Pesanan Aunty Cina Ini Mengenai Cara Didik Anak Buat Wanita Ini Tergamam..  Selama Ni Tak Terfikir Pun..

Pertemuan dengan seorang ‘aunty’ berbangsa Cina di sebuah pasar telah memberi impak positif pada wanita in apabila aunty tersebut telah berkongsi tip cara mendidik anak kepadanya.

Apa yang menariknya, semua tip yang diturunkan jika difikir secara logik, ada betulnya.

Menurut wanita ini yang dikongsikan di laman Facebook miliknya.

Anak dia 2 orang master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong.

“Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar.

Bagitahu dia ni sayur ap aini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia.

Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details.”

“Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.

Jangan selalu ajar-ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah happy2, you panggil dia ‘lai’ sini mama mau tanya”

Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk berkongsi. Contoh bila you kasi dia apple, “nak sikit”.

Ajar dari kecil bila ada barang kea pa ke, tu bukan dia sorang punya. Lagi-lagi share dengan parents. Nanti dah besar dia ingat parents.

Lagi aunty  tu pesan.

Kalau mak bapak ada buat salah, jangan ego taknak minta maaf.

“Oh ya, mama salah tadi.. sorry”

Ada lagi. “Nanti anak sekolah, jangan marah dia  tak dapat nombor 1.

You marah ke tak marah ke sama. Benda sudah jadi. Kalau semua orang dapat nombor 1 siapa nak dapat nombor last?

Tip / Petua

Jangan banding-banding anak you dengan orang lain. Sama macam kita orang susah makan ikan kecik. Itu taukey besar makan ikan besar. Dia kenyang kita pun kenyang.

Okay. Kat sini mungkin aunty ni nak sampaikan yang rezeki masing-masing. Jadi bersyukurlah.

Dia just cakap kalu suka bandingkan nanti anak akan rasa hasad dengki pada orang. (Selalu kita bandingkan anak tanpa sedar)

Eh anak dia dah pandai baca, anak aku belum. Haaa Contoh. Tak ke kecil hati anak tuh.

Banyak lagi dia ajar tadi sampai kebas tangan pegang ayam dan ikan tadi.

Pergi mana-mana pun kita boleh dapat ilmu baru tau. Ni ilmu parenting.

Tq aunty.

Apa yang dikongsi oleh aunty ini sangat berguna. Kadang kadang kita sebagai ibu bapa tak sedar yang kelakukan kita menyinggung anak dan memberi kesan pada mereka.

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dalam menbentuk keluarga yang harmoni.

Sumber : Nurul Atika Mokhtar

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Pesanan Aunty Cina Ini Mengenai Cara Didik Anak Buat Wanita Ini Tergamam..  Selama Ni Tak Terfikir Pun..

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI