Buat pengemar orkid dan baru berjinak-jinak nak mencuba menanam dan menjaga pokok bunga ini di halalaman rumah, bolehlah dicuba tip dan petua yang dikongsikan oleh salah seorang peminat tanaman orkid ini.

Disenaraikan ada 6 tip semuanya yang perlu dilakukan untuk pastikan bunga orkid yang hendak ditanamn segar bugar dan berbunga cantik. Untuk itu, jom semak satu persatu.

TIPS PENJAGAAN POKOK BUNGA ORKID 

Peminat Bunga Ni Turunkan Ilmu Jaga Pokok Orkid, Ada 6 Tip Perlu Buat!

TIPS 1-Bagi orkid yang jenis memanjat atau epifit, arang adalah medium yang sesuai. Sebelum menanam, pecahan arang perlulah direndam semalaman utk menghilangkan garam yang biasanya terdapat di dalam kayu bakau.

 

IKLAN

 

TIPS 2– Batang pokok paku pakis gajah digunakan untuk tanaman orkid yang tergantung. Ia mampu menyimpan air dalam jangka masa yang lama. 

Peminat Bunga Ni Turunkan Ilmu Jaga Pokok Orkid, Ada 6 Tip Perlu Buat!

 

IKLAN

 

TIPS 3– Gunakan baja organik untuk menguatkan akar-akar orkid dan ia memberi tumbesaran yang baik.

 


Peminat Bunga Ni Turunkan Ilmu Jaga Pokok Orkid, Ada 6 Tip Perlu Buat!TIPS 4- Jika bunga mula nampak layu, segera cantas atau potong untuk mengalakkan pertumbuhan tunas baru. Guna gunting yang tajam dan bersih untuk mengelak penyakit

IKLAN

Peminat Bunga Ni Turunkan Ilmu Jaga Pokok Orkid, Ada 6 Tip Perlu Buat!


TIPS 5– Siram pokok orkid pada waktu pagi dan petang, tidak perlu berlebihan. Sekadar medium lembab. Lebih mudah jika siram menggunakan sprayer. Jangan siram pada lewat petang, dikhuatiri air akan bertakung dlm daun dan akan menyebabkan daun dan batang menjadi lembik.

Peminat Bunga Ni Turunkan Ilmu Jaga Pokok Orkid, Ada 6 Tip Perlu Buat! Peminat Bunga Ni Turunkan Ilmu Jaga Pokok Orkid, Ada 6 Tip Perlu Buat! Peminat Bunga Ni Turunkan Ilmu Jaga Pokok Orkid, Ada 6 Tip Perlu Buat!
TIPS 6– Pengudaraan dan pencahayaan juga sangat penting. Ia sesuai ditanam diluar halaman rumah yang teduh dan berangin.

 

sumber : Ain Hasan Via KGTTS

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI