Memang tak senang duduk kalau angin dalam badan tak dikeluarkan. Kalau dibiarkan boleh menyebabkan rasa sakit satu badan. Bila dah sakit satu badan, bertambahlah ketegangannya.
Kadang-kadang nak buat kerja pun rasa tak selesa dan tak mampu nak fokus dengan baik kerana terpaksa menanggung kesakitan.
Orang kata makan halia memang ubat untuk buang angin. Ya tepat sekali. Tapi resipi dua bahan yang digabungkan ini memang nampak ‘rare’ taping paling senang nak dapat. Kalau minum air halia sahaja mungkin kita rasa tak mampu, apa kata cuba pula dengan susu. Nampak lebih menyelerakan!
Resipi yang dikongsikan oleh Jannah Halimatun dan Rose Maline di facebook ini kita kena ikut. Jom cuba!
“Selalu rasa tak sedap badan? Kalau rasa lenguh-lenguh, sengal-sengal nak sendawa tapi tak lepas, kaki rasa tak selesa, sebu, tambah-tambah
#makyong yang tak sedap badan tu. Badan anda mesti dipenuhi angin, mujur bukan angin helium je, kalau tak dah terbang naik ke langit.
Ads
SUSU HALIA
Bahan-bahannya:
1 kotak susu (brand apa pun boleh)
3-4 cm halia -sebesar ibu jari
Halia ni ikut ketahanan tekak, kalau nak kaw kaw punya dan pedas, masuklah banyak sikit . Kalau setakat 3 hingga 4cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.
Cara membuatnya:
Ads
Ads
2. Renehkan halia dengan susu sampai mendidih, di atas api perlahan.
3. Taraaaa…sedia diminum.
Seeloknya minum ketika susu masih suam dan kesannya adalah serta merta. Memang sendawa dan akan buang angin non stop!
Yang lagi best, resipi boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja tak kira lelaki atau wanita. Ibu mengandung dan menyusu pun boleh minum, tapi jangan lah letak halia banyak sangat. Cukup 2 hingga 3cm saja ya.
Petua cukup ringkas dan jimat kos ini sangatlah berkesan. Paling menarik boleh minum bila-bila masa sahaja, ikutlah keselesaan masing-masing. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu.
Kredit: Jannah Halimatun & Rose Maline
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pada bulan Ramadan ini, seperti sudah menjadi kebiasaan apabila pelayar sosial media suka berkongsi gambar makanan di laman sosial milik mereka.
Ada yang berkongsi gambar resipi, makanan yang dibeli dan juga hidangan yang akan dinikmati sewaktu berbuka nanti.
Walaupun ada yang menganggap ia sebagai perkongsian sahaja, namun harus kita ketahui hukumnya dari sudut syarak.
Menjawab persoalan ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Halim Wan Mohd Noor telah menasihati umat Islam supaya tidak memuat naik gambar-gambar makanan, minuman atau individu yang sedang menikmati juadah ke dalam media sosial sebelum waktu berbuka puasa.
Menurut beliau, tindakan berkongsi gambar makanan itu sendiri tidak membatalkan puasa namun perbuatan orang yang memuat naik gambar itu mungkin boleh menggalakkan orang lain untuk meninggalkan puasa mereka. Perkara ini sudah pasti bertentangan dengan ajaran Islam.
Oleh yang demikian, orang yang berkongsi gambar makanan dan minuman boleh jatuh hukum berdosa kerana mereka seolah-olah mendorong orang lain untuk meninggalkan puasa. Ibadah ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan puasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan.
Justeru itu, beliau menasihati umat Islam untuk berhenti menggalakkan orang lain berbuat dosa dengan berkongsi gambar-gambar makanan ke dalam media sosial sebelum waktu berbuka.
Mungkin ramai di antara kita yang masih belum tahu akan hukumnya, namun diharapkan dengan penjelasan dari Mufti ini, kita semua jelas mengenai larangan ini.
Semoga Ramadan kali ini, setiap amalan kita diterima dan diberkati oleh-Nya.
Tuah Haziq! Siapa sangka dulunya Haziq seorang anak yang biasa-biasa aje yang petah bercakap yang disenangi dikalangan penduduk Bukit Selambau, Sungai Petani.
Nyata celoteh adik cilik ini yang unik ini baru berusia 12 tahun ini membuatkan ramai ‘terpikat’.
Sejak tular digelar wartawan cilik, rezeki datang melimpah ruah buat adik ini termasuk diminta menjadi jurucakap untuk ‘review’ produk dan wartawan jemputan astro awani.
Selain itu turut menerima sumbangan persekolahan daripada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan serta individu.
Lebih manis turut mendapat hadiah daripada Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang berkenan menghadiahkannya telefon bimbit.
Malah lebih teruja apabila penghidap talasemia itu, diberi kesempatan menemuramah pemimpin nombor satu negara, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Malah, suara merdunya juga viral meluangkan azan baru-baru ini. Serba boleh adik ni ye!
Terbaru, pengacara dan personaliti popular tanah air, Datuk Aznil Nawawi atau dikenali juga sebagai Pak Nil berkongsi video temuramah bersama keluarga Haziq sewaktu berkunjung di Kedah baru-baru ini.
Banyak cakap
Menerusi video yang dimuat naik di youtube Aznil Nawawi memberitahu bahawa Haziq adalah seorang kanak-kanak yang ‘dasyat’ menerusi perbualan ibunya, Nur Shakilla Zainol, 33.
Menurut ibunya, Haziq sejak usia dua tahu sudah petah bercakap. Sikap ingin tahu anaknya yang berlebihan memaksanya menasihati Haziq untuk berhenti bercakap seketika.
“Dia selalu bercakap. Dia tanya, kita jawab. Kadang-kala saya suruh dia berhenti disebabkan tidal larat hendak melayan pertanyaannnya. Banyak sangat yang ingin dicakapnya,”jelasnya ketika ditanya olek Pak Nil
Ibunya juga mengakui tidak sangka video anaknya itu viral. Namun katanya sikap anaknya itu suka bercakap seakan berlakon sering dilakukan ketika berada di dapur rumahnya.
“Dia suka bercakap seorang diri. Kalau duduk di dapur, dia akan bercakap. Macam dia sedang berlakon, macam jadi chef ker. Permainan dia adalah tepung sejak usia dua tahun lagi,” jelas ibunya lagi.
Dalam pada itu, ayah kepada Haziq, Mohd Asraf bersyukur dengan kelebihan yang dimiliki oleh anaknya. Tidak seperti kanak-kanak lain, Haziq tidak gemar permainan kanak-kanak dan menonton cerita kartun, sebaliknya lebih suka bermain tepung gandum.
Apa yang pasti, sikap adik Haziq ini adalah cerminan didikan ibu bapanya. Moga adik ini terus cemerlang dalam hidupnya.
Untuk rekod, Muhammad Haziq sebelum ini meraih perhatian warganet dan menjadi popular selepas videonya yang melaporkan tentang penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam di Bukit Selambau, Sungai Petani tular. Video itu, yang dimuat naik di Facebook Putra Mar pada 24 Jan lepas, telah mendapat 1.2 juta tontonan.
Untungnya bila seseorang itu kreatif dan ditambah pula dengan minat melakukan kerja-kerja pertukangan seperti mana apa yang dikongsikan oleh seorang suami ini, nyata hasilnya cukup wow!
Lihat sahaja van ini berubah wajah menjadi kenderaan yang cukup selesa dan serba guna untuk keluarga ini dapat meluangkan masa bersama sambil bercuti di dalam kenderaan tersebut. Nyata idea yang awesome!
Sebenarnya ini kali pertama saya memasang lantai van.
Ekoran kesemua harga supply & install yang ditanya agak memedihkan jiwa.
So, saya study sikit melalui youtube dan fb, ukur keluasan lantai van, senaraikan barang apa yang perlu dibeli, survey lokasi kedai harga patut, beli barang dan mulakan kerja-kerja pertukangan tengah hari semalam.
Kebanyakan kerja tidaklah terlalu susah. Barangkali disebabkan bercampur-baur faktor minat.
Namun, part memastikan keserasian lubang antara plywood (lantai) dan lubang skru tapak kusyen memang agak mencabar kewibawaan.
Alhamdulillah, baru selesai mencari dan menebuk lubang. Berjaya juga akhirnya. Habis berkicap di pagi hari. Boleh berehat dulu kot. Dah lepas part paling sukar. Haha..
Alhamdulillah..
Projek menyiapkan lantai van telahpun mendapat CF dan selamat untuk diduduki berkuatkuasa hari ini.
Di sini saya kongsikan sedikit langkah-langkah dan keperluan untuk menyiapkan lantai van. Semoga bermanfaat.
1. Ukur keluasan lantai van anda. Jika ada lantai lama, boleh dijadikan rujukan/acuan.
Van saya, tiada rujukan, terpaksa ukur sendiri. Lebar 54inch x panjang 83inch.
Saiz plywood di pasaran adalah, lebar 48inch x panjang 96inch.
So, tepaksa dapatkan 2 keping plywood untuk memenuhi keluasan lantai van.
Ketebalan, saya gunakan yang 12mm.
Saya suruh kedai potongkan siap-siap 54inch x 48inch dan 54inch x 35inch, dengan alasan sukar untuk dimasukkan ke dalam kereta. Tapi, taknak lebih, taknak kurang. Saya sendiri yang ukur dan tanda.
2. Pelapik antara plywood dan lantai van, saya gunakan rubber sheet.
Harga dikira berdasarkan kg = +-RM5.30/kg
Rubber sheet ini berfungsi sebagai:
– Penyerap hentakan.
– Grip supaya tidak licin.
– Sound insulation.
Boleh juga diganti dengan karpet lama, atau sound & heat insulation yang terdapat di kedai aksesori kereta.
3. Flashband tape.
Saya lekatkan di bahagian lekukan lantai van, bertujuan mengurangkan perbezaan aras lantai, juga sebagai penebat bunyi.
4. Vinyl flooring.
Jenis yang saya gunakan berketebalan 1.5mm, saiz 6inch x 36inch setiap plank, 24pcs sekotak. Jadi, sebelum beli, anda kiralah siap-siap samada cukup ataupun tidak sekotak.
Van saya, ada lebihan 3-5 keping.
5. Double tape.
Bukan jenis yang biasa didapati di stationary. Katanya, khas untuk vinyl.
Masa beli, mereka kata segulung pun sudah memadai. Malangnya, semalam terpaksa beli lagi 1.
6. Devider. (Saya tak pasti apa nama sebenar)
Saya letak di bahagian pintu dan bonet, supaya bila dibuka, plywood di bawah tidak kelihatan, juga agar tidak terdedah secara terus kepada hujan/air.
7. Skru tapak kusyen.
Memandangkan ada pertambahan ketebalan (mengikut saiz plywood dan vinyl). Maka, pastikan anda beli awal-awal skru yang lebih panjang agar semangat anda tidak terbantut untuk final setup.
Tempoh siap, sehari pun dah boleh siap sebenarnya.
Nota: Item-item seperti Rubber Sheet dan Flashband Tape bukanlah bahan yang sepatutnya digunapakai. Ianya hanyalah alternatif dan inovasi mengikut kemampuan dan logik saya yang bukan pakar. Jika mahu yang sebenarnya, bolehlah mendapatkan di kedai aksesori berdekatan.
Anggaran untuk buat lantai van ini
rasanya samada tak sampai 200 atau kalau lebih pun 200 lebih sikit je.
Adanya van ini anak-anak dan isteri sangat gembira & teruja. Bahkan dorang lebih excited untuk naik van berbanding kereta utama.
Mungkin pada orang lain ianya nampak biasa/nampak van buruk/besi buruk, tapi pada kami, van hijau ini mampu menaut bonding kasih sayang diantara kami.