Salah satu ruang utama buat wanita di rumah adalah bahagian dapur. Segala urusan memasak dilakukan di sini untuk hidangan keluarga.
Tambah pula dengan kelengkapan dapur yang pelbagai bentuk dan modern. Tapi lumrah setiap manusia, biarpun punya perkakasan modern atau baru, ada juga gemar mengunakan periuk belanga lama.
Sebagaimana perkongsian seorang ibu yang menggunakan kuali legend untuk memasak hidangan buat keluarganya.
Malah coretannya dan kongsi gambarnya telah mendapat tanda suka (likes) lebih 3K biarpun baru dimuat naik selama 1 jam.
Sengaja menggunakan kuali legend, katanya bila mengoreng daging baru ‘happening’.
Malah katanya, sejak anaknya disahkan menghidap kanser, mereka sekeluarga sekian lama tidak menjamah hidangan berasas daging.
Ads
Sehinggalah anaknya dimasukkan ke wad, barulah bersempatan memasak hidangan enak itu.
Sejak anak didiagnos kanser, kami sekeluarga x makan daging..tp rabu haritu anak admit wad utk scan dan tambah darah (darah drop kesan dari chemo) dan giliran abah dia pula yg jaga dia..
Harini saya goreng daging kicap nak bawa makan nasi d rumah mak satg..
Goreng daging kena guna kuali lagend baru nampak hapening…
Ads
Esok saya buat sotong goreng tepung kesukaan anak saya pulak utk bawa ke hospital.
WARGANET AKUI KEHEBATAN KUALI LEGEND!
Apa yang menarik perhatian sehingga tular, warganet turut berkongsi keistimewaan kuali legend.
Tidak dinafikan karenah anak-anak ini, boleh para ibu terutamanya mengalami kemurungan atau stress. Penat yang melampau dengan keadaan rumah yang bersepah membuatkan para ibu menjadi seorang yang pemarah dan suka membebel. Walaupun situasi yang dinyatakan itu hanya dialami oleh segelintir sahaja, namun ia tetap memberi impak kepada emosi para ibu.
Namun menarik dengan perkongsian ini, katanya daripada memarahi anak, lebih baik mendoakan anak. Sekali gus, aura positif menyuntik dalam diri untuk memastikan anak-anak mendapat kasih sayang.
Apa pun anak adalah anugerah yang diamanahkan oleh Allah untuk kita mendidiknya agar menjadi seorang yang bertanggungjawab. Jadi para ibu, jangan stress, lakukan amanah itu dengan sebaik mungkin. Anggap aje anak yang suka sepah itu anak yang cerdik!
Ikuti perkongsian ini.
Tadi kawan kakg share poll dari group,
“Anak Sepah Apa Hari ini?”
Admin tu tanya, anak nombor berapa paling panjang akal? Majority jawab nombor 2.
Tapi seriuslah, anak kakg, soib paling banyak kerja dan cabaran setakat ni.
Dengan baby dia macam belum boleh terima dia ada adik. Dengan kakak, dia buli je. Mentang-mentang kakak saiz kecik.
Nak jadikan cerita, malam tadi Soib terkencing malam. Kalau ikutkan memang wajar geram atau marah kat dia. Dah tengah malam, baru nak rehat, kencing pula. Gitu lah.
Alhamdulillah Allah izinkan teringat baru je belajar ilmu dalam zoom Aura Rezeki, ayatnya macam ni,
“Orang yang hidup pada masa lalu, dia akan stress. Orang yang hidup pada masa depan, dia akan bimbang”
Apa yang kakg faham, anak dah terkencing, tilam dah basah – masa lalu yang tak boleh ubah dah.
Kalau kakg pilih marah, aku pun akan stress. Dok mikir nape anak aku ni macam ni eh? Aku tak pandai ajar anak ke?
Kalau fikir masa akan datang pula, macam mana nak bersihkan toto ni eh? Kalau aku bersihkan nanti, jiran nampak, agak agak malu tak ek kalau jiran tau anak dah dekat 6 tahun masih kencing malam? (emosi bimbang)
Marah tu energy negatif. Dia menarik energy negatif yang lain macam stress, kecewa, salahkan diri sendiri, dendam dan seterusnya.
Beza kalau kita mampu hadapi dengan rileks, akan tarik energy kebahagiaan, ketenangan, kesyukuran,
“Oh, anak aku kencing. Tak pelah, tukar je lah toto dulu. Esok pagi settlekan”
“Oh, anak aku kencing, tak pelah. Nak buat macam mana, marah pun bukan boleh kering semula benda ni”
“Oh anak aku kencing, tak pelah. Syukur dia masih boleh kencing. ada org lain tak dapat macam ni”
Bawak jelah anak pi toilet. Sambil dalam hati banyakkan doa,
“RABBI HABLI MINASSOLIHIN”
رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ
” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” (QS. As-Saffat 37: Ayat 100)
Kalau time jirus air garam untuk mandikan anak tu pun boleh baca jugalah ayat ni. InshaaAllah molekul air jadi cantik, serap kat tubuh badan anak melalui liang roma dia. InshaaAllah perkara perkara baik yang akan datang nanti.
Ni doa Nabi Ibrahim As, Nabi yang paling ramai keturunannya jadi Nabi dan Rasul. (orang orang soleh)
DOAKAN ANAK
Daripada marah-marah, baiknya kita doakan. Semoga anak ini jadi anak yang soleh. Banyak cabaran masa jaga dia nak membesar tak pelah. Sabar sikit je.
Orang kata yang jenis masa kecik tak mudah handle, dah besar nanti dialah yang paling membahagiakan.
InshaaAllah.
(Gambar dari group anak sepah apa hari ni? Jangan lupa mandi garam ye maknya. Hahaha)
Anak korang yang nombor berapa paling panjang akal?
Kanak-kanak tunjang harapan dan aspirasi negara untuk hari mendatang. Justeru pendekatan holistik perlu diambil ke arah kecemerlangan pendidikan awal kanak-kanak.
Cakna dengan hal ini, Al Kauthar Eduqids menandatangani perjanjian bersama Cybernetics International College of Technology bagi meningkatkan kualiti pendidikan awal kanak-kanak.
Objektif kerjasama ini adalah untuk saling meningkatkan kepakaran dan faedah bersama bagi menyumbang kepada negara untuk membentuk graduan yang kompeten melalui pendedahan kepada industri menerusi kemudahan-kemudahan yang ada.
Menurut Pengasas Al Kauthar Eduqids Dato Bakhtiar Aliff, kerjasama ini dilaksanakan dengan persetujuan kedua-dua pihak dan punya peranan masing-masing dalam memastikan objektifnya tercapai.
“Antara peranan utama Al Kauthar Eduqids ialah memberi peluang kepada Cybernetics menempatkan pelajar-pelajar atau lepasan pelajar sebagai pelatih industri dari Cybernetics International College of Technology atau memberi khidmat sokongan di Al Kauthar Eduqids (tertakluk kepada syarat kelayakan) bagi suatu tempoh yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Tidak hanya itu, Cybernetics juga berpeluang memanfaatkan khidmat nasihat Al Kauthar Eduqids dan menganjurkan ceramah teknikal kepada pelajar Kolej Cybernetics mengikut bidang perniagaan Al Kauthar Eduqids,” ulas beliau.
Tambah beliau lagi, selain daripada peranan Al Kauthar pihak Cybernetics juga akan memainkan peranan dalam menjayakan kerjasama ini. Antaranya ialah Cybernetics akan mengutamakan Al Kauthar Eduqids berbanding syarikat lain dalam memberikan peluang pekerjaan kepada pelajar dan bekas pelajar dalam bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh Al Kauthar Eduqids.
Seterusnya, dari segi promosi syarikat Al Kauthar Eduqids berpeluang untuk membuat penerangan atau seminar kerjaya bersama, mengiklankan kekosongan jawatan di Cybernetics dan mengadakan sesi temuduga dengan pelajar-pelajar Cybernetics bagi tujuan pemilihan dan pengambilan pekerja yang sesuai.
