Ketahuilah kehadiran anak yang ramai bukan beban sebaliknya pembawa rezeki yang kita tidak nampak. Juga tidak mustahil, kita yang menumpang rezeki anak.
Jarang sekarang pasangan memiliki anak ramai. Kalau ada tu memang ‘rare’ lah. Walaupun mungkin penat, tapi anggaplah ia cabang rezeki.
Sebagaimana perkongsian wanita ini menerusi facebooknya, Khairunnisa Hamzah yang mengulas mengenai tular sebuah ciapan di sebuah twitter yang menyentuh mengenai perbelanjaaan sebuah keluarga itu memerlukan kos yang tinggi.
Ibu kepada lima anak ini mempunyai padangannya tersendiri mengenai kos sebuah keluarga terutama bagi keluarga yang mempunyai anak yang ramai.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Saya tertarik dengan statement berikut, “Berkeluarga ini bukanlah satu benda yang murah”
Tadi sahaja saya baru kongsi cerita dengan mak tentang perbelanjaan kami beli barang keperluan harian dan belanja dapur yang mencecah 1 ribu ringgit yang hanya bertahan 2 minggu, jika bernasib baik. Jika tidak, hanya 1 minggu sahaja.
Itu belum termasuk kecederaan barang atau keperluan yang tiba-tiba perlu. Nak tahu mak kata apa? Mak kata, “Kasar kau belanja” Saya terdiam…
Tapi kemudian saya terpaksa cerita balik macam mana kita yang ada anak ramai ni nak hidup setiap hari.
1. Kalau masak maggi, 1 bungkus besar terus kena masak. Kalau 1 pek saja mana cukup. Boleh buat anak-anak bergaduh.
2. Goreng ayam, itu pun dah potong kecil-kecil. Tapi anak tengah nak makan, tengah membesar, lapar, nak lagi, kenalah masak lagi.
3. Ikan kalau masak siakap seekor yang harga rm11, tak cukup untuk 7 beranak. Yang kecil saja kuat makan ikan, nasi dia tak nak. Tapi masak juga sekor sebab nak bertahankan kos.
4. Udang kalau masak, dapat sorang seekor tu dah kira baik. Kalau buat rencah mee terpaksa belah 2, kemudian belah lagi 2. Biar ada, biar sama-sama merasa.
5. Buah kena beli banyak. Kalau tak, anak nak makan keropok saja. Budak-budak cepat lapar. Kalau buat cekodok saja pun dia boring nak telan juga. Muak. Tapi.. Satu epal mana cukup, kena potong 2-3 epal sekali ngadap makan. Itu untung kalau 2-3, datang hujan, lapar, 5-6 biji kena potong lagi.
6. Itupun petang-petang berpeluh masak keropok ikan. Habis sebungkus, hidang sekali hadap saja. Mak pelik sebab keropok ikan rumah mak boleh sampai berkulat tak ada orang makan.
7. Roti pun mak pening tengok kita beli macam nak buka kedai. 2-3 hari habis roti tu semua, licin. Kita nak makan pun tak sempat pegang. Habis sekejap saja anak-anak makan.
8. Eh, kalau nak listkan bab makanan je, tak habis ler…tu belum lagi hal vitamin, supplement dan makanan sunnah. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah diberikan pada anak-anak semua. Kalau tak, hanya pada yang sakit sahaja jika ada yang tak sihat lebih-lebih lagi apabila tibanya musim hujan. Pendek kata, anak ramai ni besar belanjanya.
10. Susu anak, setiap minggu nak kena beli. Seminggu saja habis.
11. Pampers pun nak kena beli lagi dan lagi. Selalu cuak harga pampers dengan susu berapa bila nak beli. Selalu naik harga.
12.Tu belum hal kasut sekejap je dah tak muat. Kasut koyak, selipar tercabut,
13.Bab pakaian lagi jangan cakap, kejap saja lusuh, koyak, lepas tu banyak yang dah kotor sebab tak hilang kena kotoran degil. Yang koyak tu dah beberapa kali jahit, bukan tak jahit.
Ni kalau pakaikan pakaian apa ada, mesti kena sound “Apalah kau pakaikan baju anak-anak” Tapi itulah, bila beli kang kata “Kau belanja kasar” Anak ramai, belanja besar.
Nak beli satu, nanti yang lain tuntut mereka punya juga. Tapi itulah, dalam belanja-belanja, kita pun tak boleh nak hitung balik rezeki datang dari celah mana.
Alhamdulillah sentiasa ada. Tak boleh pun, boleh ada juga. Ini semua Allah punya kerja.
Pernah seorang tokey kedai lampu yang sedang mengandung bertanya saya anak ada berapa orang?
Bila saya jawab 5, dia usap perutnya yang sedang tunggu masa. Dia kata… “You happy kan? I dulu satu anak saja. Bila tambah lagi 1, makin happy. Sekarang sudah nak 3, i happy. U happy tak? Lagi anak banyak, lagi happy kan? Nanti itu rezeki makin banyak”
Saya angguk dan jawab “Setuju” Tak tahulah dia nak sedapkan hati ke apa. Tapi beriya dia minta saya jawab dengan jawapan yang boleh sedapkan hatinya.
Saya doakan dia mudah bersalin dan berkata, “Kalau dalam Islam, setiap anak itu membawa rezeki. Allah dah siapkan rezeki masing-masing. Kami sekarang jaga anak saja, tumpang rezeki mereka”
Dia tersenyum lebar… Nampak seperti lega sangat. Moga senang bersalin Katanya, keluarga dan kawan-kawan bising. 1 anak, kos tinggi. Sekarang dia nak 3 anak. Dia kena kerja keras lagi.
Kawan, Ada anak ke tak ada anak ke bukan kerja kita. Anak berapa in total pun bukan kerja kita.
Kerja kita ialah jalankan amanah dan tanggungjawab yang Allah dah berikan kepada kita. Masa saya dapat biasiswa zaman universiti dahulu, ayah kata, “Anak orang lain boleh beli motor, kereta dengan duit biasiswa. Awak, sampai habis belajar pun tak ada apa”
Bagi saya, keluar universiti dengan sihat jasad, sihat mental, sihat keputusan, itu adalah pulangan yang paling berbaloi. Macam hal anak sekarang ini,
Duit memang habis tapi anak sihat, berakal, berakhlak, berpendidikan dan tidak merempat, itu pulangannya terhadap apa yang kita belanja setiap hari. Ini bukan saja-saja,
Tapi amanah Tuhan yang akan dipertanggungkawabkan hari-hari. Kata saya pada mak,
“Nak buat macam mana, bu. Banyak hidupan di rumah yang perlu dipelihara sekarang ini” Buat semua ibu ayah di luar sana, Bertabahlah.. Terus kuat. Reda, ikhlas, InsyaAllah, Allah bagi kita rezeki kesihatan, kudrat dan kemampuan di luar fikiran.
Kecantikan dalaman yang datangnya daripada kepuasan maksima, kebahagiaan dan kasih sayang daripada pasangan lebih memberi makna dalam erti kecantikan sebenar. Melakukan hubungan intim adalah salah satu cabang kecantikan yang dimaksudkan ini.
Wow! Tapi itulah satu fakta mengenai seks yang sememangnya tidak mampu ditolak sama sekali. Oleh itu, isteri jangan sekali-kali mengelak jika diajak suami untuk bersama.
Selain mood yang lebih baik, wanita juga tampil aura cantik setiap kali bersama. Orang kata serinya lain macam setiap kali selepas bersama suami. Sejujurnya, wanita tampil lebih cantik, berseri dan memperlihatkan aura sebenarnya dengan hanya melakukan seks yang hebat. Bagaimana?
Menurut Dr. Mehmet Oz, seorang doktor ternama daripada Amerika Syarikat yang mengelolakan segmen You Beauty, dalam sebuah majalah di New York, hubungan intim adalah jalan paling mudah dan pantas untuk wanita terlihat lebih cantik.
