Ketahuilah kehadiran anak yang ramai bukan beban sebaliknya pembawa rezeki yang kita tidak nampak. Juga tidak mustahil, kita yang menumpang rezeki anak.
Jarang sekarang pasangan memiliki anak ramai. Kalau ada tu memang ‘rare’ lah. Walaupun mungkin penat, tapi anggaplah ia cabang rezeki.
Sebagaimana perkongsian wanita ini menerusi facebooknya, Khairunnisa Hamzah yang mengulas mengenai tular sebuah ciapan di sebuah twitter yang menyentuh mengenai perbelanjaaan sebuah keluarga itu memerlukan kos yang tinggi.
Ibu kepada lima anak ini mempunyai padangannya tersendiri mengenai kos sebuah keluarga terutama bagi keluarga yang mempunyai anak yang ramai.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.
Saya tertarik dengan statement berikut, “Berkeluarga ini bukanlah satu benda yang murah”
Tadi sahaja saya baru kongsi cerita dengan mak tentang perbelanjaan kami beli barang keperluan harian dan belanja dapur yang mencecah 1 ribu ringgit yang hanya bertahan 2 minggu, jika bernasib baik. Jika tidak, hanya 1 minggu sahaja.
Itu belum termasuk kecederaan barang atau keperluan yang tiba-tiba perlu.
Nak tahu mak kata apa?
Mak kata, “Kasar kau belanja”
Saya terdiam…
Tapi kemudian saya terpaksa cerita balik macam mana kita yang ada anak ramai ni nak hidup setiap hari.
1. Kalau masak maggi, 1 bungkus besar terus kena masak. Kalau 1 pek saja mana cukup. Boleh buat anak-anak bergaduh.
2. Goreng ayam, itu pun dah potong kecil-kecil. Tapi anak tengah nak makan, tengah membesar, lapar, nak lagi, kenalah masak lagi.
3. Ikan kalau masak siakap seekor yang harga rm11, tak cukup untuk 7 beranak. Yang kecil saja kuat makan ikan, nasi dia tak nak. Tapi masak juga sekor sebab nak bertahankan kos.
4. Udang kalau masak, dapat sorang seekor tu dah kira baik. Kalau buat rencah mee terpaksa belah 2, kemudian belah lagi 2. Biar ada, biar sama-sama merasa.
5. Buah kena beli banyak. Kalau tak, anak nak makan keropok saja. Budak-budak cepat lapar. Kalau buat cekodok saja pun dia boring nak telan juga. Muak. Tapi.. Satu epal mana cukup, kena potong 2-3 epal sekali ngadap makan. Itu untung kalau 2-3, datang hujan, lapar, 5-6 biji kena potong lagi.
6. Itupun petang-petang berpeluh masak keropok ikan. Habis sebungkus, hidang sekali hadap saja. Mak pelik sebab keropok ikan rumah mak boleh sampai berkulat tak ada orang makan.
7. Roti pun mak pening tengok kita beli macam nak buka kedai. 2-3 hari habis roti tu semua, licin. Kita nak makan pun tak sempat pegang. Habis sekejap saja anak-anak makan.
8. Eh, kalau nak listkan bab makanan je, tak habis ler…tu belum lagi hal vitamin, supplement dan makanan sunnah. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah diberikan pada anak-anak semua. Kalau tak, hanya pada yang sakit sahaja jika ada yang tak sihat lebih-lebih lagi apabila tibanya musim hujan.
Pendek kata, anak ramai ni besar belanjanya.
9.Kalau Nyamuk datang, nak kena siapkan mopiko yang berbelas ringgit harganya!
10. Susu anak, setiap minggu nak kena beli. Seminggu saja habis.
11. Pampers pun nak kena beli lagi dan lagi.
Selalu cuak harga pampers dengan susu berapa bila nak beli. Selalu naik harga.
12.Tu belum hal kasut sekejap je dah tak muat.
Kasut koyak, selipar tercabut,
13.Bab pakaian lagi jangan cakap, kejap saja lusuh, koyak, lepas tu banyak yang dah kotor sebab tak hilang kena kotoran degil. Yang koyak tu dah beberapa kali jahit, bukan tak jahit.
Ni kalau pakaikan pakaian apa ada, mesti kena sound “Apalah kau pakaikan baju anak-anak”
Tapi itulah, bila beli kang kata “Kau belanja kasar”
Anak ramai, belanja besar.
Nak beli satu, nanti yang lain tuntut mereka punya juga.
Tapi itulah, dalam belanja-belanja, kita pun tak boleh nak hitung balik rezeki datang dari celah mana.
Alhamdulillah sentiasa ada.
Tak boleh pun, boleh ada juga.
Ini semua Allah punya kerja.
Pernah seorang tokey kedai lampu yang sedang mengandung bertanya saya anak ada berapa orang?
Bila saya jawab 5, dia usap perutnya yang sedang tunggu masa. Dia kata…
“You happy kan? I dulu satu anak saja. Bila tambah lagi 1, makin happy. Sekarang sudah nak 3, i happy. U happy tak? Lagi anak banyak, lagi happy kan? Nanti itu rezeki makin banyak”
Saya angguk dan jawab “Setuju”
Tak tahulah dia nak sedapkan hati ke apa. Tapi beriya dia minta saya jawab dengan jawapan yang boleh sedapkan hatinya.
Saya doakan dia mudah bersalin dan berkata, “Kalau dalam Islam, setiap anak itu membawa rezeki. Allah dah siapkan rezeki masing-masing. Kami sekarang jaga anak saja, tumpang rezeki mereka”
Dia tersenyum lebar…
Nampak seperti lega sangat.
Moga senang bersalin
Katanya, keluarga dan kawan-kawan bising.
1 anak, kos tinggi.
Sekarang dia nak 3 anak.
Dia kena kerja keras lagi.
Kawan,
Ada anak ke tak ada anak ke bukan kerja kita.
Anak berapa in total pun bukan kerja kita.
Kerja kita ialah jalankan amanah dan tanggungjawab yang Allah dah berikan kepada kita.
Masa saya dapat biasiswa zaman universiti dahulu, ayah kata, “Anak orang lain boleh beli motor, kereta dengan duit biasiswa. Awak, sampai habis belajar pun tak ada apa”
Bagi saya, keluar universiti dengan sihat jasad, sihat mental, sihat keputusan, itu adalah pulangan yang paling berbaloi.
Macam hal anak sekarang ini,
Duit memang habis tapi anak sihat, berakal, berakhlak, berpendidikan dan tidak merempat, itu pulangannya terhadap apa yang kita belanja setiap hari.
Ini bukan saja-saja,
Tapi amanah Tuhan yang akan dipertanggungkawabkan hari-hari.
Kata saya pada mak,
“Nak buat macam mana, bu. Banyak hidupan di rumah yang perlu dipelihara sekarang ini”
Buat semua ibu ayah di luar sana,
Bertabahlah..
Terus kuat.
Reda, ikhlas,
InsyaAllah, Allah bagi kita rezeki kesihatan, kudrat dan kemampuan di luar fikiran.
Sumber: Khairunnisa Hamzah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club