Apa yang menarik lagi, bagi memberi peluang kepada pelajar Cybernetics merasai pengalaman sebenar Al Kauthar Eduqids akan memberikan kemudahan kepada aktiviti-aktiviti pelajar Kolej Cybernetics seperti lawatan ke persekitaran industri.
Al Kauthar Eduqids berpegang teguh pada misinya sebagai tempat pembelajaran awal kanak-kanak yang menyeronokkan dan selamat berasaskan pada nilai dan ajaran Islam. Ia direka untuk membentuk dan mengukuhkan generasi baru yang mempunyai asas Islam yang baik, iman yang teguh dan nilai-nilai akhlak yang tinggi.
Dengan memiliki lebih daripada 500 orang pendidik dan 6000 orang pelajar di seluruh negara, maka tidak hairanlah AKE mendapat pengiktirafan daripada pelbagai jenama termasuklah Jenama Pilihan Pa&Ma, SME Entrepreneur Business Awards, Malaysian Prestigious Industry Awards, Superbrands Malaysia’s Choice, The Brand Laureate dan Baby Talk Readers’ Choice Awards.
Terdahulu, Al Kauthar Eduqids turut menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dengan beberapa institusi pendidikan bertauliah negara iaitu Open University Malaysia, Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Vokesional ERT Setapak.
Merupakan tadika swasta yang memulakan operasi pada September 2013. Kini, Al Kauthar Eduqids mempunyai sebanyak 170 cawangan di seluruh Lembah Klang dan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Johor, Terengganu, Sabah dan mensasarkan sekurang-kurangnya 300 cawangan dalam tempoh dua tahun akan datang. Diasaskan oleh sepasang suami isteri Dato’ Dr.(hC) Kapten Bakhtiar Aliff dan Datin Dr.(hC) Nor Fadilah Alias.
Kapten Bakhtiar Aliff memulakan karier awal dalam industri penerbangan sebagai Juruterbang di Malaysia Airline System Berhad (MAS) pada tahun 2007. Beliau mempunyai Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Eksekutif Pengurusan Penerbangan dan telah dianugerahkan Honorary Doctor of Philosophy (Honoris Causa) dalam Pentadbiran Perniagaan dari The Malaysian Honorary Doctorate Organization.
Pada tahun 2021, beliau dianugerahkan “Community Leader Of The Year” dan tersenarai dalam The 100 Top Young CEO (100TYC) pada tahun 2020 dan The 100 Most Influential Young Entrepreneur (100MIYE) dan Excellence Islamic Educational Entrepreneur pada tahun 2019. Datin Fadilah memulakan karier dalam industri pendidikan pada 2008 sebagai guru tadika di Tadika Nur Saruta, SMT (ERT) Setapak selama 14 tahun.
Beliau memiliki Sijil Awal Kanak-Kanak dan Diploma Pendidikan mengkhusus dalam bidang Pra Sekolah dari Universiti Industri Selangor pada tahun 2011, Diploma Kemahiran Malaysia dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan kini di peringkat akhir mendapat gelaran ‘Pakar Industri Negara’.
Datin Fadilah telah dianugerahkan Honorary Doctor of Philosophy (Honoris Causa) dalam Pentadbiran Perniagaan dan menjadi ahli The Malaysian Honorary Doctorate Organization.
Datin Fadilah turut dilantik sebagai Panel Penasihat Luar (Akademik) di UNISEL untuk Diploma dan program Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pra Sekolah.
Beliau telah tamat kursus “Train the Trainer” bertauliah yang dikendalikan oleh Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) dan Vokasional Pegawai Latihan (VTO) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Al Kauthar menawarkan tempat pembelajaran untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun dengan program Pre Tahfiz, Montessori. Bagi kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun pula lebih memfokuskan kepada program Playschool dan KAFA.
Keunikan dan keistimewaan tadika Al Kauthar juga kerana ia menyediakan program khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas seperti Autisme, Speech Delay, Minor Sindrom Down, GDD dan ADHD.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.