Sempena cuti persekolahan tahun ini, pasti anak-anak akan mencari snek untuk dimakan sewaktu menonton televisyen. Ibu-ibu atau bapa-bapa tidak perlu membeli rempeyek di kedai atau stesen minyak lagi. Resepi rempeyek tanah kacang dan ikan bilis ini comfirm lebih lazat apabila homemade!

Resepi Rempeyek Kacang Tanah & Ikan Bilis Sempena Cuti Sekolah

Bahan-bahan

1 bungkus tepung beras
200 gram kacang tanah (boleh ditambah atau dikurangkan)
200ml santan kotak (tambah 3 cawan air)
1 mangkuk ikan bilis (dibersihkan dan dibelah dua)
7 ulas bawang putih – (untuk memberi rempeyek rasa berlemak, kalau tidak suka boleh kurangkan, nak berlemak lagi boleh tambah)
1 sudu makan ketumbar biji (tumbuk kasar)
1 sudu makan jintan manis (tumbuk kasar)
1 sudu teh kapur (bancuh dengan sedikit air, untuk bagi rempeyek rangup dan renyah)
1 biji telur
garam dan perasa pilihan (secukupnya)
minyak (secukupnya)

IKLAN

Cara membuat Rempeyek Kriuk-kriuk!

Langkah 1: Bancuh tepung beras bersama ke semua bahan di atas kecuali kacang tanah, ikan bilis dan minyak.
Langkah 2: Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali saiz besar (supaya cepat dan dapat hasil yang banyak dalam sekali gorengan).
Langkah 3: Letakkan acuan di dalam minyak panas.
Langkah 4: Keluarkan acuan dan tuangkan sedikit adunan dan bubuh ikan bilis serta kacang tanah.
Langkah 5: Masukkan acuan berisi adunan ke dalam kuali. Goyang-goyangkan sedikit supaya adunan segera tanggal.
Langkah 6: Ulangi langkah 4 dan 5.
Langkah 7: Apabila rempeyek telah tanggal dan terkumpul di dalam gorengan, bolehlah angkat setelah kelihatan masak dan garing. Toskan.
Langkah 8: Pastikan rempeyek telah benar-benar sejuk sebelum disimpan ke dalam tin atau bekas kedap udara.

Kriuk-Kriuk Bila Makan Homemade Rempeyek Ni! Isi Tak Kedekut Baru Puas Hati

IKLAN

Kalau dibuat dalam jumlah yang banyak, anda dapat menyimpan stok rempeyek ini sehingga cuti persekolahan tahun depan! Semoga artikel ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca semua. Selamat mencuba!

Terima Kasih.

IKLAN

Sumber: Kuih Muih Tradisional (Resepi Mudah di Facebook)

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI