Ada segelintir anak-anak kita yang masih belum boleh membaca walaupun sudah melangkah masuk ke alam persekolahan. Kurang minat untuk belajar mungkin menjadi sebab anak ini tidak boleh membaca seperti rakan-rakan lain.
Sebenarnya memupuk minat anak untuk belajar perlu bermula di awal usia lagi. Walaupun anak-anak masih tak faham ketika usianya masih kecil, cara ni membiasakan dirinya dengan buku dan ilmu.
Wanita ini, Diyana Jamalberkongsi cara dan tip yang dilakukannya untuk mendidik anaknya, Damia yang kini berusia 5 tahun.
Ketahui tip dan caranya. Mulakan dari sekarang adalah satu cara yang paling bijak buat anak kita. Jom baca apa yang wanita ini buat!
Seperti yang di janjikan, ibu nak share cara ibu didik Damia untuk tarik minat dia rajin belajar. Ni adalah berdasarkan pengalaman ibu. Jadi, ibu-ibu dan bakal ibu, boleh baca dan cuba buat untuk anak-anak korang ya.
1. Belikan alat tulis Sejak Damia berusia 3 tahun lebih lagi, ibu dah mula belikan dia alat tulis. Belikan dia alat tulis yang basic je. Contohnya : Pensel, buku.
Pernah juga kami belikan dia warna magic, water color, dan cryon untuk dia berkreativiti.
2. Biarkan anak buat sepah/conteng buku dan dinding Pada mulanya ibu pun geram juga. Bayangkan, dinding rumah baru di cop dan di conteng dengan pelbagai warna, di sini sana. Mahu tak bertukar hijau!??
Tapi, lama kelamaaan, ibu tahu cara ibu yang salah. Kanak-kanak seusia 2-3 tahun, mindanya sedang pesat berkembang. Mereka ni akan bermain & membuat sepah di rumah macam tongkang pecah.
Ads
Dan menconteng itu adalah cara mereka mengexpresi kreativiti mereka. Jika bimbang dinding kotor, korang boleh beli kertas khas untuk di lekatkan di dinding atau boleh juga cat dinding dengan cat minyak. Part yang bersepah tu, kau redha je lah ?? hahaha
3. Be with her Cari masa untuk bersama-sama dengan anak-anak untuk berkreativiti dan belajar. Kehadiran kita di sisi mereka ni boleh menyuntik semangat dan mood mereka. Dan semestinya, JANGAN pegang handphone semasa sesi tersebut. Tumpukan perhatian sepenuhnya kepada mereka.
4. Rancang jadual Walau pun anak kita berusia 3 tahun, kita seharusnya ada jadual untuk dia bermain dan belajar. Tak perlulah sampai nak buat time table.
Cukuplah sekadar meluangkan masa sekitar 1-2 jam untuk belajar. Jika dapat 10 minit sesi pun okey. Bila dia dah suka, lama-lama nanti automatik dia leka untuk belajar.
Ads
5. Jangan paksa Anak-anak ni dia mudah bosan. Bila kita buka je buku atau suruh dia belajar, memang payah nak fokus dan adakalanya dia memberontak.
JANGAN PAKSA. Biarkan dahulu. Perhatikan dahulu cara dia. Seperti Damia, dia suka belajar bila buka tv. Kena sabar dan selalu lihat perkembangan dan minatnya.
6. Have fun Jangankan budak-budak. Mak bapak budak pun malas nak belajar kalau tak kena cara ? Tapi, kanak-kanak ni lebih mudah di lentur minatnya.
Caranya, kita ibu bapa ni kena kreatif semasa sesi pelajaran. Korang boleh bawa anak-anak pergi ke taman untuk belajar.
Mereka ni lebih mudah mengingat bila melihat benda yang real. Sebagai contoh, kita tunjukkan bunga. Kita ceritakan bunga tu warna apa, berapa kelopaknya, berbau wangi dan sebaliknya.