Pengaliran Darah Lancar
Menurut Dr. Michael Roizen dari Klinik Cleveland Roizen, ketika melakukan hubungan seks, wanita seolah-olah mendapat satu semangat yang jitu daripada aktiviti tersebut. Keadaan ini akan membuatkan darah dan hormon berjalan dengan cukup lancar sehingga terpancar cahaya kemerah-merahan pada kulit. Hal yang sama juga berlaku kepada lelaki.
Kecantikan Alami
Setiap kali ‘bersama’ dengan suami tercinta, seorang wanita akan memperlihatkan pipinya yang kemerah-merahan secara semulajadi. Bukan itu sahaja, malah bibir juga terlihat lebih mulus dan mekar berbanding palitan gincu bibir biasa. Soal kulit? Jangan tidak tahu bahawa kulit wanita juga akan mula memancarkan sinarnya secara alami dan ini menjadikan kulit kelihatan hebat dan bersinar dari dalam.
Redakan Stress
Aliran darah yang baik sememangnya mampu meredakan tekanan pada sesiapa jua. Menurut Mary J Rapini, aturan seks yang hebat dan teratur mampu meredakan setiap organ tubuh untuk berada dalam keadaan lebih baik. Malah seks juga memberi kesan menenangkan yang cukup baik. Kurangnya tekanan membuatkan anda tampil lebih cantik dan berseri-seri.
Kurangnya Risiko Kedutan
Bagaimana hal ini terjadi? Kedutan di kulit banyak dipengaruhi oleh lebihan cahaya matahari yang tembus secara terus kepada kulit. Namun tekanan kepada arteri juga membuatkan kedutan menjadi lebih hebat. Apabila aliran darah berjalan dengan lancar, nutrisi dan oksigen dapat dialirkan dengan lebih baik, maka kurangnya tekanan kepada arteri dan sekaligus mengurangkan kedutan pada wajah.
Rambut Lebih Cantik
Setiap folikel rambut memiliki pembuluh darah dan aliran darahnya yang tersendiri. Aliran darah yang baik dan lancar akan membekalkan nutrisi kepada setiap pembuluh darah di rambut. Keadaan ini akan membuatkan setiap folikelnya terjaga dengan cantik dan sihat. Rambut anda pastinya lebih cantik, sihat dan bersinar.
Payudara Cantik
Setiap kali melakukan hubungan seksual, payudara seorang wanita akan membesar sebanyak 25 peratus. Malah ketinggian puting juga akan meningkat setengah inci daripada biasa. Hal ini pastinya adalah terapi paling hebat untuk wanita tampil yakin jika dibandingkan apabila mereka terpaksa menggunakan push up bra saban hari.
Bakar Kalori
Bersenam dan membakar kalori menjadi satu kepayahan melampau bagi wanita terutama yang mempunyai anak kecil. Usah jadikan ia alasan untuk anda sebaliknya pilihlah aktiviti seks yang mampu membuatkan kalori anda terbakar dengan baik. Melakukan seks sama seperti melakukan zumba. Cukup hanya 15 minit setiap hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bergelar majikan tidak bermakna anda tidak boleh bergaul dan berbuat baik dengan orang bawahan. Bagi selebriti yang sorang ni, rupa-rupanya sangat prihatin dan baik dengan pembantu rumahnya.
Datin Paduka Eina Azman semalam memuat naik perkongsian menunaikan umrah di tanah suci Makkah bersama seluruh ahli keluarganya. Malah, dia juga turut membawa bersama bibik mengerjakan umrah.
Dengan penuh rasa syukur, Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 24, berkongsi momen tersebut menerusi Instagram (IG) miliknya.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah tahun ini ada rezeki lebih untuk pergi ke umrah bersama keluarga. Bersama suami, Abu, mummy, kakak, anak-anak dan bibik Mega untuk menunaikan ibadah umrah.
“Dah lama sangat nak pergi ke umrah. Alhamdulillah hari ni dapat pergi bawa mummy dan abu Eina. Doakan kami semua mendapat umrah yang mabrur,” kongsinya menerusi kapsyen.
Dalam pada itu, rata-rata rakan selebriti dan warganet mendoakan semoga urusan Eina dan keluarganya dipermudahkan serta mendapat umrah yang mabrur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.