Cuti-cuti ni boleh lah cuba masakan baru untuk keluarga. Salah satunya boleh cuba resipi yang popular di kalangan orang pantai timur.

Resipi Laksam yang mudah dibuat ini hanya menggunakan sukatan cawan ajer. Kuah pun pekat. Tentu anak—anak dan suami suka. Boleh cuba resipi ni yang dikongsi oleh Wan Muhammad Hafiz Satar.

Ikuti perkongsian ini.

Kuah Pun Pekat,Adunan Nak Buat Laksam Pun Guna Sukatan Cawan. Memang Gerenti Jadi!

Bahan bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam

Cara cara:

IKLAN

Kuah Pun Pekat,Adunan Nak Buat Laksam Pun Guna Sukatan Cawan. Memang Gerenti Jadi!
Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas.

Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak.

Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan setengah dari tudung periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung.

Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu, balik sambil digulung gulung dengan menolak perlahan lahan ke tepi.

IKLAN

Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan terus golekkan ke dalam bekas supaya kita tidak menyentuh dengan tangan.

Sapu minyak pada bekas tadi dengan tak perlu dibasuh. Masukkan ke dalam pengukus dan ulang proses yang sama sehingga selesai.

Bahan Kuah
1 kg ikan – rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 btg serai – ketuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 keping asam keping
Garam
Gula secukup rasa.

IKLAN

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula.

Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam
Kacang panjang
Daun kesum
Timun batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Memang sedap! Kuah pun pekat. Selamat mencuba!

Kredit: Wan Muhammad Hafiz Satar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI