Setiap bulan tentu ada sahaja perbelanjaan bulanan yang perlu dikeluarkan untuk memastikan keperluan isi rumah dapat disediakan dengan sebaiknya. Namun kalau silap gaya belanja, bimbang juga duit gaji yang diterima tidak mampu bertahan hingga hujung bulan.
Maklumlah sana sini harga barangan naik dan ditambah pula dengan desakan hidup masa kini memerlukan kita sebagai pengguna membuat pilihan yang bijak untuk pastikan kos perbelanjaan bulanan untuk keluarga tidak membebankan.
Hal yang demikian menjadikan ada sebahagiannya tidak lagi mengutamakan kualiti produk dan memadai membeli asalkan murah. Namun ada juga yang keliru, sama ada perlu atau tidak membeli barangan yang mahal sedikit namun puas hati dengan kualitinya. Ini seperti peribahasa ada mengatakan alah membeli menang memakai.
Tak perlu nak pening kepala untuk membuat pilihan sama ada utamakan kualiti atau harga. Hakikatnya kedua-duanya anda boleh dapatkan serentak bila berbelanja di pasaraya Lotus’s.
Ini bertepatan dengan hasrat Lotus’s untuk membantu pelanggan setianya memenuhi keperluan keluarga dengan menawarkan produk pada harga yang berpatutan.
Bahkan, Lotus’s telah menggunakan kepakaran tertentu untuk mendapatkan dan membekalkan barangan yang dijamin keunggulannya, diperbuat oleh pakar-pakar terhebat dan hanya menggunakan bahan-bahan yang terpilih dan berkualiti.
Semua Ada Di Lotus’s
Seperti mana umum ketahui Lotus’s ada semua produk yang dicari oleh setiap keluarga bukan sahaja barangan dapur malah produk makanan kesihatan, barangan penjagaan diri, bahan pencuci dan bermacam-macam lagi ditawarkan di bawah satu bumbung dengan harga yang berpatutan.
Apatah lagi Lotus’s bukanlah pasaraya baharu memandangkan sebelum ini ia dikenali sebagai Tesco yang menawarkan rangkaian produk berkualiti tetapi dengan harga yang murah. Kelebihan yang dijanjikan ini tentunya memberikan 1001 kelebihan dan keistimewaan untuk anda seisi keluarga berbelanja di Lotus’s dan ianya tidak perlu diragui.
Ads
Kualiti Yang Diyakini & Harga Terendah
Jika sebelum ini anda sekeluarga pernah menggunakan produk jenama Tesco pasti sudah tahu kualiti barangannya. Lotus’s juga menjanjikan perkara yang sama bahkan apa yang lebih hebat setiap produk Lotus’s telah dipertingkatkan lagi kualitinya demi untuk kepuasan pelanggan.
1. Lotus’s Toilet Bowl Cleaner 700ml
Antara rangkaian produk jenama Lotus’s yang menjadi pilihan utama ibu-ibu dalam hal pemilihan bahan-bahan pencuci adalah antaranya seperti Lotus’s Toilet Bowl Cleaner 700ml. Produk ini diperhebat dengan ciri istimewa bahan yang boleh melekap 50% lebih lama, boleh membunuh 99.9% kuman dan 5x tindakan pembersihan untuk memusnahkan kotoran yang sukar. Ini sekali gus menjadikan proses membersihkan mangkuk tandas lebih mudah tanpa perlu menyental. Memang puas hati!
2. Lotus’s Laundry Liquid Detergent 4.1kg
Liquid Detergent Dazzling (RM18.99)
Ads
Begitu juga dengan produk Lotus’s Laundry Liquid Detergent 4.1kg ini. Detergen cecair baharu yang dipertingkatkan dengan Duo scent yang memberikan haruman cukup menyegarkan dan tahan lama. Bahkan mampu menghilangkan kotoran degil dengan berkesan dan melindungi fabrik untuk kekal cantik warnanya.
3. Cute & Care Baby Pants
Baby Diaper Pants/tape (RM24.99)
Produk jenama Lotus’s juga mendapat tempat dihati ibu-ibu yang mencari lampin buang yang mudah digunakan Cute & Care Baby Pants yang didatangkan dengan empat saiz berbeza, iaitu M,L,XL,XXL.
Belian yang cukup menguntungkan dan kualiti produk tidak dapat dinafikan lagi melalui pengalaman ibu-ibu sebelum ini yang setia menggunakan produk ini sekian lama.
Buat anda yang suka memasak juga tentu akan berpuas hati dengan pembelian Lotus’s minced chicken yang lebih segar dan juicy yang pastinya bila dimasak akan memberi rasa lebih enak pada hidangan.
Bukan sahaja aspek kualiti produk diberi perhatian oleh Lotus’s malah pembungkusan produk juga diambil berat agar lebih mesra alam. Umpamanya produk Lotus’s chicken lasagna ini. Jika sebelum ini pembungkusanya tidak boleh dikitar semula namun kini diperhebat dengan material yang lebih selamat untuk dikitar semula. Begitu juga dengan pilihan Lotus’s beef lasagna ini.
Chicken Lasagne (RM6.99)
Harga yang tertera pada produk mungkin berubah atau berbeza mengikut harga semasa.
Semua ini tersedia untuk anda miliki dengan tawaran harga yang cukup berbaloi di pasaraya Lotus’s. Lotus’s menjanjikan produk yang berkualiti dengan harga yang mampu milik dan ini sekali gus menjadikan pelanggan terus setia walaupun sudah bertukar nama namun Pasaraya Lotus’s tetap jadi pilihan utama.
Produk yang berkualiti kita dapat, harga pun puas hati!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa kata Ramadan bulan berjimat? Sebenarnya kos barang basah semakin meningkat berbanding bulan-bulan biasa. Kos terpaksa dilebihkan untuk membeli kelengkapan dan barang-barang untuk memasak, demi memenuhi selera anak-anak yang berpuasa.
Itu belum masuk lagi kos untuk membeli di bazaar atau makan sesekali makan di luar bersama anak-anak. Kosnya memang luar biasa.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya bermula dari perbelanjaan barangan dapur, suri rumah mahupun suri bekerjaya boleh saja merancang belanjawan agar tidak membebankan terutamanya dalam membuat persiapan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.
1. ATUR BELANJA DAPUR
Buatkan jadual belanjawan dalam tempoh sebulan sepanjang Ramadan. Beli apa yang perlu dan rancang makanan yang hendak dimasak dalam bulan itu. Sebaiknya, senaraikan barangan dengan harganya sekali. Cara ini membolehkan anda melihat pergerakan wang anda pada bulan-bulan seterusnya.
2. BIJAK MEMBELI
Maksudnya di sini, sebelum berbelanja, anda telah menyenaraikan keperluan. Jika tidak begitu mendesak, letakkan ia di senarai paling akhir. Ada duit lebih, barulah boleh dimasukkan dalam troli barangan.
3. CERMAT KUASAI DAPUR
Suri yang hebat adalah suri yang cermat menggunakan bahan mentah atau peralatan di dapur. Memasak ikut keperluan keluarga, bukannya ikut suka sehingga akhirnya tidak dimakan oleh anak-anak mahupun suami.
Belajar dari orang tua ataupun banyakkan belajar agar mahir memasak sekaligus tidak menggunakan bahan mentah yang tidak diperlukan.
4. DAHULUKAN KEPERLUAN
Jangan sesekali membeli keperluan yang tidak diperlukan oleh keluarga mahupun anak-anak. Katakan anda begitu teringin memiliki kuali berjenama yang memudahkan kerja-kerja memasak.
Apa kata anda simpan sedikit wang dari belanja dapur itu. Setelah cukup barulah membelinya. Tahan keinginan dan elakkan berhutang.
5. ENERGI DARI DAPUR
Mencipta makanan yang enak tidak memerlukan anda membeli bahan mentah yang mahal. Jika pandai mengubah resipi mengikut cita rasa anda dan keluarga itu sudah membolehkan suami dan anak-anak jatuh kasih dengan air tangan anda. Lihat apa yang ada di dalam peti ais dan ubah suai mengikut keperluan.
6. GUNA FUNGSI SEPENUHNYA
Gunakan sepenuhnya alatan yang ada di dapur anda selagi ia masih berfungsi dengan baik. Tidak perlu memasak berkali-kali. Memasaklah sekali sehari tetapi masih boleh dinikmati sehingga ke tengahari atau menjelang malam hari.
7. D.I.Y
Mengapa perlu berbelanja lebih semata-mata mahu menikmati keenakan sesuatu makanan? Cuba belajar di internet dan buat saja sendiri. Sekarang ini banyak panduan dan teknik membuat makanan proses sendiri dengan bantuan carian di ‘google’.
8. ELAK BOROS
Pernahkah anda membeli makanan dan akhirnya makanan itu dibuang ke tong sampah? Itu salah satu amalan pembaziran sekaligus menyusutkan nilai wang anda. Nasi yang berlebihan jangan dibuang, tetapi boleh digunakan untuk membuat nasi goreng atau diadun dengan tepung untuk dibuat cekodok.
9. NOTA KECIL
Tulis nota belian dan belanjawan ikut keperluan anak-anak di peti sejuk. Tujuannya mengingatkan anak-anak dan keluarga yang anda sebenarnya sedang menggalakkan kempen penjimatan di dapur.
10. BELAJAR BERJIMAT
Rancang jika anak-anak mahu menikmati makanan kegemaran mereka. Beli bahan mentah bukan sekali guna, sebaliknya boleh digunakan untuk keperluan yang lain. Contohnya membeli seekor ayam, tetapi boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan untuk tempoh seminggu itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila sebut tentang memasak, mestilah kita orang perempuan yang selalu masuk ke dapur untuk sediakan menu untuk keluarga. Biasanya kita akan pastikan menu yang dimasak bukan sahaja sedap rasanya malah kita akan ambil kira bentuk masakan itu juga agar nampak menyelerakan, sempurna dan cantik bentuknya. Maklumlah, bukan ke wanita ini begitu teliti orangnya.
Untuk itu, sekiranya sebelum ini anda pernah menyediakan kuih bom sebagai menu minum petang atau sarapan, dan keadaan ‘rupa parasnya’ mengecewakan apa kata anda cuba ikut petua yang dikongsikan oleh Marlia Lia bersama MAHN.
Jadi selepas ini, kuih bom yang dimasak bukan sahaja sedap malah cantik bentuknya dan membuatkan seisi keluarga tidak sabar untuk menjamahnya. Jom semak perkongsian bermanfaat ini.
TIPS Kuih BOM kekal cantik membulat
Anda boleh mengikuti beberapa tips dibawah supaya kuih bom tidak meletup di dapur
1.Campurkan sedikit GULA ke dalam adunan tepung pulut dan tepung gandum
2. REHATkan doh 1-2jam sebelum mula menggoreng. Seelok²nya semalaman / boleh juga disimpan dalam CHILLER beberapa jam sebelum goreng.
3.Masukkan kuih ke dalam minyak yang dah CUKUP PANAS.
4. Guna api yang KECIL semasa mula masukkan kuih, dan SEDERHANA semasa kuih dah hampir masak. Bijan boleh masak garing dan tak serap minyak
5.Pastikan minyak mencukupi semasa menggoreng.. 3/4 MENUTUPI keseluruhan kuih
6.Semasa menggoreng, balik²kan kuih supaya MASAK RATA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini kecoh satu video viral berlaku di Selangor jadi bualan hangat netizen. Rata-ratanya marah dengan tindakan cikgu yang mengasari seorang kanak-kanak.
Dalam video berdurasi kurang seminit itu, dipercayai seorang guru tadika tersebut dilihat seolah-olah mencampak kanak-kanak tersebut sebanyak dua kali. Apa yang membuatkan ramai sedih adalah insiden itu turut diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain.
Walaupun tindakan telah diambil ke atas guru berkenaan, namun netizen masih tidak berpuas hati dan menyalah pihak tadika.
Justeru, tampil seorang lelaki yang merupakan ayah kepada salah seorang pelajar ditadika berkenaan untuk orang ramai ‘cool’ dan berhenti menyalahkan pihak tadika.
Baru lepas jumpa pengetua sekolah Pn Anizah yg saya hormati yg terlibat kes menghempas budak hari ni..minta penjelasan sbb anak sy sekolah di situ jugak.
Katanya dari pihak sekolah tersebut.. cikgu itu akan diambil tindakan sewajarnya dan akan diberhenti bekerja serta merta dan report polis telah dibuat.
Nk jumpa cikgu tu dah takde.. dah tak dibenarkan mengajar serta merta.. kejadian berlaku semalam. Cuma apa yg saya lihat pihak sekolah terutama pengetua sekolah amat amat ambil serius tentang perkara ini sbb cikgu tu bukan mengajar tetap.. hanya cikgu praktikal.
Pengetua sekolah memaklumkan kepada saya.. beliau telah pesan banyak kali pada setiap guru tetap mahupun praktikal supaya kawal emosi semasa mengajar, jangan mengambil tindakan melulu terhadap pelajar. Tetapi tidak diendahkan.
Saya amat menghormati pengetua sekolah tersebut kerana beliau amat berdidikasi terhadap anak murid beliau dan beliau juga sangat aktif dalam memaklumkan perkembangan setiap pelajar di sekolah tersebut.
Mmg x wajar apa yg dilakukan oleh individu tersebut.. kerana setitik nila habis semua cikgu mendapat tempias nya termasuk pihak sekolah.. pihak sekolah tu dah 30 tahun beroperasi.. ni kejadian pertama berlaku..
Saya dapat berita tadi terus bergegas ke skolah.. sbb nak pastikan apa yg berlaku sebenarnya. So mmg x patut cikgu tu buat macam tu.
Sy mendapat makluman Tujuan rakaman tu dibuat utk hantar ke pihak universiti katanya, sebab mereka praktikal di situ.. video tu tersebar sebab tunang kpd cikgu yg merakam video tu nampak kejadian tu sebelum video tu dihantar ke pihak university utk tujuan semakan kualiti kerja semasa praktikal..pastu dia tak puas hati dia viralkan.