Ads
7. Elak perkataan JANGAN
“Jangan malas belajar”, “Jangan tengok tv”, “Jangan main benda tu”. Sebaliknya TUKAR kepada, “Kakak, jom kita lukis bunga”, “Kakak, jom kita
baca buku”, “Jom kita nyanyi”. Ingat tau korang. Kata-kata yang baik, akan menghasilkan result yang baik.
8. Pillow talk Ni istilah orang putih. Dalam bahasa Melayunya “cakap bantal”. Bukan cakap dengan bantal tau. Hahaha. Maksudnya, sebelum tidur, ibu akan ulangkaji secara lisan tentang apa yang telah kami lalui dan pelajari siang tadi.
Dan waktu ini, memang sangat membantu untuk kita sebagai ibu untuk jalinkan hubungan yang akrab dengan anak. Ketika dia sedang mamai nak tidur tu, korang ucap dan DOA yang baik-baik untuknya. Jika boleh, peluk dia sekali. This one yang ibu JARANG miss sejak Damia berusia 3 tahun.
Sekarang dia dah 5 tahun. Alhamdulillah dia sangat suka bila di ajak untuk belajar dan ulang kaji.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasti ramai yang menantikan perkembangan anak keempat, usahawan dan pelawak, Shuib.
Terbaru, Shuib memaklumkan, Ayash Affan yang lahir secara pramatang pada 6 Ogos lalu kini sudah dikeluarkan dari inkubator di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Anak bongsu Shuib dan allahyarham Siti Sarah juga yang berusia 3 minggu itu mula menunjukkkan perkembangan yang baik selepas dikeluarkan dari Inkubator.
“Alhamdulillah, ‘baby’ dah pun dikeluarkan dari inkubator sejak dua hari lalu. Berat makin naik, alhamdulillah dia juga dah mula minum susu ibu (daripada sepupu Shuib).
“Begitulah perkembangannya dan doktor cakap dalam masa kira-kira tiga minggu, insya-Allah dia akan keluar (dibawa pulang ke rumah),” katanya memetik Harian Metro.
Sebelum ini, Shuib mencari calon sesuai untuk menjadi ibu susuan buat Ayash. Kini masalah tersebut sudah diselesaikan apabila sepupunya sendiri mengatakan persetujuan.
“Syukur kepada Allah apabila dalam kalangan keluarga saya ada sepupu yang baru melahirkan anak kira-kira enam bulan lalu dan dialah ibu susuan Ayash,” katanya.
Terdahulu pada 9 Ogos lalu, isteri kepada bintang berkenaan yang juga penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah meninggal dunia akibat Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Perkahwinan pasangan Datin Seri Heliza Helmi dan Suami, dato Seri Mahadi Badrul Zaman ini mendapat perhatian usai mereka selamat diijabkabulkan. Tanpa majlis yang besar-besaran, jauh sekali menghebahkan perhubungan mereka sebelum bernikah, nyata membuatkan ramai yang kagum dan memuji cara pembawaan diri masing-masing sehingga sah bergelar suami isteri.
Bahkan, status suami yang jutawan juga tidak sedikitpun membuatkan mereka bermewah-mewah dalam merancang baik di majlis pernikahan mahupun persandingan. Lebih mendatangkan rasa kagum orang ramai bila mana pasangan mempelai diraikan oleh ramai Ilmuan terdiri daripada guru-guru dan ahli ulama pada majlis tersebut.
Pasangan mempelai berkesempatan memberi ucapan sekali gus berterima kasih atas kehadiran tetamu yang meraikan mereka pada malam tersebut.
“Saya menerima takdir ilahi untuk mengakhiri zaman bujang pada usia 38 tahun. Saya percaya jodoh bersama Heliza merupakan perancangan serta nikmat terbesar daripada Allah SWT untuk saya. Dia banyak membantu, apa yang anda baca kisah tentang Heliza, memang betul. itulah niat dia untuk dekatkan dengan Allah SWT.
“Untuk semua, kami ucapkan terutama guru-guru ulama dan selalu kongsi dan respon atas apa ilmu yang diberikan dan boleh disampaikan pada orang lain. kami juga ingin memohon doa daripada anda semua
Turut berkongsi rasa syukur dan terharu, Heliza mengharapkan doa semua agar rumahtangga yang dibina bersama suami kekal hingga ke Jannah.
“Terima kasih atas kehadiran, terutama keluarga dan sahabat handai, serta guru-guru. apa yang kita nak dalam sesuatu majlis, adalah doa. dan doa juga senjata orang mukmin.
“Bila orang tanya, Heliza apa yang nak hadiah. saya cakap tak nak benda lain kecuali DOA. kerana Doa itu nak Allah sampaikan dan kabulkan agar kita semua kembali ke Jannatul Firdaus.
“Terima kasih kepada ahli keluarga serta semua. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian.
“Doakan kami, kami baru baru bermula, perjalanan masih panjang. Yang kami mahukan adalah reda Allah. Kita nak kehiduapn yang barokah dan cinta pada Nabi. Sebab itu dalam majlis ini ada maulid, bacaan al-quran dan tazkirah dan perkara ini mudah-mudahan menjadi asbab untuk menuju ke syurga.
Dalam pada itu, mahadi turut menitipkan ucapan terima kasih buat ibu tersayang serta mentuanya atas penerimaan dirinya sebagai menantu.
“Terima kasih ibu saya kerana lahirkan dan besarkan saya sampai sekarang. Balik rumah selalu tanya bila nak kahwin. Sekarang saya dah kahwin. Terima kasih abah dan mama mentua terima saya. InsyaAllah amanah yang besar ini saya akan galas,” tulus ucapan Dato Sri Mahadi.
Berdepan dengan ruang dapur yang terhad pastinya agak sukar untuk anda pastikan semua pinggan mangkuk dan perkakasan dapur tersimpan sempurna di dalam kabine
Sewajarnya perancangan perlu dibuat agar peralatan dan perkakasan di dapur dapat ditempatkan dengan teratur dan rapi. Umpamanya mewujudkan ruang storan xtra dan ini sekali gus mampu menyuntik gaya ruang dapur agar tampil lebih selesa.
Semua ini ada triknya dan tanpa perlu anda untuk melakukan ubah suai yang akan menelan belanja yang besar. Ingin rasai perubahan ruangan dapur yang teratur ayuh praktis 5 cara ini.
Pemasangan Rak
Maksimumkan penggunaan ruang dinding dengan pemasangan rak bertingkat. Peletakan yang serasi dengan pilihan material dan warna akan menjadikan keseluruhan ruang tampil sempurna.
Bakul Bergantung
Olahan bakul yang digantung berdekatan dapur memasak juga idea yang meanrik untuk dipraktiskan. Selain berfungsi sebagai ruang penyimpanan bahan-bahan masakan ia juga bertindak sebagai sebahagian elemen dekorasi yang istimewa.
Troli Beroda
Pelbagai guna. Selain boleh dialihkan peletakannya mengikut kesesuaian dan keperluan, ini menjadikan troli beroda ini fleksibel dijadikan sebagai storan xtra di dapur.
Maksimumkan ruang antara siling dan kabinet
Penggunaan kotak, bekas atau seumpamanya ditempatkan di bahagian atas kabinet dapur secara kreatif turut boleh dijadikan sebagai ruang penyimpanan yang bergaya. Tampak menarik dan kelihatan begitu rapi.
Manipulasi Sisi Kabinet
Jadikan ruang ini lebih multi fungsi dengan olahan ‘holder’ di bahagian sisi kabinet sekali gus menjadikan ia sebagai sudut storan yang praktikal. Jimat ruang dan paling penting punya gaya yang tersendiri.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di