar kami semua perkara jadi baharu, dia yang merasa segala kesusahan dengan kita orang jugak, dia jugak anak yang selalu kena belasah dengan papa, dan dia jugak anak yang selalu papa sebut-sebut dan bangga pada semua orang.

“Ya, dia anak yang semakin meningkat dewasa, semakin menyenangkan hati. Alhamdulillah. Banyak jugak yang kita orang belajar bila dia semakin besar,
kadang kami alpa dan setiap kali diuji. kami juga belajar perbaiki setiap kesilapan dan kekurangan. dia jugak anak yang buat kami belajar banyak perkara,” tulis Ozlynn.

Dalam pada itu, Ozlynn turut mendoakan perjalanan hidup anaknya dipermudahkan dan dipenuhi dengan kejayaan.

Kongsi Perbelanjaan Bulanan, Ayat Semangat Anak Ozlynn Undang Sebak

“Tapi ingatlah, Allah sentiasa menguji hamba Nya untuk menjadi yang terbaik disisi Nya. Dan Allah tidak melihat bagaimana hamba Nya diuji tapi Allah
melihat bagaimana hamba Nya menghadi ujian itu.

IKLAN

“Sesungguhnya setiap amalan kita bukanlah untuk mencari syurga, akan tetapi setiap amalan kita adalah untuk mencari reda Allah kerana kita ke syurga atas keredaan Allah.

Papa and mama love you.. Berjayanya kamu dalam pelajaran adalah bonus buat papa dan mama, tapi berjayanya kamu dalam agama adalah syurga dunia buat kami. Jadilah manusia yang sentiasa merendah diri..insha-Allah senang hidup mu nanti,” tambah Ozlynn.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata memuji sikap anak sulung pasangan Johan dan Ozlynn ini dan mendoakan agar dipermudahkan urusan Ariq di sana.

IKLAN

Kongsi Perbelanjaan Bulanan, Ayat Semangat Anak Ozlynn Undang SebakKongsi Perbelanjaan Bulanan, Ayat Semangat Anak Ozlynn Undang Sebak

Sumber : Jozlynnhanania

Ada ye anak-anak kat rumah tu puasa ‘yang yuk’? Haa meh dengar perkongsian dari PU Riz ni!

Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!

IKLAN

Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!

Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!

Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI