Tentu kita akan rasa kecewa bila hendak menyediakan minuman kopi kegemaran keluarga namun bila dicedok serbuk kopi telah pun keras.
Hal ini terjadi disebabkan kemungkinan sebelum itu kita ada menggunakan sudu yang basah untuk menyudu serbuk kopi tersebut.
Ataupun, ada yang terlupa menutup kemas hingga menyebabkan serbuk kopi bertindakbalas dengan udara dan mengeras.
Jadi jika ini yang terjadi, apa perlu dibuat ye?
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada Nur Farina. Jom baca.
Bila Serbuk Nescafe Jadi Keras.
Nak buang sayang.Lagi pun benda bukan rosak tak boleh guna cuma dia keras sahaja.
Ads
Makanya saya dapatlah idea untuk masukkan air panas dalam botol Nescafe yang serbuk dah keras tu dan kacau Ssampai dia cair dan sejukkan.
Lepas dah sejuk saya bekukan dan pesan pada peminum Nescafe dalam rumah ni kalau nak buat Nescafe, amik cube pati Nescafe dari dalam tempat beku bancuh dengan air panas dan buatlah Nescafe kegemaran mereka.
Semua wanita ingin tampil cantik. Biarpun sudah beranak pinak, tetapi mak-mak ni tetap kena jaga penampilan di hadapan suami. Jangan nak keluar rumah baru je nak kelihatan cantik. Tapi di rumah bak ‘hantu Kak Limah.!”.
Jangan begitu kak! Biarpun sudah berusia penampilan tetap kena jaga. Pastikan sedap mata memandang bila bersama suami di rumah.
Tapi ini tidak bermakna duduk di rumah kena bersolek 24 jam! Salah tu, tapi kena kelihatan kemas dan cantik secara natural.
Cantik bukan sahaja pada wajah aje tapi pada bibir juga. Bayangkan setiap hari suami lihat kusam je bibir, siap dengan berkuping pula. Makan hati suami. Memang suami akan terima isteri seadanya tapi tak salah untuk kita kekal cantik dihadapan suami.
Jadi nak bibir merah bak delima atau nampak ‘pinky’, boleh cuba pertua yang dikongsi oleh Fahaniza Bakri menerusi facebook miliknya.
Hanya menggunakan 3 bahan aje. Semua ada di rak dapur anda. Tak perlu berhabis wang ringgit dengan banyak. tapi kena lah konsisten lakukannya, barulah nampak hasilnya.
Berikut perkongsiannya.
Bibir dah kusam kan, yelah segala mak nenek lipstik kita dah letak ni.Kadang jadi gelap nampak lesu je bibir tu.
Tambah pulak sekarang ni musim panas, kurang minum air. Dah jadi kuping kering bibir tu. Kesian bibir, sampai bertambah luka nanti.
Meh Kak Niza ajar buat lips scrub. Mudah sangat guna 3 bahan je.
Bahan yang mudah dapat kat dapur korang je ni.
Paling penting korang kena rajin la scrub baru bertambah suwit nanti.
Bahan-bahan:
-Minyak zaitun (boleh diganti dengan madu atau minyak kelapa dara)
-Serbuk kayu manis
-Gula
-Bekas
Cara penyediaan:
Selamat mencuba!
Sumber: Fahaniza Bakri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang mengenali pelakon kecil molek ini pasti pernah membaca kisahnya yang dikatakan menghidap penyakit kanser. Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd. Amin, 29, mengakui pernah mengalami sakit tenat sekitar bulan Mei tahun lalu. Namun enggan berkongsi mengenai perkara-perkara peribadi dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sakit sebenar yang dialaminya.
Biarpun mengalami dugaan yang cukup hebat, tapi dia tidak mahu mengalah. Akui Ardell kekuatan tersebut diperoleh menerusi mamanya.
“Setiap kali nak kuatkan diri saya lihat wajah mama. Dari saya kecil sehingga sekarang banyak dugaan yang dilalui ibu .Takkan hanya dugaan sakit yang sedikit ini dan dihapuskan dosa saya yang lepas, saya nak anggap itu dugaan yang besar. Mama adalah sumber kekuatan selain adik-beradik lain.
Tinggal dalam pondok ladang kelapa sawit
“Mama saya seorang mualaf, kehidupan kami sekeluarga juga susah. Kami tinggal di sebuah pondok di ladang kelapa sawit. Dek kerana miskin, kami terpaksa berpisah kerana mama terpaksa berikan adik-beradik pada orang lain. Hanya saya sahaja yang tinggal dengan mama waktu itu.
“Ibu mana yang sanggup berpisah dan berikan anak pada orang lain. Tapi demi mahukan yang terbaik untuk anak-anak dia redha. Namun Allah berikan rezeki kami untuk bersatu kembali. Kini kebanyakan adik-beradik saya bekerja dalam bidang kerajaan. Saya nombor lima dari enam beradik tapi ibarat saya ini anak sulung. Malah, saya tak pernah salahkan takdir walaupun sudah mula buat kerja sampingan sejak tingkatan tiga lagi,’ jelas Ardell yang pernah bekerja di funfair.
Ketika itu tiada lain hanya niat mahu membantu mamanya yang hanya bekerja di restoran untuk besarkan mereka semua.
“Berapa sajalah gaji ditambah pula mama ibu tunggal. Tapi Allah berikan kelebihan saya dalam industri seni. Mungkin rezeki saya dalam bidang ini tetapi kena tahan fizikal dan mental. Tapi itu pun saya lakukan on off sebab mama tak restu. Tapi saya terangkan tujuan saya masuk bidang ini.
Pikul tanggung jawab seorang ayah
“Saya mahu bantu keluarga tak nak hanya duit sekadar cukup sahaja. Perlu ada simpanan untuk waktu kecemasan. Jadi mama restu, jadi saya pikul tanggung jawab seorang ayah sebenarnya kerana saya ada adik yang masih kecil. Bayangkan dulu kami hanya pakai apa yang diberikan oleh pihak zakat dan juga di sedekah oleh orang lain.
“Kami memang susah sangat waktu itu. Jadi saya rasa adik-beradik yang teringin nak guna benda baru seperti kanak-kanak lain. Saya tahu nun jauh di sudut hati mama saya, dia rasa sedih kerana tak mampu nak bagi apa yang anak ingini. Tapi saya cakap mama tak perlu sedih kerana mama dah tua dan banyak berkorban sejak dulu lagi. Jadi, setiap kali dapat gagi, saya lebihkan pada keluarga. Mujurlah saya ni bukan jenis kaki shopping.
“Ada yang cakap kenapa nak berikan duit pada abang-abang tapi saya kata dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Mereka adik-beradik saya dan saya ada kelebihan yang Allah berikan, jadi kenapa nak kedekut. Saya kongsikan rezeki dan daripada itu Allah tambahkan lagi.
‘Bayaran pertama filem saya simpan dan hantar mama pergi umrah. Walaupun ketika itu saya hanya tinggal RM50 untuk struggle sebulan. Tapi saya nekad. Mama pulang dari umrah, rezeki yang saya peroleh semakin melimpah ruah,”ujar Ardell sambil mengakui Itu tandanya Allah sayangkannya.
Allah duga lagi
Namun selepas beberapa tahun, dia diuji lagi. Timbul di benak fikiran kenapa Allah menduga sedemikian sedangkan dia berubah dan selalu berkongsi rezeki. Sebagai manusia biasa akuinya tidak mampu lari dari rasa marah.
“Saya mempersoalkan kenapa ia boleh berlaku. Walaupun orang cakap dosa kalau mempersoalkan apa yang berlaku. Tapi sebenarnya Allah tu dah cakap minta atau tanya apa yang nak tahu. Jadi saya tanya direct apa yang ingin Dia tunjuk pada saya sebenarnya.
Struggle dengan bantuan mama
‘’Memang tahun lepas saya struggle tapi mama sentiasa di sisi. Dia selalu bagi dorongan dan selalu bawa saya keluar untuk ambil angin. Jadi buat apa saya nak sia-siakan apa yang mama lakukan.
‘Daripada situ saya mula mengorak langkah dan boleh melakukan semua kerja saya semula termasuklah menerima tawaran berlakon,”ujar Ardell yang ditemui dalam satu majlis pelantikan sebagai menjadi duta bagi koleksi pakaian Ana B X Ardell Aryana sekali gus melancarkan kempen #misimencarikekasih dan #tamakpahala2019 baru-baru ini.
Kebolehan wanita bekerjaya menguruskan diri mereka sendiri sememangnya wajib dipuji.
Mereka bukan hanya bijak mengendalikan kewangan dan urusan sendiri, lebih hebat lagi golongan wanita hari ini berkebolehan malah berani mengendalikan selok-belok urusan rumah yang biasanya dilakukan oleh kaum lelaki.
Membayar bil rumah, membetulkan paip, menukar lampu malah kadangkala masalah singki tersumbat juga menjadi percubaan berani oleh sesetengah wanita hari ini.
Lebih hebat lagi ada golongan wanita muda hari ini yang pandai menukar bateri kereta sendiri tanpa perlu bantuan lelaki. Terlalu berdikari! Itulah yang boleh digambarkan perihal wanita kini.
Kebiasaan ini membuatkan wanita yang melangkah ke alam perkahwinan menjadi begitu menjengkelkan apabila diuruskan suami.
Mereka kekok kerana hanya terpaksa memandang dari jauh dan membantu secara minima. Namun inilah hakikatnya. Wanita perlu memberi peluang kepada sang suami untuk menunjukkan kemahiran yang mereka ada.
Beri Kepercayaan Pada Suami
Ahli psikologi terkemuka, Jay Carter menulis dalam sebuah artikelnya, wanita tidak boleh terlalu mengikut keinginan mereka dan memastikan semua perkara dalam keadaan baik dan sempurna seperti yang diinginkan mereka.
Katanya lagi, keadaan ini hanya akan merimaskan lelaki. Jadi berilah lelaki peluang kerana mereka juga serba tahu malah lebih bijak mengendalikan dalam pelbagai perkara. Lelaki nyata lebih relaks dan sedikit perlahan dalam melakukan kerja-kerja yang disuruh kerana mereka gemar melakukannya dalam waktu yang tenang dan santai.
Ajar Pasangan Peka
Memberi peluang kepada suami untuk melakukan pelbagai urusan rumah tangga juga membuka mata mereka supaya lebih peka dengan urusan di rumah.
Jika semua benda dilakukan secara sendiri, sedikit sebanyak anda sebenarnya sedang mengajar pasangan menjadi kurang peka. Mereka secara perlahan-lahan belajar penolakkan yang diciptakan oleh anda sendiri. Akhirnya mereka langsung tidak ambil tahu akan perihal urusan rumah tangga.
Lebih Bahagia Buat Bersama
Bukankah semua perkara yang dilakukan bersama ternyata lebih indah dan bahagia. Apa sahaja aktiviti harian atau kerja yang boleh dilakukan bersama, sebaiknya masukkanlah sekali suami anda dalam aktivitinya. Urusan yang dilakukan bersama membuatkan hubungan jadi makin serasi.
Rasa disayangi, dihargai dan sokongan yang kuat ketika sama-sama membuat keputusan memilih membuatkan hubungan tambah akrab.
Membeli barangan basah di pasar misalnya, memilih ikan atau sayur segar menjadikan anda mencapai matlamat yang sama ketika membeli. Bukankah ia mengukuhkan lagi hubungan rumah tangga? Malah komunikasi anda bersama juga makin mantap.
Bukan ‘Superwoman’
Perlu diingat bahawa anda bukan ‘superwoman’. Sebijak mana pun wanita, anda bukanlah sekuat dan hebat dalam mengendalikan semua perkara. Jika kereta anda mengalami kerosakan di tengah jalan, panggilan pertama yang anda lakukan adalah tentunya sang suami.
Walau dia tidak dapat membantu kerana sedang bekerja, biarkan dia tahu bahawa andalah orang pertama yang diharapkan dalam apa jua masalah. Jangan sesekali cuba perbaikinya sendiri. Jangan tukar bateri kereta sendiri sekalipun anda mampu melakukannya!
Tahukah Anda?
Kajian oleh Universal Networks International bersama rakan penyelidik Synovate terhadap wanita Malaysia mendapati, wanita yang pandai berdikari tergolong dalam 10 ciri wanita menarik, bijak serta penuh pesona. Namun usah berlebih-lebihan!
Biarlah anda bukan hanya cantik, menarik, bijak dan penuh pesona tetapi juga bahagia kerana mendahului suami dalam segala kerja. Buat bersama-sama, itulah kunci bahagia!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...