Resipi yang cukup mudah dan ringkas, itu yang paling ibu-ibu suka kan. Jika ada kentang di rumah, buat je kudapan enak ini. Walaupun nampak ringkas tapi sedap. Lagi seronok kalau ibu-ibu ajak anak buat sama-sama. Pasti lebih meriah dapur anda petang ni.
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh puan CikPuan SitiMasitah ,. Selamat mencuba!
JEJARI KENTANG FLORA CINTA namanya. Bila hujan jer lapar.. Bila hujan berhenti terus teringat lirik lagu ni. Setelah hujan pun berhenti, flora cintaku pun bersemi.. Terus tercetus idea buat jejari kentang ni petang tadi. Tetiba melekat tajuk lagu tu dalam resepi ni Jom buat! Bukan anak jer suka, pak dia terlebih suka
BAHAN-BAHAN :
4 biji kentang (direbus, sejukkan & dilenyek)
6 sudu besar tepung jagung
½ sudu besar serbuk pati ayam
Sedikit lada sulah & garam
Sedikit daun sup/daun bawang
*cili merah atau carrot (optional – tak buh pun takpe)
Ads
CARA-CARANYA :
Ads
√ Gaul ke semua bahan hingga sebati. Agak-agak tak melekat & boleh digentel tu ok dah.
√ Masukkan adunan tadi ke dalam piping bag ke plastik bag ke.. Gunting ujung plastik & paipkan memanjang atas bekas rata. Nak gentel guna tangan pun boleh. Buat sebesar saiz jari uols. Jari kita montok.. So, kita buat montok montok gitu
√ Gorengkan dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas ye. Goreng sikit sikit supaya jejari kentang tak berdampingan sesama sendiri Agak agak garing, angkat & toskan. Hidangkan bersama sos cili. Pastikan sempurna harapan bersama.. Nyanyi lagi
*Nota: Serbuk pati ayam juga boleh tukar dengan udang kering yang dikisar. Ikut citarasa uols lah nak buat perisa apapun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahaja Nasi kerabu, pasti terbayang warnanya yang biru dan menu yang cukup sinonim dengan negeri Kelantan. Ia sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian .
Walaupun ada nasi kerabu berwarna kuning, nasi kerabu warna biru adalah satu kemestian dan warna biru ini adalah dari warna bunga telang yang direndam sebagai pewarna.
Bunga telang yang digunakan untuk memberikan warna biru pada nasi kerabu juga dikenali sebagai butterfly-pea (Clitoria ternatea).
Mampu Kurangkan Masalah Hilang Ingatan
Menurut petikan kajian Chemical composition and anti-proliferative properties of flowers of Clitoria Ternatea, terdapat banyak khasiat daripada bunga telang. Ia juga telah digunakan secara meluas dalam bidang perubatan, seperti untuk menyembuhkan penyakit..
Antara khasiat bunga telang:
#1 – Meningkatkan keupayaan berfikir dan mengurangkan masalah hilang ingatan.
#2 – Melawan kanser dan pertumbuhannya.
#3 – Merawat keradangan dalaman dan pembengkakan tubuh.
#4 – Merawat penyakit mata seperti ‘pink eye’ atau konjunktivitis.
#5 – Menyembuhkan penyakit kulit dan sengatan serangga.
#6 – Anti-penuaan
#7 – Menyuburkan, menggalakkan pertumbuhan dan mengurangkan keguguran rambut.
Walaupun penyediaan nasi kerabu agak rumit dan renyah sebab banyak nak disediakan, yang membuatkan ramai yang membelinya dari membuatnya sendiri di rumah.
Ia biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bulan puasa pasti ramai yang mengambil hidangan oat yang mudah disediakan dan dikatakan mampu membuatkan seseorang merasa kenyang lebih lama berbanding mengambil nasi ketika sahur. Malah oat juga sering menjadi pilihan utama bagi yang ingin berdiet.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya oat yang ada di jual dipasaran ada pelbagai jenis dan oleh itu kenali detail tentang oat ini memalui perkongsian daripada Dr Hafiz Sulaiman ini. Jom semak.
OAT BAHAGIAN 1: JENIS-JENIS OAT. SAMA TAPI TAK SERUPA
Dah lama nak buat perkongsian berkenaan perbezaan oats ini. Hari ni saya sempat curi masa pergi Tesco tengok label produk oats untuk kepastian dan rujukan.
Quaker Oats ada beberapa jenis yang popular. Instant, Quick dan flavoured Bagi yang diet untuk kurus dan sihat, pemilihan jenis oat yang sesuai mungkin memberi impak yang berbeza dengan ketara.
Saya merasa perlunya membuat perkongsian ini kerana terdapat nasihat kurang tepat beberapa bulan yang lepas di ruangan komen artikel saya. Pengambilan “instant oats” dan “quick oats” dikatakan sama sahaja kesannya kepada kesihatan.
