Barangan terpakai seperti botol mineral yang sebelum ini dibuang begitu sahaja atau mungkin dianggap tidak berguna oleh orang lain, sebenarnya ada manfaat lain.
Dengan kreativiti yang ada, bekas terpaksai ini dijadikan tempat meletak pokok bunga.
Apa yang menariknya, hasil kreativiti bekas botol mineral bersaiz 5 liter tersebut diolah menjadi pasu atau tempat pokok bunga yang cukup cantik. Sangat mengujakan sesiapa yang melihat bekas ini.
Lihat gambar pun sudah terliur, apatah lagi jika dapat menikmati Puding Buah Peach bersama keluarga pasti membuatkan anda tambah berselera.
Rasa masam manis buah peach nyata cukup memikat selera terutama sekali anak-anak. Sesuai dijadikan hidangan minum petang dan dimakan waktu cuaca panas. Resipi ini dikongsikan oleh Tg Khuzanika menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Penyejuk tekak puding buah peach?… ada yang tergoda kee???…
Tersentuh hati melihat video dan gambar yang dikongsikan oleh Zulin Aziz menerusi laman instagramnya. Berpeluang melawat sebuah rumah yang diduduki anak-anak kecil, jelas Zulin rasa sebak menyelubungi diri tatkala si kecil memanggil dengan panggilan mummy.
“Anak2 ini ada yang diantara mereka tidak beribu,tidak berbapa,tidak kenal pun siapa orang tua mereka,ada yang kerana tak mampu,ada yang ibu bapanya tak dapat dikesan, ibu masih bawah umur,penagih, dan macam-macam lagi.
Kalau datang sini rasa macam syurga. Mereka datang peluk kita Mereka datang cium kita. Mereka panggil kita Dengan panggilan mummy. Bagi mereka kita semua mak mereka. Rasa sebak ya Allah ?
Dalam pada itu Zulin turut memberitahu anak-anak tersebut tidak boleh dijadikan anak angkat atas sebab-sebab tertentu.
“Disini TAK boleh ambik anak angkat,ni rumah perlindungan, ada diantara mereka yang nak anak tu cuma sepanjang ibu mereka bersekolah, bayi mereka dibawah jagaan termasuk ibunya.Tapi kalau mereka tak nak pun, anda kena berurusan dengan jkm.
“Ada di antara mereka juga ibunya dah meninggal dunia,ada yang ditinggalkan, tapi baby tu ada masalah kesihatan. Macam baby yang first sekali dalam video ni. Dia autism. Boleh ambil tapi anda yang betul boleh dan mampu menanggung segala kos rawatan.
“Terima kasih kak @khalizah_alihan bawak zulin @diyanaamira@iqanasrakesini. Kepada anda yg ingin menghulurkan bantuan barangan dapur , lagi2 untuk di bulan ramadhan bagi rumah perlindungan kanak2 dan remaja hamil ni boleh contact : . Puan suraya : 0173885997
Alamat terpaksa dirahsiakan. Apa2 boleh hubungi Puan Suraya,” tulis Zulin di laman instagramnya.
Bagi mak ayah yang mempunyai anak berusia 15 tahun pastinya sedang berada dalam kerunsingan. Maklum sahaja Isnin ini bakal berlangsung peperiksaan bertulis PT3 buat mereka. Peperiksaan besar bagi anak-anak kita di sekolah rendah.
Resah gelisah sahaja tanpa berbuat sesuatu adalah langkah yang tidak bijak. Apa mak ayah boleh buat ketika anak-anak sedang menduduki peperiksaan, atau berada di dalam dewan peperiksaan? Ini yang diajarkan oleh Ustaz Don Daniyal.
Berpuasa Sunat
Antara doa yang paling mustajab dan dimakbulkan oleh Allah ialah doa mak ayah. Doa orang yang berpuasa juga amat mudah dimakbulkan oleh Allah. Jadi tibanya hari anak menduduki peperiksaan, mak ayah berpuasalah sambil doakan anak-anak agar dapat jawab semua soalan. Doa sentiasa!
Solat Taubat dan Hajat
Lakukan solat sunat taubat dan solat hajat memohon agar anak tenang serta dapat jawab semua soalan peperiksaan dengan cemerlang. Seminggu sebelum periksa lagi mak ayah dah boleh mula lakukan. Jika boleh ajarlah anak sekali turut serta.
Baca Quran
Ketika anak berada di dewan peperiksaan, pagi itu mak ayah bacalah Quran sepanjang masa dan niatkan pahala bacaan kepada anak yang sedang menjawab soalan. Mohon dia sentiasa terang hati dan tenang ketika menjawab. Berdoalah mohon pada Allah agar anak dapat menjawab dengan lancar.
Lakukan Solat Dhuha
Mak ayah juga boleh lakukan solat dhuha sambil berdoa sentiasa untuk anak yang bergelut menjawab soalan. Kalau bekerja pun, mak ayah boleh ambil masa sekejap dan lakukanlah di pejabat. Doakan untuk kejayaan anak-anak.
Bersedekah
Bersedekah mampu meluaskan rezeki. Begitu juga dengan rezeki anak-anak pagi itu, ketika menjawab soalan. Bersedekah ke masjid atau pada sesiapa sahaja dan niatkan pahala buat anak kita. Insyaallah Allah bukakan rezeki anak kita untuk mudah menjawab ketika itu. Insyaallah!
Berterusan Zikir dan Doa
Tak kira di mana pun mak dan ayah berada waktu itu, sentiasalah berzikir di mulut dan tidak putus-putus doa pada anak-anak yang menjawab soalan. Walaupun ketika bekerja atau menungguh anak di luar sekolah, teruskan berzikir sebanyak-banyaknya. Mak ayah boleh membaca Al Fatihah 7 kali, Selawat Nabi 7 kali, Subhanaallah 44 kali, alhamdulillah 44 kali, Allahuakhbar 44 kali, Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali dan teruskan disambung dengan doa untuk anak.
Hantar Gelombang Positif
Sentiasa membayangkan muka anak dan sentiasa berfikir positif dan yakin anak kita dapat menjawab dengan lancar dan tenang. Kuatkan hati dan sentiasa positif. Insyaallah anak kita juga positif dan mampu menjawab dengan baik.
Tawakal Pada Allah
Setelah segala usaha kita dan anak kita buat sepanjang tahun sebagai usaha untuk menghadapi peperiksaan ini, inilah masanya kita bertawakal dan menyerahkan segalanya kepada Allah, kerana Dialah yang maha mengetahui. Apa yang penting kita telah pun berusaha dengan belajar dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa berdoa padaNya. Selebihnya biar Allah yang menentukannya.
Teruslah melakukan kesemua perkara di atas dan teruslah memberi kata-kata semangat dan positif buat anak kita. Insyallah semuanya dipermudahkan Allah SWT.Yakin dan percayalah bahawa Allah ada untuk membantu kita dan anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.