Hidangan lontong tidak dinafikan turut menjadi antara menu istimewa di Hari Raya yang enak dimakan. Kepekatan kuah lodeh dan dipadukan pula dengan rasa sambal bilis memberi rasa yang sempurna.
Menyediakan menu ini juga tidak sukar, kata orang main campak-campak pun jadi. Namun jika hendak benar-benar sedap kenalah cukup ramuannya.
Ini seperti resipi yang dikongsikan oleh Ukhti Irani dan bolehlah dijadikan panduan untuk anda sediakan lontong istimewa di Hari Raya nanti. Selamat mencuba.
1) Masukkan bahan kisar dan serai bersama separuh periuk air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
2) Masukkan udang dan sayur-sayur yang keras.
3) Masukkan santan separuh periuk. Kacau sampai mendidih.
4) Masukkan kunyit sampai warna nmpk cantik, semua sayur, soo hoon dan tempe yg digoreng. Sayur lembik baru sedap makan lontong. Kacau guna api slow je.
5) Last skali, masukkan gula dan garam secukup rasa.
Bila heboh di media sosial berkenaan harga ikan siakap di sebuah restoran boleh mencecah hingga ribuan ringgit perlu di bayar oleh pelanggannya, hal ini tentunya ada yang berasa risau juga untuk membuat pesanan ikan siakap di restoran ketika makan bersama-sama keluarga tercinta. Takut terkena, insiden yang sama!
Pun begitu, memetik laporan berita di Utusan Malaysia buat peminat masakan berasaskan ikan siakap di negara ini tidak perlu risau kerana spesies tersebut masih lagi berada dalam jajaran harga rendah di pasaran domestik.
Demikian laporan harga purata runcit diterbitkan secara mingguan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang memaparkan siakap adalah lebih murah berbanding ikan jenis lain.
Berdasarkan tinjauan menerusi laman sesawang rasmi agensi itu pada hari ini, harga spesies tersebut hanya RM19.59 bagi setiap kilogram direkodkan sepanjang minggu ketiga bulan lalu.
Untuk harga minggu pertama bulan ini, LKIM belum lagi mengemas kini tetapi jika dilihat trend ikan tersebut sepanjang Oktober lepas, harganya berlegar sekitar RM19 sekilogram sahaja.
Secara congak mudah, harga siakap hanya menokok sebanyak RM1 berbanding September sebelumnya iaitu langsung tidak banyak berubah pun daripada minggu pertama Januari lepas.
Bawal Putih Paling Mahal
Sebaliknya, laporan LKIM pada minggu ketiga Oktober itu menunjukkan harga ikan paling mahal di negara ini kekal dipegang bawal putih iaitu RM43.23, diikuti ikan merah RM30.11.
Seterusnya tenggiri batang dengan harga runcit RM28.68 disusuli kerapu (RM26.38), bawal hitam (RM25.96) dan kemudian siakap yang mahal sedikit daripada tilapia merah (RM13.98).
Setakat ini, rekod LKIM menunjukkan ikan paling murah di Malaysia terus disandang keli iaitu RM8.06 sekilogram diikuti selayang (RM9.57), cencaru (RM9.77) dan aya kurik (RM10.10).
Ikan popular rakyat negara ini iaitu pelaling pula masih lagi stabil iaitu RM10.17 sekilogram disusuli kerisi (RM12.41), selar kuning (RM12.72), selar (RM13.69) dan kembung (RM13.83).
Semalam, Utusan Online melaporkan nasib sekumpulan pelanggan yang terkejut dikenakan caj RM1,196 bagi seekor siakap dimasak di sebuah restoran terapung di Langkawi, Kedah.
Namun pemilik premis makanan laut itu menjelaskan ia memang harga sebenar ikan seberat 7.5 kilogram tersebut bahkan telah memaklumkan mengenai caj ada dinyatakan dalam menu.
Ikan berkenaan malah diternak selama 11 tahun dengan hanya diberi makan ikan kecil yang segar dan bukannya bahan dedak lazim seperti di kebanyakan sangkar ikan komersial lain.
Harga yang dipaparkan LKIM itu juga adalah tidak jauh beza daripada statistik diterbitkan Jabatan Perikanan Malaysia untuk harga secara purata ikan tersebut sepanjang tahun lalu.
Agensi itu memaklumkan bahawa nilai runcit pengeluaran akuakultur ikan air payau tersebut pada tahun lepas ialah RM403,390,470 daripada keseluruhan 23,033 tan metrik dihasilkan.
Ini bermakna secara matematik, sekilogram siakap dijual pada harga RM17.51 dengan Pulau Pinang kekal paling banyak ikan ini dikeluarkan diikuti negeri jirannya, Perak dan Kedah.
Juga disebut kakap putih, ikan yang kaya khasiat ini dengan nama saintifiknya Lates calcarifer merupakan pemangsa, manakala spesies kecil pula amat popular dijadikan ikan akuarium.
Ayam goreng antara menu kegemaran anak-anak atau dengan kata lain hidangan yang ‘wajib’ ada di atas meja. Menggoreng ayam tidak susah, namun untuk memastikan ia benar-benar masak ada kala ia menjadi masalah buat si ibu. Terutama sekali jika anda mahu ia lebih garing , malangnya isi masih berdarah.
Bagi memastikan ayam yang digoreng masak sempurna di bahagian isi memang ada cara tertentu yang harus dilakukan.
Bermula daripada proses membersihkan ayam hinggalah teknik menggoreng, semua ada petuanya. Jom semak.
1. Kelar dan kukus seketika
Cuci bersih ayam dan jangan lupa untuk kelar-kelarkan ia terutamanya pada bahagian paha ayam. Kemudian perasakan dengan garam dan kunyit dan kukus seketika.
2. Gunakan minyak yang banyak
Sediakan kuali yang bersesuaian dan isi dengan minyak yang banyak. Pastikan semasa menggoreng, ayam tenggelam di dalam minyak sepenuhnya.
3. Masak bahagian yang sama
Asingkan bahagian berdaging dengan bahagian bertulang dan masak mengikut kumpulan yang telah dibuat tadi. Contohnya, jika bahagian berdaging dimasukkan ke dalam kuali, maka pastikan semua bahagian berdaging digoreng serentak. Kemudian diikuti menggoreng bahagian bertulang pula sehingga habis. Ini untuk pastikan ia masak sekata.
4. Pastikan api sederhana
Jangan sekali-kali menggunakan api yang besar untuk memendekkan waktu menggoreng. Memanglah ayam digoreng akan nampak kekuningan dan garing di bahagian luar namun bahagian isinya pasti tidak akan masak sempurna. Sebaiknya gunakan api sederhana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Enaknya menghirup sup daging yang dimasak ala Thai. Rasanya sedikit berbeza daripada sup daging yang biasa dimasak. Ini memandangkann untuk sediakan sup ala Thai ini biasanya akan menggunakan sos ikan yang sekali gus memberi rasa yang lebih ‘kick’.
Nak merasainya, bolehlah anda cuba sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Ahmad Shinoda ini.
Sup Daging ala Thai
Bahan-bahan A:
300 gm daging tetel-hiris nipis
3 inci halia-tumbuk kasar
3 hiris lengkuas
2 pokok akar ketumbar
1 biji bawang Holland-dihiris
Kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu the gula
Air secukupnya
Bahan B
3-4 ulas bawang putih
2 batang serai
Cili padi
Daun limau purut
1 biji bawang holland
Daun ketumbar-dihiris
½ biji tomato
2 biji limau nipis-ambil jusnya
3-4 sudu sos ikan
Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :
1.Satukan bahan A dan rebus sehingga daging empuk.
Jangan letak garam sebab nanti kau nak letak sos ikan yang agak masin hanya letak sesudu gula. Rebus sampai empuk, air jangan terlalu banyak.
2.Dalam kuali lain, tumiskan bawang putih sampai kuning.
3.Kemudian masuk serai, bawang holland, cili padi, daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.
4.Masukkan bahan tumisan ke dalam sup tadi bersama tomato.
5.Masukkan sos ikan 3-4 sudu dan jus limau nipis 2 biji.
6. Biar 2-3 minit, tutup api dan taburkan daun ketumbar. Sedia untuk dinikmati.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di