Jika dilihat kandungan Quaker oats, kandungan nutrisi pada label Instant dan Quick Oats adalah sama 100%
Tiada beza langsung.
Adakah kandungan di dalamnya berbeza tapi tak dinyatakan?
Saya tidak rasa begitu. Kandungannya adalah 100% oats tanpa pengawet dan tanpa aditif tambahan. Syarikat makanan ternama seperti Quaker Malaysia tak mungkin ambil langkah sedemikian.
Maka apakah impak pada kesihatan adalah serupa antara kedua jenis oat ini?
Tidak tuan puan. Ini yang dikatakan sama tapi tak serupa. Lupakan jenama. Saya cerita secara amnya ya..nanti ramai pula pm saya tanya macam-macam brand okay atau tidak.. haru biru saya.
Beza antara instant oats dan quick oats ialah kaedah PEMPROSESANNYA.
Instant oatsmerupakan oat yang paling banyak diproses. Ia sudah sedia masak, dikeringkan, digelek dan dilenyek sangat nipis. Maka teksturnya sangat halus dan berkrim apabila bercampur dengan air panas. Oat jenis segera ini boleh terus dimakan!
Quick oats pula ialah oat instant yang dipotong kurang nipis berbanding instant oat. Maka ia perlu dimasak seminit dua.
Rolled oats merupakan oat yang sudah digelek namun belum dimasak . Rolled oats juga dipotong lebih tebal. Maka ia perlu dimasak selama lebih kurang 5 minit.
Ia juga dipanggil oat “peseng lama” oleh orang teganu beginilah caranya oat dimakan oleh orang putih zaman dahulu kala. Potong halus dan gelek..lepas tu masak atas dapur.
Oat yang paling kurang diproses ialah oat jenis“steel cut”. Oat jenis ini dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat. Bila dikunyah rasanya kenyal dan kekacangan sedikit perisanya.
Apabila diperhatikan pemprosesannya adalah secara fizikal semata tanpa bahan aditif apatah lagi bahan kimia. Kandungan nutrisi di dalam kesemua jenis oats masih sama walaupun berat semuanya sama.
Namun begitu, perbezaan paling besar yang memberi impak kepada kesihatan ialah “KADAR PENYERAPANNYA.”
Semakin halus sesuatu oatmeal, semakin cepat penyerapannya ke dalam badan. Walaupun jumlah serat di dalamnya sama.
Steel cuts paling kurang diserap menjadi gula ke dalam darah.
Rolled oats lebih mudah diserap.
Akhirnya quick oats dan instant oats paling senang diserap ke dalam darah sebagai gula.
Makan oats instant (dan quick) dari sudut kadar penyerapan gula adalah lebih dahsyat daripada minum air coke dan Fanta berdesup gula darah naik mencanak!
Oats instant punyai indeks glisemik yang sangat tinggi. Rujuk indeks glisemik dari Universiti Harvard. Lebih tinggi indeks glisemik, lebih tinggilah penyerapannya ke dalam darah sebagai gula.
Tinggi gula dalam darah bukan sahaja bahaya kepada pesakit kencing manis, tetapi juga meningkatkan KERADANGAN..sakit sendiri, sakit jantung, kanser, buah pinggang dan banyak sistem dalam badan jadi punah sebab gula darah tinggi.
Gula tinggi dalam darah juga sebenarnya punca kegemukan. Lemak badan tak jadi kembang sebab makan banyak makanan berlemak. Tetapi lemak badan makin berkumpul dengan pengambilan gula berlebihan.
Macam mana nak sukat pengambilan gula berlebihan atau tidak ni. Senang saja tuan-tuan puan puan. Selagi boroi dikandung badan..selagi itulah maknanya gula/karbohidrat dalam diet kita masih berlebihan.
Ironi sebab orang takut makanan kolesterol dan berlemak sebab takut gemuk..walhal ia bukan penyebab kegemukan yang saintifik. Tetapi gula tinggi hasil daripada pemakanan tinggi indeks glisemik seperti instant oat inilah yang menyebabkan kita jadi semakin lapar, ketagihan makanan dan mengganggu aktiviti metabolik (hormon, biokimia) badan.
Ingat oat segera, ingat gula. Lupakan saja badan kurus atau sihat kalau masih ambil oats. Serat larut atau tidak, ia tidak akan “meneutralkan” kesan toksik gula berlebihan di dalam darah. Jangan buat kelakar.
Jangan termakan dengan fakta serat tinggi dalam instant oat bagus untuk jantung. Semua itu sudah diukur melalui indeks glisemik ya. Serat larut itu bagus untuk kesihatan jantung, tetapi gula berlebihan lebih bahaya untuk jantung. Pengeluar tak tipu dengan kata kandungan serat kesemua oat itu sama. Namun, pengeluar tak cerita pulak penyerapan gula dalam badan jadi tinggi!
Bukan kata tak boleh makan oats. Makan lah rolled oats. Jika rajin, boleh cari steel cuts..kalau sanggup boleh makan oat groat itu boleh jadi lebih baik..mungkin tidak hehe.. saya akan ceritakan lagi mengenai oats..sebab ramai orang kita sukaa sangat oats ini.
Update: Cadangan pakar diet Tuan Hafiz Rosli yang sangat bernas. Jika nak kurangkan peningkatan gula darah apabila makan oat instant, jangan biarkan kosong. Kurangkan kuantiti dan tambahkan susu atau buah tinggi serat insha Allah lebih kenyang dan gula lebih cantik. Terima kasih atas cadangan bernas tuan.
Untuk pengetahuan tuan puan, pengambilan lauk lemak haiwan dan serat dalam sayuran juga mengurangkan penyerapan nasi putih sebagai gula dalam darah.
Update: Bagi yang ada masalah angin/GERD/alahan dan alergi/kembung dan dapat reaksi lepas makan oats, rolled oats mungkin beri reaksi lebih teruk. Pulihkan dulu perut. Kaedah pemakanan pemulihan di sini.
Pilihlah yang lebih selamat ya. Dah nenek moyang makan nasik, korang nak makan oats pulak. Nantikan fakta-fakta lebih pedas BAHAGIAN 2 daripada anak murid nenek moyang di sini ? insha Allah..
Tetamu nak datang berkunjung, ibu-ibu buntu nak sediakan apa untuk hidangan minum petang. Selain sebiji kek buatan sendiri, mungkin boleh juga sediakan puding istimewa.
Jom cuba resipi Puding Biskut Crackers air tangan Suriea Mohd Noor ini yang pasti menyuntik bangkit selera buat semua. Yang penting bahan yang digunakan simple jer, pasti ada di dapur anda dan cara membuatnya juga mudah.
Alhamdulillah. Dapat penuhi hajat cikgu. Bulan januari lalu, cikgu nk order tapi waktu tu kak sibuk nak kenduri kawen anak. Hari sabtu baru ni, cikgu tanya lagi nk order puding biskut febretnya utk pagi Isnin.. Ok cikgu in shaa ALLAH.
Masalah nk membuat puding ni ialah kena berdiri lama tuk kacau adunan. Mcm nk buat puding jagung tu. Kalau tak kacau, berkerak dan hangus kat dasar periuk.. Hmm dah berumur ni, cepat lenguh kaki.. ?
Pastu terfikir kenapa tak gunakan periuk nasi elektrik ajer.. Bawak ke lantailah periuk nasi, sukat bahan2, kak pun mengacau larutan puding dgn gembira. Duduk bersilalah.. Hasil pun memuaskan.. Ank beritahu, Cikgu kata sedap puding ibu.. Syukur.. T.kasih cikgu.. Order yg ini cikgu nk warna hijau..
PUDING BISKUT CRACKERS
(versi rice cooker)
Oleh: Suriea Mohd Noor
Hasil: anggaran 24 biji acuan ros ?
1. Mula2 kita masukkan susu cair ke dalam blender.
Masukkan biskut, patah2kan sedikit.
Masukkan susu pekat/krimer manis.
Blend semua bahan. Ketepikan.
2. Sediakan periuk.
Masukkan 6 cawan air masak (air pada suhu bilik ye, bukan air panas, nanti agar2 serbuk akan berketul2).
Masukkan agar2 serbuk.
Kacau rata. Gunalah senduk utk kacau larutan.
Kemudian ON kan suis periuk nasi dan tekan butang COOK.
Sentiasa kacau larutan.
Setelah 5 minit, masukkan gula.
Kacau sebati.
Terus mengacau larutan, anggaran 5 minit lagi (total 10 minit).
3. Setelah 10 minit, perlahan2 masukkan bahan2 kisar ke dalam periuk.
Terus mengacau larutan, anggaran 15 minit. Larutan menjadi pekat sedikit dan kita tak nak bahan2 hangus di dasar periuk.
4. Setelah 10 minit yg pertama dari total masa 15 minit berlalu, berhenti mengacau larutan sekejap. Kita nak tunggu buih2 muncul tanda larutan dah mendidih. Bila dah didih sekejap, terus mengacau ye. Tak nk hangus. Dan OFF suis periuk nasi.
5. Angkat periuk nasi yg ada larutan puding dan letak atas alas yg tahan panas.
Kalau nak buat puding satu warna, bolehlah masukkan pewarna terus je dalam periuk. Kacau rata.
6. Siapkan acuan yang hendak digunakan. Basahkan acuan dengan air dan toskan. Tak payah lap. Mudah untuk keluarkan puding nanti.
7. Keraskan pada suhu bilik selama 1 jam sebelum dimasukkan ke peti sejuk.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.